Wednesday, January 28, 2009

Dreamin' Out Loud - OneRepublic

Tadi, aku ke kelas Introduction to Knowledge Management (IKM). Ya, aku pergi kelas. Huhu

Anyway, brief info tentang KM. KM ni lebih kepada sharing of information between people within or outside an organization yang disokong dengan kemajuan teknologi macam internet. Jadi, dalam satu company tu, KM sangat-sangat penting especially when it comes to Intelectual Property. Harta company tu, beb.

Anyway, salah satu strategi yang diguna-pakai untuk KM implementation di US adalah 'Water-Cooler Strategy'. Strategi ni dikatakan berkesan sebab kebanyakan pekerja-pekerja di US ni suka melepak dan bersembang sambil minum air di water-cooler machine mereka. Jadi, untuk menggalakkan discussions di kalangan pekerja-pekerja mereka, companies pun mengambil langkah meletakkan lebih banyak water-cooler machines di dalam pejabat. Now it makes sense kenapa banyak water cooler kat ofis-ofis Amerika! ;P

Anyway, tadi aku pun terfikir lah. Boleh ke strategi begini berkesan di Malaysia? Mungkinkah dengan meletakkan lebih water-cooler, pekerja-pekerja Malaysia akan lebih banyak mengadakan intelectual discussions? Mari kita lihat apakah drawbacks atau kelemahan-kelemahan yang mungkin terjadi jika strategi ini diamalkan:

1. Pekerja akan lebih banyak ke tandas daripada bersembang kerana terlalu banyak minum air.

2. Water-cooler tidak mendapat sambutan kerana orang Malaysia tak suka minum air masak.

3. Tidak sopan bercakap sambil minum. Apetah lagi sambil berdiri sebab selalunya tiada kerusi di water-cooler machines itu.

4. Selalunya water-cooler diletakkan di tempat awam, jadi orang Malaysia yang lebih gemar mengumpat mungkin tidak selesa dengan keterbukaan itu.

Jadi, apa langkah-langkah yang boleh diambil untuk kita mengatasi kelemahan-kelemahan ini?

1. Sediakan water-cooler di dalam tandas. Sambil minum, boleh ke tandas dan aktiviti bersembang masih dapat diteruskan.

2. Daripada membekalkan air masak, water-cooler itu akan lebih mendapat sambutan jika dibekalkan dengan jus oren atau minuman bikarbonat seperti pepsi atau coke.

Tapi sebenarnya, aku dapat rasakan yang strategi ini walau di-modify dengan apa cara sekalipun, tidak akan dapat diaplikasikan secara maksimum. Jadi, aku rasa daripada menggunakan water-cooler, apa kata kita gunakan dua langkah di bawah:

1. Untuk lelaki, eloklah disediakan bilik pool untuk mereka. Di dalam bilik itu juga dibenarkan merokok. Tapi, jangan diletakkan TV ataupun permainan komputer sebab nanti mereka tak bersembang, sebaliknya lebih fokus menonton atau bermain.

2. Untuk perempuan, apa kata kubikel ofis mereka dipisahkan oleh pintu pagar ataupun cermin tingkap. Bukan apa, perempuan ni kan suka buat 'mesyuarat pagar' atau 'mesyuarat tingkap'.

Sekian, majulah KM untuk PETRONAS. Adios!~

Tuesday, January 27, 2009

Wish I - Jem


Sayang: Kalau saya jadi bunga, awak nak jadi apa?
Saya: Saya jadi manusia, supaya saya boleh hidu keharuman awak. Kalau saya future-thinking, saya akan buka kedai florist, petik, gubah dan jual awak dengan kawan-kawan awak.

Sayang: Kalau saya jadi lagu?
Saya: Saya jadi manusia, supaya saya boleh tuliskan lirik lagu untuk awak. Kalau sedap, mungkin saya akan hantar awak ke OIAM untuk dinyanyikan di konsert finale.

Sayang: Kalau saya jadi baju?
Saya: Saya jadi manusia dan pakai awak. Tapi ikutlah awak ni jenis baju apa, kalau kebaya mungkin saya perlu fikir dua kali. Saya tak ramping sangat.

Sayang: Kalau saya jadi buku?
Saya: Saya jadi manusia dan terbitkan awak banyak-banyak. Awak mesti nak popular kan?

Sayang: Kalau saya jadi madu?
Saya: Saya akan jadi suaminya. hikhik!

Sunday, January 25, 2009

Who Knew - Pink

warning: post ini mungkin ada kene mengena dgn semua orang

Pernah tak duduk bosan-bosan, seorang diri. Termenung, berfantasi. Senyum-senyum sendiri. Kemudian diam monyok. Pandang kiri, pandang kanan. Depan, belakang. Atas bawah. Mengomel sendiri. Berguling atas katil. Melompat-lompat. Dengar lagu. Tengok movie. Tutup komputer.

Rasa kosong. 0. Empty. Hening~
Waktu itu, kita berkata; kenapa-lah hidup lonely sangat? Tak ada orang nak ajak aku keluar ke? At least, tak ada orang gtalk, ym or SMS aku ke?

Waktu tengah berfikir sendiri tu... tiba-tiba terdengar message alert. Cepat-cepat berlari ke arah handphone yang ada kat atas meja. Yayyy, ada orang SMS!

Read message.

'Top up RM30 this week to win exclusive merchandise blah blah blah..."

Haihh~ babi betul HudLink ni. Baring atas katil semula.Layan balik perasaan loser tadi. Mata makin mengantuk. Kalau tidur, mungkin tak misery sangat kot.

Message alert terdengar sekali lagi. Cepat-cepat tekan 'yes'.

'Oit, nak keluar tak? Kitorg nk g mpley'
sent by: Din 012-xxxxxxx

Tapi waktu tu, bukannya melompat-lompat kegembiraan ataupun bersorak kerana akhirnya ada seseorang message, tetapi makin menyampah. Baring balik atas katil. Message tak dibalas.

Sebab....

Kita mahukan orang lain yang message kita. Kita letak expectation. Sanggup lonely daripada ber-message dengan orang yang kita tak harapkan. Kan? :)










-------------------------------------------------------------

Message alert.

'oit'
sent by: specialOne 012-xxxxxxx

'yerp. ko pekabo? sihat tak? tgh buat ape?'
sent by: you 012-xxxxxxx

'skoler da masuk?'
sent by: specialOne 012-xxxxxxx

Campak handphone ke dinding. Biar pecah berderai.

Wednesday, January 21, 2009

So Simple - Stacie Orrico

Hari ni aku nak berbicara tentang isu Queen Bee.

Ya, walaupun isu ini hanya banyak dilihat di dalam filem-filem Hollywood, tapi sebenarnya ramai saja gadis-gadis (atau separuh-separuh lelaki) yang berangan mahu menjadi Queen Bee di Malaysia hatta di UTP sekalipun. Dengan feeling dialah yang paling bergaya, dialah paling standard, boyfriend dialah yang paling hensem, queen bee ini akan terus catwalk penuh yakin dan saksama.

Walaupun mereka tak sedar ada ramai saja yang ingin meludah kepada mereka sepanjang perjalanan mereka ke kelas itu.

Actually, dalam kelas tadi, aku duduk sebelah seorang budak Sabah ni. Mari kita panggil gadis gebu itu Geburina. Tengah sembang-sembang kosong sementara menanti kehadiran lecturer, tiba-tiba seorang gadis yang selalu aku perhatikan ni melangkah masuk ke dalam kelas selepas bercakap di telefon. Aku pun cakap pada Geburina, 'budak tu muka sombong kan?'

Geburina pun cakap balik, 'Memang sombong pun'

Aku pun terkejut dengan statement itu (pura-pura naif ni) 'Ye ke? Aku ingat rupa je macam tu, Perangai pun sama?'

Geburina sambil memutar-mutarkan matanya (*matilah direct translation dari rolling her eyes) pun berkata 'she's the richest girl in class. Si S***a tu pun sama. Itu yang geng'

Aku pun angguk-anggukkan kepala. Dah paham konsep. 'Geng diorang yang lain tu kaya juga?'

Geburina geleng-geleng. 'Itu pengikut saja, bah!'

Ohho~ walaupun begitu, Geburina tidaklah semami jarum yang disangka. Dia masih berfikiran positif. Katanya 'mungkin tak berapa kenal, itu yang tak mesra dengan kita kot'

Tapi tiba-tiba Geburina memberi contoh yang menguatkan lagi status Queen Bee mereka. 'Hari tu aku duduk depan diorang. Ada seorang budak perempuan Vietnam ni masuk kelas. Lepas tu aku dengar diorang dua orang bercakap pasal budak perempuan Vietnam tu ~Isk, dia pakai fake LV~'

Yesss.. Walaupun aku tak pernah tengok salah seorang dari mereka pakai LV original, tetap diorang nak buat statement macam tu. Sabar je la~

Jangan kata beg I, satu badan LV ori! - Queen Bee

p/s: aku pun suka ngumpat fashion sense orang jugak. Tapi aku tak queen bee. Beembo saja. :P

Monday, January 19, 2009

Coba - Faizal Tahir

Yessssss!
(sahaja memulakan blog dengan nada optimis walaupun aku seorang realist)

Semester baru sudah bermula. Tak ada masa aku mahu berpura-pura baik dengan menyatakan azam itu, azam ini. Target itu, target ini. I'll go with the flow. InsyaAllah akan ada perubahan tapi tak perlu dikhabarkan pada satu dunia maya sebab kalau tak tercapai nanti, malu tak? Malu cikgu!!!~~~

Semalam AJL23. Meet Uncle Hussain menang. Tak sia-sia minat Lagu Untukmu tu dulu. Tapi masih kagum dengan persembahan Faizal Tahir. Walaupun dia pakai nail polish, aku tak judge dia. Mungkin kuku dia tak cantik macam aku punya. Awww~

Hari pertama kelas sangat hectic. Pagi aku pergi dua kelas. Waktu kelas kedua, Management Information System (MIS) aku sakit hati duduk depan budak-budak yang bercakap saja tak henti-henti, mengajuk accent lecturer kami yang berasal dari India. Aku yang tak berdarah India walaupun seiras Shah Rukh Khan, oops, Dato' Shah Rukh Khan boleh saja faham janji aku menumpukan perhatian kepada lecture tu. Rasa nak ketuk kepala budak-budak tu seekor-seekor suruh mereka diam. Bukan sebab aku ni berlagak bagus atau apa, cuma menyampah bila mereka asyik bertanya sesama sendiri 'apa dia cakap tadi?' 'apa? apa?' setiap kali mereka terlepas dengar nota-nota penting.

Dalam hari ni juga aku ke Batu Gajah dan Taman Maju. Ada hal penting. Dua-dua melibatkan perihal rakan-rakan baik. Aku tak kisah. Sebab sekarang ni aku sikit kawan. Ramai yang dah pergi intern. Ada Kuchai dan Jipan pun dah cukup baik nak temankan aku makan dan berfoya-foya. Jadi aku juga perlu berbuat pada mereka juga. Itu guna kawan-kawan kan? Konsepnya, sebabkan aku penat hari ni, kenalah aku suruh Kuchai urut belakang aku nanti. Lepas tu aku plak urut kaki dia sebab dia kata lenguh.


Harap-harap kaki Kuchai tak busuk. hiks


p/s: Tipu jek pasal urut mengurut tu. tak ada masa nak baik sampai macam tu sekali. ;P

Friday, January 9, 2009

Hilang - Diddy


Di sini aku nak meminta maaf pada semua kerana post aku sebelum ini bertafakur tentang kehilangan sebuah harta dunia, sedangkan saat ini rakyat Palestin sedang menangisi nasib mereka yang kehilangan lebih dari apa yang pernah aku hilang semenjak aku lahir lagi.

Mereka hilang tempat tinggal.

Mereka hilang sanak saudara.

Mereka mungkin hilang nyawa dan negara mereka yang tercinta.

Namun aku sentiasa mendoakan, semangat mereka untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan iman mereka tidak akan hilang.

"Ya Allah, mungkin aku bukan umatmu yang terbaik dan mungkin yang paling hina, namun aku tetap ingin memanjatkan doaku supaya terhentinya peperangan di bumi Gaza dan berikanlah perlindungan kepada saudara-saudara se-Islamku di sana dan di seluruh dunia. Sesungguhnya aku sedar bahawa dalam sekelip mata, nikmat yang aku peroleh di bumiku sendiri boleh ditarik bila-bila masa olehmu sebagaimana yang dialami rakyat Palestin di sana. Mungkin jasadku di sini, namun ingatanku berada di sana. Ingin sekali aku berkongsi penderitaan dan menghulurkan kekuatan kepada mereka namun tiada peluangnya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka yang terkorban dalam perjuangan mereka melindungi negara mereka dan Insya-Allah mereka tergolong sebagai para Syuhada. Amin ya rabbal Alamin"

Tuesday, January 6, 2009

I Won't Change You - Sophie Ellis-Bextor


Kadang-kadang, untuk melakukan perubahan walaupun untuk yang terbaik, memang sesuatu yang sukar dilaksanakan. Tambah-tambah jika kita sudah kebiasaan dengan yang lama, mengenangkan prospek baru yang mungkin sangat besar jurang perbezaannya dengan yang lama menyebabkan kita tak mahu mengambil risiko berubah.

Mungkin sebab itu ada yang sanggup terseksa dengan perhubungan cinta yang duka kerana tidak mahu memulakan cinta yang baru.

Dan mungkin sebab itu ada yang terus ketinggalan zaman, masih kekal dengan teknologi-teknologi lama sedangkan dunia kini semakin maju.

Namun, melangkah ke hadapan tak bererti kita meninggalkan terus apa yang dibelakang. Sebab itu kita punya memori. Apa yang wajar disimpan, kita pegang erat dan apa yang perlu dibuang, kita lupakan. Pokok-pangkalnya, cara kita menghadapi perubahan itu yang penting. Jangan terlalu emosional, dan jangan terlalu kering pula. Tengah-tengah, secukup rasa.

Tapi semalam aku hampir menangis, bila menghantar Ancalime (laptop aku) ke kedai komputer untuk di-reformat. Walaupun selepas ini Ancalime akan menjadi baru, lebih pantas dan lancar, namun untuk mengucapkan selamat tinggal pada Ancalime lama yang sudah aku tweak sebaik-baiknya memang sesuatu yang sukar.

Mari mengambil masa 5 minit bertafakur mengenangkan Ancalime yang lama. Sob-sob~