Semalam aku tidur awal. Pukul 12 je aku dah bergolek atas katil. Tapi 2 jam selepas tu aku terjaga dan seperti biasa mengorak langkah (memandu sebenarnya) ke mapley berdekatan dengan ditemani Fifi dan Nayong. Dalam perjalanan balik selepas kenyang makan mi goreng, Nayong bersuara.
"Lagu apa yang pelik neyh"
Aku pun kuatkan radio bersiaran Light.FM dan dengan senang hati ikut menyanyi sekali. Daddy Cool oleh Boney M. Apa yang pelik? Zaman disko beb. Nayong pelik sebab aku menyanyi lagu bukan dari zaman aku dan tanya macam mana aku boleh tahu lagu-lagu sebegini macam ABBA atau Queen atau Edith Piaf.
Aku pun terfikir jugak. Mungkin sebab aku suka tengok MTV. Atau dari pengaruh-pengaruh novel/filem yang aku baca/tonton yang sentiasa menyelitkan lagu-lagu yang membawa mood dalam penceritaan mereka. Pokoknya, aku dengar sendiri. Aku cari sendiri lagu-lagu begitu. Tak ada pengaruh dari orang lain.
Jadi aku jadi cemburu dengan Jebon yang bapaknya dulu seorang hippies. Dia membesar dengan pengaruh muzik kuat dari Bob Dylan ataupun The Beatles. Aimi J pun membesar dengan bapaknya yang gemar mendengar muzik Motown dan Country. They grew up with those songs. They're cultured from young.
Aku?
Teringat waktu kecik aku melalak lagu Erra Fazira, Yang Terindah Hanya Sementara atas katil mak bapak aku. Radio-friendly sangat aku ni~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
HAHA! Thanks for the mention! Dah lama i tak singgah ur blog coz i sendiri dah lama tak blog :D
tu la pasal.. i pun nak mula menulis ni. dengan lebih pendek dan santai. haha
Post a Comment