Wednesday, April 27, 2011

What are Words - Chris Medina

Aku tak ber-laptop, maka teknologi yang aku bawak kat UTP ni cumalah Blackberry Curve 8900 tangan kedua yang aku beli waktu intern dulu. Jadi aku cuba la hari ini untuk update blog aku dengan blackberry ni. Kalau berjaya, alhamdulillah.

Aku rasa blogs dah outdated dah. Semua orang busy dengan fb dan twitter, dah tak ada masa untuk tulis panjang2. Teringat aku pasal sorang membe penulis ni. Aku tanya dia, kenapa tak suka tulis cerpen? Dia cakap daripada tulis cerpen, baik aku tulis novel. Paham tak maksud aku ni? Haha

Lambat pick up plak menaip guna  ni. Baik aku tengok tv. :p

Thursday, April 7, 2011

Loose Lips - Kimya Dawson

Semalam aku tidur awal. Pukul 12 je aku dah bergolek atas katil. Tapi 2 jam selepas tu aku terjaga dan seperti biasa mengorak langkah (memandu sebenarnya) ke mapley berdekatan dengan ditemani Fifi dan Nayong. Dalam perjalanan balik selepas kenyang makan mi goreng, Nayong bersuara.

"Lagu apa yang pelik neyh"

Aku pun kuatkan radio bersiaran Light.FM dan dengan senang hati ikut menyanyi sekali. Daddy Cool oleh Boney M. Apa yang pelik? Zaman disko beb. Nayong pelik sebab aku menyanyi lagu bukan dari zaman aku dan tanya macam mana aku boleh tahu lagu-lagu sebegini macam ABBA atau Queen atau Edith Piaf.

Aku pun terfikir jugak. Mungkin sebab aku suka tengok MTV. Atau dari pengaruh-pengaruh novel/filem yang aku baca/tonton yang sentiasa menyelitkan lagu-lagu yang membawa mood dalam penceritaan mereka. Pokoknya, aku dengar sendiri. Aku cari sendiri lagu-lagu begitu. Tak ada pengaruh dari orang lain.

Jadi aku jadi cemburu dengan Jebon yang bapaknya dulu seorang hippies. Dia membesar dengan pengaruh muzik kuat dari Bob Dylan ataupun The Beatles. Aimi J pun membesar dengan bapaknya yang gemar mendengar muzik Motown dan Country. They grew up with those songs. They're cultured from young.

Aku?

Teringat waktu kecik aku melalak lagu Erra Fazira, Yang Terindah Hanya Sementara atas katil mak bapak aku. Radio-friendly sangat aku ni~

Wednesday, April 6, 2011

All is Fair in Love and War - Ronnie Milsap

Hari ni hari mencari kerja di UTP. Walaupun aku tido pukul 7 pagi tadi dan merasa malas-malas kucing untuk memakai kemeja ala abang-abang ke career fair tu, aku gigih dan gagahkan jua diri aku pegi. 


Pesanan penaja: "Hye awak yang pakai kemeja ungu tu~"

Pukul tiga petang: (perasan tak betapa malasnya aku?)

Aku tengok ramai hensem-hensem, cantik-cantik datang menjual diri. Aku bangga dengan effort mereka. Sempatlah berjumpa beberapa kawan perempuan garik aku yang sudah selesai menjual diri dari pagi. Aku tunjukkan resume aku pada mereka. Ada yang terkagum. Ada jugak yang mengeji. Takkan sebab satu page je korang nak hairan?

Aku kan pencinta alam (sambil buang sampah keluar dari tingkap kereta).

Anyway, career fair ni tak menarik perhatian aku sangat sebab self-esteem aku menurun secara mencanak mengenangkan betapa banyaknya resume lain dengan tercatitnya cgpa yang lebih tinggi dari aku. Tapi aku tahu all is fair in love and war and of course pelacuran melibatkan perang dan cinta. Jadi aku gunakan sedaya upaya asset aku (sila kekal pandang mata aku, jangan jeling ke bawah) iaitu kemampuan berkomunikasi.

Bangga juga aku sebab tadi minah HR dari Dell tadi mengesahkan betapa aku belong dalam Corporate Communication.

Dia tak tahu Corp. Comm course aku dulu dapat D+ dan internship Corp. Comm aku dapat B+ sajo. Haih~

Tuesday, April 5, 2011

Jujur - Radja

Satu perkara aku paling pantang sekali adalah terganggu konsentrasi sewaktu menonton muvi hatta dipasang di laptop. Yes, mungkin korang kata 'Lek ah bro, boleh je rewind balik', tapi timing penceritaan akan lari seterusnya menjejaskan mood aku yang mungkin ketika itu perlu mengalirkan air mata.

Sebab tu lah aku boo layan sikit bbm dari Rina dan kakak aku sendiri tadi sewaktu aku sedang menonton filem Sidney White.

Kakak aku si Watie, kerana dihimpit rasa kebosanan di Kerteh telah menyarankan aku untuk membaca blog seorang penulis (yelah, blog mesti ditulis) yang amat kelakar katanya. Nasib baik internet di uni ni lahanat, maka dapat aku memberikan alasan 'will check it out, later' kepada Watie.

Dan setelah habis menonton Sidney White, sebuah filem moden adaptasi Snow White yang berjaya membuat aku menyeka air mata beberapa kali, aku pula dihimpit rasa kebosanan. Mungkin Tronoh dan Kerteh tak jauh beza. Aku pun cek Blog Anak Mat Nor ni.

First post kat first page dia je da wat aku gelak besar macam haram. Dan aku terus membaca dan ketawa sendiri sambil menyumpah seranah penulis ini yang aku tidak ketahui identitinya sambil ber-bbm dengan Watie sambil memuji-muji beliau yang berjaya mencapai tahap kualiti dalam pembacaan beliau yang tak pernah aku sangkakan. Watie terus menyarankan sesetengah post lain yang kelakar katanya. Dan Watie juga menyatakan pada aku bahawa Anak Mat Noor ini ialah seorang pengkid. Watie terus memuji dia jujur dan bagus dia tak sorok-sorok. Aku respon separa hati macam 'yerlah, daripada kene attack baek cakap awal2'.

Aku masih sedang membaca dengan penuh minat sampai sekarang. Aku dapat tahu Jebon ni sukakan karya kartunis Lambok (aku suka gak!), suka tengok muzikal waktu kecik antaranya The Sound of Music (samalah!) dan seorang penulis yang baik siap ade novel sendiri (itu harapan aku).

Wow..

mungkinkah aku pun pengkid jugak macam Jebon?

Sunday, April 3, 2011

The Night and The Day

Hey, what's up?

Miss me? I miss u guys definitely. Will be talking a lot more later. But lemme sleep first. Long night I had yesterday celebrating my 23-rd birthday with my supercool friends - Nayong, Fifi, Aznin and Zaim. Yeah, now a year older but age is just a number (kata orang-orang yang dah tua).

It's Sunday morning and my sister is cooking special lunch for my birthday. I realized, time keeps passing by but I still have a loving family which love for each other keeps getting stronger. And I have amazing bestfriends from school time, to university time and new friends that keep on adding colors to my life. Life is such a blessing with these companies.

I'm just hoping that May is definite and I will start a new phase of life which I have waited for so long. Maybe in KL? 

Until then... see you guys soon! :)

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010! Maaf zahir dan batin. Days gone, months passed by, years of changes, now I am already 22. Doing my internship. Kerja.

No need to repeat everything. I guess almost all my family and friends has known that. However, how sparkly and classy the company sounds, it's just an intern job. I don't know all the hype, all the you should do ok remarks. With what I earned, equated to the living cost of KL, I don't think it's parallel enough, kilted to the latter.

Why am I writing this? Sedih sebenarnye. Sbb..

duit raya tak dapat banyak sgt... wlupun ada dpt juga! :P

Tuesday, July 20, 2010

Smile - Charlie Chaplin

One thing that I learnt about our late Yasmin Ahmad after reading (and crying over) her tribute in ADOI magazine is that however committed and serious she is in her artwork, she never lose her human touch through out the process.

Yes, it has been months I haven't updated this blog of mine(as usual) and you guys have known, I am currently doing my intenship in a corporate communication department in a multinational german car company. Guess it where yourself. This is my first experience working in a corporate environment and I have embraced it initially not until I learnt that however fun an event or process should be, you have to act serious all the time.

To those who know me, I am not the most serious person on earth. Yes i would want to get my job done, yes I want to produce it with the most exceptional quality, but at the same time, I never want to get all tight or stressed out about it. I want to enjoy the process, much to myself and with the people involved in it. And by enjoying it, doesn't mean that I can slack off.

In one of the tribute written by one of her ex-colleague, he wrote how one day, he was in a meeting in a glass partitioned room just outside Yasmin's room, and Yasmin, going into her room, stood facing him, lifted up her blouse and pressed her bare stomach against the glass wall - with a mischievous grin on her face. In Chris Cheon's own word he described Yasmin how her clowning around taught people like him, who take work and life seriously, that even he himself forgot how to smile: to "Enjoy each moment in life. Now".

Yasmin clowns around but her works are never dumb. She taught me that we can always deliver what is wanted, and even more, but at the same time, to stay humane. It is sad to know that we can lose our ability to help, to care, to mentor, to learn and to be compassionate just for the expense of doing something right. Isn't to forgive is a human condition? We are not alone, and no matter how tough or hard you act, we (should) have feelings.

I am serious to excel myself in doing what I'm doing right now but I promise myself, climbing up the mountain (excuse me Miss Cyrus), I will never let myself get lose in the journey.

Yasmin Ahmad in memory (1958 - 2009)
Al-Fatihah

Monday, May 3, 2010

Speak Up - Kristinia Debarge

(attempt pertama untuk kembalikan Fail Urban)

Apa itu kebebasan bersuara? Pada aku, ia bermaksud keterbukaan untuk menyuarakan pendapat, kritikan dan idea tidak kiralah melalui penulisan, lisan ataupun body language tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa. Kebebasan bersuara sememangnya sangat diraikan di luar negara. Kita boleh tengok contoh-contoh dekat di hati sepertimana filem-filem Barat yang mengkritik dasar politik atau sosial negara mereka. Kat India pun filem-filem mereka terbuka jugak macam Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan Rang De Basanti.

"Yayyy, kita berjaya bunuh Menteri Pertahanan tu!!!"

Di Malaysia macam mana pula? Hurm... hurm.. (pandang-pandang sekeliling) tak sangat-lah~~ Contoh-contoh yang dekat di hati, MalaysiaKini, Raja Petra Kamaruddin, Rafiqin Darwisy, Siti Amirah dan Hanita Mizi. (sebab apa, search sendiri!) I tak berani komen banyak. hehe~

 "Bukan I curi kacang tu!"

Persoalannya, sejauh mana kepentingan kebebasan bersuara di Malaysia ni? Dan sejauh mana stigmanya sehinggakan kebebasan bersuara di Malaysia ini 'dibataskan'? Ya, aku akui, kebebasan bersuara perlu disekat apabila hak ini diambil kesempatan sehingga mengancam keamanan dan menyebarkan fitnah. Tapi, kadang-kadang, sekatan kebebasan bersuara ini juga diambil kesempatan untuk kepentingan politik dan menutup kebenaran. Dan ini perlu dipersoalkan juga, bukan?

"Hurm.. nape gambar poster dengan gambar real mamat ni lain sangat???"

Sekarang ni, kita dapat lihat trend 'cepat melatah' setiap kali sesuatu pihak menimbulnya sesuatu isu yang kita anggap sensitif. Cepat benar respons untuk membangkang, menidakkan dan apatah lagi mewujudkan group 'Facebook' yang kebanyakannya menghina kembali pihak-pihak itu. Relevankah tindakan ini? Mungkin ada yang menyatakan, perbuatan menimbulkan isu sensitif itu di awalannya tidak boleh diterima, tetapi adakah respons popular sebegitu yang kita cari dan yang akan menyelesaikan masalah tersebut? Paling mengecewakan, masalah tidak selesai, pertingkahan semakin menjadi-jadi. Yang bertepuk tangan pun ramai, menyaksikan 'kita-kita' dok lah berkelahi, bak kata Tun Mahathir.

 "Hangpa daripada dok layan FB, baeklah layan blog cek~"

Menegur tak salah, tapi biar berhikmah. Biar kena dengan orang yang ditegur, tempat dan caranya. Macam-macam medium lain yang kita boleh guna untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Semua yang dok 'like' group-group di Facebook tu, memang dah yakin faham dengan semua fakta-fakta yang ada? Dah dengar cerita semua pihak? Bukan aku nak berleter, atau back-up insan-insan terlanjur ni, tapi tak salah kita jadi orang yang rasional sebabnya kalau benar nak tegakkan yang hak, gunakan cara yang hak jugak. Tak gitu adik-adik?
"Ingat tak apa nabi pesan, adik-adik?"

Kita dah cukup banyak dilema. Tak payahlah nak gunakan laman sosial nak tambahkan dilema. Internet UTP pun dah cukup dilema dan drama. Hikhik ;P

Friday, April 30, 2010

Chances - Five for Fighting

Semalam, to be exact, pagi tadi, I am totally lost. Pukul 2.30 petang sepatutnya adalah final year presentation project aku. Sistem tak siap sangat, presentation slides pun tak edit lagi. Aku memang rasa sangat-sangat down. Seperti yang semua orang tahu, programming is the least fav subject of mine and ironically I have to develop a courseware for my final year project. 

Bila aku tengah tensi tu, perkara pertama aku buat adalah tidur. It's good for stress. Aku  tidur dari pukul 12 sampai 2 pagi, dengan harapan bila bangun-bangun tu mungkin dapatlah semangat dan inspirasi. Tapi,tak  jugak. Sama saja. Sampai rasa macam nak give up buat fyp. haha

Lepas dah keluar supper dengan Mino, Pulah dan Pat (gigih ni cari mapley yang ada meja kosong dek penangan match bola sepak Barca semalam), aku pun balik bilik dengan niat yang satu iaitu menonton filem 'The Blind Side'. Aku dah tengok filem tu banyak kali sebenarnya, tapi entah macam mana, aku terasa macam dapat hint yang suruh aku tengok filem tu, lepas aku terbaca artikel tentang Sandra Bullock dan Lily Collins, antara dua orang pelakon utama dalam filem tu. Jadi aku pun tonton filem dari kisah benar tentang pemain ragbi Michael Oher ni. Aku tak berniat pun nak mencari inspirasi, cuma nak mengisi masa aku yang sepatutnya tidak lapang itu.

Dekat nak akhir-akhir filem tu, ada satu monolog bacaan essay Michael Oher yang dia tulis berdasarkan sebuah puisi demi nak menaikkan pointer dia untuk melayakkan dia dapat biasiswa sukan ke universiti. Essay beliau adalah seperti berikut;

Michael Oher on The Charge Of The Light Bridage
Courage is a hard thing to figure. You can have courage based on a dumb idea or a mistake, but you are not supposed to question adults or your coach or your teacher. Because they make the rules. Maybe they know the best or maybe they don’t.
It all depends on who you are and where they come from.
Didn’t at least the six hundred guys think of giving up and joining with the other side? I mean “The Valley Of Death”. That’s pretty salty stuff. That’s why courage is tricky, should you always do what others tell you to do.
Sometimes you might not even know why you do something. I mean any fool can have courage. But honour, that’s the real reason you do something or you don’t. It’s who you are and maybe who you want to be.
If you die trying for something important then you have both honour and courage and that’s pretty good.
I think that’s what the writer was saying: that you should hope for courage and try for honour and maybe even pray that the people telling you what to do have some too.
Bila aku dengar part honour tu, aku jadi tersentuh. Memang, aku tak ada minat untuk programming dan course aku ni sangat, tapi, apa yang aku boleh lakukan adalah untuk mengekalkan honour aku dan juga orang-orang di sekeliling aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Macam magis, lepas aku tengok filem tu, aku dapat inspirasi dan semangat nak menyiapkan fyp aku. Aku jadi berani.

Sekarang, presentation dah pun habis. Tutup buku fyp (oh, kena hantar hardbound report lagi). Yang penting, segalanya berjalan lancar. Terima kasih pada Hilal, Pulah dan kawan-kawan lain yang banyak membantu terutamanya memberi semangat. Tak lupa juga pada Puan Subarna yang tak putus-putus harapan dengan aku. Haha. Harap-harap pass y'all~

Yang paling penting, terima kasih pada Michael Oher, tanpa beliau, sebuah filem yang penuh inspirasi sebagaimana 'The Blind Side' tak akan ada. For courage and honour!!!

Tuesday, April 27, 2010

Encore - Jay-Z

(Siri review entry blog dari dulu sampai sekarang)

Kadang-kadang baca balik entry-entry blog yang dulu, boleh tengok macam mana diri sendiri boleh terevolusi. Gaya penulisan yang berubah. Gaya pemikiran yang berbeza. Lebih matang? Mungkinlah. Aku mulakan blog ni pada September 2007. Sebelum ini ada juga blog lain, tapi nampaknya IsmalStories lagi panjang umurnya. Mula-mula plan nak jadikan blog ni tempat untuk kongsi cerpen, puisi atau novel sendiri, tapi kemudian, blog terhenti selama 3 bulan (especially lepas kena kritik orang kata malas nak baca panjang-panjang), sebelum pada bulan December-nya, a new topic emerged when I started writing about movie reviews. Sepertimana yang semua tahu, I am very much obsessed with movies, so dapat buat movie review, memang menyeronokkan.

Tahun 2008 adalah tahun di mana blog ini paling aktif di-update-kan. Masih lagi mencari hala tuju, aku pun masih terus membuat pelbagai jenis review, dari trivia peribadi ke Anugerah Juara Lagu ke-22, hinggalah ke segmen tertentu seperti Fail-X dan Fail Urban. Aku pun tak lupa jugak menyelitkan nasihat fesyen. haha pendek kata, memang pelbagai-lah entry yang telah aku buat. Kesemuanya dalam keadaan santai ketika itu. Mostly nak buat orang senyum dan bergelak ketawa dengan banyak gambar-gambar dan captions yang kelakar.

Tapi dalam kelakar-kelakar pun, kita tak boleh lari dari kontroversi. Sedangkan lidah sendiri lagi tergigit, inikan pula lidah orang lain. Eyh~ Aku tak lancang, tak sarkastik pun, tapi teguran pun kadang-kadang orang boleh salah anggap. Aku rasa entry Nitelife di UTP memang mempunyai komen-komen paling menariklah yang permah aku dapat. Walau macammanapun, sampai sekarang pendirian aku masih sama tentang isu ini, No knowledge, no respect. No respect, no talk. :)

Walaupun aku bimbo, dalam masa yang sama aku tak juga kekok nak menyentuh isu-isu politik, keamanan dunia, pendidikan dan juga patriotisme. Pada aku, macam mana pun kita cuba pergi, kesemua perkara ini tak patut kita abaikan sebab kita hidup bermasyarakat. Walaupun tak minat, menyampah macam mana pun, kita kena ambil tahu jugak. At least, tak adalah bila orang tulis blog, carut-carut kerajaan kita percaya bulat-bulat. Sebab dengan ambil tahu, kita boleh buat fairer judgement

Kadang-kadang, banyak je mental block yang terjadi, blog tak update-update, tapi dulu ada trend blogger suka tag blogger yang lain. So senanglah jugak nak update blog bila kena tag macam dari Aimi dan Tasha ni.

Bermula November 6, 2008, entah macam mana, mood blog berubah menjadi lebih serius. Aku mula lebih banyak berfikir dan menulis tentang hati dan perasaan. Stail entry pun berubah. Aku gunakan tajuk-tajuk lagu sebagai teaser atau hint tentang apa isi kandungan entry aku tu. Aku pun menjadi lebih sensitif tentang penggunaan bahasa. Bahasa Melayu adalah bahasa utama, penggunaan bahasa Inggeris selalunya akan aku italic-kan. Stail ini berterusan sampai sekarang. Tapi sempat juga selit lagu sendiri. ;p

Pada aku, menulis blog ni memang memerlukan fokus dan kreativiti. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran facebook yang banyak mencuri masa kita, kudos aku ucapkan pada rakan-rakan seperti FK yang masih istiqamah menghidupkan blog masing-masing. Walaupun aku tak konsisten, terus terang aku katakan, melihat kembali perubahan blog ini dari dulu sampai sekarang memang rasa sayang untuk melepaskan blog ini pergi. Sebab sedikit sebanyak, blog ini menggambarkan aku, menggambarkan apa yang aku dah lalui, pengalaman aku dan pemikiran aku. Dari hiburan, kepada pendidikan, kepada isu dunia. Macam-macam!

Yo blog, jangan bimbang ok. You will viva forever. haha

p/s: Fail-X dan Fail Urban macam best pula. Nak hidupkan balik ke segmen tu eyh?