Thursday, February 25, 2010

Alone at the Drive-In Movie - Jim Jacobs & Warren Casey

Salah satu perkara aku yang aku kagum tentang individualiti (selain mempunyai identiti tersendiri tanpa mengikut arus perdana) ialah kebolehan seseorang untuk survive secara sendirian.

Sebab mengakulah, sebagai pelajar, kita sangat bergantung kepada perkara sekeliling kita. Terutamanya kepada kawan-kawan.

Makan? Mesti nak dengan kawan-kawan.
Jalan pegi lecture? Nak dengan kawan-kawan.
Nak turun boikot kafe? Kalau kawan tak turun, memang tak turun la. Join group FB je lebih.

Tapi kalau jumpa awek je tak. Kalau pegi masuk toilet kawan nak ikut sekalik, mesti kasi jugak kan?

Konsepnya, bila kali terakhir korang buat satu perkara (menyeronokkan) itu secara bersendiri?
Bila kali terakhir tengok wayang sendiri-sendiri?
Penah main boling sorang-sorang?
Penah pegi mapley duduk sorang-sorang isap rokok?

Kalau penah, aku respek korang sebab korang yakin diri. Tak takut orang kata pelik ke, loser ke, kera sumbang ke. Sebab orang sentiasa nak berteman bukan sebab mereka cool, atau friendly. Mereka itu penakut sebenarnya.

Takut nak duduk bersendiri. Sendiri-sendiri dinilai orang dan menilai diri sendiri.

Tuesday, February 16, 2010

I Hate Everyone - Get Set Go

Dunia ni da da banyak sungguh keburukan. Salah satunya?
Global warming.

Sebab tu kat UTP panas!!
(ataupun sebab aku 'hot' sangat kot)

Apa-apapun, memang banyak sangat dah keburukan. Peperangan, Islamophobia, wannabes, realiti TV, Illuminati, Taliban, anti-Taliban, PKR. eh!~ Hari-hari, kalau bukak surat khabar, dah tak larat nak beristighfar tengok kekejaman di seluruh dunia. Pendek kata, kenapa kita nak kejam sangat kepada satu sama lain?

So, bila aku bukak Facebook, aku nak berhubungan dengan kawan-kawan aku. Jauh, dekat. Sekolah lama, institusi baru. Tapi.. bila bukak-bukak saja, banyak saja invite-invite join 'hate group' this, 'hate group' that. Yang paling penting siap ada 'hate her tho we dunno her'. WTF?

Dah banyak sangat kebencian dalam dunia ni. Dan kita tahu kebencian tu tak pernah bawa kebaikan. Apa jadi dengan dakwah hikmah yang Rasulullah contohkan? Adakah dengan 'hate' akan membawa seseorang ke jalan yang benar? (Sambil tangan Karam Singh Walia).

Cubalah bayangkan 'hate profile' tu dibuat untuk korang....

Saturday, February 13, 2010

Cinta Pertama (Sunny) - Bunga Citra Lestari

Ada apa dengan cinta pertama?

Manis.

Unexpected!

Naif....

Pada aku, 3 adjektif di atas paling tepat menggambarkan cinta pertama aku. Cinta pertama paling manis. Paling suci mungkin? Sebab aku percaya cinta pertama adalah cinta yang memang tulus lahir sebagai sebuah perasaan antara dua insan yang mahu merasa apa itu cinta. Jadi cinta pertama tak pernah ada syarat. Janji cinta. Janji sayang. Janji rindu. Tak pernah ada paksaan dalam cinta pertama.

Cinta pertama aku juga sangat tidak boleh dijangka. Sebab ini cinta pertama. Kita rasa ia akan kekal untuk selamanya. Cinta pertama tak bagi ruang untuk kita kata esok lusa rasa cinta ini pasti akan berakhir. Cinta pertama berikan kita banyak ruang untuk mengekplorasi gelora rasa, naluri sebagai seorang manusia yang sedang mengisi hatinya dengan kemungkinan-kemungkinan sebagai sepasang kekasih. Cinta pertama membuka ruang eksperimentasi romantis yang tak pernah kita tahu wujud dalam hati kita.

Cinta pertama aku juga mengajar aku bahawa menjadi naif tidak salah. Sebab menjadi naif membuat kita lebih terbuka kepada kelemahan pasangan kita, kepada kelemahan kita. Kita tak ada harapan yang pasangan kita perlu jadi sebegini sampai kita boleh menerimanya sebagai kekasih. Sifat naif itu yang buat kita jujur. Buat kita tidak berpura-pura. Buat kita jadi diri kita yang sebenar. Tak perlu pakai topeng.

Apa masalah dengan cinta seterusnya?

Andai cinta pertama gagal, kita pasti akan bertemu dengan cinta kedua dan seterusnya. Tapi, percayalah, rasanya tak sama dengan cinta pertama. Kerana kita dah tahu akan permainan cinta. Kita akan jadi lebih berhati-hati. Akan terlalu memikirkan mengapa cinta pertama kita gagal. Jadi kita ada tekanan untuk menjadi lebih baik walaupun pada hakikatnya kita berkompromi dengan diri sendiri. Kita tahu apa yang perlu dibuat, apa yang jangan dibuat. Pendek kata, cinta sudah bersyarat, cinta sudah punya matlamat.

Andai cinta pertama satu kebetulan, cinta seterusnya pula adalah satu percubaan. Trial dalam erti kata bahasa Inggerisnya. Maksud aku, cinta jadi satu perkara cuba jaya. Kita rangka formula sendiri dalam percintaan, sedangkan cinta tidak objektif kerana ia satu rasa. Sebab itu siapa yang terus mencuba pertahankan cinta dan gagal akan merasa kecewa dan berputus asa kerana cinta itu tidak lahir secara tulus. Cinta lahir secara paksaan.

Ada apa dengan cinta pertama aku?

Pedih.
Saat ia berakhir.
Atas keputusan aku sendiri.

Friday, February 12, 2010

If Tomorrow Never Comes - Ronan Keating

Esok aku akan mati.

Jadi hari ini bawaku ke pantai
biar kakiku terbenam dalam pasir
dan jari jemarinya basah dihempas ombak.
basah, sebasah pipi ibu yang tersenyum
melihat aku berlari anak.

Esok aku akan mati.

Jadi hari ini aku berhenti menulis
kerana sudahku jumpa penghujung cerita
sampai bila meronta minda memaksa cereka
andai pena membeban nuraga
walau abah menghulur tenaga.

Esok aku akan mati.

Jadi simpan sahaja belon saktimu
kerana lambat laun akan kembali ke tanganmu
cuma duduk di sisiku
dan ceritakan apa rancanganmu
saat aku tiada nanti, abang dan kakak-kakakku.

Esok aku akan mati.
Namun mentari masih akan terbit.
Percayalah.

Wednesday, February 10, 2010

Change - Carrie Underwood

Yup.. 'they' are in control of our lives. Our coordination. Somehow, if you cannot make it before, 'they' can make you do it. 'They' have ways to make you seem like you want to do it, but no, you are actually controlled to do it. Who are 'they'?

ILLUMINATI!!!! No lah.

It's Facebook!!

I just got the new layout yesterday. I was kinda appaled with the new layout that changed totally my usual coordination of left and right i.e. log out, profile, home tabs. Facebook likes to make it as if they're trying to make our life easier, but when I am accustomed to what I've done for almost 6 months, this change sucks! Oh yeah, since they've divide the homepage into 3 parts, it made the writings even smaller (tho I can change the resolution myself. heh). Whatever! The point is, with us having taken FB in so broadly in our lives, made them can easily change anything, and we? We just embrace them.

That's why I don't believe in rules nor regulations nor standards nor norms. These guidelines are shaping our minds too rigidly that we will just accept it without questioning them to death. I want people to start being hungry for reasons and explanation. Somehow being Chris in 'Into the Wild' looks even peaceful than living in a so-called governed world.

Until when do we want to do things by just following the flow? When will we decide on our own what is right and what is wrong? And how do you define wrong at the first place? So much of our Education system wants us to be this and that, take this and that, but what's the point of it? Jenny in 'An Education' hits me hard when she asked her headmistress why do we have to be educated? Is it so that we can be marketable in the career field, get high salary, get married, retired and die? That sounds.. urm.. mundane!

So tell me. Why must we be shaped by something else than us?

Tuesday, February 9, 2010

The Middle (Acoustic) - Jimmy Eat World

Penat kot sentiasa berada di pertengahan. Sumpah. Percayalah. Ini pengakuan dari orang yang selalu duduk di tengah.

Tak pandai sangat. Takdelah bodoh sangat. Tengah-tengah.

Tak power sangat. Takdelah cikai sangat. Tengah-tengah.

Asyik dengar masalah orang. Tolong orang selesaikan masalah. Cuba tak cari masalah dengan orang. Sentiasa di tengah-tengah.

Siap kena marah pulak tu sebab duduk tengah-tengah. Sila ambil side!

Susah kalau kita sendiri wujudkan glass ceiling untuk diri sendiri. Sedangkan, apa yang perlu dilakukan cumalah untuk letak usaha lebih dari biasa. :)

Friday, February 5, 2010

Menjaga Hati - Yovie & Nuno

Tak salah nak jaga hati orang. Tapi yang salah kalau nampak sangat kita menjaga hati, sampai orang yang konon hatinya nak dijaga tu terasa hati.

Lagipun.. dengan kawan-kawan, kalau dah berkawan dah nak 5 tahun, part mana lagi yang nak terasa hati? Kalau masih terasa-terasa hati tu, maksudnya, bukan benar kawanlah. Sebab sampai sekarang tak mampu nak faham isi hati masing-masing.

Tapi, menjaga hati pun ada batasnya. Kalau untuk menegakkan yang benar dan salah, masih perlukah nak menjaga hati, berlapi-lapik, sampai mesej nasihat pun tak sampai? Sebab tu lah bermula kes ccakap-cakap belakang, tak puas hati sendiri-sendiri.

Kalau benar-benar kawan, cakap saja perasaan tak puas hati tu. Sebab sejujurnya seorang kawan, pasti akan mudah diterima. Kalau tak dapat diterima, jangan kawan dengan orang tak MATANG macam tu.

Sumpah. Kawan tu memang cerminan diri kita. Kalau kita gembira dia kata lagha, dan kalau liat sangat nak teman kita buat apa yang kita suka (selagi berbataslah), sedar-sedarlah siapa kawan siapa lawan.

Monday, February 1, 2010

Bittersweet - Apocalyptica

Sewaktu menahan bingit telinga menonton perlawanan 22 orang mengejar satu bola semalam di Ameeth, aku terfikir satu idea yang sangat 'original'................................... aku nak buat blog pasal makanan.

Ori la sgt~

Oh, tidak-tidak. Aku tak terpengaruh dengan movie Julia & Julie. Aku cuma merasa perut berkeroncong saja menonton movie itu. Aku juga bukan suka makan sangat (cewah!). Aku cuma kecewa dengan roti milo yang aku makan di Ameeth semalam.

Sebab roti milo di Sithick lagi sedap!!!!

Siapa yang bubuh gula dalam roti milo?? Aku tak mintak pun roti gula + milo!!!!

Sekian. Nantikan blog makanan dari aku nanti. Rasanya sedap menjilat monitor!