Sunday, April 27, 2008

Anak-anak Sorga

yerp~ aku br lps menonton sebuah filem taun 1997 dr Iran arahan Majid Majidi yang bertajuk Bacheha-ye-Aseman atau dlm bahasa Inggeris nye 'Children of Heaven' (nama tajuk dlm dc++ jugak :P). aku da donlod dan perap muvi ni agak lama gak rr dlm external aku tp hanya smlm br aku menonton muvi ni dan ape yg aku mampu katakan pd filem pertama Iran yg tercalon di Academy Awards ni. It was brilliant, heart-felt and sgt mengkagumkan.


filem yg menunjukkan kisah hidup sebuah keluarga tipikal Iran yg hidup dlm kemiskinan; Ayah yg bekerja keras mencari rezeki, ibu yg sdg sakit, seorang anak lelaki (Ali) yg sudah memikul tggungjwb menjaga keluarga di waktu kecil, seorang anak perempuan (Zahra) yg sudah pandai membantu ibunya melakukan kerja2 rumah wlupun masih kecil dan seorang bayi.

konflik dlm cerita ini bermula bila kasut sekolah Zahra yang rosak dibawa ke kedai utk dibaiki oleh Ali namun dlm perjalanan pulang, Ali tlh kehilangan kasut itu. Oleh krn menyedari yg ayah mereka akan berhutang dgn org utk membeli kasut baru utk Zahra, maka bermulalah siri perkongsian kasut Ali dengan Zahra. Mujurlah Zahra bersekolah di waktu pg.. maka slps sesi skolahnya, dia akan segera berlari ke tempat pertemuannya dgn Ali dan bertukar kasut.

namun, spjg tempoh itu jugak.. mcm2 nasib malang yg menimpa diri mereka dan keluarga mereka. Zahra jugak malu pakai kasut abgnya ke sekolah, tp dia maintain kool demi xnk menyusahkan ayahnya. tp, benda2 ni tetap tak menjadi penghalang utk mereka trus merahsiakan psl kehilangan kasut Zahra tu dr ayah mereka.

Wajah comel Zahra main buih sabun dgn Ali waktu derg cuci kasut Ali

Cerita ini betul2 menyentuh hati aku dgn kesedaran yg wujud dlm pemikiran dua kanak-kanak kecil yg mungkin kita org dewasa pun kdg2 x terpikirkan. mereka faham akan kesusahan yg dialami oleh keluarga derg dan merancang pelan bijak mereka wlupun mereka sndr yg susah mcm stiap hari berlari blk & pergi ke sekolah kerana kesuntukan masa bertukar kasut.

antara scenes yg plg menyentuh hati aku adlh saat2 Ali kasi Zahra benda2 berharga yg dia ada dpt demi memujuk hati Zahra yg sedih mcm Ali kasi pensel baru dan jugak pen yg dihadiahi cikgunya sbb dia dpt top 3 dlm kelas dia. pastu, scene waktu Zahra menanges smbil kejar kasut Ali yg masuk dlm longkang (sbb kasut Ali yg dipakainya bsr lalu tertanggal waktu dia merentasi longkang) dan dibawa air deras. dan satu lg bler Zahra dan Ali ke rumah seorg budak pompuan yg rupa2nya memakai kasut Zahra yg hilg tu namun x jadi menuntut kasut tu bila melihat ayah budak perempuan itu yg buta. seolah-olah menyedari nasib budak perempuan itu yg lebih mlg dr mereka.

Ali dan Zahra dlm perjalanan ke rumah budak perempuan yg pakai kasut Zahra

cerita ini diakhiri dgn Ali yg menyertai pertandingan lumba lari jarak jauh. Ali aim nk dpt no 3 sbb sape mng no 3 dpt mng kasut sukan. dia janji pd Zahra yg dia akan mng kasut tu dan tukarkan kasut tu dgn kasut sekolah br utk Zahra. mcm tu laa pengorbanan sorg abg utk adik nya...

hurm.. cerita ni mengajar aku erti bersyukur. kasih syg sesama ahli keluarga. dan yg penting skalik pengorbanan utk org yg kita syg. ntah laa.. to u guys.. just spend ur 2 hours to watch this meaningful movie. i urge this. just watch.

or tatau r if watching 2 episodes of the 'best new show' is more worthy kan... haihhh

'OMG... Children of Heaven is sooo last season! Now it's time for Children of Manhattan! XOXO' - Gossip Girl

No comments: