so.. sebagai intro, aku nk bercerita ttg sifat judgemental ni. menurut kamus Collins Cobuild Advanced Learner's English Dictionary yg aku pinjam dr Hilal, 'judgemental' bermaksud forming opinions of people and situations very quickly, when it would be better to wait until knowing more about the person or situation. yer, klu x paham.. dlm bahasa melayunya... judgemental ni ialah bila kita suka sangka buruk kat org.. wlupun kita x knal sgt org tu. tp benda ni bkn utk org jek.. termasuklaa ape2 keadaan yg menyebabkan kita mengangkat kening kita smbil tersenyum sinis. yess.. itulaa antara perangai org yg judgemental ni~
aku personally mmg menyampah dgn org yg judgemental.. sbb pd aku.. org2 yg judgemental mempunyai pandangan pertama yg buruk pd org walhal kita sepatutnya mengambil satu pendirian yg neutral sebelum menjatuhkan ape2 keputusan tanpa pemahaman yg mendlm. sesungguhnya andai kata sumer org kat donia ni bersikap judgemental, maka mmg x wujudlah sistem kehakiman kita.. sbb hakim2 akan menjadi bias. sbg cth, waktu kes pecah rumah... tgh hakim rilek2 minum air kopi, polis pun bwk masok si tertuduh. by the time hakim dongak kpala nk tgk si tertuduh tu.. trus tersembur air kopi dia.. sbb muka si tertuduh pun mcm pch rumah jugak. haaa.. dgn judgemental nyer.. hakim tu dah mindset yg si tertuduh mmg muka xleh caya.
sifat judgemental sgt kritikal kerana ia mempengaruhi persepsi kita dan menyebabkan kita menolak pemikiran positif. klu makcik2 kat kg2 yg suka mengumpat tu.. haaa.. tu mmg dipengaruhi sifat judgemental laa. klu blk psr tu.. tetiba nmpk anak si X ni br pas jalan kuar dr balai polis. terus berlari smbil pakai kain batik menuju ke persidangan pintu pagar.. jumpa geng2 lain. trus bukak story...
Makcik Joyah Sport : "haaaa... u alls nk tau! td aku blk dr psr td... nmpk anak si X tu br pas kua dr balai polis. itu mesti kene tgkp mlm td isap dadah ke.. ape ke.. ikut perangai si X yg kat pusat serenti tu laa. bapak borek, anak rintik sgt!!" sambil sinsing2 lengan baju.
Makcik Bedah Besar: "dats y!! aku setuju. yg aku hairan tu... sejak bler ko pandai ke pasar pulak ni?? bukan slalu ko beli jek ke kat warong Leman tu??"
haa! siap dabel lagik judgemental makcik Bedah ni.. kat anak si X tu.. skalik dgn kat Makcik Joyah. walhal.. kita manatau yg entah2 anak si X tu pegi balai polis tu sbb nk amek borg masuk polis ke. or mana tau.. makcik Joyah keracunan mknn pas mkn mknn warong Leman pastu decide nk masak sndr pulak. kan?
'Haa.. dulu audition Mami Jarum i x dpt! Dpt masuk blog Ismal pun jadikla. Janji Glemer!' - Makcik Joyah Sport
bersikap judgemental menyempitkan sudut pandangan kita. walhal salu sgt kita dengar 'think out of the box'. aku xde laa mengatakan semua org perlu menjadik terlalu optimis kerana itu satu utopia.. tp bagus kiranya kita berckp dgn asas2 yg kukuh dan pemahaman yg ketara. andai kita hendakkan hak berckp buruk ttg org laen.. ia akan nmpk lebih solid andai kita mmg bnr2 knal akan org tu. sbg cth:kata si A: "aku tak suka laa dgn si S tu. dia tu suka sgt memburuk2kan org!"
tanya si B: "eyh... mana kau tahu?? ko kawan baek, sehidup semati, pengarang jantung dia ke??"
jawab si A: "eyh.. tak laa.. aku dgr dr si D... yg dengar dr si E... yg diberitahu oleh si F.. yg rumet si G tu...." smbil tersipu2 malu
haaa.. mcm tu laa.. selagi x terbukti yg si S tu belom lg mengumpat si A... ataupun slagi si S belom burukkan sesiapa kat blog ataupun forum mana2... maka jgnlaa kita nk kata lg si S tu suka~~ nk memburuk2kan org. dan andai kata si S tu mmg pernah..yaa.. sy ulang PERNAH memburukkan org.. tak bermakna dia SUKA mengumpat org... sbb SUKA itu adlh satu perasaan yg hanya S dan Tuhan yg tahu... kita yg laen tak tahu.. dan x ade hak nk judgemental ckp psl perasaan org laen.
mcm2 lg cth judgemental yg sering berlaku dlm komuniti kita. yg rambutnya warna dikatakan lupa jati diri, yg tak pakai tudung dikatakan jahil agama, yg selalu gagal dikatakan bodoh, yg memberontak dikatakan mat rempit... walhal semua org mempunyai cerita tersendiri. yg bukunya tggu dibaca dan difahami. dan yg pasti... semua org ini tak perlukan jelingan yg tajam dan senyuman sinis kerana riak wajah begini tak pernah membantu seorg dr membuat keputusan utk tidak membunuh diri... atau tidak akan meletakkan taraf yg menjeling itu lebih baik dr yg dijeling.
'Xde maknenya tak cukup duit nk beli air, ko abeskan susu botol aku! Eyy.. ni yg nk jeling ni!!' Baby Juling
dlm perjalanan hidup kita ni... kita amat bertuah andai diberikan peluang skali lg utk menebus apa2 kesilapan kita. dan aku sndr merasakan kdg2 aku ade bersikap judgemental dgn org yg aku x knali. jumpa tepi jln... tgk org tu pelik sket... mulalah berfikir yg bukan2. dgn bersgka buruk tu.. kita da dpt dosa dgn org tu dan dosa tu xkn hilg slagi org yg kita bersgka buruk tu x maafkan kita. klu org yg kita pnh bersifat judgemental tu adlh org yg kita x knali.. dan selama hayat kita.. x berjumpa dgn dia semula... pd siapa nk minta maaf??? oleh itu... mari kita semua pupuk diri kita untuk sama2 menjadi pemikir yg neutral.. ataupun positif.haihhh.. aku x paham laaa kenapa susah sgt nk publish post ni!! internet lembab sgt. ni mesti ITMS tak buat kerja!!!
(oops... tersikap judgemental seketika.. :P)
No comments:
Post a Comment