“Bunga lagi?” Kavitha mengangkat keningnya sebaik sahaja Salma tiba di meja kerjanya. Salma hanya mendiamkan diri namun di dalam hatinya turut bertanya soalan yang sama. Salma menghenyakkan punggungnya ke atas kerusinya yang dilapik dengan bantal kecil empuk yang dibeli ketika membuat liputan berita di Acheh dulu.
“Cemburu sungguh aku dengan kau ni Salma. Dahlah popular, peminat mesti ramai. Yang kasi bunga ni mesti salah seorang peminat fanatik kau!” Kavitha mencubit lengan Salma sebelum dibalas Salma dengan
“
“Eh, bacalah cepat apa yang tertulis dalam kad itu!” Kavitha separuh menjerit mengucapkan kata-katanya itu. Dia teruja ingin mengetahui identiti peminat rahsia Salma. Jeritannya menarik perhatian beberapa rakan pejabat yang sedang melakukan tugas masing-masing.
“Kau ni, bisinglah! Sabar, aku nak bacalah ni.” Salma membuka lipatan kad ucapan itu dan membaca apa yang tertulis di dalamnya dalam nada berbisik agar dapat didengari oleh Kavitha.
“Dari yang amat mengagumimu, Zayd.” Salma terpegun seketika membaca
“Itu saja? Itu saja klu yang diberi si Zayd ni? Aiii, sampai ke tua lah kita tak tahu siapa peminat kau ini Salma,” Kavitha mencebikkan mulutnya. Salma melipat semula kad ucapan itu, menyelitkannya kembali ke celahan jambangan bunga dan meletakkan jambangan bunga lili itu ke sisi mejanya agar tidak menganggu perjalanan kerjanya hari ini. Salma sekali lagi membalas keluhan Kavitha dengan senyuman sambil membuat isyarat tangan agar Kavitha kembali ke meja dan menyambung kerjanya. Dia merasakan tidak ada apa yang dapat diulas atau dikomen olehnya tentang jambangan bunga, kad ucapan, mahupun Zayd ini sendiri. Lagipun, draf soalan temubual dengan
“Oh, macam inilah kawan. Dah ada peminat rahsia terus kawan baik dihalau!” Kavitha tersengih pada Salma sebelum melangkah pergi dari meja Salma. Salma melambai-lambaikan tangannya pada Kavitha sebelum menyelak helaian-helain kertas yang tersusun kemas di dalam raga berlabel ‘DRAF’ di hadapannya. Tiba-tiba, telefon mejanya berbunyi. Salma agak terkejut, kerana di fikirannya, masih terselit persoalan tentang siapakah Zayd. Dia mengangkat telefon yang semakin bingit berdering.
“Hello, Salma, TV6, siapa di
“Hello?” Salma mengulangi sapaannya.
“Hello…” suara di hujung talian memang amat dikenali Salma. Suara yang sudah lama tidak didengarinya. Suara yang dulu pernah melukai hatinya.
“Kenapa telefon? Kalau bukan disebabkan soal kerja saya, atau kematian, atau kecemasan, rasa-rasanya tak ada sebab untuk menelefon saya,” Salma
“Banyak sebabnya, banyak yang perlu diselesaikan,” suara di hujung talian makin mendesak. Salma mencebikkan bibirnya. Matanya mulai berkaca. Bagi Salma, kelukaan dalam hatinya tiada penyelesaian. Lukanya sudah berparut, entah ubat apa yang mampu menghilangkan kesan itu.
“Kedegilan dan dendam tak a
“Ini bukan kedegilan atau dendam. Ini zuriat ketidakadilan,” Salma meletakkan gagang telefon sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Air mata yang sudah tidak mampu diempang mengalir deras di pipinya yang kemerahan. Sedu-sedannya menarik perhatian Kavitha yang sedang membuat fotokopi berhampiran mejanya. Kavitha segera menuju ke arah Kavitha.
“Dia?” Kavitha dapat meneka punca Salma menangis. Salma mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengiakan soalan yang ditujukan Kavitha. Dia tak mampu berkata-kata.
“Apa yang dia nak?” Kavitha memegang tangan Salma untuk menenangkan sahabat karibnya itu.
“Dia nak berjumpa. Selepas enam tahun, baru dia nak jumpa aku..” Salma menjawab juga soalan Kavitha dalam sedu-sedannya. Kavitha terdiam seketika. Dia menggenggam erat tangan Salma seolah-olah meminjamkan kekuatannya kepada Salma.
“Pergilah Salma, pergi jumpa dengannya. Siapa tahu, kali ini segala-galanya akan baik semula. Mungkin ada alasannya kenapa dia tak pernah
“Salma, ibu tak faham apa yang ada dalam kepala Salma? Tak pernah terlintaskah dalam fikiran Salma yang ibu buat pilihan ini sebab ibu sayang pada Salma!” Suraya mengetuk-ngetuk pintu bilik anak perempuannya itu. Dia merajuk lagi. Merajuk dengan kedegilan ibu yang tidak pernah
“
Tiba-tiba, pintu bilik yang terkunci tadi terbuka. Salma berdiri di hadapan ibunya dengan mata yang kemerahan.
“Saloma? Semuanya tentang Saloma,
Suraya kaku di hadapan bilik Salma. Dia tidak pernah menduga akan
"Sayang, abang rasa kita memang agak mendesak. Salma lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Salma dan Saloma dua individu yang berbeza. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Biarlah Salma tentukan sendiri bidang apa yang ingin diteruskannya di universiti kelak.” Suraya memeluk suaminya. Dia tidak menyangka niatnya yang hanya ingin melihat kejayaan anak-anaknya menjadi suatu tekanan kepada Salma, dan akhirnya, menjadi satu
*************************************************************************************
Restoran kek yang bakal menjadi tempat pertemuan dua jiwa yang sudah lama terpisah ini kelihatan lengang dan sunyi. Salma melihat jam tangannya. Sudah pukul 10:15 pagi. Jiwanya bergelora.Walaupun Kavitha menawarkan diri untuk menemaninya, namun baginya, biarlah hal ini diselesaikannya sendiri.
“Minta maaf terlambat, tadi ada pesakit yang datang secara tiba-tiba. Tak bolehlah nak mengelak dari kerja. Apa khabar, kakak?” Saloma memulakan perbualan sebaik sahaja dia sampai dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Salma. Salma hanya menganggukkan kepalanya bagi menjawab soalan adiknya itu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Salma menatap wajah adiknya lama-lama. Entah bagaimana, walaupun umur mereka sama, namun Salma dapat melihat kematangan terpancar dari riak wajah adiknya itu. Mungkin bebanan tugas sebagai seorang doktor telah mencuri masa adiknya untuk memanjakan diri. Pandangan dingin Salma kepadanya menyebabkan Saloma menjadi agak gundah.
“Lama tak jumpa. Kakak
“Terima kasih. Kakak gembira dengan hidup kakak,” Salma menekankan perkataan ‘gembira’ di hadapan Saloma. Saloma faham apa yang
“Tujuan Saloma ingin berjumpa kakak sebab Saloma ingin meminta maaf akan kejadian yang berlaku enam tahun lepas,” Saloma menundukkan kepalanya. Mata Salma berkaca apabila Saloma mengungkapkan kata-kata itu. Kepedihan itu masih dirasakannya.
“Kak, saya bukan sengaja menjerkah kakak di hadapan saudara-mara kita. Tak
“Kau panggil kakak anak derhaka, dik…anak derhaka,” Salma menekupkan wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan.
“Kak, semenjak ayah meninggalkan kita selama-lamanya akibat kemalangan yang menimpa kedua ibu bapa kita, ibu yang lumpuh, semakin kesunyian. Di rumah tempat kita membesar itulah ibu menghabiskan hari-hari terakhirnya merindui arwah ayah, merindui kita, kak. Tapi, kerana dendam dan salah sangka yang kakak simpan selama ini, kakak tak pernah sekalipun melawat ibu. Setiap kali Hari Raya menjelma, saya tahu kakak sengaja menawarkan diri untuk membuat liputan di luar negara agar dapat memberi alasan pada ibu mengapa kakak tak dapat pulang ke kampung. Kak, TV6 sentiasa ibu pasang. Dia takut andai terlepas sebarang liputan yang kakak lakukan, dan setiap kali menonton kakak di kaca TV, ibu akan menangis,” Saloma berhenti berkata-kata. Sedu-sedannya menyukarkan dia untuk menyambung kata-kata. Dia memandang ke wajah Salma yang sudah mula menunjukkan riak kekesalan. Saloma
“Kak, saya yang menjaga ibu sebelum ibu pergi meninggalkan kita. Hari-hari, ibu menangis, merayu kepada saya supaya pergi mencari kakak dan membawa kakak pulang. Ibu ingin sekali bertemu dengan kakak untuk meminta maaf, untuk menyatakan penyesalannya kerana tidak pernah
“Kak, saya berjumpa kakak bukan untuk menghimpit jiwa kakak dengan rasa bersalah. Bukan untuk membuat kakak rasa teruk dengan diri sendiri. Saya hanya ingin kakak fahami sebab mengapa saya memarahi kakak di hari pengkebumian ibu dulu. Kak, kakak lambat tiba. Ibu meninggalkan kita berdua dalam kerinduannya pada kakak.
“Dik, akak yang bersalah. Selama ini, kakak hanya memikirkan tentang diri sendiri. Rupa-rupanya, bukan ibu, tetapi kakak yang tak pernah
Tiba-tiba, telefon bimbit Saloma berbunyi. Saloma segera menjawab panggilan itu.
“Kak, ada kecemasan di hospital. Saya terpaksa mengundurkan diri dulu. Tak puas rasanya bertemu dengan kakak. Oh, macam inilah. Apa kata kakak datang ke rumah saya untuk makan malam hujung minggu ini? Lagipun ada sesuatu yang ingin saya sampaikan pada kakak” Wajah Saloma bercahaya dengan penuh harapan yang Salma tidak akan menolak permintaannya. Salma mengungkapkan persetujuannya. Selepas mereka sama-sama bertukar nombor telefon dan alamat rumah, Saloma bergegas pergi. Salma menyandarkan dirinya ke kerusi yang sedang didudukinya. Jiwanya terasa berat. Mungkinkah benar dia seorang anak derhaka? Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga…air mata Salma mengalir laju.
*************************************************************************************
Salma melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik Saloma dan suaminya yang juga seorang doktor. Salma kagum melihat hiasan dalaman rumah Saloma yang sangat
“Kak, ini suami saya, Azman,” Saloma memperkenalkan suaminya yang membuat riak wajah terkejut melihatkan persamaan ketara antara wajah isterinya dan Salma.
“Pertama kali lihat Salma di TV saya memang terkejut, tapi lama-lama dah biasa. Saloma dah ingatkan saya supaya bertenang hari ini, tapi saya masih lagi terkejut melihat awak hari ni.”
“Tak sangka doktor pun pandai bergurau,” Salma membalas
“Kak nak makan dulu ke?” Saloma bertanya pada Salma. Salma terdiam buat seketika.
“Tadi kakak baru lepas buat liputan di Putrajaya, ada jamuan sikit tadi. Mari kita bersembang dulu,” Salma melabuhkan punggungnya ke atas sofa ruang tamu yang diimport khas dari Itali. Saloma menuruti cadangan kakaknya. Azman memberikan privasi kepada kedua-dua adik beradik itu dengan mendaki anak tangga menuju ke
“Kak
“Dik, kakak merasa sangat berdosa pada ibu. Ibu pasti kecewa, benci pada kakak. Kakak tak dapat hilangkan perasaan bersalah itu, dik,” mata Salma berkaca. Saloma hanya tersenyum.
“Kak,
Sayang ibu, Salma,
Ibu faham akan kemarahan dan kebencian yang terbuku di hati Salma. Ibu tahu Salma sering menyangka bahawa ibu tak pernah cuba memahami diri, hati, jiwa dan perasaan Salma. Ibu tahu, Salma sering menyangka bahawa ibu selalu melebihkan Saloma. Ibu ingin meminta maaf andai benar semua ini dirasai oleh Salma. Ibu hanya ingin menyatakan pada Salma yang ibu cuma ingin memberi dan menetapkan apa yang ibu rasa terbaik dalam hidup anak-anak ibu. Namun, ibu sebenarnya gembira apabila Salma menegakkan pendirian Salma sendiri. Andai kata Salma tidak berbuat demikian, ibu rasa tidak mungkin Salma akan menjadi seceria, segembira yang dapat ibu saksikan dan dengar tentang kehidupan Salma dari Saloma.
Salma,
Ibu berharap benar dapat berjumpa dengan Salma. Teringin melihat senyuman ceria yang penah dulu ibu saksikan sewaktu Salma masih kecil. Ibu amat merinduimu. Walaupun Saloma ada menjaga ibu, tapi ibu juga inginkan belaian dari Salma, anak ibu yang degil tapi penuh dengan keyakinan diri. Ibu tahu, mungkin pada Salma, cukuplah Saloma, anak kesayangan ibu ada di sisi, tapi ibu sayangkan Salma juga. Mungkin kerana Saloma sering menurut kata ibu, perhatian ibu agak lebih kepadanya.
Salma,
Apa yang setiap ibu di dunia mahukan adalah kebahagiaan dan kejayaan untuk anak-anak mereka. Ibu bangga melihat kedua-dua anak ibu berjaya dalam hidup dan kerjaya masing-masing. Cuma apa yang ibu harap, tiada dendam yang tersemat lagi di hati kita. Dan andai kata kita tak dapat bertemu lagi, ibu hanya ingin Salma tahu bahawa ibu tidak pernah marahkan Salma. Ibu tahu, ini cuma salah sangka di antara kita semua.
Yang menyayangimu,
IBU
Salma menangis sambil membaca apa yang dicoretkan oleh arwah ibunya. Jiwanya terasa ringan, tenang apabila mengetahui perasaan ibunya. Salma melipat kemas semula
“Dik, kakak ingin mengucapkan terima kasih kerana menyempurnakan impian ibu yang tidak dapat kakak realisasikan,” Salma memeluk adiknya. Saloma tidak dapat membalas kata-kata Salma. Dia hanya mampu memeluk erat kakaknya itu.
“Dik, kenapa adik tunggu enam tahun untuk memberitahu kakak semua ini?” Salma mengerutkan dahinya sambil melepaskan pelukan mereka berdua. Saloma terdiam seketika.
“Kak, kalau boleh saya tak mahu lagi berjumpa dengan kakak kerana malu dengan diri saya sendiri selepas peristiwa di hari pengkebumian ibu. Saya sentiasa tertanya-tanya samada kakak sudah memaafkan saya atau belum.
“Apa maksud Azman untuk merungkaikan kekeliruan?” Salma
“Ibu?” kedengaran satu suara di belakang Salma. Dia berpaling ke belakang. Seseorang sedang berlindung di balik sebuah jambangan bunga besar. Salma mengambil jambangan bunga yang seolah-olah dihulurkan untuknya dan disebalik jambangan bunga itu, berdiri si comel tersenyum kegirangan.
“Anak kau ke Saloma?” Salma menjerit keriangan. Saloma membalas soalan Salma dengan senyuman. Salma menarik tangan anak saudaranya itu dan memeluknya. Seingat Salma, sewaktu hari pengkebumian ibu, Saloma ada mendukung seorang bayi, namun dia tidak menyangka bahawa bayi itu ialah anak saudaranya sendiri.
“Umurnya tujuh tahun. Saloma namakan dia sempena nama ayah. Bijak seperti ibu dan petah bercakap macam makciknya juga!” Saloma gembira melihat Salma yang sedang melayan anaknya.
“
“Ya, saya Zayd, peminat rahsia wartawan Salma Zayd. Saya selalu suruh ibu hantar bunga pada makcik. Suatu hari nanti saya nak jadi macam makcik!” Zayd menghadiahkan Salma kucupan di pipi. Salma memeluk Zayd lebih erat.
“Zayd selalu keliru samada wartawan di kaca TV itu ibunya atau
*******************************************************************************
Bunga lagi?” Kavitha memuncungkan bibirnya memandang jambangan bunga yang ada di atas meja kerja Salma. Salma yang baru sahaja sampai ke tempat kerja hanya tersenyum.
“Ni mesti anak buah aku yang hantar lagi. Dah banyak kali aku pesan jangan bazirkan duit ibu dia,” Salma duduk ke atas kerusinya dan mendail nombor telefon Saloma. Dia ingin bertanya pada Saloma samada Zayd yang menghantar bunga kepadanya dua, tiga hari ini.
“Eh, tak ada pun Zayd suruh Saloma hantar bunga pada kakak.” Salma terdiam. Bukan Zayd? Jantung Salma berdegup kencang dalam debaran.
No comments:
Post a Comment