Wednesday, April 14, 2010

How You Survived the War - The Weepies

Orang Melayu memang senang kena jajah aku rasa. Yang paling penting, bukan saja senang, siap tak sedar atau tak sedar mereka ni dijajah. Sebab tu lah orang luar senang nak ambil kesempatan pada kita. Bila dah terjatuh baru terngadah. Barulah nak angkat sepanduk itu ini, tak puas hati itu ini padahal dari awalnya kita yang buat tak endah.

Tolonglah budak-budak rumahku! Bangkitlah! Tidak sedarkah kalian bahawa dapur rumah kita telah dijajah oleh dua warga asing itu??? Dapur yang dahulu menjadi medan kita bertempur dengan percikan minyak panas, tempat kita berbahagi tugasan Chef bak Bob Hotel Mania, tempat kita menjamu selera malahan siap jiran-jiran kita sajikan, kini telah dirampas tempat kita di situ. Iya, mungkin ada suara-suara picisan katakan, bukankah dua warga asing itu punya hak pada dapur itu juga??? Tidak pernah aku nafikan hak mereka. Tapi kalau sudah berguna, pandai-pandailah menjaga jua.

Tapi bukan begitu halnya. Masih lagi terngiang-ngiang jerit hilai Chef Mino mengarahkan aku dan Hilal membasuh peralatan-peralatan yang sudah digunakan. Pat pula mengelap dan meletakkan kembali peralatan-peralatan itu ke tempat simpanannya. Tapi kini, apa terjadi? Dapur sudah ibarat medan perang tinggal. Bersepah, bersepah, malahan berbau!!!! Itu belum lagi kalau dikira peti ais tu. Ada sahaja yang sudah penyek, yang sudah basi, yang sudah berulat.

Jadi, sampai bila kita mahu orang lain menyalahgunakan hak mereka sedangkan hak kita dinafikan? Rumah yang sudah menjadi tempat berteduh kita selama 2 tahun ini, perlukah parah dapurnya? Sedarlah wahai rakan-rakan rumahku, walaupun hanya dapur, tapi di situlah bermulanya hak kita akan diambil satu persatu.

Jadi, marilah bersatu dan jangan kita leka lagi. Jangan buat tak endah lagi. Jangan mudah lupa!!!




(walaupun 2 bulan lagi saja nak duduk rumah ni, kan? hehe~)

5 comments:

cent said...

homaigot.....
dapur aku kena jajah.....
xgune nyer forener....
makanan lama kalo xnak makan buang jela
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee
monitor tukun aku ngan cpu pon maseh ade lagi

noq....aku rase aku ade tertinggal penutup kaca multi cooker aku la...

Unknown said...

haaa.. aku rase ade la
nnt aku tgk2kan~

aizayazid said...

OMG!! kalo u nk tau, i pnye dapo lg supe duper trok drpd dlm gamba2 u ni.
n bayangkn la, pompuan tu!! OMIGOD~malunyeee nk ngaku kaum pompuan
byk kali da wat aduan. fellow xwat pape pon
apekah???????

Isumaru said...

budak foreigner ke aiza?

aizayazid said...

iya!budak forener jua~