Aku antara penggemar Mozilla Firefox. Antara feature dia yang aku suka ialah AdBlock Plus. Aku suka AdBlock ni sebab dia boleh sekat iklan-iklan yang aku menyampah tengok bila aku melayari internet. Seronok! Tak ada dah gambar-gambar orang mempromosikan online dating service (desperates!) dan juga tak ada animasi-animasi beraudio iklan wallpaper mahupun cursor. Hendak load website pun menjadi lebih ringan dan pantas.
Sebagai pelajar bisnes, aku tahu advertisement ini adalah satu elemen yang sangat penting dalam menetukan masa depan sesebuah bisnes itu. Yerlah, promosi ini akan meningkatkan lagi profile sesuatu servis atau produk itu dan kemudiannya meningkatkan lagi peluang untuk servis atau produk itu di-purchase. Kesedaran pengguna tentang kewujudan servis dan produk itu pasti boleh ditingkatkan melalui iklan.
Pada suatu hari, kawan aku ada mengutarakan satu idea pada aku untuk meletakkan Google Ads dalam blog aku. Katanya, pembaca blog aku ramai dan di samping aku menulis, aku boleh buat duit. Aku mula-mula gembira juga dengan cadangan dia, sebab memang ramai pun penulis blog yang berbuat demikian sekarang ni (samada Google Ads ataupun NuffNang), namun beberapa perkara terlintas dalam fikiran aku;
1. Aku bukan penjual hasil tulisan aku, jadi aku tak pernah berniat mahu buat duit dengan ismalstories.blogspot.com
2. Aku tak suka iklan, jadi dengan meletakkan iklan di blog aku seolah-olah melanggar prinsip hidup aku sendiri?
3. Aku dah tersebut pasal AdBlock dalam post ni, jadi nanti pembaca-pembaca blog aku install feature tu, lepas tu block Google Ads aku. Rugi lah aku nanti!
p/s: tak perlu-lah iklan-iklan semua tu. Buat semak pandangan saja~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wahh..juta2 eh org yang read blog ko mal?
Word Verification toblenu
kenapa aku nampak macam toblerone??
tulisan randum yang seberape memang tak dapat untung.
letak tak letak, hak masing-masing.
coiii carut aku suh letak google ads kan....
ahahhaha
mata duitan!
aku pn tarok ad tu kt blog..sj try nk tgk btol x..ala tp xde earning pn kalao click pn..try click sendri kt ofis :P
Post a Comment