Kadang-kadang, untuk melakukan perubahan walaupun untuk yang terbaik, memang sesuatu yang sukar dilaksanakan. Tambah-tambah jika kita sudah kebiasaan dengan yang lama, mengenangkan prospek baru yang mungkin sangat besar jurang perbezaannya dengan yang lama menyebabkan kita tak mahu mengambil risiko berubah.
Mungkin sebab itu ada yang sanggup terseksa dengan perhubungan cinta yang duka kerana tidak mahu memulakan cinta yang baru.
Dan mungkin sebab itu ada yang terus ketinggalan zaman, masih kekal dengan teknologi-teknologi lama sedangkan dunia kini semakin maju.
Namun, melangkah ke hadapan tak bererti kita meninggalkan terus apa yang dibelakang. Sebab itu kita punya memori. Apa yang wajar disimpan, kita pegang erat dan apa yang perlu dibuang, kita lupakan. Pokok-pangkalnya, cara kita menghadapi perubahan itu yang penting. Jangan terlalu emosional, dan jangan terlalu kering pula. Tengah-tengah, secukup rasa.
Tapi semalam aku hampir menangis, bila menghantar Ancalime (laptop aku) ke kedai komputer untuk di-reformat. Walaupun selepas ini Ancalime akan menjadi baru, lebih pantas dan lancar, namun untuk mengucapkan selamat tinggal pada Ancalime lama yang sudah aku tweak sebaik-baiknya memang sesuatu yang sukar.
Mari mengambil masa 5 minit bertafakur mengenangkan Ancalime yang lama. Sob-sob~
4 comments:
5menet.
ah.kenapa sume yg ko tulis wat aku terasa~~~
anda sangat hebat.
5 minit jeh?sebulan terus.ha ha.pakai songkok siap.extremist kan aku?
ok la still bole ingat...aku selalu ibarat dapat gading bertuah,tanduk kerbau mati terbuang bile dapat mende baru.
(saje kua peribahasa melayu power2...mesti paan x paham kan)
zopak.. peribahasa ko tuh budak tadika pun dah guna
:P
aku dah menerima hakikat ancalime aku sudah baru.. dan laju :P
Post a Comment