Ada apa dengan cinta pertama?
Manis.
Unexpected!
Naif....
Pada aku, 3 adjektif di atas paling tepat menggambarkan cinta pertama aku. Cinta pertama paling manis. Paling suci mungkin? Sebab aku percaya cinta pertama adalah cinta yang memang tulus lahir sebagai sebuah perasaan antara dua insan yang mahu merasa apa itu cinta. Jadi cinta pertama tak pernah ada syarat. Janji cinta. Janji sayang. Janji rindu. Tak pernah ada paksaan dalam cinta pertama.
Cinta pertama aku juga sangat tidak boleh dijangka. Sebab ini cinta pertama. Kita rasa ia akan kekal untuk selamanya. Cinta pertama tak bagi ruang untuk kita kata esok lusa rasa cinta ini pasti akan berakhir. Cinta pertama berikan kita banyak ruang untuk mengekplorasi gelora rasa, naluri sebagai seorang manusia yang sedang mengisi hatinya dengan kemungkinan-kemungkinan sebagai sepasang kekasih. Cinta pertama membuka ruang eksperimentasi romantis yang tak pernah kita tahu wujud dalam hati kita.
Cinta pertama aku juga mengajar aku bahawa menjadi naif tidak salah. Sebab menjadi naif membuat kita lebih terbuka kepada kelemahan pasangan kita, kepada kelemahan kita. Kita tak ada harapan yang pasangan kita perlu jadi sebegini sampai kita boleh menerimanya sebagai kekasih. Sifat naif itu yang buat kita jujur. Buat kita tidak berpura-pura. Buat kita jadi diri kita yang sebenar. Tak perlu pakai topeng.
Apa masalah dengan cinta seterusnya?
Andai cinta pertama gagal, kita pasti akan bertemu dengan cinta kedua dan seterusnya. Tapi, percayalah, rasanya tak sama dengan cinta pertama. Kerana kita dah tahu akan permainan cinta. Kita akan jadi lebih berhati-hati. Akan terlalu memikirkan mengapa cinta pertama kita gagal. Jadi kita ada tekanan untuk menjadi lebih baik walaupun pada hakikatnya kita berkompromi dengan diri sendiri. Kita tahu apa yang perlu dibuat, apa yang jangan dibuat. Pendek kata, cinta sudah bersyarat, cinta sudah punya matlamat.
Andai cinta pertama satu kebetulan, cinta seterusnya pula adalah satu percubaan. Trial dalam erti kata bahasa Inggerisnya. Maksud aku, cinta jadi satu perkara cuba jaya. Kita rangka formula sendiri dalam percintaan, sedangkan cinta tidak objektif kerana ia satu rasa. Sebab itu siapa yang terus mencuba pertahankan cinta dan gagal akan merasa kecewa dan berputus asa kerana cinta itu tidak lahir secara tulus. Cinta lahir secara paksaan.
Ada apa dengan cinta pertama aku?
Pedih.
Saat ia berakhir.
Atas keputusan aku sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saya dapat kahwin dgn cinta pertama saya...^___^
hahaha
tahniah!!!
;P
cinta pertama?
pedih..perit..atas keputusan dia..
cinte seterusnye???
hmmm..mgkin btl, xsm n x seindah cnta prtama..yg ade cume pure2 untuk mghilangkn n melupakan cinta prtama...
...
jz smile till u can... :)
Post a Comment