Sunday, July 26, 2009

The Beloved Kak Yasmin

Yasmin Ahmad (1958 - 2009)


Dear Kak Yasmin,

I remembered when you invited me to watch the premiere of Talentime, I couldnt come at that time as I was accompanying my friend to the clinic. I was saddened since I was expecting a second meeting with you. But now, a second meeting is only in my dream. Kak Yasmin, you have inspired me and a lot of others, through yor body of works, that surpasses the ideology of race and personal differences. You shattered the glass of narrow perspective that has always been depicted in a lot of our movies and ads, and you make it near to our heart. Despite all the jealousy and hatred that you received, you survive, and inspiring more and more people. Your movies, and your ads, will always teach us on how to seek a better self of us. Amin.


Kak Yasmin, we will miss you.

Monday, July 20, 2009

Pernah Muda - Bunga Citra Lestari

Sekarang ni aku dah kurang ber-blog, tapi berlebih-lebihan meng-Facebook-kan diri. Kalau aku bukak je laptop ni, 1st thing 1st, adalah untuk buka facebook dan tengok notifications yang ada. Pendek kata, kalau nak bagitau aku apa-apa, jangan emel, bagitau je di facebook. Lebih up-dated dan saksama. Tetiba!

Tapi, mengapakah facebook boleh mengalahkan blog aku ini yang suatu ketika dulu pernah ditatang bagai petrol yang penuh di dalam kereta Pat? Mari kita fikirkan:

1. Di facebook ramai yang suka mengomen, di blog, jarang-jarang sekali.

2. Di facebook ada kuiz-kuiz yang gemar menipu untuk kesenangan hati orang, di blog tiada. Kalau ada pun, kene buat sendiri kuiz tu.

3. Di facebook ada note yang boleh tag-tag pada kawan-kawan lain, dan kawan-kawan yang kena tag, akan di-notify tentang perihal mereka di-tag. Kalau tag kawan-kawan di blog, mereka tak sedar, unless kau pergi blog mereka pula untuk bagitau.

4. Orang suka upload gambar di facebook, tapi di blog orang suka tulis saja.

5. kawan-kawan selalu bertenggek di facebook, tapi jarang-jarang sekali kawan-kawan bertenggek di satu blog tetap. Kalau ada pun, tak tahu pun samada kawan tu online atau tak. ;P


pendek kata.. banyak lagi sebab mengapa aku ber-facebook daripada berblog. Tapi aku sentiasa tahu, blog aku ini akan sentiasa ada. Sebab kadang-kadang, soal-soal hati, bukan senang-senang boleh di-tag. Kadang-kadang, hanya orang yang betul-betul mahu mengetahui apa fikiran kita, yang akan sanggup tunggu apa update kita - bukan mudah-mudah saja terbentang macam dalam facebook. Kadang-kadang, easy-access pun bukan pilihan hati.

Jadi pada pembaca-pembaca blog aku (jika masih ada), I heart you especially for those yang concern pasal blog yang jarang di-update. :)

Monday, July 6, 2009

Beauty in Ugly - Jason Mraz


Hurm.. ada reunion sekolah hujung minggu ni. Reunion? Aduh, nak jumpa kawan-kawan lama. Berdebar-debar. Nervous pun ada.

Apa nak buat? Beli baju baru? Tadi pegi Ipoh tak ada mood nak shopping pula.

(Berdiri depan cermin).. OK, perut buncit ni kene hilangkan segera! Crash diet lah nampaknya.

Rambut? Dah potong.. rasa-rasa macam hot dah. Kena beli wax ni.. gaya mesti ada.

Contact lens? Nasib baik dah beli. Tampak lebih yakin dan bersinar tanpa cermin mata. Lagipun, kena beri kejutan. Kalau dulu nampak nerd macam Betty, sekarang dah lain.

Tapi..

Gaya gelak?

Gaya jalan?

Gaya cakap?

Perangai?

Hurm... sometimes you jut can't run from your past. :)

Wednesday, July 1, 2009

War - System of A Down

Kau naik dan turun. Nafasmu mendengus. Namun masih belum mengah. Masih mampu mengukir senyuman sambil naik dan turun.

Otot-otot tanganmu kekar. Urat-uratmu jelas bagai diukir menghiasi ototmu. Peluh mengalir deras membasahi, berkilau kulit sawo matang itu.

Kau terus naik dan turun. Masih tak mahu mengaku kalah. Terkumat-kamit bibirmu, membilang bibit-bibit kemenangan. Sekali sekala membuka mata memandang padaku. Oh, tak perlu melihat aku. Dalam resah dan gelisah ini, aku juga mahu menang dalam medan tempur kita.

Kau lepaskan dengusan lantang terakhir, sebelum terhenti naik turun-mu. Aku hanya mampu senyum tawar bila kau tersenyum sinis padaku. Mencabar!


Oh, mungkinkah mampu aku kalahkan bilangan tekan tubi-mu tadi?




p/s: Sentiasa fikirkan yang baik-baik, yang bersih-bersih~