Thursday, June 25, 2009

Laskar Pelangi - Nidji

"Heyyyyyy!!!!!!"

Jerit Ahmad kepada kelasnya yang bising. Semua kanak-kanak lelaki kelas 5 Maju terdiam. Yang lelaki sedang menarik rambut perempuan, menarik sedikit perlahan. Yang perempuan menahan sakit, mengambil kesempatan memukul dengan buku. Yang sedang mengorek hidung, berhenti dan menyapu 'sisa' di bawah meja. Yang memerhati dari tadi, hanya mampu bertambah geli. Yang sedang ketawa berkumpulan, hanya mencicit berseorangan.

Semua hanya mampu diam. Tika selingan di antara dua matapelajaran, memang sepatutnya begini. Perlukah senyap tatkala tiada cikgu dan bising saat sebaliknya? Tapi Ahmad memang tidak gemarkan suasana bising. Dia mahukan ketenangan. Apa guna dia kesini kalau mahu bersuka-suka?

Semua mata masih tertancap pada Ahmad. Pelik dan tidak percaya.

Tiba-tiba Cikgu Rosnah masuk dan terkejut melihat kelas yang senyap. Dia tersenyum kepada Ahmad yang berdiri seorang diri di hadapan kelas.

"Kenapa semua pandang pelik pada Ahmad. Ahmad, kelas 5 Maju ini tak selalunya senyap begini. Anak-anak, kenalkan pelajar baru pindah, Ahmad Hosaini. Berkawan elok-elok, ya" Cikgu Rosnah menepuk bahu Ahmad dan mengarahkan dia duduk di tempat kosong di tepi pintu.

Yang lelaki menarik rambut, menggenggam penumbuk. Yang perempuan sudah menjeling. Yang menyapu sisa, mengutipnya semula. Yang berkumpulan, menanti mangsa!



p/s: Rusa, jalan-jalan masuk kampung. Kena tembak!

No comments: