Tuesday, March 10, 2009

Congratulations - Blue October ft. Imogen Heap

yezza..

aku sudah kembali dari UiTM Shah Alam, menjadi salah seorang hakim untuk pertandingan debat bahasa Inggeris National Novice Debating Championship 2009 pada hari sabtu hingga ahad hari itu. UTP menghantar 2 pasukan ke sana. UTP 1 diwakili Izzat, Sara dan Acap manakala UTP 2 diwakili Valsan, Syahmi dan Jason.

Aku pergi dengan 70% harapan untuk mereka menang. Aku yakin latihan yang telah dilalui mereka selama ini mencukupi untuk mereka untuk National Novice memandangkan ini adalah pertandingan untuk pembahas-pembahas muda, tapi untuk berdepan dengan pembahas-pembahas yang lebih berpengalaman, lebih banyak latihan dan pengalaman diperlukan. Aku sendiri pun rasanya tak mampu lagi berdepan dengan pembahas-pembahas dari UiTM, UIA dan MMU, dan aku rasa banyak lagi yang aku boleh pelajari dalam bidang perbahasan ni.

Jadi, keputusannya? UTP 1 berjaya sampai hingga ke separuh akhir manakala UTP 2 hanya berjaya ke okto akhir. hahahaha.. okto-akhir tu pusingan sebelum suku akhir. Sayang UTP 1 kalah dengan Monash, dan yang paling sayang sebab kalah kerana kesalahan konsep sendiri yang dibawakan mereka sebagai pasukan kerajaan, tapi keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian mereka. Puas hati, tapi masih belum boleh berbangga. Sebagai ketua pasukan, merangkap jurulatih yang kredibiliti tidaklah berapa tinggi, macam-macam lagi yang aku rasa kami boleh lakukan untuk menempah banyak lagi kejayaan.

Jadi dalam kepala aku, macam-macam yang aku ingin lakukan untuk memantapkan pasukan bahas bahasa Inggeris UTP. Lebih banyak latihan, lebih banyak pembahas, lebih banyak penyertaan dalam pertandingan-pertandingan luar kampus. Dengan kejayaan di National Novice, diharapkan akan membuka mata pihak pengurusan UTP untuk meluluskan lebih banyak permohonan untuk bertanding. Tahun 2009 ini tahun baru, semangat baru untuk pasukan aku dan aku harap dapat membantu untuk mengekalkan momentum yang sudah wujud ini.

Kepada semua pembahas-pembahas muda UTP, tahniah. Ingat~~ UTP Kuat!!


p/s: Aku tak tua ok~, aku tak dapat masuk sebab pernah masuk pertandingan antarabangsa sebelum ini. (statement nak selamatkan diri :P)

8 comments:

Anonymous said...

tak reti2 nk mengcontact ble brada di sini kan?? diva sgt.. haha :p

Isumaru said...

omg
sorry sgt2 aimi, u know laa my ctcs in the maxis number sumer hilg when my phone got stolen.

sorry sgt2.

anyhow, i met BJ there. :)

macha_sezs said...

wahhh...international ko sekarang eh?

Isumaru said...

international laa sgt.. all asians tu taun 2005

hahaha

Unknown said...

thank you for training us....MMU here we come...hahaha...gambatte kudasai....!

Gheff said...

debate jangan tak debate.

Anonymous said...

fine.. jumpe BJ je la.. kitorg ni dah x ingat dh.. xpe la.. mcm ni la skrg.. hahaha.. bajet sgt nk emo2.. :P

Izzat Yunan said...

ko mmg tua keparat