Saturday, June 6, 2009

Summer Love - Justin Timberlake ft. T.I


Ok.. I sedar I dah lama tak update blog. Maafkan beta, wahai rakyat jelata. ;P

Semalam, cukup seminggu aku buat trip ke Shah Alam dan Kuala Lumpur. Ke Shah Alam kerana menjadi MC wedding kawan baik aku, pada hari sabtu, 30 May. Natasya binti Mohd Nasir. Selamat pengantin baru!! Berimej baru sekarang kawan baik aku ini yang terkenal dengan gelekan badannya yang gemar menari (harap-harap laki kau tak baca blog aku ni). Bertudung! Hiks~ Seriously you look lawa, and I'm very happy to be there on your special day, apetah lagi menjadi MC. Thanks for inviting me!

Seterusnya, pada hari Isnin, kawan-kawan baik aku di Shah Alam pula konvo. Hairuddin, Afiq, Epul, Aneem dan Jiha grad dengan jayanya untuk Diploma Komunikasi Massa mereka. Bangga tengok mereka semua especially Aneem (mekap mapan!!!), Din dan Afiq yang konfiden memakai selempang pink. Anugerah Naib Canselor katanya. Gilo dean's list setiap sem. Kaki ampu lecturers laa katakan. :P

Selepas itu, aku ke Wangsa Maju pulak. Lepak di rumah budak-budak UTP yang sedang praktikal di Kuala Lumpur. Thx Pit, K, Nanai, As, Pasha sebab kasik tumpang rumah dan komputer. (Ada internet tapi tetap tak updet blog jugak~ huhu). Sempat-lah di kota KL tu aku pergi menonton cerita Night at the Museum 2 dengan kakak aku di KLCC. Boleh tahanlah cerita tu, better than the 1st one. Cuma satu je soalan aku, sepanjang malam dia kat arkib tu, semua night guard tido mati ke? Tak pun kene sedatif? Cermin pecah, itu ini mengaum menjerit.. boleh plak tak ada orang sedar?

Dan kini, aku telah pun kembali ke negeri Perak yang tercinta. Sekejap lagi nak ke Manjung dengan Pat, kakak Deco kahwin. Lepas tu, straight pergi surfing kat Teluk Senangin la! (feeling California jap). OK.. nanti-nanti aku update lagi. Adios amigos mucho sodojorwono!~



p/s: Aku ni, kate nak simpan duit, tapi tetap rajin berjoli!

No comments: