Tuesday, October 27, 2009

You Found Me - The Fray

"Eyh, ade pen-lah pulak atas lantai ni. Simpan-simpan. Exam da dekat~," aku pun mengambil pen yang ditemui, meletakkannya di dalam poket seluar jeans dan balik ke bilik. Esoknya, pen dibawa ke kelas untuk sesi pembelajaran. Cewah~ Selepas mendengar lecture dengan penuh fokus dan saksama, aku pun melangkah yakin pulang ke bilik.

"Nak tulis sajak arr jap," aku pun mencari-cari mana pen yang aku bawa ke kelas tadi. Ahh, tak ada! Dah hilang?! Celake, aku baru guna sehari je kot! Macam mana boleh hilang ni? Dalam poket tak ada, selit-selit dalam buku nota pun tak ada. Bengang! Bengang! Aku bengang dengan sikapmu, aku rasa buang masa!

Walaupun pen itu hanya pen jumpa!

Tu lah, setakat pengalaman aku, benda-benda yang aku jumpa atas lantai ni selalunya tidak akan bertahan lama dalam pegangan aku. Mesti dapat guna sekejap saja kecuali kalau aku simpan dalam laci je la. Mungkin dalam masa yang sama, tuan punya barang yang kehilangan barang itu tak meredhai kehilangan barang tu jugak. Dan aku, instead of membiarkan saja barang tu di atas lantai, tetap nak ambil jugak kan?

Aku pun tak taulah apa hukum ambil barang yang ada atas lantai. Siapa-siapa yang tahu mungkin boleh terangkan?

Tapi itulah, barang yang yang jumpa pun tak tahan lama. Inikan pulak kalau barang curi.

Tahun 1999
"Tahniah dapat UPSR 5A!! Nah hadiah dari Wong." Aku pun bukak kotak berbalut yang kakak aku bagi. Kakak aku hadiahkan ballpen besi berjenama Parker yang terukir dengan nama aku. Terima kasih, Wong.

Tahun 2009
Sampai sekarang pen itu masih ada dan masih boleh digunakan. Dakwat pun tak habis lagi. :)


p/s; Mencari keberkatan dalam kehidupan. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

ape kata kau bagi aku pulak...

.
..

.
.
.


dengan penuh keberkatan.

:D

Isumaru said...

hahaha
xde2

Merissa K. said...

ahhhhh sebab itu lah lighter selalu hilang ey? its an endless cycle rupanya. hahah

Isumaru said...

hahahaha
sgt btol!!

Anonymous said...

abah i cakap, kalau jumpa duit tak kira la seposen atau rm50, jangan ambil.
sebab...nanti duit kita akan hilang dengan amaun lebih banyak.

sama la jugak dengan barang
klau jumpa jangan ambil.
nanti akan hilang jua

tun izyan dalila said...

Seseorang itu tidak dibenarkan mengambil sebarang harta yg hilang kecuali dia boleh bertanggungjawab ke atasnya dan dia boleh membuat pengumuman sewajarnya, kerana Zaid bin Khalid al Juhaini r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang emas dan perak yg dijumpai. Baginda bersabda, 'Ketahui butir-butir bekas simpanan itu dan talinya, kemudian buatlah pengumuman selama setahun. Jika tiada yg mengambilnya, maka simpannya, dan ia adalah amanah dlm tangan kamu. Kemudian satu hari jika tuan punya datang, berikanlah kepadanya.' Baginda ditanya tentang biri-biri yg dijumpai dan baginda bersabda, "Ambillah ia, kerana ia adalah untuk kamu, saudaramu, atau serigala.' Baginda ditanya tentang unta yg dijumpai dab baginda bersabda, "Apa kena mengena (unta itu) dengan kamu? Dia mempunyai simpanan airnya sendiri, ia boleh berjalan mencari air dan ia boleh makan dedaun pokok sehingga tuannya menjumpainya."