well.. aku ni takdelaa taiko fesyen sgt smpy aku rasa aku boleh menggelarkan sesiapa mangsa fesyen.. tapi agak2nya.. pengalaman menonton sumer 9 seasons america's next top model, dgn project runaway, dgn isaac dgn fashion police kat E! boleh kot menyebabkan aku keluar dgn 5 kesalahan yg boleh menyebabkan korg dipanggil mangsa fesyen. Sekarang ni.. ape yg korg patut buat ialah pergi pakai pakaian harian korg dan mari kita tgk samada selama korg berjalan di muka bumi ini... adakah korg pernah digelakkan oleh aku n Hilal (rumet aku yg suka mengumpat jugak tu) sebagai mangsa fesyen???? (berdebar2 kan?)
Kesalahan Kelima: Color Combination
Selalu jek kita bila nmpk manusia yg berlagak pelangi... kita akan kata 'k*ling sgt baju dia!' kerana pemilihan warna yg ala2 deepavali sgt. Yer kawan2.. jgn sesekali anda melakukan kesalahan yg bakal membuat org lebeyh rela buta warna drpd melihat anda semua! Tak salah berpakaian warna warni sbb kaler2 yg pelbagai boleh menghidupkan mood yg ceria tp cuba elakkan pakai baju yg florescent sgt... especially lelaki laa kan. tak perlu memakai baju yg warnanya boleh dilihat dr bulan ok. klu lelaki tu.. never more than 3 colors... that's the basic!
'Yeah... kamilaa pasukan sorak rumah kuning... erm.. biru, ungu, pink, ijau, magenta.. eh,bnykle pule!' - Geng Pelangi
Kesalahan Keempat: Style vs. Personality
Yes... perlu diingatkan kepada kwn2 sumer.. klu nk bergaya, biarlah mengikut personaliti masing2. jgnlah berlaku sebarang kekeliruan budaya, gaya mahupun jantina (wawawa). sebagai contoh... tak ke haru kalau seorg mat rock tetiba berpakaian ala2 mat skema dan seperti seorg perempuan ceria berpakaian goth. TAK KENA!!! sebab itulah, sebelum korg nk membeli pakaian, korg kene tetapkan citarasa korg melalui personaliti korg. klu korg ni jenis pendiam, suka filem2 seram dan suka mengumpul pisau2 tajam (scary gler..), eloklah kiranya pakaian korg dilimpahi dgn warna2 gelap dan suram. Kalau korg suka bersolek, suka jalan melenggang, dan suka jantan melihat korg.. pakailah pakaian pink flourescent. Ye tak???
Kesalah Ketiga: Fugly Hair
Rambut adalah mahkota setiap wanita... TETTTT!! mahkota setiap insan baik lelaki mahupun perempuan. Yerlah.. dgn kebanjiran drama2 dan filem2 korea ni.. aku rasa terkeliru jugaklaa tgk rambut lelaki2 mesia zaman skrg ni... hehehehu. anyway, tak salah rasanya utk bergaya sakan dgn fesyen rambut terkini mahupun vintage.. tapi mesti diingat.. adakah fesyen rambut itu sesuai utk muka anda? adakah warna rambut itu menyerlah kemerahan pipi korg??? (sorry Vicky.. :P) bukan apa.. hari tu aku n Hilal balik dr mkn.. jumpa sorg dak batch kitorg yg bermuka ganas.. tapi rambut ala2 Rihanna.. layers sana sini. Nk terkeluar rasanya lunch hr tu menengok dia. So.. make sure korg berhati2 bila ke salun sebelum membelanjakan wang berpuluh2 ringgit jika hasilnya anda menjadi gurau senda org ramai. nasihat aku, korg bwk gmbr gaya rambut yg korg nak tu ke salun and tunjuk kat org yg nk potong rmbut korg tu itu menjadi lebeyh selamat...
Kesalahan Kedua: Too Much, or Too Less
Yer... ini pun satu satu kesalahan yg seringkali menikam jiwa raga aku klu melihatnya. Jangan sesekai berpakaian berlebih-lebihan smpy korg jadi ala2 pokok krismas bergerak. kepada yg suka beraksesori itu, make sure aksesori korg compliments pakaian yg korg pakai, bukannya aksesori itu take over the limelight. sebagai contoh, dahlah korg pakai rantai tgn sebakul banyknye, pastu korg nk jugak pakai rantai leher, subang, kelip rambut, getah rambut, gelang kaki, tindik pusat, tindik lidah, tindik hidung... wahhh... minah PUNK ke korg??? sentiasa bersederhana.... baju2 pun jgn pakai berlebeyh2... tshirt and jeans dah memadai Ok! Tapi, jgn pulak sbb aku ckp jgn berlebeyh2, korg pakai kurg pulak. tak perlu berpura2 miskin sbb kain x cukup smpy nampak perot yg terjojol! Satu lagi principle yg perlu diingat ialah, make sure pakaian korg highlight bahagian terbaik bdn korg dan menyorokkan bahagian yg buruk.
Kesalahan Utama: Wrong Situation
Yer kawan2.. ini adalah kesalahan yg aku dan Hilal paling pantang sekali. Bukan apa... ade seorang budak Vietnam UTP ni yg dahlah berbadan 'sihat' lepas tu, gemar sekali berkot segala di bumi Malaysia. Kalau waktu pagi ke, malam ke, takpalah juga.. tp ini waktu tgh hari! Apa kau igt kita kat Alaska??? Dalam berpakaian, kita haruslah mengambil kira cuaca, formal atau informal tema(klu ke parti lah) demi memastikan kita tak kelihatan ibarat kambing biri2 di kalangan kambing biasa (entah ape peribahasa aku ni). Mcm cth yg aku bagi td, klu kat UTP ni korg nk pakai sweater utk nmpk lebeyh cool, boleh... x slh.. just pakailaa di waktu yg sesuai seperti di pagi yg dingin atau malam yg sepoi2 bahasa ataupun di bilik aircond. jgnlaa korg pakai waktu tgh hari pulak, cool ke klu sweater korg tu dah nmpk mcm tuala basah? Oh ya, ini 1 lg mende yg boys slalu buat.. pemakaian topi. pagi, ptg, siang, mlm, setiap masa nk pakai topi! salah tu ok, klu hujan ke, panas ke bolehlaaa diconsider.. ini dalam bilik pun nk pakai topi.. tak sesuaiiii ok!
Anyway... bnyk lagi kesalahan2 fesyen yg ada di muka bumi ini.. just that pada pandangan aku, 5 yg di atas ini adalah sgt MAJOR. klu boleh, elakkan diri anda dr melakukan kesalahan2 itu demi memastikan dosa mengumpat aku ni tak bnyk sgt. :P Ape2pun.. aku ni x perfect sgt pun, just ini adalah ingatan utk kita bersama. (Al-Kuliyyah sgt ending aku!)
4 comments:
kata tadi berfesyen ikut personaliti..ni yang pakai kopiah bagai ni tak ke tipu ni??
huhuuh... itu bukan aku.. itu ustaz ok.. respect sikit!
hoi!!!..nice work..haha..lawak laa ko..
kosar!! sial.. br dgr cite!
Post a Comment