Monday, March 17, 2008

Wanda : Chapter 1 - Kata Wanda

“The truth is aku masih mengingati dia…” aku menghabiskan kata-kata aku disambut dengan senyuman sinis daripada Wanda.

****************************************************************

Wanda kata… andai aku jujur pada diriku sendiri, aku takkan menyeksa jiwaku. Aku takkan pergi bersembunyi di sebalik bayang kerinduanku. Aku takkan biarkan kedegilanku menyembunyikan harapan kebahagiaanku. Dan yang pasti, aku takkan membiarkan dua insan yang pernah ketawa pada satu jenaka yang tak perlu diucapkan.. terpisah hanya kerana aku ingin begitu

Hanya kerana aku ingin begitu….

Aku benci bila Wanda menjadi benar.

Aku benci bila Wanda menjadi seperti ibuku.

Aku benci … Ahhh!

Aku adalah aku. Akulah yang memulakan sesuatu dan menarik diri bila ada tembok penghalang kutemui. Akulah yang mudah merasa bahagia dan merasa derita. Akulah yang tidak berfikir panjang. Ah, cukup tentang aku!

Apa kurangnya dia? Dia yang tak pernah menghiraukan aku. Dia yang tak pernah membalas kebaikanku. Dia yang tak pernah cuba mengerti hatiku…. Kerana sudah lama rasa antara kami tidak terucap.

Sudah lama… dan aku pandang pada mata Wanda.

“The truth is aku masih mengingati dia walau hati ini coba menidakkan ingatan itu…” Lalu Wanda memeluk dan mempertahankan kewarasanku yang semakin mencair.

No comments: