Tuesday, December 30, 2008

7 Things About New Year - Ismal

1. Aku jatuh cinta. Nice kan?~

2. Aku menyambut tahun baru di Shah Alam (lagi).

3.Terima kasih kepada semua yang menjadi follower aku (baru nk ucap) harap-harap ikhlas ya menjadi follower.

4. Harap-harap banyak rezeki menyanyi tahun depan. Harap-harap dapat bercuti ke luar negara lagi.

5. Semoga Elyana menang Juara Lagu.

6. Nervous dengan keputusan peperiksaan semester ini.

7. Selamat Tahun Baru. Kalau tak mampu menyulam azam, jangan beli benang-benangnya. :)

Friday, December 19, 2008

Why - Avril Lavigne


Tiba-tiba aku terasa orang yang menulis blog adalah kerana kehidupan peribadinya sedikit kosong. Sebab dia punya misery tersendiri (i.e bosan dengan kehidupan, cinta yang tidak kesampaian, tidak punya kawan-kawan) maka blog dijadikan wadah untuk melampiaskan kesemua perasaannya. Mungkin ada yang berkata, ada saja blog-blog bertatahkan cahaya suria, gembira saja. Bukan semua blog sengsara. Namun aku masih merasakan penulisan blog satu filler pemuasan perasaan kerana wujudnya kekosongan dalam jiwa. Sama seperti emotional eater dan emotional sex-er. Bezanya, bila perasaan itu ditulis, ia tampak seolah-olah satu perbuatan intelek - konon-kononnya.

Mungkin sebab itu, blog ini banyak terisi sewaktu aku sedang runsing menghadapi exam dan juga waktu bersedih-sedih (kerana rindu mahupun benci) - aku

Namun penyataan aku di atas tadi bukan satu kutukan mahupun tuduhan. Hanya sekadar pendapat. Kerana bagi aku, bila waktu-waktu gembira (i.e biasiswa masuk, ada kawan-kawan baik di sisi) aku memang tidak terfikir langsung tentang kewujudan blog aku, apatah lagi mahu mengisinya dengan pemikiran intelek aku (haha!). Tapi bila sahaja ada yang mengganggu fikiran, aku akan reah mencari blog ini, meluahkan rasa jiwa seolah-olah blog ini seorang kaunselor yang mampu memberikan jawapan tentang dunia. Walaupun hakikat sebenarnya kita sendiri tahu.

Tapi, objektif semua orang berbeza. Aku mengerti itu. Ada yang mahu berdakwah secara global, ada yang mahu mengembangkan jangkauan perniagaan, dan mungkin ada yang mahu popular secara terang-terangan seperti meletakkan gambar-gambar edit diri sendiri. Tapi blog-blog personal, aku masih berpegang pada pendapat aku ini.

Kalau ada pendapat yang lain, nyatakan; Mengapa anda menjadi seorang blogger?

Saturday, December 13, 2008

Sent From Heaven - Keyshia Cole


Duduk-duduk, bosan-bosan, memang membosankan - aku

Jarang-jarang sekali aku cakap tentang cinta (kekasih). Sebab mungkin aku seorang realist, bukan optimist. Aku selalu fikir kalau cinta itu ada, adalah. Kalau tak ada, tak mengapa. Aku tak pernah anggap cinta ini satu yang perlu diburu, mahupun diterburu-buru kan. Sebab itu bila aku lihat jejaka-jejaka mahupun gadis-gadis yang lelah mencari cinta, aku kasihan melihat mereka.

Tapi, aku percaya pada perlunya kewujudan seorang teman yang berkongsi jiwa dengan kita. Yang memahami apa mahuku, apa benciku dan apa yang aku perlu. Tak kisahlah jika teman itu hanya seorang sahabat namun aku perlu fikrkan pula kemungkinan besar sahabat itu akan meninggalkan aku suatu hari bila dia bertemu cinta hatinya pula.

Jadi... aku perlu juga mencari cinta.

Segenap dunia nyata dan maya telah aku jelajahi. Namun tak ada satu pun yang melekat di hati. Sekejap salahnya dari aku, sekejap buruknya mereka di mata aku. Yang seronoknya, aku sudah punya spesifikasi sendiri yang aku jangkakan perlu ada pada kekasih hati itu. Namun semua orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Seandainya kita boleh buat kekasih di mesin pembuat kekasih dengan ciri-ciri pilihan kita sendiri, kan?

Setelah lama mencari, aku tiba ke satu resolusi. Aku perlu menerima seadanya sesiapa sahaja yang menyayangi aku. Kerana sayang itu bukan percuma. Lahirnya dari keikhlasan hati. Kalau harapan aku terlalu meninggi, andai jatuh, aku juga yang sakit nanti. Jadi aku perlu be grounded. Kerana aku juga tidak sempurna. Dan aku tak boleh mengharapkan kesempurnaan pada insan yang ingin aku cintai. Kadang-kadang, ketidaksempurnaan lah yang indah. Kata Nigel Barker dalam America's Next Top Model.



p/s: I love you McKey.

Thursday, December 11, 2008

Runaway Love - Ludacris ft. Mary J. Blige


merajuk membawa diri - aku

Bila penat, aku tidur. tidur lena sangat. Jadi kalau nak kejutkan aku, kena bersungguh-sungguh. Jangan separuh hati. Tambah-tambah kalau kejut sembahyang Subuh, lagi kena gigih. Tak cukup dipanggil, goncang. tak cukup digoncang, tarik dan seret sampai muka pintu bilik air. Insya-Allah terang biji mata.

Aku jenis yang suka mengambil tindakan ekstrim sebagai jalan penyelesaian. Dari kecil lagi aku tak suka berfikir panjang. Apa nak jadi, jadi lah. Yang kemudian, belakang kira. Janji hati aku puas. Sebab tu kalau ada borang psikologi, soalan tu tanya, 'Pernah terfikir melarikan diri dari rumah?' Aku akan tanda 'Ya'. 'Pernah melarikan diri dari rumah'.. ehem ehem~

Aku bukan anak manja. Walaupun orang Melayu ni suka tipikalkan anak bongsu dengan sifat manja, aku tak pernah fikir aku manja. Mungkin dulu aku manja dengan arwah mak aku, jadi bila beliau sudah tiada, aku hanya manja dengan kakak aku yang nombor empat itu. Dengan abah aku jarang-jarang sekali. Abah aku pun aku lihat macam tak reti sangat memanjakan anak-anak dia kecuali jika memberi makan dengan banyak dan bercuti ke pantai sekali sekala itu sebagai memanjakan. Manja aku dengan abah aku bukan yang boleh duduk bercerita tentang awek itu, awek ini. Bukan macam cerita Yusuf Haslam. Keluarga aku lebih real.

Jadi, untuk menceritakan perasaan aku, gabungkan sahaja isu bangun pagi dan kemarahan abah aku. Aku malas mahu cerita panjang-panjang.

p/s: 'Pernah melarikan diri dari rumah?'









Ya.

Monday, December 8, 2008

Truth Is - Fantasia Barrino

Saya seorang yang berdedikasi, kuat bekerja dan gemar bertanya. Saya juga hormat orang tua dan pandai bermanis-manis mulut. Oleh itu, ambillah saya jadi pekerja part-time 7Eleven ini - aku

Satu perkara yang menyeronokkan tentang rakan-rakan aku adalah kebanyakan mereka mempunyai mulut yang puaka. Kata-kata pun pedas dan berbisa. Sebab itulah jika sekali kami semua berbalah, perbalahan akan mengambil masa yang lama dan sangat bising. Masing-masing berusaha keras menegakkan benang yang dibuat dari bulu kambing biri-biri dan sedikit basah dengan air liur masing-masing. Namun itulah yang seronok. Itulah yang menjana minda kami. Aku tak gemar sangat berkawan dengan orang yang pasif. Tak selari dengan tenaga aku sendiri.

Apa-apapun, post kali ini ingin aku riwayatkan tentang salah seorang rakan UiTM Shah Alam aku, Jijo namanya. Tapi kita panggil dia Ji sahaja (singkatan Keji mungkin?). Ji baru sahaja tamat diploma Komunikasi Massa dan sedang menunggu untuk menyambung degree. Yang paling penting Ji (seorang gadis berwajah kertu) sudah bertunang. Nama bakal suaminya hampir seperti nama aku. Jodoh nampaknya. Ji dengan Isma, bukan aku. Eheh~

Ji cerita, mula-mula dia bertunang dengan Isma, bila pergi ke rumah bakal ibu mertua, perlakuannya tidak umah seperti lipas kudung yang baru belajar berjalan (wtf?). Pantas. Ada sahaja yang mahu dibantu. Rajin menambat hati ibu mertua. Baru-baru ini Ji ke Kedah lagi, ayah Isma sakit. Tapi kali ini Ji tiba dengan topeng tertanggal. Halloween dah habis katanya. Jadi, Ji sudah tak serajin dulu. Ji jadi ratu dalam rumah. Makan, baring tengok TV, tidur. Kata Ji, ibu mertuanya sampai sudah redha melihatnya yang baru. Ji sempat juga melontarkan soalan bersifat ilmiahnya pada kami, 'aku tak faham perihal mak mertua aku yang kerjanya pagi petang siang malam asyik memasak.. masak, masak, masak! Tak bosan ke?' sambil dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Ji sambung bercerita. Ada satu waktu di dapur sewaktu dia sedang memerhatikan ibu si Isma memasak, Ji pun dilontarkan soalan-soalan trivia oleh bakal ibu mertuanya itu.

"Ji suka makan ikan?"

"Suka!" (baca dalam keadaan gedik)

"Ji suka makan daging?"

"Suka!"

"Udang?"

"Suka!"

"Sotong?"

"Suka!"

Isma yang kebetulan ke dapur, terdengar sesi soal jawab (yang sepatutnya boleh dipendekkan menjadi satu ayat sahaja oleh ibunya itu) dan terus membuat komentar retorik,

"Ji tu apa yang dia tak suka.."

"MASAK!"

Thursday, December 4, 2008

Don't Be Je Je Je Je Jealous~ - Ismal


It's a bundle of joy
of having an opportunity to meet, talk and take a photo with your role model...

and I've had that moment. Alhamdulillah.

p/s: I met Yasmin Ahmad at Media Prima's 2009 Screening in KLCC before she had to rush to the airport. Can this photo be my resume to Kak Yasmin for her next movie? :P