Monday, December 17, 2007

my 2007 flicks

so.. it has been a long time since i posted on this site.. well this post wud actually be different coz it's not a short stories neither any artsy article.. just an article regarding muvies I recently watched that were extremely brilliant! those muvies are Enchanted (of course), Stardust, Waitress and Reign Over Me. Two big-budget muvies and two indies...

Let's review them one by one.. :P

1. Enchanted

Hehehe.. i guess a big giggle and blushing cheeks wud have conclude what I felt when I was watching Enchanted.. it was fun, romantic, funny. Kudos to Kevin Lima for such an untypical fairytale but yet I still feel that the Ball scene in which they need to dance with sumbody else n x their partner wass a forced scene instead of it to be natural. but still.. it's a very exciting and entertaining chick or kids or adult flick and shud be watched by everybody.

2. Stardust

I guess.. Stardust is definitely the competition for Enchanted when we talk bout the fairytale of the year. The storyline is brilliant and not forceful. The comedy is fresh and despite the fresh faces (Claire Danes and the hero I dunno his name) that lead the story.. yet they manage to keep it up with Michelle Pieffer and Robert diNero. Even my sis said that Stardust is much better than Enchanted.. well I don have my opinion regarding that.. but I guess Stardust wud be much appealing to male audience than Enchanted coz it's not as Disney as Enchanted,, if you know what I mean. :)

3. Waitress

Waitress is a strong indie muvi directed by actress-turned-director Adrienne Shelly. I guess the hype to this muvi increased especially after the murder of unfortunately our miss director. But still.. this muvi is great n despite the thick country accent, the messages of motherhood, deception and friendship is as thick as the accent. This muvi didnt hit the theatre in M'sia if I'm not mistaken.. so wut else? download the torrent key!

Lastly..
4. Reign Over Me

My fren, Shidan Babi (refer to worth-clicked) recommended me to watch this muvi as he's so excited with the interrupted (read sex-obsessed) lady character acted by Saffron Burrow which he said has the bakatlaa to be sex maniac in real life or in his dream to be particular. :P Anyway.. it's Adam Sandler who actually steals the show with his post-traumatic character. He nailed it and this is actually the 1st tyme adam impressed me with his acting.

so guys.. if u are looking 4wards for gud stuffs.. here they are.. daaa~~~

Wednesday, September 26, 2007

Berita Kepulangan Salina

BUZZ!

Salina :Eh, Fira! Lama dah kau tak message aku. Sibuk sangat ke kau di Malaysia tu sampai aku pun kau lupa?

Fira :Aiseh, bukannya aku tak mahu message aku, busylah honey. Kau tahulah aku kan sekarang dah naik pangkat jadi marketing executive, so agak banyak jugalah marketing proposals yang aku kena handle. Tapi don’t worry dear, I still remember you, lah!

Salina :Wah, congratulations. Lama tak dengar cerita, sedar-sedar dah naik pangkat jadi marketing exec. So, apa mimpi message aku ni? Kau nak umumkan kau bakal kahwin dengan presiden syarikat kau ke? Yalah, mana tau itu sebab kau naik pangkat ke. J

Fira :Hello, I’m not that kinda woman, ok. I independent. Anyhow, aku teringat nak message kau sebab sekarang ni aku tengah tengok Yahoo! Entertainment ni. Wah, bukan main lagi kau tangkap gambar dengan Jennifer Lopez ni sempena pelancaran fashion line terbaru dia ni. Glamour kau!

Salina :Huh? Ada keluar Yahoo! ke? Wow, I’m so shocked and happy. Takdelah, kau tahu kan aku ni memang peminat nombor satu Jennifer Lopez. Ingat tak sejak kita di universiti lagi kan? So, bila aku dah jadi journalist kat sini, banyaklah aku tulis pasal dia. Puji-puji. Well, that’s the way of life here. Banyak puji, banyak kelebihan kau dapat. Sebab itulah aku dijemput pergi parti perasmian JLo tu. She called me personally, tau!

Fira :Fuh, power lah kau! But Hollywood memang macam tu. Aku ingat lagi waktu critics lain kutuk-kutuk, kau saja yang puji-puji filem ‘Gigli’ JLo yang flop kat US tu.

Salina :Haha, I don’t mind lah mereka tu nak kutuk aku. Janji aku dapat pergi parti Jlo, mereka tak dapat kan? Even kau nak tahu tak, baju bulu memerang yang aku pakai waktu parti tu, JLo yang hadiahkan tau. Custom made for me.

Fira :Wah, indahnya dunia. Dapat baju free. PETA tak attack kau ke? Haha.

Salina :What? Berani lah mereka nak attack aku. Harus aku attack balik guna kolum aku. Don’t they know my words are like swords. J. Anyhow, memang ada juga aku dengar-dengar yang konon-kononnya PETA nak buat demonstration kat luar venue party JLo tu, tapi JLo dah awal-awal call police untuk berjaga. Anyhow, aku tau, PETA tu just jealous sebab mereka tak ada duit nak beli baju JLo ni! Haha.

Fira :Pandailah kau kan. Kau tu pun dapat baju free. Bukannya kau beli. Hehe. Anyhow, it has been three years you’ve been there. Bila nak balik Johor? Tak rindu parents kau ke?

Salina :I soooo miss them lah. Tapi kau tahulah, I need to build a very strong foundation here. At least five years. Tapi, aku tak pernah lupa nak hantar duit kat parents aku. At least, tak adalah mereka tu bising sangat aku tak balik kampung kan. Lagipun, to tell you the truth, aku pun tak selesa lah nak balik kat rumah kampung aku tu. Dahlah dalam hutan tebal, banyak nyamuk and malam-malam too cold. Aku dah penat pujuk mak ayah aku pindah rumah, mereka tak nak. Nak juga stay situ.

Fira :Kau ni, dah berpuluh tahun mereka duduk sana, mestilah jiwa dan raga melekat kat sana. Kau pun tak bolehlah berkira sangat. Nanti orang kampung mengutuk kau lupa daratan pula.

Salina :Isk, tu lah orang kampung. Tak balik kampung saja, mesti keluar peribahasa kacang lupakan kulit. Tak apalah, asalkan parents aku dan aku saja yang tahu kebenaran yang aku tak pernah lupa or abaikan mereka tau.

Fira :Well, I couldn’t agree more. Anyhow Miss Salina, I got plenty of work right now. Catcha later!

Salina :Ok dear, kirim salam to all of our friends.

Salina tersenyum sendiri. Seronok mendengar khabar berita dari rakan di Malaysia. Rindu juga aku pada Malaysia ni. Abah, mak, tahun ni kalau Salina dapat cuti, Salina akan cuba balik ke sana. Fikiran Salina melayang jauh mengingati ayah dan ibunya.

“Tak boleh, ayah tak setuju. Bahaya. Entah apa-apa akan jadi pada kau kalau pergi sana! Kau tak baca ke surat khabar? Tak tengok berita? Lepas Amerika kena attack tu, orang Islam hidup merana di sana. Orang-orang putih tu kejam. Macam waktu zaman penjajah dulu. Ayah tak nak Lina hidup susah kat sana. Apa dah tak ada ke kerja wartawan kat Malaysia ni?” Ayah Salina, Pakcik Samad, berdiri di hadapan pintu rumah, memeluk tubuh dan melemparkan pandangannya ke kebun buah-buahan di depan rumahnya.

“Ayah ni, yang jahat tu si Bush, bukan orang Amerika. Mak, cubalah nasihat ayah ni!” Salina merangkak menuju ke arah ibunya yang sedang melipat kain di ruang tamu rumah.

Ala abang ni, bagilah dia tentukan arah hidup dia ni. Lagipun, kita kan tak mampu nak berjalan jauh-jauh. Alang-alang dia dah dapat peluang ni, kita bagi si Lina yang rasa ke luar negara bagi pihak kita,” ibu Salina, Mak Kiah mengusap-usap pipi anak tunggalnya yang baru saja mendapat Ijazah Komunikasi Massa Penulisan dari UiTM Shah Alam. Walaupun dia sendiri berat hati untuk melepaskan anak perempuannya ini jauh-jauh, namun dia percaya di luar sana, terbentang luas masa depan yang cerah untuk Salina.

“Ha, awak pun sama, Kiah. Nanti kalau dia pergi jauh-jauh, duduk di Amerika tu, jadi jahat sama macam orang-orang sana. Tengoklah macam surat khabar tu kata, pengaruh budaya barat ni kuat. Tonggang todi sana-sini, tidur dengan lelaki sana-sini. Rambut pun dah perang macam tanah merah luar tu. Isk, takut saya,” Pak Samad masih lagi tegas dengan pendiriannya.

“Ha, itulah ayah. Suka sangat percaya bulat-bulat apa yang surat khabar tulis Ayah tak percaya dengan anak sendiri ke? Takkanlah Salina sampai hati nak buat ayah dengan mak macam tu. Salina nak pergi sana pun sebab Salina tahu, bayarannya lumayan. Bila Salina dah kaya, kita sama-sama boleh hidup senang. Kita dah tak payah nak hidup miskin. Harapkan duit pencen ayah saja,” Salina berdiri dan bercekak pinggang di belakang ayahnya.

“Eh, engkau yang nanti nak kerja dengan surat khabar, kau juga yang tak percaya apa yang surat khabar tu tulis? Pelik,” Pak Samad tersenyum sinis pada anaknya. Wajah Salina semakin merah. Air matanya sudah bergenang.

Surat khabar memanglah suka buat propaganda nak lakukan surat khabar mereka! Yalah, Metallica pun mereka boleh cakap pengasas Black Metal walhal salah segala fakta tu. Ayah tahu tak, bukan senang wartawan dari Malaysia nak dapat kerja di Amerika tau. Salina dapat peluang baik ni, takkan nak tolak macam tu saja. Kan mak?” Salina meminta simpati dari ibunya. Mak Kiah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil merenung mata suaminya.

“Kau ni, memang ikut perangai aku, kan? Degil! Kalau kau nak pergi sangat, pergi. Kiah, kalau anak awak ni nanti lupakan awak, jangan salahkan saya!” Pak Samad sudah tak larat bertekak dengan anaknya itu.

Abang ni cuba jangan fikir bukan-bukan. Apa yang abang sebut tu doa, tau tak? Cuba sebut benda yang baik-baik. Pernah ke anak kita ni lupa pada kita? Duit pinjaman dia dulu yang tak seberapa tu pun dia hantar pada kita. Siap dia buat kerja sambilan menulis artikel-artikel untuk surat khabar tempatan, demi nak dapat duit tambahan. Kiah percaya pada Salina ni. Dahlah Salina, kau telefon syarikat majalah kat Amerika tu, cakap yang kau terima kerja ni,” Mak Kiah tersenyum manis pada Salina. Salina menangis kegembiraan dan memeluk Mak Kiah yang sentiasa memahami cita-citanya itu.

Salina, are you okay?” Jennifer, rakan sekerja Salina hairan melihat Salina yang matanya kemerahan seolah-olah ingin menangis.

“Oh, I was just remembering my folks back there in Malaysia. I’m totally okay,” Salina mengambil tisu yang dihulurkan Jennifer dan mengelap air matanya.

“Hey, you are being emotional. Where is the bubbly Salina I know?” Jennifer mengusik Salina.

“She’s still here. She is just spacing herself away for awhile from this glamour world,” Salina dan Jennifer sama-sama ketawa.

“Anyhow, we’re off to go now. Wanna grab some coffee?” Jennifer mengajak Salina keluar bersama-sama menikmati kopi, salah satu kegemaran orang Amerika selain McDonalds, reality TV dan pisang.

“I don’t mind. Let’s go,” Salina mengemas beg bimbitnya yang berisi komputer ribanya dan menuju keluar dari pejabatnya bersama dengan Jennifer.

Kopi panas yang dipesannya tadi benar-benar menyegarkan badannya. Cuaca sejuk di musim luruh ini benar-benar menguji Salina. Walaupun sudah tiga tahun melalui musin yang sama, namun, Salina masih cuba menyesuaikan dirinya. Nasib baiklah kafe tertutup ini menyediakan pemanas, kalau tak mungkin tubuhnya yang kurus ini sudahpun beku.

“I got to know that you come from a middle-class family in Malaysia? Is it hard living in Malaysia?” Jennifer memulakan perbualannya.

“Yeah, my parents aren’t rich. My mom is a full-time housewife and our income depends mostly on my dad’s pension money. He was an army. Well I guess, because of that I always dream of a rich and glamourous life like what I have now. And you know what, I always have the dream of going overseas, exploring what I never get to have when I was young,” Salina memandang sekeliling. Menikmati pemandangan kota indah New York yang serupa dengan kota impiannya selama ini.

“Ooo, I know what you feel. My parents aren’t rich themselves. They’re farmers in Alabama,” Jennifer turut merendah diri di hadapan Salina.

“Really? Where goes your accent?” Salina tidak menyangka Jennifer berasal dari Texas kerana dia bertutur tanpa slanga Texas yang agak sukar untuk difahami. Sebaliknya dia bertutur seolah-olah dia memang berasal dari New York.

“Hello, I need to get rid of that accent if I were to be a journalist here. You can’t expect me to question Madonna with that accent! Not that I’m writing for country music column,” Jennifer ketawa sendiri. Salina tersenyum. Dalam hatinya mengakui kebenaran kata-kata Jennifer. Dunia hiburan ni memang tak adil. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya walaupun pengorbanan itu adalah untuk melupakan jati diri sendiri.

“Anyhow, how about the news that Lindsay Lohan is pregnant? I heard that you’re the one in charge of the news. Is the news true?” Salina cuba mengubah topik perbualannya.

“Hey, since when that we write true stories? We’re not The Economist, dear. Well, actually that gossip arose when one of our paparazzi snap her pictures at a fertality clinics. But, if I’m not mistaken, she was actually sending her cousin there. But, the heck. We cut her cousin off the pics, and tadaa, you get the headlines ‘Lindsay Lohan is Pregnant?’,” Jennifer tak dapat menahan gelaknya. Salina turut ketawa bersama Jennifer. Propaganda beginilah yang diinginkan pembaca. Satu hakikat yang perlu diterima artis-artis di Hollywood. Salina bersyukur kerana dia hanya menulis untuk kolum review album dan filem. Tak perlulah dia penat-penat untuk mencari skandal-skandal dan gossip-gosip hangat yang bakal menjadi muka hadapan OMG, majalah hiburan syarikatnya. Kalau tidak, sama sajalah dia dengan penulis surat khabar di Malaysia yang menggambarkan betapa buruknya Amerika ini bagi menakutkan rakyat Malaysia.

“That’s hot. Anyhow, it’s six already. I really need to go back to my apartment. Got to finish up one article. Dateline tomorrow,” Salina bangun dari kerusinya dan cuba mengeluarkan duit dari beg tangannya.

“It’s okay Salina. My treat,” Jennifer menahan tangan Salina. Salina tersenyum dan bergegas keluar dari kafe selepas memakai kot tebal yang disangkut di tepi pintu masuk kafe itu. Cuaca sejuk masih dapat dirasakan sebaik sahaja dia berada di luar kafe. Wap sejuk terbentuk setiap kali dia menghembuskan nafasnya. Salina tersenyum. Teringat dia akan filem-filem Hollywwod yang ditontonnya sewaktu kecil di TV yang menunjukkan wap sejuk keluar dari mulut dan hidung para pelakonnya sewaktu musim sejuk. Sekarang, dia sendiri merasainya.

Sampai sahaja di apartment, Salina terus memasang komputer ribanya dan menaip emel kepada ketua jabatannya.

Bob, is there any chance I get a week holiday for this Christmas?

Salina

Salina menyegarkan dirinya di bilik air sementara menunggu balasan dari bosnya itu. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air, dia terdengar bunyi dari komputer ribanya tanda emelnya sudah berbalas.

Well, I can’t promise a week. But 4 days is considerable.

Bob

Salina menjerit kegembiraan. Ya, dua bulan setengah lagi dia akan pulang ke Malaysia. Dia akan meninggalkan seketika kemewahan di sekelilingnya ini demi bersama-sama dengan ayah dan ibu yang dirindui yang berada di kampung. Dalam otaknya sudah berkira-kira cenderahati apa yang perlu dibawa pulang untuk Mak Kiah dan Pak Samad. Oh ya, rambut ni kena diwarnakan hitam semula, nanti mengamuk pula abah. Salina tertawa kecil. Seronoknya!

Teksi yang membawa Salina dan barangannya dari lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor telah pun tiba di hadapan perkarangan rumah kayu ibu dan bapa Salina. Salina memandang jam tangan Dior yang dipakainya. Dah pukul 10 malam, dah tidur ke abah dan mak ni? Salina turun dari teksi sementara pemandu teksi itu mengeluarkan barangannya dari but kereta. Salina berjalan menuju ke tangga rumahnya. Perlahan-lahan, dia memanjat anak-anak tangga. Dia hendak memberikan kejutan kepada Mak Kiah. Sampai sahaja ke anak tangga terakhir, Salina mengetuk pintu rumahnya. Kedengaran lantai kayu berkeriut menuju ke arah pintu. Mereka tak tidur lagilah ni, bisik hati kecil Salina, kegembiraan. Sebaik sahaja pintu dibuka…

Salina!!” Mak Kiah menjerit dalam kejutan dan kegembiraan. Tak sangka, anak yang sudah tiga tahun tidak ditemuinya sudah berada di depan mata. Air matanya mengalir deras di pipi. Ditariknya Salina masuk ke dalam rumah dan dipeluknya Salina erat-erat.

Salina minta maaf tak balik lama. Salina sibuk. Salina rindu sangat pada mak dan abah!” Salina mencium-cium pipi Mak Kiah. Wanita tua ini makin dimamah usia walaupun hanya tiga tahun pemergiannya.

“Tak apa Salina, mak faham. Mak tahu, Salina tak pernah melupakan mak dan abah!” Mak Kiah tak pernah marah pada Salina. Apa yang penting, anak tunggalnya kini sudahpun pulang.

Abah mana, mak?” Salina memandang-mandang sekeliling. Ayahnya tidak kelihatan.

Abah kau tu di pondok kebun. Dalam dua, tiga hari ni dia tidur kat sana dengan senapang patahnya tu. Katanya, ada orang mencuri durian. Tak tahulah mak betul ke tak. Apa-apapun, bawa naik dulu barang-barang kau tu. Esok pagi jumpalah kau dengan abah tu. Mak nak pergi kemas-kemas bilik kau. Kau mesti tak makan malam lagi kan? Biar mak masak gulai lemak pucuk paku kegemaran kau,” Mak Kiah segera menuju ke bilik Salina. Salina hanya tersenyum melihat gelagat ibunya yang terlalu gembira dengan kepulangannya. Terkilan juga dia tak dapat mengejutkan ayahnya, namun dia sudah ada perancangan tersendiri.

Kenyang dah, Salina? Tambah lagi kalau nak! Sikit sangat nasi kau ambil” Mak Kiah hairan dengan Salina yang makan lauk lebih dari nasi.

“Mak ni, orang Amerika mana makan nasi sangat. Kami makan lauk saja,” Salina segera mengemas-ngemaskan meja makan.

“Itulah sebabnya kau ni kurus kering saja. Empat hari kau di rumah ni mak nak pastikan kau gemuk balik macam dulu,” Mak Kiah membantu Salina mengemas meja.

“Eh, Salina kurus jugalah dulu. Mak ni pandai-pandai cakap Salina gemuk. Mak, terima kasih masak semua ni untuk Salina. Sedap. Salina rindu sangat masakan mak,” Salina tersenyum puas di hadapan Mak Kiah.

“Tak apa. Lain kali mak pos masakan mak ke sana. Boleh?” Mak Kiah dan Salina sama-sama tertawa.

Selepas sahaja selesai membasuh pinggan, Salina segera masuk ke biliknya dan menyarung kot pemberian Jlo kepadanya.

“Eh, kau nak ke mana tu Salina?” Mak Kiah yang masih berkemas di dapur hairan melihat anaknya yang bergegas-gegas ingin keluar.

Salina nak pergi ke pondon kebun. Nak bagi kejutan sikit pada abah,” Salina tersenyum nakal pada Mak Kiah.

Eh, kamu ni, ingat lagi ke jalan ke pondok tu? Lagipun malam-malam ni banyak nyamuk, sejuk. Takut ada lintah ke,” Mak Kiah risau dengan keberanian anaknya yang mungkin sudah asing dengan kebun yang menjadi taman permainannya dahulu.

“Mak jangan risau. Salina ingat lagi. Ikut jalan tu kan? Lagipun, apa guna kot bulu tebal dengan kasut boot tiga inci Salina ni kalau nyamuk dengan lintah pun tak boleh tahan,” Salina ketawa kecil dan segera berlari ke jalan kecil yang bakal membawanya ke pondok kebun ayahnya. Lampu suluh yang diambilnya dari atas almari kabinet dinyalakan. Bulan penuh sedikit sebanyak turut membantu penglihatannya.

“Hati-hati!” Mak Kiah mengingatkan Salina sambil memerhatikan anaknya hilang dalam kepekatan malam.

Salina berjalan perlahan-lahan. Dia mematah-matahkan ranting-ranting kayu yang menghalang perjalannya. Janganlah ada durian tiba-tiba luruh atas kepala aku, bisik hati kecil Salina. Salina bernafas kuat. Dia mengah dan kepenatan. Dia terlupa yang pondok kebun ayahnya ini agak jauh juga dari rumahnya. Tak apa, demi kejutan untuk abah. Dari jarak 100 meter, Salina dapat melihat lampu gasolin yang dinyalakan abahnya yang digunakan untuk menghalau nyamuk dan binatang buas. Eh, abah dah terjaga. Salina berlari-lari kecil untuk menuju ke arah ayahnya. Eh, apa abah buat tu? Abah, jangan. Abah!!!

POMMMM!!!

Kedengaran bunyi tembakan dari senapang patah Pak Samad. Mak Kiah yang sedang mengemaskan tempat tidurnya tersentak. Jantungnya berdegup kencang.

Pak Samad berlari menuju ke arah makhluk bergerak yang ditembaknya tadi. Sesampai sahaja dia ke sana

SALINA!!!!” Alangkah terkejutnya dia kerana rupa-rupanya yang ditembaknya tadi adalah anaknya sendiri. Pak Samad segera memangku kepala Salina. Dadanya berlumuran darah.

Abah, Salina rindu pada Abah. Arghh, sakit Abah,” Salina mengerang kecil. Suaranya makin tidak kedengaran. Dia semakin lemah.

Salina, bawak mengucap, nak. Maafkan ayah. Ayah terkejut tadi. Baju bulu ni, ayah ingatkan Salina….” Belum sempat Pak Samad menghabiskan kata-katanya, kepala Salina terkulai layu. Di pondok durian, helain-helain surat khabar berterbangan ditiup angin malam….

KUALA LUMPUR - MAKHLUK MISTERI,BIGFOOT SERINGKALI DILIHAT SETIAP KALI TIBANYA BULAN MENGAMBANG DALAM KALENDER ISLAM.

MENURUT KETUA PASUKAN PARANORMAL SEEKERS MALAYSIA,SYED ABDULLAH ALATTAS ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI UNCLE,DAKWAAN PENEMUAN TAPAK KAKI BIGFOOT DIKOTA TINGGI,JOHOR OLEH BEBERAPA PENDUDUK KELMARIN MENIMBULKAN RASA PELIK KEPADANYA.

“BILA BULAN MENGAMBANG JE,MESTI TAPAK KAKI BIGFOOT AKAN DITEMUI.SEBANYAK 80% BENDA (KEJADIAN) YANG SAMA BERLAKU PADA CERITA YANG SUDAH-SUDAH.

“MUNCUL JE BULAN ISLAM SEPERTI 13,14,15,16 DAN 17 MESTI ADA PENEMUAN BIGFOOT,” KATANYA KETIKA DIHUBUNGI SEBAGAI MENGULAS LAPORAN KOSMO! SEMALAM YANG MELAPORKAN DAKWAAN KEMUNCULAN LEBIH 20 KESAN TAPAK KAKI BIGFOOT HINGGA MENYEBABKAN PAGAR KAWAT ROSAK SERTA TERDAPAT KESAN ANAK POKOK YANG PATAH.

DUA PEKERJA LADANG GETAH BERHAMPIRAN AIR TERJUN KOTA TINGGI,MISWAN ASMUN DAN SUKARDI SAHIB MENDAKWA TERDENGAR BUNYI ORANG BERJALAN SAMBIL BERDENGUS DAN PADA MASA YANG SAMA KEDENGARAN DAHAN PATAH KIRA-KIRA PUKUL 9 MALAM KELMARIN.

Thursday, September 20, 2007

Kemaafan Dendam Yang Terindah

“Bunga lagi?” Kavitha mengangkat keningnya sebaik sahaja Salma tiba di meja kerjanya. Salma hanya mendiamkan diri namun di dalam hatinya turut bertanya soalan yang sama. Salma menghenyakkan punggungnya ke atas kerusinya yang dilapik dengan bantal kecil empuk yang dibeli ketika membuat liputan berita di Acheh dulu.

“Cemburu sungguh aku dengan kau ni Salma. Dahlah popular, peminat mesti ramai. Yang kasi bunga ni mesti salah seorang peminat fanatik kau!” Kavitha mencubit lengan Salma sebelum dibalas Salma dengan tamparan ke pinggulnya. Salma hanya tersenyum mendengar usikan Kavitha.

Entahlah Kavitha, aku pun pelik dengan bunga yang setiap hari ada di atas meja aku ni. Kalau sehari dua tak apa, ini sudah seminggu. Mawarlah, tulip, kekwa, hari ini lili. Aku takut, selagi tak habis bunga kat dunia ni, selagi itulah pengirim bunga rahsia akan terus menghantar bunga,” Salma membelek-belek jambangan bunga lili yang dibalut cantik dengan kepingan kertas lutsinar bercorak dan ikatan reben berwarna keemasan. Kavitha membuat riak wajah menyampah pada Salma. Salma hanya ketawa kerana dia tahu benar perangai, Kavitha, kawannya semenjak di universiti ini memang gemar bergurau. Tiba-tiba, terjatuh sekeping kad dari celahan jambangan bunga lili itu. Salma segera membongkokkan badannya dan mengutip kad ucapan itu.

“Eh, bacalah cepat apa yang tertulis dalam kad itu!” Kavitha separuh menjerit mengucapkan kata-katanya itu. Dia teruja ingin mengetahui identiti peminat rahsia Salma. Jeritannya menarik perhatian beberapa rakan pejabat yang sedang melakukan tugas masing-masing.

“Kau ni, bisinglah! Sabar, aku nak bacalah ni.” Salma membuka lipatan kad ucapan itu dan membaca apa yang tertulis di dalamnya dalam nada berbisik agar dapat didengari oleh Kavitha.

“Dari yang amat mengagumimu, Zayd.” Salma terpegun seketika membaca kenyataan itu. Matanya membulat. Andai benar ini peminat rahsiaku, namanya, namanya seperti nama…

“Itu saja? Itu saja klu yang diberi si Zayd ni? Aiii, sampai ke tua lah kita tak tahu siapa peminat kau ini Salma,” Kavitha mencebikkan mulutnya. Salma melipat semula kad ucapan itu, menyelitkannya kembali ke celahan jambangan bunga dan meletakkan jambangan bunga lili itu ke sisi mejanya agar tidak menganggu perjalanan kerjanya hari ini. Salma sekali lagi membalas keluhan Kavitha dengan senyuman sambil membuat isyarat tangan agar Kavitha kembali ke meja dan menyambung kerjanya. Dia merasakan tidak ada apa yang dapat diulas atau dikomen olehnya tentang jambangan bunga, kad ucapan, mahupun Zayd ini sendiri. Lagipun, draf soalan temubual dengan Menteri Alam Sekitar yang belum disiapkannya adalah lebih penting dari hal itu. Dia tak mahu hanya kerana soal peribadi, profesionalisme yang sudah sebati dalam kerjayanya terjejas.

“Oh, macam inilah kawan. Dah ada peminat rahsia terus kawan baik dihalau!” Kavitha tersengih pada Salma sebelum melangkah pergi dari meja Salma. Salma melambai-lambaikan tangannya pada Kavitha sebelum menyelak helaian-helain kertas yang tersusun kemas di dalam raga berlabel ‘DRAF’ di hadapannya. Tiba-tiba, telefon mejanya berbunyi. Salma agak terkejut, kerana di fikirannya, masih terselit persoalan tentang siapakah Zayd. Dia mengangkat telefon yang semakin bingit berdering.

“Hello, Salma, TV6, siapa di sana?” Sunyi seketika di hujung talian.

“Hello?” Salma mengulangi sapaannya.

“Hello…” suara di hujung talian memang amat dikenali Salma. Suara yang sudah lama tidak didengarinya. Suara yang dulu pernah melukai hatinya.

“Kenapa telefon? Kalau bukan disebabkan soal kerja saya, atau kematian, atau kecemasan, rasa-rasanya tak ada sebab untuk menelefon saya,” Salma cuba mengawal emosinya.

“Banyak sebabnya, banyak yang perlu diselesaikan,” suara di hujung talian makin mendesak. Salma mencebikkan bibirnya. Matanya mulai berkaca. Bagi Salma, kelukaan dalam hatinya tiada penyelesaian. Lukanya sudah berparut, entah ubat apa yang mampu menghilangkan kesan itu.

“Kedegilan dan dendam tak akan memimpin kita ke jalan bahagia,” getaran suara di hujung talian menandakan kesedihan yang turut sama dialaminya.

“Ini bukan kedegilan atau dendam. Ini zuriat ketidakadilan,” Salma meletakkan gagang telefon sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Air mata yang sudah tidak mampu diempang mengalir deras di pipinya yang kemerahan. Sedu-sedannya menarik perhatian Kavitha yang sedang membuat fotokopi berhampiran mejanya. Kavitha segera menuju ke arah Kavitha.

“Dia?” Kavitha dapat meneka punca Salma menangis. Salma mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengiakan soalan yang ditujukan Kavitha. Dia tak mampu berkata-kata.

“Apa yang dia nak?” Kavitha memegang tangan Salma untuk menenangkan sahabat karibnya itu.

“Dia nak berjumpa. Selepas enam tahun, baru dia nak jumpa aku..” Salma menjawab juga soalan Kavitha dalam sedu-sedannya. Kavitha terdiam seketika. Dia menggenggam erat tangan Salma seolah-olah meminjamkan kekuatannya kepada Salma.

“Pergilah Salma, pergi jumpa dengannya. Siapa tahu, kali ini segala-galanya akan baik semula. Mungkin ada alasannya kenapa dia tak pernah cuba mencari kau selama ini,” Kavitha menasihati Salma. Padanya, cukuplah penderitaan jiwa yang selama ini disimpan oleh Salma. Walaupun pada zahirnya Salma penuh keyakinan dan kegembiraan, namun, rahsia ini hanya dia yang tahu. Salma memandang tepat ke anak mata Kavitha tanda mendapatkan kepastian tentang cadangan yang diutarakan oleh Kavitha tadi. Kavitha mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia yakin, ini yang terbaik untuk Salma.

*************************************************************************************

“Salma, ibu tak faham apa yang ada dalam kepala Salma? Tak pernah terlintaskah dalam fikiran Salma yang ibu buat pilihan ini sebab ibu sayang pada Salma!” Suraya mengetuk-ngetuk pintu bilik anak perempuannya itu. Dia merajuk lagi. Merajuk dengan kedegilan ibu yang tidak pernah cuba memahami kehendak hatinya.

Cuba tengok macam Saloma, dia ikut cakap ibu. Buat apa yang ibu suruh. Cemerlang pula tu. Kejayaan menantinya di hadapan,” Suraya masih lagi cuba memujuk Salma.

Tiba-tiba, pintu bilik yang terkunci tadi terbuka. Salma berdiri di hadapan ibunya dengan mata yang kemerahan.

“Saloma? Semuanya tentang Saloma, kan? Hanya kerana dia cemerlang dalam sains, matematik biologi, fizik, tak bermakna dia lagi bagus daripada Salma! Salma bagus dalam sejarah, bahasa Inggeris, aktif dalam kokurikulum, tapi ibu tak pernah pandang semua itu! Ibu Cuma nampak apa yang lebih pada Saloma si ulat buku tu. Kalau tak kerana kami kembar, mesti Salma dah ingat yang Salma anak angkat ibu!” Salma menghempas pintu biliknya. Kegeramannya meluap-luap. Air matanya deras mengalir di pipinya yang merah kepanasan. Hari ini dia puas meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia mahu ibu tahu bahawa hatinya terluka setiap kali dibandingkan dengan adik kembarnya sendiri. Dia mahu ibunya tahu bahawa jiwanya sengsara setiap kali guru-guru di sekolah membandingkan reputasi dia sebagai anak pasangan doktor, tetapi tidak mampu cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Biar ibu tahu, Salma ini ingin membuat keputusan hidupnya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

Suraya kaku di hadapan bilik Salma. Dia tidak pernah menduga akan mendengar apa yang baru sahaja didengarinya dari mulut Salma. Suaminya yang dari tadi sekadar mendengar apa yang terjadi dari ruang tamu pergi mendapatkan Suraya untuk memujuknya.

"Sayang, abang rasa kita memang agak mendesak. Salma lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Salma dan Saloma dua individu yang berbeza. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Biarlah Salma tentukan sendiri bidang apa yang ingin diteruskannya di universiti kelak.” Suraya memeluk suaminya. Dia tidak menyangka niatnya yang hanya ingin melihat kejayaan anak-anaknya menjadi suatu tekanan kepada Salma, dan akhirnya, menjadi satu tamparan yang hebat pada dirinya sendiri.

*************************************************************************************

Restoran kek yang bakal menjadi tempat pertemuan dua jiwa yang sudah lama terpisah ini kelihatan lengang dan sunyi. Salma melihat jam tangannya. Sudah pukul 10:15 pagi. Jiwanya bergelora.Walaupun Kavitha menawarkan diri untuk menemaninya, namun baginya, biarlah hal ini diselesaikannya sendiri.

“Minta maaf terlambat, tadi ada pesakit yang datang secara tiba-tiba. Tak bolehlah nak mengelak dari kerja. Apa khabar, kakak?” Saloma memulakan perbualan sebaik sahaja dia sampai dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Salma. Salma hanya menganggukkan kepalanya bagi menjawab soalan adiknya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Salma menatap wajah adiknya lama-lama. Entah bagaimana, walaupun umur mereka sama, namun Salma dapat melihat kematangan terpancar dari riak wajah adiknya itu. Mungkin bebanan tugas sebagai seorang doktor telah mencuri masa adiknya untuk memanjakan diri. Pandangan dingin Salma kepadanya menyebabkan Saloma menjadi agak gundah.

“Lama tak jumpa. Kakak nampak hebat,” Saloma cuba menghidupkan perbualan sekali lagi. Saloma tidak akan berputus asa. Kedinginan Salma akan dicairkannya dengan penjelasan yang akan menjernihkan segala-gala kekeruhan yang mencemari perhubungan mereka selama ini.

“Terima kasih. Kakak gembira dengan hidup kakak,” Salma menekankan perkataan ‘gembira’ di hadapan Saloma. Saloma faham apa yang cuba disampaikan Salma. Menjadi seorang wartawan memang impian Salma. Dia sanggup melawan ibu hanya kerana ingin menegakkan pendiriannya. Saloma gembira mendengarkan kegembiraan kakaknya itu.

“Tujuan Saloma ingin berjumpa kakak sebab Saloma ingin meminta maaf akan kejadian yang berlaku enam tahun lepas,” Saloma menundukkan kepalanya. Mata Salma berkaca apabila Saloma mengungkapkan kata-kata itu. Kepedihan itu masih dirasakannya.

“Kak, saya bukan sengaja menjerkah kakak di hadapan saudara-mara kita. Tak terniat di hati saya untuk memalukan kakak. Cuma waktu itu, saya sudah tak dapat menahan kemarahan saya, kegeraman saya. Andai kakak berada di tempat saya ketika itu, kakak pasti akan memaafkan saya hari ini,” air mata Saloma semakin laju menitis.

“Kau panggil kakak anak derhaka, dik…anak derhaka,” Salma menekupkan wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan.

“Kak, semenjak ayah meninggalkan kita selama-lamanya akibat kemalangan yang menimpa kedua ibu bapa kita, ibu yang lumpuh, semakin kesunyian. Di rumah tempat kita membesar itulah ibu menghabiskan hari-hari terakhirnya merindui arwah ayah, merindui kita, kak. Tapi, kerana dendam dan salah sangka yang kakak simpan selama ini, kakak tak pernah sekalipun melawat ibu. Setiap kali Hari Raya menjelma, saya tahu kakak sengaja menawarkan diri untuk membuat liputan di luar negara agar dapat memberi alasan pada ibu mengapa kakak tak dapat pulang ke kampung. Kak, TV6 sentiasa ibu pasang. Dia takut andai terlepas sebarang liputan yang kakak lakukan, dan setiap kali menonton kakak di kaca TV, ibu akan menangis,” Saloma berhenti berkata-kata. Sedu-sedannya menyukarkan dia untuk menyambung kata-kata. Dia memandang ke wajah Salma yang sudah mula menunjukkan riak kekesalan. Saloma cuba menenangkan dirinya. Dia perlu mengumpul kekuatan untuk meneruskan ceritanya agar Salma akan faham apa yang telah terjadi selama ini.

“Kak, saya yang menjaga ibu sebelum ibu pergi meninggalkan kita. Hari-hari, ibu menangis, merayu kepada saya supaya pergi mencari kakak dan membawa kakak pulang. Ibu ingin sekali bertemu dengan kakak untuk meminta maaf, untuk menyatakan penyesalannya kerana tidak pernah cuba memahami kakak. Hati saya bagai dihiris-hiris apabila mendengar rintihan ibu. Saya hubungi kakak dengan nombor telefon bimbit terakhir yang kakak berikan pada ibu, namun saya tahu, kakak sudah menukar talian. Saya telefon kakak di pejabat, berkali-kali meninggalkan pesanan, namun tak pernah kakak balas. Besar sangatkah dosa ibu kepada kakak sampai kakak buat ibu begitu? Besar sangatkah kesalahan ibu hanya kerana cuba memikirkan yang terbaik untuk anaknya sendiri? Saya tahu, kakak juga membenci saya, tapi ketahuilah kakak, saya tak pernah merasakan bahawa ada di antara kita yang lebih disayangi oleh ibu, kerana saya hanya mengikut kata ibu untuk menggembirakan hatinya. Menggembirakan hati insan yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita. Perlukah kakak membenci saya kerana semua itu?” Saloma mengeluarkan sekeping tisu dari beg tangannya untuk mengelap air matanya yang semakin deras mengalir. Salma hanya terdiam mendengar kata-kata Saloma. Entah mengapa, penyesalan menghempap dirinya seolah-olah langit menghempas bumi. Entah mengapa, Salma tidak pernah memikirkan semua itu tika dia menghidupkan bibit-bibit benci kepada ibu dan Saloma. Entah mengapa kini, dia terasa ingin mengulangi masa, berjumpa dengan ibu dan mencium kakinya memohon ampun. Tapi, semua itu sudahpun berlaku. Hanya kesedihan dan kekesalan yang membalut hatinya kini.

“Kak, saya berjumpa kakak bukan untuk menghimpit jiwa kakak dengan rasa bersalah. Bukan untuk membuat kakak rasa teruk dengan diri sendiri. Saya hanya ingin kakak fahami sebab mengapa saya memarahi kakak di hari pengkebumian ibu dulu. Kak, kakak lambat tiba. Ibu meninggalkan kita berdua dalam kerinduannya pada kakak. Nama kakak disebutnya sebelum mengungkapkan dua kalimah syahadah dan meninggalkan dunia ini di atas pangkuan saya. Bila melihat saja muka kakak di hari itu, kemarahan dan kegeraman ini tak dapat dibendung lagi. Saya minta maaf, kak. Saya minta maaf,” sedu sedan Saloma yang semakin kuat menarik perhatian pekerja restoran yang sedang melakukan tugas masing-masing. Salma memejamkan matanya. Dia merasa kehilangan buat seketika. Perlahan-lahan, dia membuka matanya, dan memegang tangan Saloma.

“Dik, akak yang bersalah. Selama ini, kakak hanya memikirkan tentang diri sendiri. Rupa-rupanya, bukan ibu, tetapi kakak yang tak pernah cuba memahami hati dan perasaan orang lain. Kakak yang degil, dik. Kakak yang bersalah. Kakak yang patut minta maaf,” Salma menggenggam erat tangan adik kembarnya itu. Saloma mengangguk-anggukkan kepalanya. Saat itu, Saloma dan Salma dapat merasakan dua jiwa yang merindui satu sama lain selama ini, bertaut kembali. Salma dan Saloma ingin mencipta kebahagiaan di hadapan mereka. Tiada apa lagi yang mampu memisahkan mereka berdua lagi.

Tiba-tiba, telefon bimbit Saloma berbunyi. Saloma segera menjawab panggilan itu.

“Kak, ada kecemasan di hospital. Saya terpaksa mengundurkan diri dulu. Tak puas rasanya bertemu dengan kakak. Oh, macam inilah. Apa kata kakak datang ke rumah saya untuk makan malam hujung minggu ini? Lagipun ada sesuatu yang ingin saya sampaikan pada kakak” Wajah Saloma bercahaya dengan penuh harapan yang Salma tidak akan menolak permintaannya. Salma mengungkapkan persetujuannya. Selepas mereka sama-sama bertukar nombor telefon dan alamat rumah, Saloma bergegas pergi. Salma menyandarkan dirinya ke kerusi yang sedang didudukinya. Jiwanya terasa berat. Mungkinkah benar dia seorang anak derhaka? Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga…air mata Salma mengalir laju.

*************************************************************************************

Salma melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik Saloma dan suaminya yang juga seorang doktor. Salma kagum melihat hiasan dalaman rumah Saloma yang sangat indah. Sesuailah dengan status dia dan suaminya, bisik hati kecil Salma. Saloma memimpin tangan Salma ketika membawanya ke ruang tamu.

“Kak, ini suami saya, Azman,” Saloma memperkenalkan suaminya yang membuat riak wajah terkejut melihatkan persamaan ketara antara wajah isterinya dan Salma.

“Pertama kali lihat Salma di TV saya memang terkejut, tapi lama-lama dah biasa. Saloma dah ingatkan saya supaya bertenang hari ini, tapi saya masih lagi terkejut melihat awak hari ni.” Jenaka Azman membuatkan Saloma tersenyum.

“Tak sangka doktor pun pandai bergurau,” Salma membalas jenaka Azman.

“Kak nak makan dulu ke?” Saloma bertanya pada Salma. Salma terdiam buat seketika.

“Tadi kakak baru lepas buat liputan di Putrajaya, ada jamuan sikit tadi. Mari kita bersembang dulu,” Salma melabuhkan punggungnya ke atas sofa ruang tamu yang diimport khas dari Itali. Saloma menuruti cadangan kakaknya. Azman memberikan privasi kepada kedua-dua adik beradik itu dengan mendaki anak tangga menuju ke kamar tidur.

“Kak nampak resah. Ada apa-apa yang menganggu fikiran kakak?” Saloma memegang erat tangan Salma.

“Dik, kakak merasa sangat berdosa pada ibu. Ibu pasti kecewa, benci pada kakak. Kakak tak dapat hilangkan perasaan bersalah itu, dik,” mata Salma berkaca. Saloma hanya tersenyum.

“Kak, kan antara tujuan saya mengundang kakak ke rumah saya ni untuk menyerahkan kakak sesuatu?” Saloma mengeluarkan sekeping surat dari beg tangannya yang terletak di atas meja kopi di hadapan mereka berdua. Salma mengambil surat itu dari tangan Saloma. Dia segera membuka lipatan-lipatan surat itu. Air matanya mula mengalir apabila menatap tulisan yang tertera pada surat itu. Dia kenal benar akan gaya tulisan itu.

Sayang ibu, Salma,

Ibu faham akan kemarahan dan kebencian yang terbuku di hati Salma. Ibu tahu Salma sering menyangka bahawa ibu tak pernah cuba memahami diri, hati, jiwa dan perasaan Salma. Ibu tahu, Salma sering menyangka bahawa ibu selalu melebihkan Saloma. Ibu ingin meminta maaf andai benar semua ini dirasai oleh Salma. Ibu hanya ingin menyatakan pada Salma yang ibu cuma ingin memberi dan menetapkan apa yang ibu rasa terbaik dalam hidup anak-anak ibu. Namun, ibu sebenarnya gembira apabila Salma menegakkan pendirian Salma sendiri. Andai kata Salma tidak berbuat demikian, ibu rasa tidak mungkin Salma akan menjadi seceria, segembira yang dapat ibu saksikan dan dengar tentang kehidupan Salma dari Saloma.

Salma,

Ibu berharap benar dapat berjumpa dengan Salma. Teringin melihat senyuman ceria yang penah dulu ibu saksikan sewaktu Salma masih kecil. Ibu amat merinduimu. Walaupun Saloma ada menjaga ibu, tapi ibu juga inginkan belaian dari Salma, anak ibu yang degil tapi penuh dengan keyakinan diri. Ibu tahu, mungkin pada Salma, cukuplah Saloma, anak kesayangan ibu ada di sisi, tapi ibu sayangkan Salma juga. Mungkin kerana Saloma sering menurut kata ibu, perhatian ibu agak lebih kepadanya.

Salma,

Apa yang setiap ibu di dunia mahukan adalah kebahagiaan dan kejayaan untuk anak-anak mereka. Ibu bangga melihat kedua-dua anak ibu berjaya dalam hidup dan kerjaya masing-masing. Cuma apa yang ibu harap, tiada dendam yang tersemat lagi di hati kita. Dan andai kata kita tak dapat bertemu lagi, ibu hanya ingin Salma tahu bahawa ibu tidak pernah marahkan Salma. Ibu tahu, ini cuma salah sangka di antara kita semua.

Yang menyayangimu,

IBU

Salma menangis sambil membaca apa yang dicoretkan oleh arwah ibunya. Jiwanya terasa ringan, tenang apabila mengetahui perasaan ibunya. Salma melipat kemas semula surat itu dan mengenggamnya erat. Dia mengalihkan pandangan kepada adiknya yang sedang menangis dalam senyuman di sisinya.

“Dik, kakak ingin mengucapkan terima kasih kerana menyempurnakan impian ibu yang tidak dapat kakak realisasikan,” Salma memeluk adiknya. Saloma tidak dapat membalas kata-kata Salma. Dia hanya mampu memeluk erat kakaknya itu.

“Dik, kenapa adik tunggu enam tahun untuk memberitahu kakak semua ini?” Salma mengerutkan dahinya sambil melepaskan pelukan mereka berdua. Saloma terdiam seketika.

“Kak, kalau boleh saya tak mahu lagi berjumpa dengan kakak kerana malu dengan diri saya sendiri selepas peristiwa di hari pengkebumian ibu. Saya sentiasa tertanya-tanya samada kakak sudah memaafkan saya atau belum. Namun, kerana surat amanah ibu ini, saya tabahkan hati untuk menghubungi kakak. Malahan, Azman juga merasakan bahawa sudah tiba masanya kami merungkai kekeliruan ini. Saya minta maaf kerana menunggu terlalu lama, kak” Saloma meletakkan tapak tangannya ke pipi Salma.

“Apa maksud Azman untuk merungkaikan kekeliruan?” Salma cuba mendapatkan kepastian.

“Ibu?” kedengaran satu suara di belakang Salma. Dia berpaling ke belakang. Seseorang sedang berlindung di balik sebuah jambangan bunga besar. Salma mengambil jambangan bunga yang seolah-olah dihulurkan untuknya dan disebalik jambangan bunga itu, berdiri si comel tersenyum kegirangan.

“Anak kau ke Saloma?” Salma menjerit keriangan. Saloma membalas soalan Salma dengan senyuman. Salma menarik tangan anak saudaranya itu dan memeluknya. Seingat Salma, sewaktu hari pengkebumian ibu, Saloma ada mendukung seorang bayi, namun dia tidak menyangka bahawa bayi itu ialah anak saudaranya sendiri.

“Umurnya tujuh tahun. Saloma namakan dia sempena nama ayah. Bijak seperti ibu dan petah bercakap macam makciknya juga!” Saloma gembira melihat Salma yang sedang melayan anaknya.

Nama ayah? Zayd, jadi ini Zayd? Bunga..,” Salma membulatkan matanya.

“Ya, saya Zayd, peminat rahsia wartawan Salma Zayd. Saya selalu suruh ibu hantar bunga pada makcik. Suatu hari nanti saya nak jadi macam makcik!” Zayd menghadiahkan Salma kucupan di pipi. Salma memeluk Zayd lebih erat.

“Zayd selalu keliru samada wartawan di kaca TV itu ibunya atau orang lain kerana wajah kita seiras. Kadang-kadang dia ingatkan ibunya wartawan, bukan doktor. Sejak akhir-akhir, dia semakin kerap bertanya tentang kakak. Jadi, Azman dan saya rasa, kami dah tak dapat menyembunyikan perkara sebenar. Inilah kekeliruan Zayd yang cuba kami selesaikan,” Saloma menggosok-gosok kepala anaknya. Salma dapat merasakan kegembiraan sebenar mula terbit dalam hatinya. Hidupnya kini terasa lebih sempurna.

*******************************************************************************

Bunga lagi?” Kavitha memuncungkan bibirnya memandang jambangan bunga yang ada di atas meja kerja Salma. Salma yang baru sahaja sampai ke tempat kerja hanya tersenyum.

“Ni mesti anak buah aku yang hantar lagi. Dah banyak kali aku pesan jangan bazirkan duit ibu dia,” Salma duduk ke atas kerusinya dan mendail nombor telefon Saloma. Dia ingin bertanya pada Saloma samada Zayd yang menghantar bunga kepadanya dua, tiga hari ini.

“Eh, tak ada pun Zayd suruh Saloma hantar bunga pada kakak.” Salma terdiam. Bukan Zayd? Jantung Salma berdegup kencang dalam debaran.

Just for ur reading pleasure

hey.. new blog... new stuffs..

i took this opportunity to publish my unpublished short stories which I have kept in my hard disk for so long.. just wanna share my tots with all of you guys...

my stories are all in bahasa and i will continue writing, insyaAllah there will be english artwork to come... do leave any critics and building comments so that i can improve..

God bless!

Salam, Ismal.