Thursday, March 12, 2009

Earth Song - Michael Jackson


Okay, kadang-kadang, kita perlu jadi tipikal demi kebaikan, betul tak?

Sebagaimana yang digembar-gemburkan, yang diuar-uarkan, yang digebu-gebukan, oops~, Earth Hour bagi negara kita Malaysia jatuh pada tanggal 28 Mac 2009, 830 pagi hingga 930 pagi, sehari sebelum tarikh keramat seluruh Malaysia iaitu 29 Mac. Siapa tak tahu kenapa 29 Mac tu tarikh keramat, sila tanya tuan punya blog. Ehem-ehem~

Jadi, adalah diseru kita semua mengundi 'Bumi' daripada 'Perubahan Cuaca' dengan kita pada masa sejam itu perlu menutup semua peralatan elektrik kita. Ya, laptop kamu, ya, kamu yang tengah ber-chatting di Gtalk tu, perlu tutup ya pada tarikh dan waktu sekian itu. Ya, ya, Fifi, sila berhenti blow rambut pada tarikh dan waktu itu. Apa salahnya rambut mengerbang pada hari yang bakal bersejarah itu. Mino, berhenti masak nasi guna periuk elektrik pada waktu tu. Mulai hari ini, sila kumpul kayu arang.

Konsepnya, dalam sejam itu, kita akan menunjukkan rasa semangat kita untuk menyelamatkan bumi dari perubahan cuaca yang kian teruk saban hari. Kalau nak tahu kesan-kesan perubahan cuaca, kita boleh tengok di Malaysia sendiri dengan banyaknya kejadian banjir kilat, perubahan cerah-hujan secara mendadak dan juga suhu yang terlalu tinggi menyebabkan beberapa orang pelajar UTP lebih rela ponteng kelas daripada menghadap terik mentari. Siapa tu? Lu fikirlah sendiri~

Tapi, mengapa tuan punya blog kurang optimis dengan kempen ini? Mari kita tengok analisa mata kasar dari tuan punya blog:
1. Sah-sahlah pengguna terbesar elektrik di Malaysia adalah dari sektor perindustrian. Jadi perlu difikirkan juga, adalah dalam masa sejam itu, sektor industri akan turut terlibat dalam kempen itu? Sedangkan kita tahu, menghentikan operasi selama seminit pun boleh mendatangkan kerugian berjuta kepada satu-satu kilang itu.

2. Pelaksanaan kempen adalah sejam. Dan di-objektifkan sebagai permulaan kepada satu tabiat. Hurm, kalau kita semua sedar, kesedaran rakyat Malaysia ini sangatlah sekejap. Macam memori ikan emas. Sebab itulah kempen boikot tak pernah menjadi, dan sebab itulah sokongan untuk peserta-peserta nyanyian realiti TV hanyalah sewaktu mereka dalam rancangan itu sahaja. Oleh itu, adalah diantisipasikan (direct translation sangat~) oleh tuan punya blog yang kempen ini juga akan menjadi pepasir di tepian pantai yang menunggu untuk dihanyut ombak. Ceewahhh~

Bukan-lah niat tuan punya blog mahu menjadi pesimis, tidak sana sekali mahu merendah-rendahkan usaha semua orang yang gigih mahu menyelamatkan dunia. Tapi seelok-eloknya, kedua-dua isu di atas ini difikirkan dahulu. Jangan hanya menyahut seruan kerana mahu tunjuk kita bagus, tapi kemudian bagai mencurah air di daun keladi.

Mari contohi kawan tuan punya blog yang sedang gigih menyelamatkan bumi dengan projek FYP-nya tentang energy retrospective, kan Jipan?



p/s: Mahu berkempen biar bagai ber-agama. Ikhlas di hati, lafaz di mulut, dan tunjukkan amalannya. :)

5 comments:

Anonymous said...

owh.ye eh?
aku sokong p/s ko..



tolong la padam word verification nihhh~~~~
eprophre
sgt berbelit aku mahu menaip nye..

blackORwhite,there's no GREY said...

i nak tutup lampu bilik time tuh,khas untuk berembak sajor, so DO NOT DISTURB~~~ops~

Kosong said...

abg ismal. . I stuju gn uol. . klu gituh. . boikot barang pun. . cuba kita cari sejam yang sesuai kan?? huhuhu. .

Isumaru said...

dats y!

gud idea there adikku
nape boikot barang xnk wat cmtu kan?

amin said...

Earth Hour start thn 2007 kat sydney
2008 Earth Hour goes global..
2009 Malaysia baru masuk..
kiranya Malaysia ketinggalan 2 thn la
slow..slow..slow

anyways
.: SELAMATKAN BUMI KITA :.