Sunday, April 27, 2008

Anak-anak Sorga

yerp~ aku br lps menonton sebuah filem taun 1997 dr Iran arahan Majid Majidi yang bertajuk Bacheha-ye-Aseman atau dlm bahasa Inggeris nye 'Children of Heaven' (nama tajuk dlm dc++ jugak :P). aku da donlod dan perap muvi ni agak lama gak rr dlm external aku tp hanya smlm br aku menonton muvi ni dan ape yg aku mampu katakan pd filem pertama Iran yg tercalon di Academy Awards ni. It was brilliant, heart-felt and sgt mengkagumkan.


filem yg menunjukkan kisah hidup sebuah keluarga tipikal Iran yg hidup dlm kemiskinan; Ayah yg bekerja keras mencari rezeki, ibu yg sdg sakit, seorang anak lelaki (Ali) yg sudah memikul tggungjwb menjaga keluarga di waktu kecil, seorang anak perempuan (Zahra) yg sudah pandai membantu ibunya melakukan kerja2 rumah wlupun masih kecil dan seorang bayi.

konflik dlm cerita ini bermula bila kasut sekolah Zahra yang rosak dibawa ke kedai utk dibaiki oleh Ali namun dlm perjalanan pulang, Ali tlh kehilangan kasut itu. Oleh krn menyedari yg ayah mereka akan berhutang dgn org utk membeli kasut baru utk Zahra, maka bermulalah siri perkongsian kasut Ali dengan Zahra. Mujurlah Zahra bersekolah di waktu pg.. maka slps sesi skolahnya, dia akan segera berlari ke tempat pertemuannya dgn Ali dan bertukar kasut.

namun, spjg tempoh itu jugak.. mcm2 nasib malang yg menimpa diri mereka dan keluarga mereka. Zahra jugak malu pakai kasut abgnya ke sekolah, tp dia maintain kool demi xnk menyusahkan ayahnya. tp, benda2 ni tetap tak menjadi penghalang utk mereka trus merahsiakan psl kehilangan kasut Zahra tu dr ayah mereka.

Wajah comel Zahra main buih sabun dgn Ali waktu derg cuci kasut Ali

Cerita ini betul2 menyentuh hati aku dgn kesedaran yg wujud dlm pemikiran dua kanak-kanak kecil yg mungkin kita org dewasa pun kdg2 x terpikirkan. mereka faham akan kesusahan yg dialami oleh keluarga derg dan merancang pelan bijak mereka wlupun mereka sndr yg susah mcm stiap hari berlari blk & pergi ke sekolah kerana kesuntukan masa bertukar kasut.

antara scenes yg plg menyentuh hati aku adlh saat2 Ali kasi Zahra benda2 berharga yg dia ada dpt demi memujuk hati Zahra yg sedih mcm Ali kasi pensel baru dan jugak pen yg dihadiahi cikgunya sbb dia dpt top 3 dlm kelas dia. pastu, scene waktu Zahra menanges smbil kejar kasut Ali yg masuk dlm longkang (sbb kasut Ali yg dipakainya bsr lalu tertanggal waktu dia merentasi longkang) dan dibawa air deras. dan satu lg bler Zahra dan Ali ke rumah seorg budak pompuan yg rupa2nya memakai kasut Zahra yg hilg tu namun x jadi menuntut kasut tu bila melihat ayah budak perempuan itu yg buta. seolah-olah menyedari nasib budak perempuan itu yg lebih mlg dr mereka.

Ali dan Zahra dlm perjalanan ke rumah budak perempuan yg pakai kasut Zahra

cerita ini diakhiri dgn Ali yg menyertai pertandingan lumba lari jarak jauh. Ali aim nk dpt no 3 sbb sape mng no 3 dpt mng kasut sukan. dia janji pd Zahra yg dia akan mng kasut tu dan tukarkan kasut tu dgn kasut sekolah br utk Zahra. mcm tu laa pengorbanan sorg abg utk adik nya...

hurm.. cerita ni mengajar aku erti bersyukur. kasih syg sesama ahli keluarga. dan yg penting skalik pengorbanan utk org yg kita syg. ntah laa.. to u guys.. just spend ur 2 hours to watch this meaningful movie. i urge this. just watch.

or tatau r if watching 2 episodes of the 'best new show' is more worthy kan... haihhh

'OMG... Children of Heaven is sooo last season! Now it's time for Children of Manhattan! XOXO' - Gossip Girl

Wednesday, April 23, 2008

Fail Urban: Tattoo

Tattoo atau dlm bahasa melayunya tatu adalah perbuatan memasukkan pigmen warna ke dalam kulit kita dgn menggunakan pelbagai teknik. Teknik yg paling popular dan sering kita saksikan di kaca2 televisyen spt siri 'Miami Ink' pastilah dgn menggunakan mesin tattoo elektrik yg menggunakan jarum utk memasukkan ink warna ke dlm kulit kita.

'Ismal was here.. hik hik..' - aku tgh tatukan org~

sesungguhnya perbuatan meng-tattoo ini dah wujud dlm dunia ni sjk berkurun lamanya. salu laa kita tgk tribal2 ppl mcm org maori di new zealand bertattoo di badan n muka derg. dan agaknyer, sbbkan benda ni nmpk kool, tattoo tlh menjadi satu fenomena seni skrg ni ditmbh2 dgn kewujudan filem2 dan siri2 tatu-mengtatu ni mcm L.A Ink dan Miami Ink.

'Yeah. skrg ni tatu2 bukan banduan jek.. tp artis TV ok!' - Miami Ink Members

Artis-artis glemer Barat juga tidak malu2 dan segan utk menunjuk-nunjuk tattoo derg menyebabkan tattoo menjadik seolah-olah satu pop trend ataupun fashion statement. Angelina Jolie dan Robbie William mmg sgtla glemer dgn tattoo2 derg yg pelbagai rupa dan msg itu. hehe

'yeah.. know your rights.. pasni nk tulis jgn mengurung hamster.. CINTAILAH HAIWAN!' - kak Angie

so, knape org buat tattoo? bukan sakit ke? best ke? actually, tattoo ni blh diassociatekan dgn pelbagai niat dan kdg2 affiliations. klu di Amerika, jgn sesuka hati jek nk buat tattoo tu sbb ade sstgh tattoo tu mlmbgkan geng2 mafia. mati rr klu korg buat slh tattoo pastu kebetulan terserempak dgn geng tu. trus terpaksa pegi beli pistol pastu tembak jiran rumah korg. klu x, korg plak yg kene tembak. eheh. ade jugak yg buat tattoo sbb konon-kononnya nk mengabdikan nama org yg dicintai lah.. atas dasar cinta pd seni laa dan bermcm2 lg niat2 murni makhluk ciptaan Tuhan yg bernama manusia ni.

Mak Jah Warong dalam kenangan.. sob2

tattoo ni xdelah dtgnyer dlm bentuk ink n needle tu sajek, ade jugak org yg buat tattoo sembur n temporary tattoo jek. senang nk tanggal dan xkn meninggalkan kesan yg permanent. tp, skrg ni, dah ada rawatan2 laser utk menanggalkan tattoo permanent tp aku rasa mahal kot. aku pnh laa bc mastika, (baca blh, pcaya pikir2 sndr~).. ade cite psl mamat ni buat tatoo pastu nk insaf, dia bakar kulit dia sbb nk buang tattoo tu.. haihhh.. pedih~~

'Klu xde duit nk buat laser pun, x sggup aku nk bakar.. muka weyh!!~' Din Pelangi

ckp psl insaf pulak... dr segi agama, agama Islam mmglah melarang umatnyer membuat tattoo (mencacah kulit) ini kerana x silap aku, klu bertattoo ni, mandi wajib dan air sembahyang kita x sah. jadik.. klu x sah tu... cmne korg nk smyg? klu korg x smyg, Islam ke korg? begitulah kisahnyer~

pd pendapat aku.. tattoo ni mmg laa lawa.. dan aku xdelaa judgemental kpd sape2 yg nk buat tattoo.. just kita kene igt yg kita hidup ni kene berpendirian. agama, masyarakat.. jgn dilupa, ya.

dan pada Safuan... mine is just a temporary one. :)

Friday, April 18, 2008

Mental Block?

OMG.. lately aku mmg siyesly hv no idea nk tulis ape on the blog. mmg laa aku sgt2 teringin nk post sth.. tp aku xnklaa post benda2 yg bukan2 mcm 'memperkenalkan si A' walhal sumer org xnk kenal si A tu.. ataupun cerita gosip2 hangat yg berlaku di dlm UTP ni sbb gosip2 murahan ni mcm x membina jiwa raga aku... haihhh

penat sgt jadik penulis ni. anyway.. aku rasa patutnyer aku berkongsi idea kepada penulis2 blog laen mcm mana aku leh mendapat inspirasi utk menulis. mana tau.. ade yg terkena mental block mcm aku jugak.. bolehlaa mengamalkan tips2 di bwh ini utk kegunaan di masa dpn~

so.. ape tips2 nyer?

1. Isu-isu semasa

ya kawan2.. klu anda sumer perasan, aku mmg suka menggunakan isu2 semasa sbg inspirasi aku utk menulis sbb isu2 semasa ini mmg recent n klu yg popular tu mcm 'Dato' N dituduh bunuh si A' maka lg menariklah isu yg dibawakan. tp, utk menggunakan kaedah ini, para penulis hendaklah sendiri peka dgn isu2 semasa itu. baca sokkabar, baca internet dan kene make sure berita yg dibawa adlh tepat dan bukannya tabloid semata2. ewah!!

Yess.. sape laa yg xnk bc blog ko klu berita nyer hangat mcm atas ni! Pasni buat tajuk 'Rektor berjoget lambak sambil menjelir lidah!' ;P

2. Filem, Album, Series Review

Yes... klu kita tau kat UTP ni mmg boleh dikatakan hampir semua student berlibur samada dgn menonton muvi, mendengar mp3 yg didonlod secara haram dan juga series2 popular luar negara mahupun tanah air. dan sesungguhnya, klu menulis psl review2 ni mmglaa amat dinanti2kan pelajar2 UTP yg sering dahagakan recommendation dr penulis2 blog ni. Klu korg perasan, aku siap buat ruangan khas utk review ni sumer. dan kdg2, ramai jek yg jumpa aku tetiba ckp, 'eyh, best laa muvi gone baby gone.. thx kasik tau eyh!' so.. klu xde idea nk buat ape tu.. rajen2 laa bukak dc++ tu, then ko search je laa ape2 yg ko rase best.. ko experiment.. n ko tulis kat blog korg. (p/s: Series Samantha Who? sangatlaa best.. rugi x tgk!)

'Haihh.. muvi laen review bukan maen pjg.. tp series aku sebaris jek??' - Samantha

3. Perasaan x Puas Hati

yaa... actually, bler b'ckp ttg ketidakpuasan hati ni bukanlah mksud aku mcm korg bengang dgn sorg tu.. trus ko kutuk2 malukan dia kat blog korg.. sbb aku rasa amatlah tidak matang bg seorang manusia itu utk attack org laen guna medium internet. manusia yg bertamadun menggunakan konsep musyawwarah ok! (yes, Pend. Islam SPM dulu A1).. anyway, maksud aku mcm post 'Mangsa Fesyen' aku dulu laa.. aku xpuas hati dgn penampilan sesetgh pelajar UTP yg aku rasakan tidak kena dgn keadaan.. jadi aku tulis laa psl tu.. or kisah korg x puas hati dgn babi yg giat diternak.. korg pun tulis laaa. xpun korg menyampah dgn budak perempuan yg kata korg bising kat dlm lecture (walhal korg mmg bising pun)... so korg tulis psl tu. yaaa.. benda2 ni mmg boleh menjadi sgt menarik sbb degree dia ala2 mcm gosip laaa... bezanya benda tu mmg btol2 terjadi.. dan klu xnk memalukan org.. sentiasa laa gunakan perlambangan mcm si P, K, W, F dan S. x gitu Pat??

Entry psl cmne nk lukis babi pun OK gak! :P

4. Peristiwa Menarik dlm Hidup
yer.. ini pun aku suka tulis. peristiwa2 menarik yg bermakna ini aku rasa mmg patut dikongsi klu ia dpt memberi iktibar, inspirasi dan juga kesan kepada kehidupan org laen gak. sebagai cth... 'saya jadi kaya bler buat multi-level-marketing' (hik hik), anyway... bler org laen baca.. derg akan tertanya2 btol ke? klu btol dia jadik kaya, aku nk test gak.. nk kaya gak! mcm tu laa konsepnya. ataupun korg leh ceritakan gak kisah sedeyh korg mcm 'tipu jek multi-level sumer tu! i masok bukan maen lama xkaya2 jugak!' (haaaa.. bukan maen pjg lagi tajuk entry dia!) so.. entry korg akan menyebabkan org terpikir dua kali pulak. tp, jgn laa pulak korg tulis psl td korg g mkn.. pastu pakai baju.. pastu korg mandi.. mkn sumer. perlu laa org nk tau rutin harian hidup korg? menarik ke?

OK jek nk tulis psl aktiviti harian, tp smbil belajar French. Boleh?

5. Pasal Korang xde Idea Tulis Blog

ahahahah.. mcm aku skrg ni laaa.. dah xde idea tulis blog.. aku pun gunakanlah keadaan ni utk aku menulis gak sesuatu. tapi tetap ni aku nk buat konon2 nyer gempak laa entry ni siap ade tips2.. bernombor2 sumer.. padahal dakyah aku jek nk kasik mcm grand~ :P korg pun nnt klu xde idea.. buat jek cam aku. like orh puteh always said.. u got lemon, u made lemonade out of it. I got mental block, i made blog out of it. ehehheeh

'Yess!! I jadik buah-buahan pertama yg disebut dlm blog Ismal. Vogue Sgt! - Miss Lemon

anyway... actually sumer org ade konsep dan cara tersendiri dlm menulis blog derg dan sbbkan perbezaan ini lah yg menyebabkan blog2 boleh manjadi unik dgn sendirinya. tak perlu kita nk tulis benda yg kita x selesa nk tulis, mcm dlm kes aku.. gosip, just semata2 nk puaskan hari org dan nk glemerkan blog kita... walhal ko sndr rasa benda tu buang masa. mcm klu kat link2 blog yg aku rekemenkan ni.. kwn2 aku sumer ni tulis mcm2... ade yg berpuitis (Paan & Afiq), ade yg berkongsi hobi blythe doll nyer (kan Alin?) dan ade yg mmg hebat bab2 gosip ni.. (kan Pat?)....

yg penting.. be true to urself dan trus sama2 kita sapot-menyapot antara satu sama laen! hidup Bloggers!

Monday, April 14, 2008

If We Were a Movie?

"If we were a movie, you'd be the right guy
And I'd be the best friend you fall in love with
In the end we'd be laughing, watching the sunset
Fade to black, show the names, play the happy song, yeah"

- If We were a Movie by Hannah Montana

huhuu... mesti korg2 sumer korg penah terpikir, 'kalau laa aku ni watak dlm filem ni... best x?' dan macam2 lagi imaginasi filem terutamanya bler kita kecik2 dulu kan. dulu.. aku mmg teringin sgt nk jadik power rangers. serius. aku kecik2 dulu pas smyg, doa mintak jadik power rangers. boleh? huhuhu

salunya.. klu lelaki tu mmg angan2 nk jadik superhero laa. Zorro, Spiderman, Superman, Batman.. Keluang Man?.. eyh. huhuhu. memang andai kata ada sambutan Halloween kat Mesia ni aku konfiden jek ramai jek yg ade kostum2 superhero ni. sumer geli2 pun, tetap nk pakai spender kat luar. eheh

yg pompuan lak.. suka blushing2 terbayang yg derg laa heroin yg diselamatkan oleh super2 hero ni macam Mary Jane si awek Spiderman, xpun... klu korg satu geng, korg akan bygkan korg laaa kwn2 baek mcm dlm filem Sisterhoods of the Travelling Pants. korg terbyg mcm mana setiap satu dr korg akan ada cerita tersendiri, tetapi akan ada satu benda yg menyatukan korg. pendek kata, if only life was a movie kan??

so kat sini aku nk share fantasi muvi aku. ape watak yg aku teringin nak jadik.. n os cof laaa.. fantasy characters aku ni dtg dr muvi2 yg sgt aku minati!

1. Cyclops from X-Men Trilogy

ehehhe... walaupun betapa pathetic nyer si Cyclops ni dlm X-Men 3 tu.. tapi aku rasa watak Cyclops sgt laa kool. Sebagai seorg yg specky.. aku merasa bagaikan diwakili oleh Cyclops dlm cite X-Men ni. haha. tp mesti cam kool gler kan mata leh kua laser cmtu. pasni sape2 ngutuk2 aku... aku pegang2 jek cermin mata itam aku... konfem cuak kan?


'Sape tadi yg panggil aku gemok td? Sape? Sape?!!' - aku

2. Aman from Kal Ho Naa Ho

pada aku.. mcm mana Shah Rukh Khan menghidupkan (wlupun dia ade kanser..) watak Aman dalam salah satu filem Hindustan yg aku minati ni amatlah mengkagumkan. aku sgt suka n respect watak Aman. xdelah aku nk ade kanser kan, tapi aku kagum dgn positivity yg ada pd Aman walaupun dgn tragedi yg menimpa dirinya sndr. dan dalam masa yg sama... wlu betapa teruk nasib kita, kita tak berharap org laen akan kene benda yg sama.. tp sebaliknya kita dtgkan kegembiraan dlm hidup org laen, sebagaimana yg dilakukan Aman.


'Ergh... klu ye pun nk mati dah, gigi jgn lupa gosok! Bau dia~~perghhh' - Preity Zinta

3. Amelie from Le Fabuleux destin d'Amelie Poulain

yer~~~ tiada kekeliruan jantina di sini. cuma dlm filem fantasi Perancis ini, aku suka akan keberanian Amelie utk hidup di alam fantasi. Amelie ni pun suka mendtgkan kegembiraan dlm hidup org laen gak.. tp dlm cara dia yg tersendiri. Amelie sentiasa ada perancangan nakal dan fantasinya. akhir skali, aku suka ironik yg menimpa Amelie mcm mana dia sibuk memberi kegembiraan pd org laen, tp dia sndr takut nk mengecapi kebahagiaan sndr.

'Ini bukan sudu.. tapi tongkat sakti! yerp. boleh mkn ais krim guna tongkat sakti.. ehehehe' - Amelie

4. John Nash from A Beautiful Mind

yeah.. dr kecik lg aku mmg suka berangan2 nk jadik character genius dlm filem. aku igt lg dulu ade satu muvi Disney kot.. dah lama dah.. dulu tyg kat TV3, psl sorg budak yg kene renjatan elektrik dr komputer. pastu tros kepala otak dia copy database computer n menjadik pandai. hahaha... anyway, when it comes to John Nash... dia ni mmg laa cerdik genius.. tp at the same time, dia ade mslh mental schizophrenia yg menyebabkan dia mengalami halusinasi. aku suka tgk mcm mana John Nash ni struggle utk meneruskan kehidupan yg normal dan akhirnya berjaya memenangi Anugerah Nobel. bravo!

'Ini cuma bayangan aku ke.. or mmg aku ada suara 2 org laen kat sebalik pokok ni? Korg nmpk ke derg???!' -John Nash

5. Morgan Spurlock from Super Size Me

actually, Super Size Me ni bukanlah sebuah fiction pun, tp dokumentari. dan Morgan Spurlock pun bukanlah satu karekter rekaan tp seorang real movie-maker. tp, aku ni mmg punya impian nk menjadi seorg muvi maker.. yg dtg dgn muvi2 yg memberi kesedaran dan idea2 berguna pada manusia. aku nk jadik manusia yg amek risiko mcm Spurlock ni. Dia buat diet McDonalds selama 30 hari - breakfast, lunch, dinner - semata2 utk buktikan betapa berbahayanye mkn McD sevara berlebihan dan risikonya pd kesihatan kita. dan taun ni, kita akan menyaksikan Spurlock beraksi lg dlm filem dokumentari terbarunya, 'Where in the World is Osama bin Laden?'.. huhu, can't wait!

'Let's smoke the fries!!' - Morgan Spurlock

anyway... cukuplaa sekadar kasik 5 watak2 yg menjadi fantasi aku selama ni. korg2 pun, share laa ape watak fantasi korg dan mengapa.

itulah magiknyer menonton filem pada aku. kdg2.. kita boleh relate diri kita kepada situasi watak2 dlm filem tu.. kdg2.. filem membuat kita teringin nk berada dlm filem tu. in any ways, aku akan terus mengdiscover filem. dan akan terus menyimpan impian utk menulis dan mengarah filem aku sndr~~

walau degree business skalipun... lalalalla~~~

Friday, April 11, 2008

Viva Explore RC

yer. akhirnya baru laa terbukak ati nk buat coverage psl Explore RC yg telah pun selamat berlgsung pada 5 & 6 April yg lalu. anyway.. klu pada sape2 yg tataw, Explore RC ini adalah event tahunan yg dianjurkan oleh Residential Committee Support Unit (btol ke aku ni?.. gasak je laa) ataupun lebeyh dikenali sebagai RCSU UTP. Explore RC ni adalah UTP mini version of amazing race laa kiranya dan hanya bertempat di dalam kawasan UTP.

anyway... team aku iaitu 'Perut Kencang', yaaaa kwn2... take it seriously. ia bukan sekadar nama. :P team aku yg dianggotai oleh dua lg kwn baek aku iaitu Iskandar dan Pitmin telah berjaya menempatkan diri dlm senarai top 20 slps bersaing bersama 59 pasukan laen di preliminary round. waktu pusingan awal tu kitorg kene berlari 3 rounds and kene wat sudoku. actually ade cite versi pjg sbnrnya berkenaan team aku waktu pusingan awal ni tp to keep it simple, aku mls nk cite. ehehhe


kemudian.. tiba saat di finale. satu lg team yg berjaya masok ke finals adlh team dak batch kitorg.. tp derg dak2 matrix laa... iaitu team 'Carrera'.. buat pengetahuan sumer, derg ini tidaklah ditaja oleh syarikat jam tgn Carrera mahupun syarikat pen itu. jadik, basically kami memulakan final Exlore RC ini sebagai team yg akan bekerjasama.. ehehhe...

CARRERA bermacho-machoan sebelum berpeluh-gelian

Explore RC take off hanya dgn 18 teams sbb 2 team menarik diri.. (cuaklaa tu dgn Perut Kencang dgn Carrera kan? :P)... kami bermula dr village 2 dan klu pertama jek dah susah... kasik gmbr blok2.. pastu soh cari tempat yg bertanda X dlm peta tu. jadik, sbg teams yg lmbt pikap... Carrera n Perut Kencang follow jek ah org laen dan smpy jugak ke tepi blok v1a.. huhu. challenge nyer kene kutip daun kering smpy 2 kilo.

anyway. perlu ke aku cerita pjg??? mesti korg busan baca pulak nnt berikut aku senaraikan antara challenge2 mencabar spjg explore RC dan antara challenge2 yg aku rasa xde pun xpe:

challenge2 mencabar:

1. makan 2 biji peria katak, sebekas kecik wasabi dan secawan telur mentah
- huhu.. Carrera mengambil masa seploh menet nk settlekan challenge ni. kitorg plak mmg laa sekejap jek.. tp mcm rasa nk bunuh diri jek. sorry laa is n pit, aku mmg x mampu nk telan benda2 tu sumer. aku just contribute dgn minum telur jek. is sonok jek mkn peria katak tu.. selambayaya jek ckp rasa benda tu mcm belimbing muda??? pit pulak da mcm nk mati plak aku tgk mkn wasabi... huhu.. saket2

2. menyelam n carik syiling dlm kolam renang
- dah laa dlm team aku yg plg power berenang just pit jek.. aku ni sket2 jek.. iskandar? hurmm, forgedit! ehehe, anyway, menyelam, mencarik dan cuba menggapai syiling2 tu sgt laaa menyeksakan. dahlaaa syiling xbnyk sgt.. klu ade pun sekupang2.. walhal nk carik rm5.25 nieh... mmg laa kesian aku tgk pit tu.. so aku pun beranikan je laa diri nk menyelam jugak. tp enjoy gak laa sbnrnye challenge ni sbb waktu kat kolam renang, bnyk dah team yg berkumpul. huhu

'ko nmpk x tu, pit?' - iskandar

'mana pulak??' - pit

'alaaa.. dlm tangan budak tu.. ko rampas jek!!!' - aku


3. mengira lambang explore RC pada lampu2 di trek jogging di mlm yg gelap
- yerp.. pad waktu ni, aku rasa bnyk laa team yg stucked sbb mmg laa amat sukar utk mengira lmbg tu.. kitorg mula2 igt 54. TETTTT! salah! 55 pun slh... rupanya 56. team Carrera berjaya menjwb slps Perut Kencg menjadik kambing itam derg... ahahhaha. anyway... wlupun ketinggalan di situ.. akhirnya sumer team kembali berkumpul sbb x dpt jwb klu seterusnyer... hahahah

4. mentafsirkan klu2 utk mencarik checkpoint
- yer kwn2.. klu2 explore RC ni bukanla mcm klu amazing race yg direct jek bitau where u shud go. tp klunyer ala2 riddle, teka-teki dan equation2 ntah ape2 yg perlu di decode kan. pada round ke 4, Perut Kencang stuck pada klu 'Wells in UTP' yg menyebabkan kitorg mengelilingi satu UTP wlupun da leading pada round tu. ropa2nya, maksud klu itu ialah telaga minyak.. n merujuk pada nama blok2 di Village 6. Haihhhh

5. berkayak
- actually challenge ni sng jek, just that yg susahnyer waktu nk bwk kayak tu dr area derg letak kayak tu, ke area kitorg akan mula kayak. dlm jarak 200 meter tu.. seriously aku mmg rasa nk menanges agkt kayak yg berat tu dgn iskndr. mula2 kitorg ltk atas bahu, pastu tarik plak. tp still aku rasa terseksa. ahahha

challenge2 yg cam xde pun xpe:

1. kira cacing n then alihkan guna mulut ke dlm botol
- Perut Kencang abeskan challenge ni mcm x smpy 5 menet pun. pada aku, aku rasa cam simple je laa challenge ni. mungkin sbb aku x geli dgn cacing kot. so aku selambayaya jek laa gigit cacing2 tu pastu masukkan dlm botol. huhu. ade sape2 nk kiss???

2. carik tanda2 pada bola ping pong
- challenge ni cabaran dia sbb panas terik jek... klu x, mesti cam mudah jek.

Eyh, ni bola golf ke ping pong ni?? - aku

3. jual topap DIGI?
- eheheh, DIGI taja explore RC rm1000 dlm bentuk topap. so aku pahamlaaa niat komiti nk abeskan topup2 tu n dptkan cash out of it.. huhu

tp, pada aku.. sbnrnye explore RC ni xde challenge yg menggabungkan puzzle n aktiviti fizikal mcm yg kita salu tgk dlm challenge2 rancangan survivor tu. so aku rasa sebagai cadangan, komiti explore RC leh laa mempertimbangkan idea aku ni.

anyway, selepas berpenat lelah selama 2 hari... team Perut Kencang hanya berjaya mendapat tempat ke-4 sbb mslh jwn klu yg aku cite kat atas td. namunnnnnnnn.... team Carrera... ahahahahha... telah berjaya menjadik JUARA!!!

Wah, dpt rm1000 bukan maen tersipu2 lagi korg!


Hamper jek? RM1000??? ;P

pada kitorg, sumer team in the final deserve the winning. just rezeki masing2 laa kan. sesungguhnya event ni dah kasik kitorg mcm2 pengalaman dan bnyk ikatan persahabatan (dan permusuhan. :P) yg telah terjalin.

may we meet again in the next Explore RC!

(credit to Zarina n Iskandar for pix, bnyk gmbr waktu tgh buat challenge xde coz kitorg x bwk kamera waktu lari kot~. huhu)

Tuesday, April 8, 2008

Novel dan Filem

Dalam dunia perfileman, adaptasi dari novel ke filem adalah satu perkara biasa. novel-novel popular mmg suka diaptasikan sbb of cos laa penerbit filem itu mengharapkan populariti itu akan dapat juga dicapai oleh filem seterusnya memberi keuntungan pada derg gak. di hollywood, filem2 adaptasi novel mmg mendapat sambutan luar biasa sbb membaca mmg satu budaya di US. klu kat malaysia ni, habeslaaa penerbit nk buat dua kerja klu adaptasikan novel.. bukan sbb ape, dahlah nk promote filem dia, nk kene promote novel tu jugak sbb org malaysia ni mmg kureng sket bab2 membaca ni.

sbg cth: "Original - sebuah filem adaptasi novel Original tulisan Dr. H.M Tuah"

org akan respons: "eyh, youuuu (smbil touch-up bedak waktu tgh beratur beli tiket), Original kan kaler foundation L'Oreal i ni!" (smbil x sedar poster filem tu)

ye. kwn2... tp bukan psl budaya membaca yg aku nk sentuh di sini, just nk ckp, kdg2.. ade pengarah yg berjaya menghidupkan fantasi pembaca yg diharap2kan dari novel yg diadaptasikan , sebagai cth, Lord of the Ring dan juga Harry Potter. tapi ade jugak pengarah yg seolah-olah gagal menyampaikan filem itu sebagaimana berkesannya novel originalnya. the feeling and the mood of the filem jadik berbeza sama skalik menyebabkan peminat novel menjadi kecewa.

'Aku nk korg ikut jek ape yg ade dlm novel tu, jgn gatal2 nk buat dialog sndr!' - Prof. Snipe

sbb itulah, kadang2 org ckp, if u da baca novelnya, tak payahlaa tgk muvinya sbb takut dikecewakan. konfemlaa pembaca novel akan letak expectation yg tggi ke atas filem itu klu novelnya besh. tp kpd yg tgk muvinya pula sahaja, org nasihatkan x pyh laa beli novelnya, sbb nnt kita akan merasa diperbodohkan oleh keseronokan menonton filem yg rupanya xbesh sgt pun berbanding novelnya.

ahhh.. apesal leh jadik cmni pulak? aku rasa ade beberapa sbb:

1. Novel yg tebal vs Filem yg pendek:

ya, novel sgt tebal.. dgn plot yg pjg dan jalan cerita yg sgt details. watak jugak bnyk, oleh itu pembaca boleh mengambil masa utk dibuai2 oleh emosi atau suspens tanpa ade time limit. tapi, klu filem... mesti ade bahagian2 kecil yg pengarah rasakan x perlu sbb filem plg lama pun 3 jam. oleh itu, pembaca novel yg mengharapkan adanya adegan2 kecil yg telah menyentuh hati mereka, ataupun dirasakan penting, akan merasa kecewa dan tertipu jika adegan2 itu ditiadakan. sbg cth, filem penyiasatan Da Vinci Code, adegan2 yg aku rasakan menarik dlm novel spt meng-crack klu dr bahasa jewish waktu derg dlm kapal terbang tlh ditiadakan. walhal aku rasakan adegan tu sgt bijak dan saspens. uuuu

Even cipher ini yg sepatutnya 2 lapis, dijadikkan selapis jek.. baek g mkn kuih lapis!

2. Penulis novel vs Pengarah filem:

mmg org kata, pengarah pasti akan berbincg dgn penulis utk tidak merosakkan karya mereka. tp every persons are different. in the end, visi penulis novel dan pengarah filem akan jadik x sama jugak dan hasilnya, mood, feeling, dan mesej yg cuba disampaikan kedua2 pihak akan menjadi berbeza gak.

3. Imaginasi pembaca vs the real thing:

bila kita baca novel, of cos laa kita tak akan dpt mengelang dari terbayang2 keadaan dlm novel tu... mcm mana rupa hero, kurus ke heroin nyer.. setiap perincian yg ditulis, kita akan cuba imaginasikan.. klu bersepah rumah hero.. cmne bersepahnyer.. sumer2 tu laaa.. tp bila ke filem, andai kata apa yg dibayangkan pembaca x sama.. perasaan kecewa akan muncul. sebagai cth..filem A Walk to Remember mengambil latar masa moden, walhal klu dlm novel, it's supposed to be in the 50's if i'm not mistaken. jadik, feeling retro tu dah xde dah.. huhu

'eh, Retro pun still ade key! tgklaa kain baju i ni, mcm corak langsir nenek i kan? retro sgt!' - mandy moore

sebenarnya aku menulis entry ni sebagai respons kpd filem yg dah lama aku nnt2kan... tp, hasilnya.. haihhhh

'The Kite Runner'.. why oh why???? There is no way this muvi cud be good again despite the tagline!

(amaran: jgn baca klu belum menonton filem ni.. ade spoiler!)

Klu korg perasaan, aku ade featurekan psl novel 'The Kite Runner' tu.. novelnya mmg laa sgt best. smpy aku menanges2 laa katakan.. ahahha... anyway, ps aku dpt tao bahawa filemnya bakal keluar, mmg aku setiap hari feeling nyanyi lagu 'menghitung hari', sbb x sbr nk tggu filem ni keluar. nk tgk sndr watak2 yg bermain di kepala aku di depan mata. Hassan yg sumbing, Amir yang kekeliruan, bapak hassan yang tempang, bapak amir dikatakan gagah perkasa, mak hassan yg jalang dan mcm2 lg laaa...

tetapi apabila aku menonton jek filemnya... JENG! JENG! JENG!

hassan x sumbing... bapak dia x tempang.. mak dia jgn katakan jalang.. mak dia xde pun dlm filem tu! despite bnyk characters yg xde, filem ni jugak mcm ala2 mengejar masa sgt.. setiap scene beralih dgn cpt sehinggakan aku x smpt nk feeling. setiap kali air mata nk bergenang, trus x jadik nk mengalir sbb dah scene laen.. ibarat air mata aku cpt sgt outdated bler tgh tgk filem tu...

anyway. Jigo yg x baca novelnye kata filemnya not bad. kawan kpd kwn aku di Jepun pun kata muvi tu best. so, maybe btollah teori org kata, klu da bc novel tu, jgnlaa tgk muvinya...

TAKUT DIKECEWAKAN...sob sob

Monday, April 7, 2008

Penat tapi Gembira

haih.. beberapa hari jugak aku x berkarya (feeling sasterawan negara ni).. ape2 pun, hujung mggu hr tu mmg sgt penat utk aku sbb aku join pertandingan Explore RC di UTP, sebuah pertandingan ala2 Explorace and Amazing Race laa, tp berskala UTP saja.. uuuu

anyway. in this post, i will not tell you bout d competition yet sbb skrg masih lg sdg mengumpul materials2 utk dimuatkan dlm entry itu nnt. (yer, saya mmg blogger yg buat homework.. :P)

anyway. ape aku nk ckpkan ni? oh ya, ade seorg blogger bernama eddy yg aku x knali sedang mengajurkan anugerah blognya sndr, u guys leh cek calon2 dan anugerah2 yg ade di blog dia 'Eddy mana pun aku x knal'. anyway, terima kaseh kerana mencalonkan aku.. klu ade penyampaian anugerah sebenar. undanglaa aku jadik hostnyer. hahahha

anyway, kawan aku, si Paan Pensel itu.. sudah kembali aktif menulis. aku da pun membaca beberapa poems dia.. n not bad! keep t up my fren. nnt laen kali kasik aku cek grammar dulu eyh.. ahahha

huuu.. until here 1st. miss u guys...

i know u miss me too, xoxo

gossip boy..
(tetiba jek bimbo)

Wednesday, April 2, 2008

Selamat Tinggal Dunia Blog~

Ok, kawan2.. aku rasa nk memaintainkan sebuah blog ni amatlah susah. Tambah2 lagi dengan kritikan2 yg tidak membina membuatkan menulis blog ni menjadi satu beban daripada satu keseronokan. kadang2, masa nk memikirkan idea utk tulis blog ni lagi pjg dr masa yg digunakan utk stadi. (klu stadi laaa)

aku rasa mcm sumhow, i've pushed myself too much for this blog while. and kdg2 tatau ape sumbangan blog aku ni pada dunia sebenarnya.

jadik, kat sini aku nk ucap thx pada sumer kwn2 yg telah membaca dan memberi sokongan pada blog aku selama ni. Korg semua laa yg menjadi punca aku terus menulis selama ini. tapi aku rasa jodoh kita semua sampai di sini sahaja. Harapan aku cuma selama beberapa bulan aku telah berkarya ini, aku dah mendtgkan gelak tawa, juga membuka fikiran korg ttg pelbagai isu2 UTP mahupun dunia.

so, I guess i shud really say gudbye... kalau dlm cerita hindustan, kata Shah Rukh Khan 'Don say gudbye coz gudbye kills the possibility to meet again', aku nk ucapkan gudbye sbb aku harap kita tak bertemu lagi dlm dunia blog, tp insyaAllah di dunia nyata.

again, thx for your support. ehehehe... sedeyh wey. tp biasala tu, setiap permulaan ade pengakhiran. haihhhhh

Yes... I'm going to miss you guys semua....

anyway, sebelum aku melangkah pergi, mengangkat kaki. aku just nk minta maaf lah pada sumer kwn2 dan pembaca2 blog ni.. sbb


sbb...


sbb....




APRIL FOOL!!!!!!!

Takde maknenyer aku nk berhenti tulis blog! I'm not done yet, yer! Korg suka x suka ke, aku akan terus merepek mengikut kata hati ini. Ewahhh!!! :P

(yessss, tak semestinya 1 April jek buat April Fool.. janji bulan April)