Pada suatu malam aku sedang ber-gtalk dengan dua orang lelaki. Satu, kawan aku, bekas pelajar UTP yang sekarang ini berada di atas kapal, bekerja sebagai engineer. Mari kita namakan spesimen ini si A. Dan yang kedua, junior UTP yang merupakan adik kepada kawan baik aku sendiri. Kita namakan spesimen ini si B.
Permulaannya aku ber-gtalk dengan si A. Si A menceritakan pada aku kehidupannya di atas kapal. Kerja-kerjanya. Kemudian kami bertukar-tukar cerita. A tanya pada aku bila aku akan keluar dari hell hole ini. Huhu~ Tak lama lagi.. tak lama lagi.
Kemudian, aku gtalk si B. Aku mengadu 'lapaaa~', sebab sebagai makhluk yang berperut besar, lewat malam memang waktu yang ideal untuk lapar. Kemudian perbualan diteruskan dengan aku menyuruh B belanja makan, dan dia menyuruh aku belanja makan, sebelum persembangan berubah menjadi menu-menu makanan.
Si A yang sudah pun mempunyai awek, tiba-tiba meminta aku memperkenalkan kepadanya awek-awek UTP tidak berpakwe yang mungkin dia boleh makan. Aku yang jarang-jarang sekali menjadi pimp ini tidak mahu menunaikan permintaannya. Si A menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati aku supaya menuruti kehendaknya dengan menggunakan dialog-dialog meraih simpati seperti 'aku tahulah aku ni tak hensem, tak berduit', namun tidak jugak mampu mencairkan hati aku.
Perbualan aku dengan si B berkisar pula tentang majlis perkahwinan kakak-nya yang akan berlangsung pada hujung bulan Mei ini. Kakaknya, yang juga kawan baik aku sudah mengutuskan kad kahwin melalui adiknya itu, namun tak sampai-sampai lagi di tanganku. Jadi aku bertanyakan perihal itu pada si B.
Kemudian, A tahu dia perlu mengubah strategi permainan. Dia mula memuji-muji aku. Perkataan-perkataan 'ko hensem', 'ko berbakat' dan lain-lain keluar dengan jayanya dari gtalk (bukan mulut) si A. Aku hanya mampu tertawa dengan cubaan desperate si A. Makhluk gatal ni macam tak ada kerja laen nampaknya. Tapi, aku suka dengan cubaan pujian-nya. Aku pun membalas sinis.
'Malam ni kau buat aku tidur tersenyum'
JENG! JENG! JENG!
Ya, aku tulis macam itu. Dengan nada sinis. Namun!!!! ayat tu bukannya sampai kat si A, tapi kat si B. Salah tempat taip pulekkkk~~ Jadinya, si B pelik dengan ayat aku yang tetiba romantik pada dia. Meracau aku nak cover balik.
Bila aku cerita kat A apa yang jadik, siap dia ketawa besar. Cilaka betol gemok tu. Semua salah kau ni.
Anyway, pada si B, aku harap post ini dapat clearkan apa yang mengganggu minda kau. :P
p/s: tengok betul-betul sebelum tekan enter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
owh.so kalau nak mintak tolong daripada kau kene kutuk2 ko la eh?
ismal, ko hudoh. carikan aku awek satu ?
:P
ah sudahh
da ad junior mroyan brangan sal ko hahahaha
gilo
aku xmkn adek kawan aku
hahahahahha
sangap2 bkn leh kre gk ko nih hahaha
Post a Comment