Tuesday, March 18, 2008

Wanda : Chapter 2 - Bila Dia Menyapa

Wanda selalu tawakan aku. kerana katanya aku punya muncung serupa budak kecil yang tidak keruan mau dipujuk. hanya kerana aku tidak disajikan gula-gula.

"ini bukan gula-gula" cebik aku pada Wanda.

"iya, sama saja. kau mau gula-gula cinta bukan?" Wanda mengenyitkan matanya yang memang sepet itu.

CINTA?? perkataan itu terngiang-ngiang di telingaku, menyusur laju menghantar sinaps-sinaps listrik pada mindaku.

erghhhhhhh.... "aku tak cinta sama dia" tegas aku sambil mataku sibuk menghadap komputer ribaku. kadang, malas mau mengadap wajah Wanda. sakit hati melihat ekspresi yang tidak condong pada keakuanku.

tiba-tiba, aku sesal mengungkapkan kata-kata itu tadi. kerna aku sudah bersedia untuk dibidas Wanda.

"cinta itu universal" aku titipkan bersama-sama Wanda ayat itu. Wanda bukan asing padaku. Sudahku tau pasti itu jawapan timbalnya. Wanda tersenyum tenang... dia belum kalah.

"aku nampak tadi dia menyapa kamu" ahhh, anak mataku lari ke kanan kiri coba mencari kata-kata paling sesuai agar situasi itu tidak disalah erti oleh Wanda.

"apa katanya?"

kaget.

"katanya.. 'mengapa merajuk?'" tunduk aku.

"jadi benarkah telahan dia?"

aku lemparkan pandangan kosong di luar jendela. membayangi rona merah di pipiku bila dia menyapa.

No comments: