Tuesday, April 5, 2011

Jujur - Radja

Satu perkara aku paling pantang sekali adalah terganggu konsentrasi sewaktu menonton muvi hatta dipasang di laptop. Yes, mungkin korang kata 'Lek ah bro, boleh je rewind balik', tapi timing penceritaan akan lari seterusnya menjejaskan mood aku yang mungkin ketika itu perlu mengalirkan air mata.

Sebab tu lah aku boo layan sikit bbm dari Rina dan kakak aku sendiri tadi sewaktu aku sedang menonton filem Sidney White.

Kakak aku si Watie, kerana dihimpit rasa kebosanan di Kerteh telah menyarankan aku untuk membaca blog seorang penulis (yelah, blog mesti ditulis) yang amat kelakar katanya. Nasib baik internet di uni ni lahanat, maka dapat aku memberikan alasan 'will check it out, later' kepada Watie.

Dan setelah habis menonton Sidney White, sebuah filem moden adaptasi Snow White yang berjaya membuat aku menyeka air mata beberapa kali, aku pula dihimpit rasa kebosanan. Mungkin Tronoh dan Kerteh tak jauh beza. Aku pun cek Blog Anak Mat Nor ni.

First post kat first page dia je da wat aku gelak besar macam haram. Dan aku terus membaca dan ketawa sendiri sambil menyumpah seranah penulis ini yang aku tidak ketahui identitinya sambil ber-bbm dengan Watie sambil memuji-muji beliau yang berjaya mencapai tahap kualiti dalam pembacaan beliau yang tak pernah aku sangkakan. Watie terus menyarankan sesetengah post lain yang kelakar katanya. Dan Watie juga menyatakan pada aku bahawa Anak Mat Noor ini ialah seorang pengkid. Watie terus memuji dia jujur dan bagus dia tak sorok-sorok. Aku respon separa hati macam 'yerlah, daripada kene attack baek cakap awal2'.

Aku masih sedang membaca dengan penuh minat sampai sekarang. Aku dapat tahu Jebon ni sukakan karya kartunis Lambok (aku suka gak!), suka tengok muzikal waktu kecik antaranya The Sound of Music (samalah!) dan seorang penulis yang baik siap ade novel sendiri (itu harapan aku).

Wow..

mungkinkah aku pun pengkid jugak macam Jebon?

No comments: