Monday, February 16, 2009

If Only - Ismal

if only I am not UTP singer
if only I didn't agree to sing for Rosti's farewell
if only I hadn't came to the last rehersal
if only..

if only Rector didn't practice that hideous performances
if only Rector didn't make me laugh til my belly hurts
if only I didn't go downstage, sit around the table while watching the performance
if only..

if only I left my phones in my room
if only I can remember putting the phone on the table
and most importantly
if only I didn't buy the phone at the first place

see..
how loss and regret make you a deeper thinker~
and a whiny one. haihhh~~

p/s: using only my celcom number for now :)

Friday, February 13, 2009

Hometown Glory - Adele

Without a clue, one can say anything you want, and regret it in the end.
Without a fact, one can act upon something and realize that you have made a wrong decision.

I've made up my mind, that no one, nobody can ever decide the course of my life after what had happened to me here in my own academic decision. and i am happy that i did achieve what i should achieve. and now, i progress.

One of my new best-friend asked me, how did i rise from the ashes?

I answered him, this new found glory is derived from the spirit my new room-mate gives me. He supports everything I proposed on doing and says that nothing can stop me unless I decide to stop myself. I'm inspired and I would like to stay that way. And definitely I wanna surround myself with those who believe in me as well.

It's easy for us to remember and somber upon bad memories and i have plentiful of them. I have people who up to now believe that I'm no good and I am bound to repeat whatever shenanigans I have caused. I respect their predicament of not wanting to give another chance to somebody who has messed up, and definitely I should prove myself first before they could change their perspective on me.

Once, I wrote 'penat berpura-pura tidak penat' on my gtalk status. Because it's true. I am tired physically and mentally this past early weeks in UTP juggling everything. But one thing for sure I am happy to say, I am glad that I finally got to know the 'tired' feeling. coz I've never came across it before.

Hey 'tired', it's nice to know you. Handshake.

Tuesday, February 10, 2009

Back to the Middle - India Arie

Aku antara penggemar Mozilla Firefox. Antara feature dia yang aku suka ialah AdBlock Plus. Aku suka AdBlock ni sebab dia boleh sekat iklan-iklan yang aku menyampah tengok bila aku melayari internet. Seronok! Tak ada dah gambar-gambar orang mempromosikan online dating service (desperates!) dan juga tak ada animasi-animasi beraudio iklan wallpaper mahupun cursor. Hendak load website pun menjadi lebih ringan dan pantas.

Sebagai pelajar bisnes, aku tahu advertisement ini adalah satu elemen yang sangat penting dalam menetukan masa depan sesebuah bisnes itu. Yerlah, promosi ini akan meningkatkan lagi profile sesuatu servis atau produk itu dan kemudiannya meningkatkan lagi peluang untuk servis atau produk itu di-purchase. Kesedaran pengguna tentang kewujudan servis dan produk itu pasti boleh ditingkatkan melalui iklan.

Pada suatu hari, kawan aku ada mengutarakan satu idea pada aku untuk meletakkan Google Ads dalam blog aku. Katanya, pembaca blog aku ramai dan di samping aku menulis, aku boleh buat duit. Aku mula-mula gembira juga dengan cadangan dia, sebab memang ramai pun penulis blog yang berbuat demikian sekarang ni (samada Google Ads ataupun NuffNang), namun beberapa perkara terlintas dalam fikiran aku;

1. Aku bukan penjual hasil tulisan aku, jadi aku tak pernah berniat mahu buat duit dengan ismalstories.blogspot.com

2. Aku tak suka iklan, jadi dengan meletakkan iklan di blog aku seolah-olah melanggar prinsip hidup aku sendiri?

3. Aku dah tersebut pasal AdBlock dalam post ni, jadi nanti pembaca-pembaca blog aku install feature tu, lepas tu block Google Ads aku. Rugi lah aku nanti!

p/s: tak perlu-lah iklan-iklan semua tu. Buat semak pandangan saja~

Sunday, February 8, 2009

Jadi Diriku - Elyana

Kali ini aku nak update blog aku sebagai seorang penulis blog yang tipikal. Maka aku akan ceritakan perihal pengalaman aku dan kawan-kawan aku keluar ke Ipoh semalam. Kepada kamu-kamu yang mahu bercerita hati perasaan, kita cerita lain kali ya? ;P

Semalam aku, Jipan dan Kuchai melangkah bergaya keluar dari bilik masing-masing menuju ke kereta aku. Sebagai pelajar yang berduit, menjadi tanggungjawab kami untuk berbelanja di bandar Ipoh supaya ekonomi di Ipoh tidak terjejas, seterusnya memundurkan Ipoh dan memungkinkan bandar Ipoh hilang status sebagai sebuah bandar dan dalam masa beberapa tahun, pelajar-pelajar baru terpaksa mengiktiraf Ipoh sebagai sebuah bandar mati dan kehidupan mereka di UTP akan membosankan kecuali jika merasakan Manjung itu sebuah bandar yang seronok.

Oops. terlebih sudah!!!!~

Apa-apapun, kami keluar ke Ipoh dengan niat simple. Mahu cari buku teks terpakai di Novelhut, makan lunch sama-sama, tengok wayang, cari kasut Jipan, beli toiletries aku, gunting rambut aku dan balik. Jipan kalau boleh, dalam pukul 3 sudah mahu balik. Ada kerja-kerja FYP katanya. Aku dan Kucai pun tak ada hal-lah nak balik awal. Lagi lama di Ipoh, lagi banyak duit habis nanti. Kemudian kami pun...

ya Ampun!! Sungguh. Bosan sungguh menulis pasal kehidupan sehari-harian. Aku tak tahu macam mana orang lain boleh lakukan dalam diari atau blog mereka, tapi aku salute kamu semua. Kejap, aku nak fikir strategi macam mana aku nak memendekkan cerita aku yang penjang. Oh, ha! Jadi, dipendekkan cerita... kami keluar pukul 945 pagi, akhir-akhirnya, sampai UTP pukul 945 malam (estimation. hiks!). Perjalanan jadi panjang sebab daripada mahu lepak di Ipoh Parade sahaja, terus terpaksa ke JJ dan kemudian ke Ipoh Parade balik untuk setelkan semua agenda-agenda yang aku sebut tadi di atas. Kononlah buat kerja FYP kan, Jipan?~

Yeah, berjaya tak aku tipikalkan blog aku ni? Cerita pasal kehidupan seharian. Tapi sebenarnya, kehidupan seharian ni enjoy untuk dibaca. Istilah dia macam Antropologi-lah. Menyelongkar budaya hidup seseorang itu. Kalau semua blog nak jadi pemikir, siapa nak jadi bimbo kan? :P Pada aku, bahan-bahan bacaan ringan pun turut menyumbang kepada kemaslahatan pemikiran. Otak kita pun perlukan rehat. Ceeewahhh~~


Padahal, hari-hari dok asik layan muvi, series, baca komik, dengar lagu, mengumpat. Ape tak cukup rehat lagi ke kepale otak kamu tu, Ismal??

Kami berempat di Ipoh Parade. Eyh tak, aku, Kucai dan Jipan jek. Yang pakai topi tu kami tak kenal~

Thursday, February 5, 2009

Rules - Shakira

Alright. Petang tadi for the first time I went to Business and Cyber Law (BCL) lecture after I am confirmed to be in the lecture. The new student portal seriously has done a big damage to my schedule. Sekarang dah burn dua hari untuk turun berjogging. Macam mana aku nak mengekalkan figura supermodel aku ni? (hikhik!)

Anyway, dalam kelas hari ini lecturer itu menerangkan pada kami tentang Federal Constitution dan macam mana di bawah Federal Constitution ada Parliament (Federal Law) dan juga State Legislative Assembly (State Law). Kemudian macam-macam isu undang-undang turut dibincangkan. Quite interesting-lah since aku pun suka law semua ni.

Kemudian, ada seorang foreign student ni banyak tanya dalam kelas. Macam-macam soalan ditanya-nya pada lecturer aku tu sampai terbabas kelas tu. Elok-elok patutnya habis pukul 630pm tapi beranjak sampai ke pukul 7. Aku by the time pukul 630 tu memang dah tak mendengar sangat butir bicara lecturer aku dan budak Chad itu sebab aku bayar course aku tu sampai pukul 630 jek. :P So, aku sembang-sembang saja-lah dengan Frank dan Ajat yang duduk sebelah aku.

Tapi, itu tidak bermakna aku tidak menumpukan perhatian langsung. Bila satu-satu kes tu menarik, aku dengar-lah jugak. Antara yang menarik perhatian aku bila terbangkit isu Pulau Sipadan yang Malaysia rebut dengan Indonesia tu. Kemudian Frank pun cakap lah kat aku yang dia dengar kita dapat Pulau Sipadan tu sebab kita ada akta melindungi binatang apa entah kat pulau tu. Frank pun tak pasti. Dia kata dia dengar fakta binatang dia tu di radio.

Lepas tu aku pun cakap-lah pada Frank pasal Pulau Batu Putih dan macam mana Singapura berebut dengan kita walhal tak ada apa pun sangat di pulau itu. Cuma ada rumah api. Dan besar kemungkinan ada sumber minyak di kawasan sekelilingnya. (Oh, patutlah berebut!)

Aku juga teringat pasal isu yang Filipina menuntut negeri Sabah. Sebab Filipina cakap dia ada kontrak tanah yang menyatakan Sabah itu hak milik kerajaan Filipina. Wah, aku tak paham betul. Semua negara pun nak claim tanah Malaysia yang tak seberapa ni. Lepas tu, Frank tiba-tiba berubah serius dan berkata;

'Itu tak apa lagi Filipina nak claim Sabah. Ada yang lagi teruk tu kau tak kira,"


"Ye ke? Kita lawan negara mana lagi?"


"Tu... PKR nak claim Malaysia."


"Erk~"


p/s: Blog saya bukan blog politik, ya!

Wednesday, February 4, 2009

Hungry Like the Wolf - Duran Duran

Pilih. Jika kamu terperangkap dengan keadaan mengantuk yang amat sangat dan lapar yang teramat sangat dalam masa yang serentak, mana yang akan kamu lakukan?

a. Tidur dulu.

b. Makan dulu.


Mari ikuti jawapan mereka yang terpilih;

Kuchai, student UTP yang belum dapat scholer:
Tidur dulu. Sebab makan bila-bila masa pun boleh. Contohnya kalau terlepas dinner, lapa, tapi dah lewat. Tidur jek. Mesti rasa lapar tu hilang. Boleh jimat duit dinner!

Jigos, ahli sumo pertama Malaysia:
Absolute B! Dah kenyang baru sedap tido! Menangkap beb.

Oyenk, penari kebudayaan Perak:
Based on experience, aku lebih utamakan tido sebab kalau makan dulu, konpem lepas tu aku nak tido. Tapi kalau lapar atasi mengantuk, aku makan dulu.

Lincat, bimbo supermodel (notice the constant laugh):
Sebab tido lebih penting dari makan? hahhahaha, ntahh. Sleep is vital since i susah tidur. So bila dah ngantuk tu, mesti mesti tidur before the moment passes. Hahahha

Zopak, Guru Sandaran Pendidikan Jasmani sekolah:
Makan sambil tido. Haha. B. Pada aku, lebih baek makan dulu. At least sikit. Sebab, penah tak lapar lepas bangun tido? STido pun guna tenaga kan? Camne nak dapat tenaga kalau tak makan? Bese orang tido pas makan. Diorang rasa lapar balik sebab makanan tuh tengah process masa diorang tido kot. Tapi kalo ko lapar and tido tanpa jamah mkanan dulu, aku rasa bile ko bangun nanti ko akan lapar gile-gile.

Hurm, pada aku memang banyak faktor yang akan mempengaruhi pilihan aku. Kalau aku nak makan dulu, aku akan consider waktu tu dah pukul berapa. Ada kedai yang bukak lagi tak? Kalau nak keluar UTP, dengan siapa? Ada member tak? Kalau tak ada member, malasnya nak keluar sorang-sorang. Soalan paling penting, ada ke duit? Hahhahaha (rintihan skoler tak masuk lagi ni! :P)

Tapi, aku rasa. Aku macam lebih pentingkan tidur. Aku kalau mengantuk memang mood aku tak ada. Nak buat semua benda rasa tak kena. Makan pun tak ada mood rasanya. Oleh itu, daripada pening-pening pikir pasal skoler, apa kata jom kita tidur jek!!!

p/s: Thanx korang yang respons kat gtalk quick survey.

Monday, February 2, 2009

Can't Take Thay Away - Mariah Carey

Khamis hingga Sabtu hari tu aku di UM, jadi hakim untuk pertandingan Debat Terbuka Astar 2009 anjuran Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Pertandingan itu persepsinya untuk pembahas-pembahas BARU dari pelbagai IPTA dan IPTS menunjukkan kebolehan masing-masing di samping menimba ilmu. Jadi jangan anggap aku sangat bagus sehingga mampu jadi hakim. Tapi, bolehlah~~ :P

Sepanjang hidup aku, aku tahu aku bukan seorang manager yang baik, sebab diri sendiri pun aku tak mampu nak manage. Tambah-tambah, pengalaman disaster dalam akademik aku di UTP menyebabkan rasa rendah diri aku makin bertambah-tambah, dan itu sememangnya membantutkan lagi keinginan aku untuk menguruskan dan memimpin satu-satu event atau kumpulan. Ya, kumpulan assignment pun aku takut nak jadi ketua.

Aku percaya pada komitmen dan bakat kepimpinan. Dulu-dulu waktu sekolah, aku rasa aku ada kedua-dua elemen itu, mungkin sebab itu aku agak berjaya dan keyakinan diri aku juga tinggi. Tapi, sedikit sebanyak kedua-dua kualiti itu seolah-olah telah terhakis dari diri aku semenjak masuk ke UTP. Jadi, dikala pelajar-pelajar UTP berlumba-lumba mengumpul sijil event, aku seboleh-bolehnya mengelakkan diri dari terlibat dari apa-apa event yang dianjurkan. Aku hanya akan menyertai sesuatu event itu bila aku perlu bekerja seorang diri, tak payah melibatkan diri dengan meetings dan tekanan. Itu yang paling penting. Sebab aku sangat lemah dengan meeting dan datelines.

Sebab itu kalau kamu semua (pelajar UTP) perasan, aku selalu jadi MC atau host event. Sebab bidang ini tak menuntut banyak masa aku. Paling busuk pun kena buat skrip. Lepas tu rehersal. Kemudian, aku cuma masuk pertandingan. Macam debate. Walaupun masih kerja berkumpulan, namun ada team-mate sekepala macam Vicky, kerja jadi mudah sebab dua-dua pun malas nak buat latihan dan membaca. Kemudian, transisi aku menjadi seorang penyanyi. Lagi senang. Datang latihan dan menyanyi. Benda aku minat, semua boleh jalan.

Tapi, pembukaan semester baru ini tampak agak gilang gemilang bagi aku. Aku kembali aktif jadi MC. InsyaAllah kamu-kamu semua akan dapat lihat aku beraksi di FESCO 09 pada 14 Februari ini di Chancellor Hall. Beri sokongan pada event tu, ya! Kalau tak kerana aku (ehem-ehem) buatlah demi menyokong kawan-kawan penari kita, ataupun kecintaan kita pada seni budaya. Kemudian, aku juga akan cuba aktif kembali dalam debate. Kalau tak berbahas, mungkin menghakimi.

Namun, yang paling gementar... aku sekarang sedang dalam usaha mahu mewujudkan sebuah kelab baru di UTP. Kelab apa? Biarlah rahsia~~ (nyanyi dalam note kat CT). Konsepnya, aku seolah-olah mendapat semangat baru. Keyakinan diri datang sedikit demi sedikit. Sekarang ini, hari-hari berdoa komitmen tak pernah turun dan akan diteruskan sampailah tertubuhnya kelab itu dengan nama aku tercatat sebagai president-nya. Feeling Obama sekejap. Tambah-tambah dengan high-comm lain yang semuanya dekat di hati, (pinjam tagline TV9) buatkan semangat tambah berkobar-kobar.

Oleh itu kawan-kawan, benarlah kata orang. Kalau sesuatu itu benar-benar ada dalam diri kita, insyaAllah kita dapat temuinya walaupun kita rasa benda itu dah lama hilang dari diri kita. Macam aku, apa yang aku perlukan sekarang adalah keyakinan diri. Mungkin sekarang aku tak temuinya seratus peratus, tapi aku akan cuba gali ia keluar sedikit demi sedikit sampai melimpah macam mata air. Wah!~ Dan yang paling penting...






kerjasama!!!~
Kami tak besar, kami tak kuat~ lalalallalaa