Sunday, May 10, 2009

Sweet Religion - Imogen Heap

Salah seorang ahli kaen pelikat, iaitu Pat telah dengan jayanya pulang ke UTP selepas di-reject oleh syarikatnya. Maka beliau terpaksa balik UTP dan meneruskan internship-nya di sini dengan menjadi balaci Naufal. Congrats, Pat!

Jadi, setelah sampai, berbaring-baring, dan melayan series sepam dua, aku dan Kucai pun membentangkan karpet merah dan membawa Pat le tour de UTP. (Budak-budak intern ni selalu feeling yang dalam beberapa bulan ni, UTP akan ada perubahan besar macam ada McD kat tepi blok aku ke, atau ada bangunan-bangunan yang terbakar ke). Tak jauh pun bentang karpet, ke kafe V5 saja.

Jadi sepanjang perjalanan, kami bertiga membanding-bezakan perut masing. Ya, kandungan aku masih yang paling baru. Pat dan Kucai macam dah dekat due date. Pat pun cakap kat aku;

'Welcome to the club'

Aku pun cakap;

'Aku kan memang salu kua masuk kelab ni'

Pat pun balas;

'Wah, macam Mahathir pulak'

Pengsan~



p/s: Kucai, budak poyo yang cakap pasal politik kat blog KA tu tak payah dilayan. Tak menulis pasal politik tak semestinya tak ambil tahu.

3 comments:

elal said...

wah,pat pandai mencarut dah,ahaha..

ye laa,dah 6 bln dok KL

kucheye said...

pat mencarut sinis2 ala2 org KL..hahaha

Isumaru said...

dats y

pat kan moden dah skrg~
;P