Monday, May 3, 2010

Speak Up - Kristinia Debarge

(attempt pertama untuk kembalikan Fail Urban)

Apa itu kebebasan bersuara? Pada aku, ia bermaksud keterbukaan untuk menyuarakan pendapat, kritikan dan idea tidak kiralah melalui penulisan, lisan ataupun body language tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa. Kebebasan bersuara sememangnya sangat diraikan di luar negara. Kita boleh tengok contoh-contoh dekat di hati sepertimana filem-filem Barat yang mengkritik dasar politik atau sosial negara mereka. Kat India pun filem-filem mereka terbuka jugak macam Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan Rang De Basanti.

"Yayyy, kita berjaya bunuh Menteri Pertahanan tu!!!"

Di Malaysia macam mana pula? Hurm... hurm.. (pandang-pandang sekeliling) tak sangat-lah~~ Contoh-contoh yang dekat di hati, MalaysiaKini, Raja Petra Kamaruddin, Rafiqin Darwisy, Siti Amirah dan Hanita Mizi. (sebab apa, search sendiri!) I tak berani komen banyak. hehe~

 "Bukan I curi kacang tu!"

Persoalannya, sejauh mana kepentingan kebebasan bersuara di Malaysia ni? Dan sejauh mana stigmanya sehinggakan kebebasan bersuara di Malaysia ini 'dibataskan'? Ya, aku akui, kebebasan bersuara perlu disekat apabila hak ini diambil kesempatan sehingga mengancam keamanan dan menyebarkan fitnah. Tapi, kadang-kadang, sekatan kebebasan bersuara ini juga diambil kesempatan untuk kepentingan politik dan menutup kebenaran. Dan ini perlu dipersoalkan juga, bukan?

"Hurm.. nape gambar poster dengan gambar real mamat ni lain sangat???"

Sekarang ni, kita dapat lihat trend 'cepat melatah' setiap kali sesuatu pihak menimbulnya sesuatu isu yang kita anggap sensitif. Cepat benar respons untuk membangkang, menidakkan dan apatah lagi mewujudkan group 'Facebook' yang kebanyakannya menghina kembali pihak-pihak itu. Relevankah tindakan ini? Mungkin ada yang menyatakan, perbuatan menimbulkan isu sensitif itu di awalannya tidak boleh diterima, tetapi adakah respons popular sebegitu yang kita cari dan yang akan menyelesaikan masalah tersebut? Paling mengecewakan, masalah tidak selesai, pertingkahan semakin menjadi-jadi. Yang bertepuk tangan pun ramai, menyaksikan 'kita-kita' dok lah berkelahi, bak kata Tun Mahathir.

 "Hangpa daripada dok layan FB, baeklah layan blog cek~"

Menegur tak salah, tapi biar berhikmah. Biar kena dengan orang yang ditegur, tempat dan caranya. Macam-macam medium lain yang kita boleh guna untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Semua yang dok 'like' group-group di Facebook tu, memang dah yakin faham dengan semua fakta-fakta yang ada? Dah dengar cerita semua pihak? Bukan aku nak berleter, atau back-up insan-insan terlanjur ni, tapi tak salah kita jadi orang yang rasional sebabnya kalau benar nak tegakkan yang hak, gunakan cara yang hak jugak. Tak gitu adik-adik?
"Ingat tak apa nabi pesan, adik-adik?"

Kita dah cukup banyak dilema. Tak payahlah nak gunakan laman sosial nak tambahkan dilema. Internet UTP pun dah cukup dilema dan drama. Hikhik ;P

1 comment:

handout said...

terimakasih sudah berbagi
semoga sukses selalu..
kunjungi saya di..
BLOG SAYA
lirik juga..
BLOG SAYA