Friday, November 7, 2008
Let Go (B-Side) - Avril Lavigne
emosi adalah satu perkara yang sukar dimengerti. kalau dalam bahasa ibundaku, aku akan gambarkan emosi sebagai sesuatu yang delicate. emosi ini sukar dimengerti kerana ia lahir dari hati. dan hati itu adalah satu wilayah yang complicated yang Einsten pun belum mampu temui rumusnya. sebab itulah, emosi ini perlu dijaga. perlu diingatkan, emosi bukan sekadar muzik emo yang lambangnya rambut helicopter, mata yg bercelak panda (baik teruna mahupun dara) dan baju serba hitam, spike sana sini. Emosi ini pelbagai - sedih, kecewa, gembira, contented ataupun disayangi (sila perhatikan tetapan status di MySpace untuk lebih bnyk pilihan emosi). Emosi juga sangat sukar disembunyikan oleh riak wajah dan bahasa tubuh kita.
kerana permainan emosi sangat bahaya, aku selalu mengingatkan sahabat2ku untuk tidak menguji permainan ini. kerap kali ada sahaja yang mahu bercinta secara suka-suka. 'tak ada yang serius, just flings, just flirtations' namun adakah rasa itu juga sama di pihak satu lagi? jika tidak, bukankah akan ada satu hati yang terluka dan memori cinta luka itu akan kekal dalam ingatannya? haaa.. itulah bahayanya emosi sbb sekali emosi tersentuh, ia akan berkesan di minda kita. sebab itulah bila aku terima forward dari rakanku tentang memori2 kita sewaktu kecil dulu seperti menonton Power Rangers, suka bermain lawan pemadam dan penutup botol, aku bereaksi 'Oh b*bi! Itu sangat benar' sebab perkara-perkara itu pernah menyentuh emosi kanak-kanak riang kita dulu.
Telah aku berkali-kali nyatakan, aku punya hati yang mudah tersentuh. Itu aku tak tahu kenapa, sila tanya Tuhan. jadi, jika melihat penderitaan orang, senang saja air mata nak mengalir. Tak ada empangan Temenggor yang menghalang. kalau aku berduka, orang akan nampak di wajah aku. Aku jugak akan lebih bnyk diam. walaupun aku tahu orang suka aku diam, tapi orang akan tahu aku diam kerana aku sedih. jadi orang akan kata 'alaa Ismal, ko sedih apesal ni?' sambil gelak2 sebab ketawa tu umpama bahasa untuk bercakap dgn insan nama Ismal. Ismal tak boleh sedih ke? :) apa-apa pun, sekarang ni aku dapat rasakan aku makin berubah. aku sudah jadik tak kisah. apa orang nak buat, aku biarkan. kalau aku sakit hati, aku biarkan ia pergi. sebab kalau simpan dalam hati, jadik bernanah, aku sendiri yang sakit. orang yang sakitkan hati aku still boleh suka2, still boleh ketawa riang. aku pulak yang merana. jadi aku malas nak ambil kisah sekarang. korang buatlah apa korang suka.
tapi sebenarnya, kita tak boleh menipu dengan emosi. walaupun aku kata aku tak kisah, andai aku disakitkan sekali lagi, memori2 lama akan berulang dan mungkin akan akan kisah sebab dah terlebih memberi peluang pada orang lain. Emosi ini umpama lapisan bawang paling dalam bawang. kita kene kupas satu2 kulit luarnya baru kita jumpa apa yang ada kat dalam tu. dan waktu mengupas tu lah kita akan menangis. sebab itulah ia akan mengambil masa yang lama dan seorang kawan yang setia untuk benar-benar memahami apa emosi kawannya yang lain.
terimas kasih pada K A H U N A, aku teringat pada rancangan kuiz Roda Impian. signifikannya di sini, Astro mungkin boleh menghentikan perkhidmatan Halim Othman selaku pengacara kegemaran Roda Impian aku, Tuhan mungkin boleh membawa pergi Hani Mohsin, dan Astro mungkin terpaksa menghentikan rancangan itu, namun satu yang tak boleh dibawa pergi adalah memori aku, abah dan abang aku duduk di depan TV sama-sama, bersaing meneka apa jawapan yang tersembunyi dalam kotak-kotak yang dibuka manja oleh tangan lembut Eja. Itu antara sedikit perkara yang aku lakukan bersama-sama dengan abah dan abang aku. Yalah, jika tak dapat male bonding dengan membaiki kereta (maafkan Wan ya Abah sebab tak tahu menahu sgt ttg hal ini) at least cukuplah dengan sama-sama menjerit dan ketawa menonton Roda Impian. Emosi connected ini memang tak akan dapat dibawa pergi oleh siapa2 sahaja sebab aku pun tak mahu emosi dan memori ini pergi.
Kita sentiasa disuruh forgive and forget. Sejauh mana peng-aplikasiannya, aku pun tak tahu. pada aku, forgive mungkin, forget? susah. sebab itu orang turut berkata, shame on you if you fool me once, shame on me if you fool me twice. Jadi walau bagaimana caranya pun kita let go, masih ada ruang untuk kita jadi lebih pandai dengan bersikap berhati-hati. Lihat, amaran 'berhati-hati' itupun menggunakan perkataan hati!
masa yang diperlukan untuk melepaskan sesuatu perkara itu bergantung kepada seseorang itu sendiri dan juga keadaan. Mungkin ada yang boleh meredakan emosinya sekejap sahaja, macam tak ada apa-apa yang terjadi. Ada yang lebih mahu dirundung emosi ini dahulu sebelum perlahan-lahan mengambil masa untuk melupakannya. cara kita mengendalikan emosi ini menentukan kematangan kita. kita tak boleh terlalu dipengaruhi emosi sehingga seluruh kehidupan kita ini dilihat sebagai musuh jika ia tak berpihak pada perasaan sendiri, dan kita juga tak boleh terlalu menidakkan emosi sehingga kita jadi kaku, hati jadi bisu dan sukar untuk orang mengerti diri kita. dalam hidup wajar ada keseimbangan. Keseimbangan yang membawa kebahagiaan.
di sini, jika aku ada salah dan silap kepada sesiapa, aku tak mengharapkan manusia sekian-sekian itu akan mengambil langkah sebagaimana aku dengan membuat tidak endah saja pada perasaan marah yang membuak-buak itu. Cuma aku percaya, emosi perlu diluahkan. Kalau tidak berpuas hati, katakan saja. akan aku celikkan mata dan pinjamkan telinga juga minda. sebab sesuatu masalah itu takkan dapat diselesaikan dengan melarikan diri - daripada aku. jadi jangan jadi pengecut, mengelak dari berbicara bukan satu perbuatan seorang yang dewasa dan matang. tapi, kalau emosi itu adalah rasa cinta.. hoho! simpan saja dulu kerana buat masa sekarang aku sudah berpunya. :)
sudah sudah, pergi muntah saja semua!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment