Tuesday, June 30, 2009

I Write Sins, Not Tragedy - Panic! At the Disco

Bukan senang jadi penulis. Menulis perlukan fokus dan inspirasi. Bukan untuk blog inilah, untuk blog ini boleh saja aku letakkan filler saat-saat kekontangan idea. Tapi, bila letak saja jari jemari di atas papan kekunci, mahu memulakan atau menyambung sebarang puisi, cerpen dan novel, aku tak dapat lari daripada writer's block. Yup, fenomena ini memang betul. Penulis benar-benar perlukan inspirasi saat minda tersekat dari melahirkan cereka dan cerita.

Sebab itu aku hanya mampu tersenyum bila kawan aku Nazir cerita tentang perihal seorang lelaki yang akan duduk duduk dengan laptop-nya di satu kawasan di dalam KLCC, setiap hari, di tempat yang sama. Aku rasa, itulah zon selesa lelaki itu untuk menulis, atau membuat kerjanya. Di situ mungkin dia mencuri inspirasi, atau Wifi percuma. ;P

Sewaktu aku di Miri, Sarawak, mengikuti kem penulisan remaja di sana pada tahun 2004, seorang penulis novel dari Sarawak (maafkan aku sebab lupa namanya) pernah memberikan aku tips. Katanya, kalau mahu komited menulis novel, apabila sudah menulis satu bab, pastikan bab itu habis saat itu juga. Jangan menangguh bab, sebab akan tertangguhlah bab itu sampai bila-bila. Sebab itulah Ena, Pat, aku takkan menulis satu-satu bab itu, kalau aku tak yakin mampu menghabiskannya. (Ceh, tetap bagi alasan sebab apa bab 5 tak tiba-tiba lagi)

Tapi, aku mengutip ilham dari pelbagai sumber. Dari cerita-cerita yang aku pernah dengari dari nenekku, ayahku, arwah ibuku, adik beradikku, rakan-rakanku, hatta dari orang yang aku temui di tepi-tepi jalan. Kadang-kadang, aku menulis berdasarkan filem-filem atau drama-drama yang pernah aku tonton. Bukan plagiat, tapi mengambil serpihan idea.

Seronok menulis ni. Macam jadi pencipta. Kalau engineer atau saintis mencipta alatan dan kajian yang menyumbang pada perkembangan lahiriah manusia, kami penulis mencipta emosi dan muhasabah untuk santapan batin mereka. Mungkin sebab itu aku suka menulis. Aku penuh dengan emosi.

Bukan senang mahu jadi penulis. Tambah-tambah dengan laptop aku yang selalu terpadam tiba-tiba ini.



p/s: Ancalime, laptopku. Aku sayang kamu. :P

2 comments:

Darkkadabra said...

Betul. Sampai kadang-kadang tak paham apa yang ditulis.

Hayfa Amira said...

"Aku penuh dengan emosi." setuju ngan ayat ni..ko mmg beremosi..haha