Thursday, October 29, 2009

Hate Me - Blue October

I always knew that people are more united when it comes to hate, than like.

Hate is a strong word, and as strong as it could be, the union will be much stronger when it is formed out of hatred.

The simplest situation we can get in our everyday life is like this. A is an acquaintance to B, barely speak, much more to know each other's likes and dislikes. But one day, A got to know that B hates C, whom A hates too. A will definitely think that B is on his/her side, and they connect, to hate C even more. (this can be a positive story, depending on who A and B is) :P

Therefore, you can see. How many UTP students unite for causes they build upon hatred.

Kami benci Pak Guard!

Kami benci ITMS!!

Kami benci RM mereka!!!

However, to Acap's supporters, I hope the union that we have built, is not because we hate 'mereka', or external entities that somehow matters, but it is because we like Acap. We believe that his mere participation in the election is to bring change that we all have hoped for (though it is not in a year to come). And we love Acap for having the guts to stand on that stage, being bombarded by that so called Muslimah, but at the same time, still so forgiving.

Success will come, InsyaALLAH.


Tuesday, October 27, 2009

You Found Me - The Fray

"Eyh, ade pen-lah pulak atas lantai ni. Simpan-simpan. Exam da dekat~," aku pun mengambil pen yang ditemui, meletakkannya di dalam poket seluar jeans dan balik ke bilik. Esoknya, pen dibawa ke kelas untuk sesi pembelajaran. Cewah~ Selepas mendengar lecture dengan penuh fokus dan saksama, aku pun melangkah yakin pulang ke bilik.

"Nak tulis sajak arr jap," aku pun mencari-cari mana pen yang aku bawa ke kelas tadi. Ahh, tak ada! Dah hilang?! Celake, aku baru guna sehari je kot! Macam mana boleh hilang ni? Dalam poket tak ada, selit-selit dalam buku nota pun tak ada. Bengang! Bengang! Aku bengang dengan sikapmu, aku rasa buang masa!

Walaupun pen itu hanya pen jumpa!

Tu lah, setakat pengalaman aku, benda-benda yang aku jumpa atas lantai ni selalunya tidak akan bertahan lama dalam pegangan aku. Mesti dapat guna sekejap saja kecuali kalau aku simpan dalam laci je la. Mungkin dalam masa yang sama, tuan punya barang yang kehilangan barang itu tak meredhai kehilangan barang tu jugak. Dan aku, instead of membiarkan saja barang tu di atas lantai, tetap nak ambil jugak kan?

Aku pun tak taulah apa hukum ambil barang yang ada atas lantai. Siapa-siapa yang tahu mungkin boleh terangkan?

Tapi itulah, barang yang yang jumpa pun tak tahan lama. Inikan pulak kalau barang curi.

Tahun 1999
"Tahniah dapat UPSR 5A!! Nah hadiah dari Wong." Aku pun bukak kotak berbalut yang kakak aku bagi. Kakak aku hadiahkan ballpen besi berjenama Parker yang terukir dengan nama aku. Terima kasih, Wong.

Tahun 2009
Sampai sekarang pen itu masih ada dan masih boleh digunakan. Dakwat pun tak habis lagi. :)


p/s; Mencari keberkatan dalam kehidupan. Amin.

Sunday, October 25, 2009

Tell Me - Wondergirls

Rasa rindu!

Itulah first thing aku rasa bila tengok nama member aku appeared pada screen handphone aku petang tadi. Dah lama dia atas kapal since after raya, this is the first time dapat call dari dia.

So we talked.

As usual, dia update aku pasal his trips. Pergi Taiwan dan Korea. Sekarang dia di Bintulu. Stop sekejap. Kapal ambil gas. So dia pun cerita dia jalan-jalan di Ulsan. Katanya gadis-gadis di sana sama comel macam yang kita tengok dalam drama Korea. Kalau aku tahu dia nak pergi Korea, dah lama aku suruh kirim salam pada Wondergirls! Hek! Haha

So, he asked me what's new with Malaysia?

Aduh, pusing kepala. Aku lupa, this friend of mine is quite of a news-reading freak. So, penat brainstorm selama beberapa saat, aku teringat pembentangan Bajet 2010. So I told him that.

Fuh~ Hehe, at least, worth it lah kan dia kol aku?

This friend of mine will always call me when he's in Malaysia after every trip. Walaupun aku tak ke tempat-tempat yang dia pergi, at least I can feel like it.

Weyh, Song. Don't stop calling, k!

Wednesday, October 21, 2009

She Works Hard for the Money - Kris Allen

Teringat waktu zaman muda-mudi, 1st year to be exact. Zaman di mana semua benda dilakukan dengan penuh bersemangat. Semua benda nak all out. Penuh bertenaga. Bergaya. Hiks~

Main tenis? Kegemaran besar. Ingat lagi main petang-petang sampai kena perah peluh dari baju tepi court. Lemak-lemak takut je sebaik aku menyarungkan kasut ke kaki yang tidak disapu losyen ini. Begitulah semangat sukan yang ada dalam diri.

Aku memang suka bersukan. Bukan saja demi menjaga kesihatan, tepi demi menjaga tubuh badan yang meggiurkan juga. Tetapi semakin tua, semakin malas. Makan tampak lebih mudah daripada bersukan. Jadi, kalori pun menguasai diri. Body? Lupakan~

Sekarang ni, dah seperti kembali ke zaman tahun pertama. Semangat! Bersukan taraf dewa Zeus. Bukan sahaja setakat melibas reket skuasy (ya, aku beralih arah. Court tennis selalu penuh), malahan turut menebalkan wajah ke gym. Kekar tak kekar, aku bayar yuran kot. Jadi, mesti guna sebaik-baiknya.

Dan tersenyum gembira aku. Dua hari berturut-turut ini, sudah memerah keringat kembali secara literal dari baju sukan. Penat, tapi memuaskan~


p/s: perah peluh, rebus sampai jadi garam.