Sunday, June 7, 2009

Cat Power - Sea of Love

Seperti yang anda semua yang ada Facebook saya sedia maklum, saya ke Teluk Senangin semalam. Saja mandi-mandi, baring-baring, tanned-kan badan ala-ala California. Lagipun, bila tanned, nampak gagah sikit badan yang berketul-ketul ni. Ketul-ketul lemak laa tapi~

Aku dan Pat menghala ke Teluk Senangin selepas mengucapkan 'buh-bye' kepada Deco selepas dia membungkuskan beberapa banyak cupcakes sebagai bekal untuk kami berkelah nanti. FYI, rumah Deco adalah rumah orang kahwin pertama yang aku pergi dalam jangka masa cuti sekolah ini. Thanx Deco sebab invite aku. Aku yang ingat tak ingat jalan ke TS itu pun konfiden saja memandu.

Selepas masuk beberapa simpang dan melalui beberapa jambatan, kami berdua mula ragu-ragu sebab ketiadaan papan tanda yang menunjukkan arah ke Teluk Senangin. Makanya, aku pun menelefon abahku yang lebih arif. Abah pun cakap yang aku dan Pat berada di jalan yang an-Narrr dan hanya teruskan saja perjalanan kami. Setibanya di simpang nak masuk ke TS, barulah ada satu papan tanda. Motip kat situ baru ada papan tanda??? Patutlah tempat tu tak ramai orang, promosi kurang!

Sampai-sampai saja, kami pun mulakan dengan.. bukan mandi.. tapi ber-photoshoot dulu. Atas pokok, tepi pantai, atas rumput, semua kitorang jelajahi. Dalam kepala otak da terbayang nak upload kat facebook. Pastu, baru kitorang mandi. Uiks.. ombak dia, bukan main lagi menghentam. Pernah sekalik aku duduk kat pesisir pantai tu, siap kaki aku ditarik ombak. Terus masuk dalam air, kemudian dihentam-hentam lagi. (Macam kisah kene pukul dengan ah long pulek) :P kiranya mencabar laa air kat situ. Tak berani aku dan Pat nak ke tangah laut sangat.

Kami sempat berehat minum air sebelum mandi buat kali kedua. Tangkap-tangkap gambar sikit. Pastu terjun laut balik. Pastu berhenti nak makan cupcakes. Tapi, mood aku terganggu sebab selipar aku hilang. Cari punya cari, tak jumpa gak. Cilaka betol siapa yang ambil selipar aku. Pat teringat selipar 'feminin' yang ada dalam boot kereta aku. Aku pun, tanpa rela hati, pakai saja selipar yang sempit itu. Dah tak jadi nak mandi buat kali ketiga. Kecewa Pat. Haha~

Kitorang pun balik ke UTP. Tapi gembira memang lebih lah dari sedih. Selipar je pun. Aku malas nak upload gambar-gambar kat sini sebab dah upload kat facebook. Pegi saja kat link ni kalau nak tengok. Gambar hensem Ismal dan Pat.



p/s; gambar-gambar kontroversi jangan komen lebeyh-lebeyh sangat~

2 comments:

Anonymous said...

gamba last tu aku tau gamba ko!

hahaha

Isumaru said...

hahaha.. cilake~
mantap x?
;P