Thursday, December 11, 2008

Runaway Love - Ludacris ft. Mary J. Blige


merajuk membawa diri - aku

Bila penat, aku tidur. tidur lena sangat. Jadi kalau nak kejutkan aku, kena bersungguh-sungguh. Jangan separuh hati. Tambah-tambah kalau kejut sembahyang Subuh, lagi kena gigih. Tak cukup dipanggil, goncang. tak cukup digoncang, tarik dan seret sampai muka pintu bilik air. Insya-Allah terang biji mata.

Aku jenis yang suka mengambil tindakan ekstrim sebagai jalan penyelesaian. Dari kecil lagi aku tak suka berfikir panjang. Apa nak jadi, jadi lah. Yang kemudian, belakang kira. Janji hati aku puas. Sebab tu kalau ada borang psikologi, soalan tu tanya, 'Pernah terfikir melarikan diri dari rumah?' Aku akan tanda 'Ya'. 'Pernah melarikan diri dari rumah'.. ehem ehem~

Aku bukan anak manja. Walaupun orang Melayu ni suka tipikalkan anak bongsu dengan sifat manja, aku tak pernah fikir aku manja. Mungkin dulu aku manja dengan arwah mak aku, jadi bila beliau sudah tiada, aku hanya manja dengan kakak aku yang nombor empat itu. Dengan abah aku jarang-jarang sekali. Abah aku pun aku lihat macam tak reti sangat memanjakan anak-anak dia kecuali jika memberi makan dengan banyak dan bercuti ke pantai sekali sekala itu sebagai memanjakan. Manja aku dengan abah aku bukan yang boleh duduk bercerita tentang awek itu, awek ini. Bukan macam cerita Yusuf Haslam. Keluarga aku lebih real.

Jadi, untuk menceritakan perasaan aku, gabungkan sahaja isu bangun pagi dan kemarahan abah aku. Aku malas mahu cerita panjang-panjang.

p/s: 'Pernah melarikan diri dari rumah?'









Ya.

10 comments:

Anonymous said...

terpanggil untuk meninggalkan komen kali ini....kerana ini penah jadi lagu feberet saya..

haha.
anda memang ekstreme..

Ted Baker said...

Aku pun tgh bengang dgn abg ipar aku ni. X abis2 dengki dgn aku. Tak faham tol!

Darkkadabra said...

mak saya cakap sapa merajuk itu rugi.

Stephanie Morris said...

ismal...
here's my num, darl - 017-6319463

kalau nama kau bukan ismal, num phone ini bukak untuk kau, jgn perasan.

Ridhwan A. said...

ismal! rebellious nye!

Isumaru said...

#macha
aku pun suka lagu ni dulu especially waktu derg perform kat grammy award

#ted
klu selagi leh ckp dgn abg ipar ko tu, ckpla.. dgn my dad mcm aku dah xleh nk diskas dah.. :P

#dark
rugi cane tu?

*steph
i da tulis kat toilet stesen bus number u! haha

#ridh
i mmg cmni.. hahahha. ganas di ranjang jugak. erk!~

Adreen Nordin said...

Tindakan extreme tu selalu nye orang berbintang aries. awak berbintang aries eh ?

Isumaru said...

eyh adreen.. yerp. aku mmg aries pun.

for the fact that i dont believe in horoscope thingy ni, it's quite impressive for u to know. ;P

Anonymous said...

wahaha...sama la.
aku minat pas tgk kat situ la...

Ridhwan A. said...

ismal? ganas di ranjang?

i like!

huahahahha.....