Friday, December 19, 2008

Why - Avril Lavigne


Tiba-tiba aku terasa orang yang menulis blog adalah kerana kehidupan peribadinya sedikit kosong. Sebab dia punya misery tersendiri (i.e bosan dengan kehidupan, cinta yang tidak kesampaian, tidak punya kawan-kawan) maka blog dijadikan wadah untuk melampiaskan kesemua perasaannya. Mungkin ada yang berkata, ada saja blog-blog bertatahkan cahaya suria, gembira saja. Bukan semua blog sengsara. Namun aku masih merasakan penulisan blog satu filler pemuasan perasaan kerana wujudnya kekosongan dalam jiwa. Sama seperti emotional eater dan emotional sex-er. Bezanya, bila perasaan itu ditulis, ia tampak seolah-olah satu perbuatan intelek - konon-kononnya.

Mungkin sebab itu, blog ini banyak terisi sewaktu aku sedang runsing menghadapi exam dan juga waktu bersedih-sedih (kerana rindu mahupun benci) - aku

Namun penyataan aku di atas tadi bukan satu kutukan mahupun tuduhan. Hanya sekadar pendapat. Kerana bagi aku, bila waktu-waktu gembira (i.e biasiswa masuk, ada kawan-kawan baik di sisi) aku memang tidak terfikir langsung tentang kewujudan blog aku, apatah lagi mahu mengisinya dengan pemikiran intelek aku (haha!). Tapi bila sahaja ada yang mengganggu fikiran, aku akan reah mencari blog ini, meluahkan rasa jiwa seolah-olah blog ini seorang kaunselor yang mampu memberikan jawapan tentang dunia. Walaupun hakikat sebenarnya kita sendiri tahu.

Tapi, objektif semua orang berbeza. Aku mengerti itu. Ada yang mahu berdakwah secara global, ada yang mahu mengembangkan jangkauan perniagaan, dan mungkin ada yang mahu popular secara terang-terangan seperti meletakkan gambar-gambar edit diri sendiri. Tapi blog-blog personal, aku masih berpegang pada pendapat aku ini.

Kalau ada pendapat yang lain, nyatakan; Mengapa anda menjadi seorang blogger?

3 comments:

Ridhwan A. said...

because i'm famous! hahaha....

Darkkadabra said...

untuk menceriakan orang lain.

Mh said...

aku jadikan blog sebagai diary,isi-isi kebanyakan aku sendiri yang faham.kata ganti nama yang significant dengan kehidupan aku sendiri,secara tak langsung ia jadi milik peribadi.aku nak habiskan masa sepuluh tahun kelak baca balik apa yang aku dah tulis,aku tinggalkan aja sebagai kubur.