Samiha pelajar kejuruteraan di sebuah universiti swasta terkemuka di Malaysia. Samiha waktu sekolah rajin belajar, tapi bila masuk universiti, dia jadi malas. Dia tak minat kejuruteraan. Ayah dia yang paksa dia ambil program ini. Samiha akur saja.
Sebab datang dari kampung, Samiha tak pandai bergaya sangat. Tapi sejak akhir-akhir ini Samiha rajin baca majalah Seventeen. Dalam majalah itu banyak tip-tip kecantikan. Samiha teringin jadi cantik, jadi bergaya. Jadi Samiha pun mula mix and match pakaiannya, juga membeli barangan kecantikan.
Hasilnya, lebih ramai orang menyedari kewujudan Samiha. Nama-nya pun ditukar. Jangan panggil Samiha lagi, panggil Misha. Lebih glemer katanya.
Sekarang ini exam semakin hampir. Samiha juga makin bergaya. Tensen rasanya dia mahu menghadap buku-buku subjek yang dia tak minati. Kawan -kawan Samiha pun menegurnya, risau.
'Kau ni tak nak stadi ke Misha? Asyek dok sapu losyen jek hari-hari atas katil tu'
'Haruslah. At least kalau aku bodoh pun, aku cantik. Nanti kau kaya jadik engineer, aku pulak kaya kawin dengan Dato'' kata Samiha sambil mengibaskan rambutnya ke belakang.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
aduyai samiha.
gila positif ah fikiran!
haha
samiha = ismal....hahaha wink!!!~
hahahha
cilake kucai~
haha.aku sokong kucai.
ni cerita betul kan?
kan?
kan?
kan??
ngaku je~~~
lalala~~
aku nk wat cm samiha gak la.agak2 ade x mak datin yang minat?huhu
kata2 kucai adelah benar belaka
hahaha ini cte tbaek pe
Post a Comment