(Siri review entry blog dari dulu sampai sekarang)
Kadang-kadang baca balik
entry-entry blog yang dulu, boleh tengok macam mana diri sendiri boleh terevolusi. Gaya penulisan yang berubah. Gaya pemikiran yang berbeza. Lebih matang? Mungkinlah. Aku mulakan blog ni pada September 2007. Sebelum ini ada juga
blog lain, tapi nampaknya
IsmalStories lagi panjang umurnya. Mula-mula plan nak jadikan blog ni tempat untuk kongsi cerpen, puisi atau novel sendiri, tapi kemudian, blog terhenti selama 3 bulan (
especially lepas kena kritik orang kata malas nak baca panjang-panjang), sebelum pada bulan December-nya,
a new topic emerged when I started writing about movie reviews. Sepertimana yang semua tahu,
I am very much obsessed with movies,
so dapat buat
movie review, memang menyeronokkan.
Tahun 2008 adalah tahun di mana blog ini paling aktif di-
update-kan. Masih lagi
mencari hala tuju, aku pun masih terus membuat pelbagai jenis
review, dari
trivia peribadi ke
Anugerah Juara Lagu ke-22, hinggalah ke segmen tertentu seperti
Fail-X dan
Fail Urban. Aku pun tak lupa jugak menyelitkan
nasihat fesyen. haha pendek kata, memang pelbagai-lah
entry yang telah aku buat. Kesemuanya dalam keadaan santai ketika itu.
Mostly nak buat orang senyum dan bergelak ketawa dengan banyak gambar-gambar dan captions yang kelakar.
Tapi dalam kelakar-kelakar pun, kita tak boleh lari dari kontroversi. Sedangkan lidah sendiri lagi tergigit, inikan pula lidah orang lain. Eyh~ Aku tak lancang, tak sarkastik pun, tapi teguran pun kadang-kadang orang boleh salah anggap. Aku rasa entry
Nitelife di UTP memang mempunyai komen-komen paling menariklah yang permah aku dapat. Walau macammanapun, sampai sekarang pendirian aku masih sama tentang isu ini,
No knowledge, no respect. No respect, no talk.
:)
Walaupun aku bimbo, dalam masa yang sama aku tak juga kekok nak menyentuh isu-isu
politik,
keamanan dunia,
pendidikan dan juga
patriotisme. Pada aku, macam mana pun kita cuba pergi, kesemua perkara ini tak patut kita abaikan sebab kita hidup bermasyarakat. Walaupun tak minat, menyampah macam mana pun, kita kena ambil tahu jugak.
At least, tak adalah bila orang tulis blog, carut-carut kerajaan kita percaya bulat-bulat. Sebab dengan ambil tahu, kita boleh buat
fairer judgement.
Kadang-kadang, banyak je
mental block yang terjadi,
blog tak
update-update, tapi dulu ada
trend blogger suka
tag blogger yang lain. So senanglah jugak nak
update blog bila kena
tag macam dari
Aimi dan
Tasha ni.
Bermula
November 6, 2008, entah macam mana,
mood blog berubah menjadi lebih serius. Aku mula lebih banyak berfikir dan menulis tentang hati dan perasaan. Stail
entry pun berubah. Aku gunakan
tajuk-
tajuk lagu sebagai
teaser atau
hint tentang apa isi kandungan
entry aku tu. Aku pun menjadi lebih sensitif tentang penggunaan bahasa. Bahasa Melayu adalah bahasa utama, penggunaan bahasa Inggeris selalunya akan aku
italic-kan. Stail ini berterusan sampai sekarang. Tapi sempat juga selit
lagu sendiri. ;p
Pada aku, menulis blog ni memang memerlukan fokus dan kreativiti. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran facebook yang banyak mencuri masa kita,
kudos aku ucapkan pada rakan-rakan seperti
FK yang masih istiqamah menghidupkan blog masing-masing. Walaupun aku tak konsisten, terus terang aku katakan, melihat kembali perubahan blog ini dari dulu sampai sekarang memang rasa sayang untuk melepaskan blog ini pergi. Sebab sedikit sebanyak, blog ini menggambarkan aku, menggambarkan apa yang aku dah lalui, pengalaman aku dan pemikiran aku. Dari hiburan, kepada pendidikan, kepada isu dunia. Macam-macam!
Yo blog, jangan bimbang ok.
You will viva forever. haha
p/s: Fail-X dan Fail Urban macam best pula. Nak hidupkan balik ke segmen tu eyh?