so.. amacam cuti korg sumer? ape sumbangan korg pada keluarga, masyarakat, negara dan dunia sepanjang korg bercuti? ataukah cuti korg lagi menambahkan bilangan smph sarap yg tidak blh dikitar semula??? atau cuti korg lagi menyusahkan mak bapak korg melayan karenah korg?? atau cuti korg menambahkan bilangan kemalangan jalan raya di Malaysia?? Renung2kan.. fikir2kan.. saya Ismal Desa, melaporkan utk TV5. Ewah.... haaa.. terdiam korg aku serius2 ni. bukan ape, aku blk umah hr tu layan laa satu muvi yg aku donlod dr UTP.. cite Rendition.. mari kita ikuti komen aku...
Rendition (2007):
Cite ni mengesahkan bagaimana kerajaan Amerika Syarikat ni berkuasa utk menangkap/menahan/menculik sesape sajek yg mereka rasakan terlibat dlm aktiviti keganasan (terrorism.. bkn keganasan rumah tgga..ok) dan membawa mereka ke satu tempat di luar USA utk disoal siasat dgn cara yg maha kejam dan ganas... Yer kawan2.. bile kejam dan ganas itu, bygkan disoal siasat tanpa seurat benang, diletakkan dlm bilik tahanan yg sbnrnya sebuah lubang yg kecik, dikenakan renjatan elektrik dan juga teknik waterboarding (baca mingguan malaysia hari ini, bahagian tengah sisipan Kesihatan utk penerangan yg lebeyh jelas). Pendek kata, mereka akan gunakan apa cara utk mendapatkan maklumat dr suspek pengganas derg dan inilah yg telah terjadi kpd seorang lelaki Egypt, yg telah lama menetap di US dan bekerja sbg Chemical Engineer. Dia ni ada sorg isteri omputih (Reese Witherspoon) yg sdg mengandungkan anak kedua derg. Pada aku, cite ni amat menarik sbb mengambil perspektif dr ramai pihak... dr org yg menyoalsiasat pengganas, drpd org yg memberi arahan utk tgkp laki tu, drpada pengganas sndr, drpd ahli keluarga pengganas dan juga drpd lelaki Egypt td yg merupakan org tidak berslh yg dituduh bersubahat.
'Ni nak lemaskan ke nk tuang fresh orange dlm mulut aku??' - Syed Al-Rashidi Hazimi Ahmed (bukan nama sbnr)
Tapi.. aku bukan ape, sekdar nk kita renungkan... negara kita ni aman makmur sejahtera.. bebas dr opression yg sering berlaku di negara2 timur tgh mcm iran , iraq dan aghanistan tu... aku tgk cite Rendition tu mcm tersentuh hati melihat penderitaan remaja2 kat sana yg tersepit antara perjuangan menuntut keadilan, dan juga mcm mana mereka dipengaruhi oleh para militan utk menjadi pengebom berani mati. walhal, waktu derg tgh dgr ketua derg dok menyebarkan fahaman derg, kita tgh dok minum2 kat Starbucks. tgh kat bengkel utk powerkan lagi moto nk merempit mlm ni... or tgh tgk america's next top model kat pc (ehen...ehem..) aku ni xdelaa baek mana, just.. terpikir....anywayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....
cuti hari tu aku tgk satu lagi cite, CJ7 yg aku kire antara cite yg dinanti2kan oleh peminat2 stephen chow. Tapi... hurm... pada aku. cite cj7 gagal menghiburkan aku sbb bnyk lwk2 dia mcm direcycle jek dr Kungfu Hustle or even Shaolin Soccer sndr. Lgpun, tema yg disampaikan tu mcm dah bnyk cite Hollywood buat. even cite Hindustan pun dah buat. hurmm. .. anyway, 1 yg positif just waktu adegan sedeyh2 kat ujung2 cite tu.. mmg terharu jugaklaa aku tgk lakonan mantap budak tu.
dan.. terakhir skalik... b4 aku smpy utp ni sbnrnye.. aku g gua tempurung dgn parents aku n akak aku.. hahaha... funny jek dah dkt doploh taun dok perak ni.. aku xpenah2 menjejakkan kaki ke guna tempurung. Sampai2 jek tgh hr td, kami x dibenarkan utk buat pakej wet (meredah sungai sumer) sbb itu just dibenarkan waktu pg.. so kami buat paket nama dia 'top of the world'.. yes, berangan manager gua tempurung tu igt gua dia Gunung Everest. Anyway... pakej tu just kitorg hiking kat dlm gua tu guna route dan tangga bersimen yg dah disediakan dlm gua tu. Awwwrytee laaa jugak. dekat sejam lebeyh jugak berjalan tu.. smpy pening2 pale aku sbb x cukup oksigen smbil mendgr celoteh tourist guide yg gigih berckp pelat cina (aiii... sempena raya Cina ke bang oiii?) demi memeriahkan lagi penyampaian dia. Tapi menarik gak rr tgk bentuk2 stalaktit dan stalagmit dan lubg2 dlm gua tu yg menyerupai mcm2 laaa... ade mcm pompuan rmbut pjg yg pregnant tp bdn separuh jek (haaa... pontianak ke??), ade mcm kepala gajah, kepala kuda, penyu, naga.. mcm2 laaa... kira lengkaplah bulan2 kalendar cina tu... hikhik
'Babi dah.. kuda dah.. naga dah... ular xde ke bang?' - tanya aku
'Tu... yg melilit kat kaki ko tu ape??' - kata abg tourist guide selambayaya
ini saje yg aku nk tulis... still pening2 lagi... uuuu
No comments:
Post a Comment