Kau naik dan turun. Nafasmu mendengus. Namun masih belum mengah. Masih mampu mengukir senyuman sambil naik dan turun.
Otot-otot tanganmu kekar. Urat-uratmu jelas bagai diukir menghiasi ototmu. Peluh mengalir deras membasahi, berkilau kulit sawo matang itu.
Kau terus naik dan turun. Masih tak mahu mengaku kalah. Terkumat-kamit bibirmu, membilang bibit-bibit kemenangan. Sekali sekala membuka mata memandang padaku. Oh, tak perlu melihat aku. Dalam resah dan gelisah ini, aku juga mahu menang dalam medan tempur kita.
Kau lepaskan dengusan lantang terakhir, sebelum terhenti naik turun-mu. Aku hanya mampu senyum tawar bila kau tersenyum sinis padaku. Mencabar!
Oh, mungkinkah mampu aku kalahkan bilangan tekan tubi-mu tadi?
p/s: Sentiasa fikirkan yang baik-baik, yang bersih-bersih~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
p/s: Sentiasa fikirkan yang baik-baik, yang bersih-bersih~
dem.aku gagal.
hahaha~
hahaha
xpe.. gagal boleh cuba lg
;P
heh.. :)
singgah bentar..
Post a Comment