Friday, February 12, 2010

If Tomorrow Never Comes - Ronan Keating

Esok aku akan mati.

Jadi hari ini bawaku ke pantai
biar kakiku terbenam dalam pasir
dan jari jemarinya basah dihempas ombak.
basah, sebasah pipi ibu yang tersenyum
melihat aku berlari anak.

Esok aku akan mati.

Jadi hari ini aku berhenti menulis
kerana sudahku jumpa penghujung cerita
sampai bila meronta minda memaksa cereka
andai pena membeban nuraga
walau abah menghulur tenaga.

Esok aku akan mati.

Jadi simpan sahaja belon saktimu
kerana lambat laun akan kembali ke tanganmu
cuma duduk di sisiku
dan ceritakan apa rancanganmu
saat aku tiada nanti, abang dan kakak-kakakku.

Esok aku akan mati.
Namun mentari masih akan terbit.
Percayalah.

2 comments:

atie ishak said...

jgn mati....separuh jiwa ku akan pegi :(

Isumaru said...

hahahaa
sajak je pun~~