Wednesday, March 4, 2009

I Promise - Stacie Orrico

Ya Allah, lama sangat dah tak update blog ni!

Kawan-kawan, aku memang tak berniat nak abandon blog ni dan tak pernah melupakan pembaca-pembaca aku yang sudi baca tulisan aku yg tak seberapa ni, tapi selepas peristiwa hilang handphone dua minggu lepas, memang aku agak down dan tak bersemangat.

Tapi, selepas tu, aku memang nak update blog tapi tak berkesempatan disebabkan tuntutan-tuntutan lain yang pada aku perlu di-prioritize lebih dari blog ini. Sekarang ini sedang sibuk dengan assignments, tests, events dan juga training untuk debate National Novice 2009 yang akan berlangsung di UiTM Shah Alam hujung minggu ini.

Tapi sebenarnya, dalam dua minggu yang lepas, aku cuba untuk buat satu post yang penuh dengan gambar-gambar ceria (content-nya masih rahsia) namun aku tak mengerti apa masalah blogspot aku sebab setiap kali mahu meng-upload gambar, internet browser aku akan hang. Jadi, aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah itu sebab pada aku post itu sangat/amat/sungguh bermakna.

Pada kawan-kawan semua, doakan kejayaan pasukan UTP di UiTM Shah Alam nanti and I promise that I will be writing back as soon as possible!



p/s: yess.. memang perlu terkejut bila Ismal busy.

2 comments:

iLLy said...

try pakai windows live writer to post to ur blogspot.

macha_sezs said...

aku tau ko buleh menang!