Wednesday, April 27, 2011

What are Words - Chris Medina

Aku tak ber-laptop, maka teknologi yang aku bawak kat UTP ni cumalah Blackberry Curve 8900 tangan kedua yang aku beli waktu intern dulu. Jadi aku cuba la hari ini untuk update blog aku dengan blackberry ni. Kalau berjaya, alhamdulillah.

Aku rasa blogs dah outdated dah. Semua orang busy dengan fb dan twitter, dah tak ada masa untuk tulis panjang2. Teringat aku pasal sorang membe penulis ni. Aku tanya dia, kenapa tak suka tulis cerpen? Dia cakap daripada tulis cerpen, baik aku tulis novel. Paham tak maksud aku ni? Haha

Lambat pick up plak menaip guna  ni. Baik aku tengok tv. :p

Thursday, April 7, 2011

Loose Lips - Kimya Dawson

Semalam aku tidur awal. Pukul 12 je aku dah bergolek atas katil. Tapi 2 jam selepas tu aku terjaga dan seperti biasa mengorak langkah (memandu sebenarnya) ke mapley berdekatan dengan ditemani Fifi dan Nayong. Dalam perjalanan balik selepas kenyang makan mi goreng, Nayong bersuara.

"Lagu apa yang pelik neyh"

Aku pun kuatkan radio bersiaran Light.FM dan dengan senang hati ikut menyanyi sekali. Daddy Cool oleh Boney M. Apa yang pelik? Zaman disko beb. Nayong pelik sebab aku menyanyi lagu bukan dari zaman aku dan tanya macam mana aku boleh tahu lagu-lagu sebegini macam ABBA atau Queen atau Edith Piaf.

Aku pun terfikir jugak. Mungkin sebab aku suka tengok MTV. Atau dari pengaruh-pengaruh novel/filem yang aku baca/tonton yang sentiasa menyelitkan lagu-lagu yang membawa mood dalam penceritaan mereka. Pokoknya, aku dengar sendiri. Aku cari sendiri lagu-lagu begitu. Tak ada pengaruh dari orang lain.

Jadi aku jadi cemburu dengan Jebon yang bapaknya dulu seorang hippies. Dia membesar dengan pengaruh muzik kuat dari Bob Dylan ataupun The Beatles. Aimi J pun membesar dengan bapaknya yang gemar mendengar muzik Motown dan Country. They grew up with those songs. They're cultured from young.

Aku?

Teringat waktu kecik aku melalak lagu Erra Fazira, Yang Terindah Hanya Sementara atas katil mak bapak aku. Radio-friendly sangat aku ni~

Wednesday, April 6, 2011

All is Fair in Love and War - Ronnie Milsap

Hari ni hari mencari kerja di UTP. Walaupun aku tido pukul 7 pagi tadi dan merasa malas-malas kucing untuk memakai kemeja ala abang-abang ke career fair tu, aku gigih dan gagahkan jua diri aku pegi. 


Pesanan penaja: "Hye awak yang pakai kemeja ungu tu~"

Pukul tiga petang: (perasan tak betapa malasnya aku?)

Aku tengok ramai hensem-hensem, cantik-cantik datang menjual diri. Aku bangga dengan effort mereka. Sempatlah berjumpa beberapa kawan perempuan garik aku yang sudah selesai menjual diri dari pagi. Aku tunjukkan resume aku pada mereka. Ada yang terkagum. Ada jugak yang mengeji. Takkan sebab satu page je korang nak hairan?

Aku kan pencinta alam (sambil buang sampah keluar dari tingkap kereta).

Anyway, career fair ni tak menarik perhatian aku sangat sebab self-esteem aku menurun secara mencanak mengenangkan betapa banyaknya resume lain dengan tercatitnya cgpa yang lebih tinggi dari aku. Tapi aku tahu all is fair in love and war and of course pelacuran melibatkan perang dan cinta. Jadi aku gunakan sedaya upaya asset aku (sila kekal pandang mata aku, jangan jeling ke bawah) iaitu kemampuan berkomunikasi.

Bangga juga aku sebab tadi minah HR dari Dell tadi mengesahkan betapa aku belong dalam Corporate Communication.

Dia tak tahu Corp. Comm course aku dulu dapat D+ dan internship Corp. Comm aku dapat B+ sajo. Haih~

Tuesday, April 5, 2011

Jujur - Radja

Satu perkara aku paling pantang sekali adalah terganggu konsentrasi sewaktu menonton muvi hatta dipasang di laptop. Yes, mungkin korang kata 'Lek ah bro, boleh je rewind balik', tapi timing penceritaan akan lari seterusnya menjejaskan mood aku yang mungkin ketika itu perlu mengalirkan air mata.

Sebab tu lah aku boo layan sikit bbm dari Rina dan kakak aku sendiri tadi sewaktu aku sedang menonton filem Sidney White.

Kakak aku si Watie, kerana dihimpit rasa kebosanan di Kerteh telah menyarankan aku untuk membaca blog seorang penulis (yelah, blog mesti ditulis) yang amat kelakar katanya. Nasib baik internet di uni ni lahanat, maka dapat aku memberikan alasan 'will check it out, later' kepada Watie.

Dan setelah habis menonton Sidney White, sebuah filem moden adaptasi Snow White yang berjaya membuat aku menyeka air mata beberapa kali, aku pula dihimpit rasa kebosanan. Mungkin Tronoh dan Kerteh tak jauh beza. Aku pun cek Blog Anak Mat Nor ni.

First post kat first page dia je da wat aku gelak besar macam haram. Dan aku terus membaca dan ketawa sendiri sambil menyumpah seranah penulis ini yang aku tidak ketahui identitinya sambil ber-bbm dengan Watie sambil memuji-muji beliau yang berjaya mencapai tahap kualiti dalam pembacaan beliau yang tak pernah aku sangkakan. Watie terus menyarankan sesetengah post lain yang kelakar katanya. Dan Watie juga menyatakan pada aku bahawa Anak Mat Noor ini ialah seorang pengkid. Watie terus memuji dia jujur dan bagus dia tak sorok-sorok. Aku respon separa hati macam 'yerlah, daripada kene attack baek cakap awal2'.

Aku masih sedang membaca dengan penuh minat sampai sekarang. Aku dapat tahu Jebon ni sukakan karya kartunis Lambok (aku suka gak!), suka tengok muzikal waktu kecik antaranya The Sound of Music (samalah!) dan seorang penulis yang baik siap ade novel sendiri (itu harapan aku).

Wow..

mungkinkah aku pun pengkid jugak macam Jebon?

Sunday, April 3, 2011

The Night and The Day

Hey, what's up?

Miss me? I miss u guys definitely. Will be talking a lot more later. But lemme sleep first. Long night I had yesterday celebrating my 23-rd birthday with my supercool friends - Nayong, Fifi, Aznin and Zaim. Yeah, now a year older but age is just a number (kata orang-orang yang dah tua).

It's Sunday morning and my sister is cooking special lunch for my birthday. I realized, time keeps passing by but I still have a loving family which love for each other keeps getting stronger. And I have amazing bestfriends from school time, to university time and new friends that keep on adding colors to my life. Life is such a blessing with these companies.

I'm just hoping that May is definite and I will start a new phase of life which I have waited for so long. Maybe in KL? 

Until then... see you guys soon! :)