Saturday, September 12, 2009

Our Lips are Sealed - Hilary & Hailey Duff

Demikian merupakan temubual Ismal bersama majalah Times berkenaan satu isu global yang telah menggemparkan dunia.

So, bermakna tak hidup you?
So, up to now aku rasa hidup aku sangat bermakna. Sebab aku ada ramai kawan-kawan yang baik. Salah seorang daripadanya ialah Hairuddin Mohd Noh. Kami dah kawan lama. Dah 5 tahun. Mula dari tahun pertama aku di UTP. Tapi dia bukan student UTP. Dia UiTM je. :P But now, he's going to UK. Leaving me here, well not all alone, but without his presence.

Macam mana korang kenal?
Well, peistiwa kami kenal ni lawak sebenarnya. Bermula dari Pat yang YM dengan Hairuddin yang baru lepas dapat instant fame (famous ke? :P) dia lepas program 'Malaysian Top Host'. Tapi Pat tak tahu nak sembang apa dengan Hairuddin, so I took over and from that time on, we became chat buddies. Until 1 fine day we decided to meet in Shah Alam. I still remember one of his friend, Epul cakap, dia ingat kami berdua ni kawan sejak tadika sebab waktu kami mula-mula jumpa, aku dan Udin macam dah kenal lama. Padahal chat je before tu. But yeah, itu kot yang orang panggil chemistry.

What's so special about Hairuddin?
Dia special sebab dia normal human being yang buat aku rasa special bila in his presence. I mean, bila aku turun Shah Alam je, I will be number one in his list after his studies and work lah. Apart from that, we kinda have the same background. We both have loving families, we both love to talk, both are ex-SBP debaters and we both are fabulous. Erk! He might be less complicated than I am, but he understands it, and itu yang paling special.

Best memory together?
Uuuu.. banyak! Tak tahu nak pick mana yang the best. But I think, the most memorable will be at pasaraya Bintang where we were shopping for groceries. He was damn bossy (which he normally is) and I snapped. That is my 1st tyme knowing that side of him jugak. Apa yang memorable is, after a few laughs, I totally forgot about his bossiness. Sebab our friendship surpasses the bad sides of ours.

What do you feel about him leaving to UK?
Well, I've been involved in his dream and process of going to oversea untuk sambung degree for long. He told everything to me. Dari mimpi, kepada applications, kepada Maxis scholarships. But yet still, when he broke the news to me that he will really really really be going there, bergenang jugak air mata. Tumpang gembira dan sedih dalam masa yang sama. My bestfriend akan pergi jauh. I know, orang akan kata, come on-lah, facebook ada, chatting pun boleh. Tapi by him going, it's like my safety net all this while dah jauh. And that makes me vulnerable.

Any last words for him?
Yes, to Hairuddin.. I know both of us have been counting days, hours, minutes and seconds that will be parted, but when you leave me, well not all alone, but without your presence, I know it's just physical presence. Emotionally you will always be with me. I just hope the distance won't change anything between us unless for the better. InsyaAllah ada rezeki I will be there ke.
:P Just be strong and embrace the new adventure with an open mind!

I love you, buddy!


Tuesday, September 8, 2009

Erti Sahabat - Nidji

Wah! Macam Rakan Masjid la pulekk~

Aku saja nak bercerita tentang mimpi aku. Mimpi pasal salah seorang kawan baik aku yang sem ni, kami tak berapa baik sangat. Aku tak tahu apesal. Tapi mungkin sebab kami dua-dua sengal kot. Sebabkan dia jarang menegur aku, dan aku jarang menegur dia, aku rasa macam kitorang renggang. Padahal before-before this rapat gilleh especially before dia pegi intern. Aku pun jadi macam bengang ngan dia. Kalau jumpa dia pun malas nak mulakan dulu bertegur sapa sebab terasa hati kot dengan kesombongan dia. Cewah~


So tersebutlah kisah mimpi yang bersejarah itu...


Membe aku ni selalunya berjalan ulang alik dari asrama ke kelas (setting sekolah ni) jalan kaki. Tapi, one day, asrama dia telah ditukarkan ke jarak yang lebih jauh dan dia kena berjalan lagi jauhlah. Sebab dia gemok sket, sian la dia kan kene jalan jauh-jauh.

One day, waktu aku tengah naik motor sambil feeling nyanyi lagu 'seiring sejalan' nyanyian broery dan kak pah, tetiba aku berselisih dengan kawan aku tu. Nampak dia tengah berpeluh-peluh jalan nak balik asrama. Tapi, aku try hard nak buat dunno. Sebab aku rasa, sampai bila aku nak pikir pasal dia, dia tak penah pikir pasal aku pun. Aku pun terus jalan. Tapi, lepas dah jauh sikit daripada dia, aku jadi tak sampai hati. Tak sedap hati. Aku pun U-turn dan tumpangkan dia jugak. Uuu~

Tujuan post ni bukan nak kata aku baik ke apa, tapi, aku just rasa, sejahat manapun seorang kawan boleh jadi pada aku, in the end, aku mesti rasa terpanggil nak berbaik semula. Sebab, ada memori. They hold pieces of us dan bila mereka tak ada, kita rasa tak lengkap. We can try hard lah actually to forget a person, tapi apa-apa perasaan, atau kenangan will stay.

After that dream, I had a deep and long thought. Aku rasa, this is going nowhere dan mengenali kesengalan dia, aku jadi juga orang pertama yang menegur. Dan akhirnya, semua ini normal. Tak ada awkward feeling pun. Dan yang penting, aku rasa lapang, lagi lapang dari sewaktu kami tak bertegur sapa. :)


p/s: Some people are just born to wait. :P

Wednesday, September 2, 2009

Pakai Buang - Stacy


Ok, dah lama tidak bersiaran. Oleh itu, eloklah kiranya kalau siran pertama setelah berbulan-bulan tidak menunjukkan muka ini, kita ulakan dengan nada yang ceria. ;)

Dengan ini.. mari kita mulakan satu segmen baru di blog yang hina dina ini iaitu review lirik lagu! Yes, bertepatan dengan konsep tajuk2 post blog ini yang menggunakan tajuk lagu sebagai tajuk post, alang-alang, kita terus buat review lirik lagu itu. Lagu bertuah yang terpilih minggu ini adalah lagu dari Stacy iaitu 'Pakai Buang' yang kita harap tidak hanya sekadar dipakai di stesen-stesen radio, kemudian dibuang di kemudian hari. erk!

Ayuh kita mulakan:

Pakai Buang
oleh Stacy

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)
(penggunaan 'bah' menunjukkan cubaan Stacy untuk menyatakan beliau berasal dari Sabah. Seolah-olah satu Malaysia tak tahu lagi akan perihal itu. Kemungkinan juga lagu ini ditujukan untuk orang sabah, kalau untuk orang Perak, mustahil sekali ditujukan untuk abah atau bapak orang)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
dah berlepuh jari menekan nombor sama
lepas berkali kali ku cuba
(Adakah Stacy menggunakan telefon talian tetap yang menyebabkan nombor telefon tidak dapat di'save' seterusnya perlu didail berkali-kali sehingga lepuh jari? Mungkinkah Stacy tidak mampu membeli handphone?) ]

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
bodoh sungguh untuk terus percaya
habis madu sepah dibuang sahaja
(mungkin lirik lagu Malaysia boleh diperkaya dengan peribahasa yang lebih pelbagai? habis madu sepah dibuang sudah terlalu cliche skrg)

Ref:
Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
(Ya!! Selepas sehari seminit, cinta Stacy sudah boleh dibuang sebab dia request lebih dari sehari, bukan sebulan atau setahun)
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
apakah kau sangka ku cinta segera (Tak, tak, artis mi segera saja :P)
bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal (ayat di sini tergantung, 'baru saja kenal' apa? siapa? teman lelaki barukah?)
kau muncul semula mengatakan
kau sudah berubah
pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
(terlalu hiperbola.. lagipun seolah-olah menggambarkan pujuk rayu itu yang runtuh sampai ke lutut lelaki itu, bukannya lelaki itu yang melutut)
hampir hampir ku mengalah
untuk memberi kita peluang kedua
tapi kini ku lebih arif
untuk percaya janji lelaki..yeaah yeaahh
(ya, janji lelaki memang mudah untuk dipelajari, cuma perlukan satu perhubungan yang musnah saja. yerla tu, Stacy~)

Ref:
Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)
Jangan..jangan...jangan permainkan


Ok!, sampai di sini saja review lirik kita. Jumpa lagi di post seterusnya! :)

Ala, lirik lagu I memang jenis pakai-buang,. Ahhh, terlebih sudeyhhh!