utk PCS persuasive presentation, kitorg bleh samada nk jual barang ke, sistem ke or idea. maka dek kerana aku ketandusan idea utk menjual brg or sistem (sbnrnye kerja last minit.. mmglaa x smpt nk pikir ape2), aku pun decide utk buat slh satu tajuk debate jek and I ended up with the motion 'Animals Belong to Their Natural Habitat'.
reason aku pilih subjek sbb aku teringat 1 iklan yg diterbitkan oleh World Wildlife Fund (WWF) yg aku tgk kat TV waktu kat hotel JW Marriott waktu aku g perform dulu. Iklan tu tunjuk mcm mana di China, Moon Bear (beruang ape dlm bahasa malaysia aku tatau), ditangkap, dan diletakkan di ladang beruang di mana pundi kencing derg akan dicucuk dgn tiub, n then hempedu derg akan disedut keluar. FYI, hempedu beruang dah digunakan sebagai ubat tradisi di China berkurun-kurun lamanya utk ubati mcm2 penyakitlah.
jadi, perjuangan aku kat PCS tadi, aku kata, haiwan2 sepatutnya tak diletakkan dlm kurungan. derg sepatutnya bebas kat hutan belantara, kat habitat semulajadi derg sbbnye, klu ikut kajian saintis, mmg haiwan2 yg dikurung akan ade gangguan mental. gangguan mental ni dpt dikesan bler derg start buat2 pergerakan2 yg tidak bermakna seperti tikus makmal akan menggigit n mencakar sangkar derg apabila lampu ditutup. moon bears tu pulak selalunya akan terhuyung-hayang dlm sangkar derg yg sempit tu ada sesetgh moon bears plak akan menghentak-hentakkan kepala derg kat besi sangkar tu.
sama jugak kesnya dgn zoo. aku rasa kewujudan zoo menyebabkan haiwan2 hilg kebebasan yg derg ade mcm kat habitat semulajadi derg. harimau dah xleh lari2 kejar mangsa, gajah dah xde bergerak ramai2, paus takleh berenang jauh2, org utan dah tak bergayut kat pokok, tp bergayut kat tayar. conditions yg berlainan ni akan eventually kasik kesan psikologi kepada haiwan2 ni. maybe ade gak yg akan ckp, klu xde zoo, cmne anak2 kita nk tao psl haiwan ni. mslhnyer, kita klu nk mempelajari haiwan, kita kene pelajari sifat semulajadi derg. klu kat zoo, boleh ke kita nk tau berapa pantas seekor cheetah berlari? atau berapa kuat seekor beruang? tak, sbb binatang2 tu tak boleh nk tunjukkan kebolehan derg kat zoo. yg ade, just beruk2 yg dipaksa buat trick2 yg ntah ape2 jek demi menghiburkan hati pengunjung.
maybe org ramai akan ckp yg klu haiwan ni ade kat luar, nnt ade pemburu haram laa, pembalakan la ayg akan mengancam derg. yesss, sbb tu lah, dgn kewujudan zoo, taman2 haiwan ni, kita jadik x serius dlm memelihara dan memulihara flora dan fauna kita. kita tgk harimau ade kat zoo, so kita tak serius nk protect harimau2 yg ade kat luar sana.
aku sarankan, kita bnykkan lagi hutan simpan. dan bnykkan wildpark daripada zoo yg mengurung binatang. dalam masa yg sama, support kempen WWF, 'when the buying stops, the killing stops" supaya xde lg beruang2 ataupun haiwan2 lain seperti Paus di Jepun yg menjadi mangsa. bagi sumbangan pada badan2 yg melindungi haiwan2 ni seperti World Society for Protection of Animals (WSPA) and WWF. kita jgn guna produk2 yg dibuat dr haiwan yg diancam kepupusan mcm kulit harimau ke. dan yg penting, sentiasa berbuat baik pada binatang. jgn klu ade kucing dtg kat kaki korg kat mapley tu, selambayaya jek terajang. haiwan pun tau erti kesakitan...
bukan kempen berbogel ya (abes kang aku klu korg tetiba bogel kat UTP), tapi jgn pakai bulu haiwan... huhu
klu korg nk membuat sumbangan, klu bukan pun dgn wang ringgit.. korg sign lah petition ni. Hentikan penderitaan haiwan seluruh dunia Klik kat link ni ---> Petition!akhir kata, renung2kan lah kata2 ni...
"Never believe that animals suffer less than humans.
Pain is the same for them as it is for us.
Even worse because they cannot help themselves"
-- Dr Louis J Camuti (1893-1981)
No comments:
Post a Comment