Monday, February 2, 2009

Can't Take Thay Away - Mariah Carey

Khamis hingga Sabtu hari tu aku di UM, jadi hakim untuk pertandingan Debat Terbuka Astar 2009 anjuran Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Pertandingan itu persepsinya untuk pembahas-pembahas BARU dari pelbagai IPTA dan IPTS menunjukkan kebolehan masing-masing di samping menimba ilmu. Jadi jangan anggap aku sangat bagus sehingga mampu jadi hakim. Tapi, bolehlah~~ :P

Sepanjang hidup aku, aku tahu aku bukan seorang manager yang baik, sebab diri sendiri pun aku tak mampu nak manage. Tambah-tambah, pengalaman disaster dalam akademik aku di UTP menyebabkan rasa rendah diri aku makin bertambah-tambah, dan itu sememangnya membantutkan lagi keinginan aku untuk menguruskan dan memimpin satu-satu event atau kumpulan. Ya, kumpulan assignment pun aku takut nak jadi ketua.

Aku percaya pada komitmen dan bakat kepimpinan. Dulu-dulu waktu sekolah, aku rasa aku ada kedua-dua elemen itu, mungkin sebab itu aku agak berjaya dan keyakinan diri aku juga tinggi. Tapi, sedikit sebanyak kedua-dua kualiti itu seolah-olah telah terhakis dari diri aku semenjak masuk ke UTP. Jadi, dikala pelajar-pelajar UTP berlumba-lumba mengumpul sijil event, aku seboleh-bolehnya mengelakkan diri dari terlibat dari apa-apa event yang dianjurkan. Aku hanya akan menyertai sesuatu event itu bila aku perlu bekerja seorang diri, tak payah melibatkan diri dengan meetings dan tekanan. Itu yang paling penting. Sebab aku sangat lemah dengan meeting dan datelines.

Sebab itu kalau kamu semua (pelajar UTP) perasan, aku selalu jadi MC atau host event. Sebab bidang ini tak menuntut banyak masa aku. Paling busuk pun kena buat skrip. Lepas tu rehersal. Kemudian, aku cuma masuk pertandingan. Macam debate. Walaupun masih kerja berkumpulan, namun ada team-mate sekepala macam Vicky, kerja jadi mudah sebab dua-dua pun malas nak buat latihan dan membaca. Kemudian, transisi aku menjadi seorang penyanyi. Lagi senang. Datang latihan dan menyanyi. Benda aku minat, semua boleh jalan.

Tapi, pembukaan semester baru ini tampak agak gilang gemilang bagi aku. Aku kembali aktif jadi MC. InsyaAllah kamu-kamu semua akan dapat lihat aku beraksi di FESCO 09 pada 14 Februari ini di Chancellor Hall. Beri sokongan pada event tu, ya! Kalau tak kerana aku (ehem-ehem) buatlah demi menyokong kawan-kawan penari kita, ataupun kecintaan kita pada seni budaya. Kemudian, aku juga akan cuba aktif kembali dalam debate. Kalau tak berbahas, mungkin menghakimi.

Namun, yang paling gementar... aku sekarang sedang dalam usaha mahu mewujudkan sebuah kelab baru di UTP. Kelab apa? Biarlah rahsia~~ (nyanyi dalam note kat CT). Konsepnya, aku seolah-olah mendapat semangat baru. Keyakinan diri datang sedikit demi sedikit. Sekarang ini, hari-hari berdoa komitmen tak pernah turun dan akan diteruskan sampailah tertubuhnya kelab itu dengan nama aku tercatat sebagai president-nya. Feeling Obama sekejap. Tambah-tambah dengan high-comm lain yang semuanya dekat di hati, (pinjam tagline TV9) buatkan semangat tambah berkobar-kobar.

Oleh itu kawan-kawan, benarlah kata orang. Kalau sesuatu itu benar-benar ada dalam diri kita, insyaAllah kita dapat temuinya walaupun kita rasa benda itu dah lama hilang dari diri kita. Macam aku, apa yang aku perlukan sekarang adalah keyakinan diri. Mungkin sekarang aku tak temuinya seratus peratus, tapi aku akan cuba gali ia keluar sedikit demi sedikit sampai melimpah macam mata air. Wah!~ Dan yang paling penting...






kerjasama!!!~
Kami tak besar, kami tak kuat~ lalalallalaa

5 comments:

chana said...

hey2~~nk juuuiinn club tuh!!

♥ TOY ♥ said...

tak lame lagi da final sem tapi aku tkde sijil event pong!!!! waaaa~

Anonymous said...

ini mamat cemerlang masa sekolah.

kita semua berubah lepas skolah kan ismal?

huhuhuuu

Isumaru said...

itulah

sebab ape berubah eyh? ahahaha

Ikayusoff said...

asalkan bukan MLM atau seangkatan, aku di barisan depan nak join club kau! hehe.