Thursday, April 30, 2009

Goodbye My Lover - James Blunt

Aku balik kampung aku,

kat Paris.
Dekat saja dengan UTP ni.



So, don't cry for me, Argentina.

Wednesday, April 29, 2009

Run & Tell That! - Hairspray OST


Arakian tersebutlah kisah dua sahabat baik, Zarul dan Bob yang juga merupakan room-mates di sebuah universiti. Kedua-duanya sudah lama berkawan dan sudah lama juga duduk sebilik. Maka sememangnya kedua-duanya sudah mengenal hati budi masing-masing. Rahsia turut dikongsi. Malahan, pekung di dada mahupun perihal buruk masing-masing pun turut sudah cukup difahami.

Persahabatan kedua-dua ini cukup teguh. Walaupun Bob gemuk dan kuat makan, itu bukan satu masalah untuk Zarul. Dan walaupun Zarul bermulut lahanat dan gemar berkata-kata kesat, setakat ini tak ada Bob terasa hati dengan Zarul. Semuanya OK. Walaupun ada saja yang menghasut mereka untuk saling membenci satu sama lain kerana sifat buruk masing-masing, pada mereka, bila seorang kawan boleh menerima sifat buruk kawannya yang lain, itulah maksudnya sahabat baik yang sebanar.

Semenjak dua menjak, Bob menghadapi masalah. Perutnya yang besar akan meragam setiap kali selepas makan. Namun, malas pula dia nak bercerita pada Zarul akan isu ini. Pada suatu pagi, selepas sarapan pagi bersama-sama, mereka pulang ke bilik. Zarul terus menghadap komputer manakala Bob sudah bergegas-gegas memakai tuala untuk membuang air besar. Sempat Bob melihat ramai budak-budak rumah yang lain sedang menunggu giliran mandi saat dia hendak masuk ke tandas.

Ketika sedang mencangkung itu, sakitnya perut Bob, hanya Tuhan yang tahu. Perut sakit, tapi tak ada apa yang keluar. Bob meneran sedaya upaya.

Zarul teringin minum coklat panas. Dia ambil mug dan menuju ke bilik air untuk membasuh mug itu.

Bob meneran sedaya upaya. "Erkkkkkkkkkk~~ Burppppppppppp~" lain pula angin yang keluar. Bob sendawa panjang.

"Eyh Bob, kau makan taik ke? Bukan main kenyang lagik!" Kata-kata Zarul disambut hilai tawa rakan-rakan serumah lain.




Arakian tersebutlah kisah dua manusia yang pernah suatu ketika dulu menjadi sahabat baik dan room-mates. "Zarul Mulut Gampang," kata Bob dan "Bob Gemok Makan Taik," kata Zarul.


p/s: post ini tiada kene mengena langsung dengan rumet-ku sendiri, Kucai.

Tuesday, April 28, 2009

Fake Your Way to the Top - Dreamgirls


Aku paham.. kita kalau gembira, sedih, terpegun, jatuh cinta, makan nasi lemak, keluar ipoh, kita suka kalau orang tahu pasal apa yang kita sedang lakukan. Nak nak, kalau ramai yang tahu. Lagilah kita suka. Sebab tu ramai yang pergi audition AF walaupun tak berbakat menyanyi. Janji rakaman audition tu akan ditayangkan kat channel 15 berulang-ulang kali. Kita nak orang ramai tahu yang kita wujud. Ya, aku paham semua tu.

Sebabkan benda tu jugak, mungkin pengusaha YM, Gtalk, Facebook dan Myspace sedar akan keinginan manusia yang gemar 'memberitahu'. Jadi, diberikan function 'status' untuk kita beritahu tulis apa yang kita rasa pada saat-saat itu. Tapi, fungsi itu turut digunakan untuk dijadikan ruang iklan dan pengumuman. Convenient, pada aku memang convenient.

Aku pun suka baca status kawan-kawan aku kat Gtalk. Kadang-kadang kelakar, berinformasi, dan ada juga yang menjengkelkan. Manakan tidak, kadang-kadang, status mereka full of themselves. Self-indulgence dan bongkak. Memang kalau nak jadi bulemik tu, lepas makan tu, terus baca saja status mereka, automatik boleh termuntah.

Come on-lah, rasanya tak perlu kot nak bagitahu berapa banyak offer internship yang korang dapat, atau company mana yang offer kau. Ataupun, 'pening-lah, tak tahu nak pilih company mana satu.'


It's just f*cking annoying. :)

Monday, April 27, 2009

The Time of My Life - David Cook


Suasana di belakang pentas hiruk pikuk. Ada beberapa penari yang masih sedang cuba mengingat langkah tarian, ada beberapa gitaris sedang tune gitar mereka, ada pekerja pentas yang sedang cuba buat mereka-mereka yang di belakang pentas itu senyap. Shhhhhh!

Konsert bakal bermula.

Dan aku? Aku cuma mampu duduk diam di atas kerusi yang disediakan untuk aku. OK, tidaklah duduk diam. Lututku sudah seperti sudah mahu tercabut akibat terlalu asyik bergoncang. Aku nervous! Membayangkan berada di tengah-tengah pentas seorang diri? Memang menakutkan. Siapa yang tak ada stage-fright kan? Mungkin Ismal seorang saja tak ada, dia kan gila glamour. Tapi ini aku, aku tak ada semangat diva.

Kevin, Ketua Teknikal dan Media, sahabat karibku sendiri, berjalan merapati aku.

"Kau nerves?" Tanya Kevin. Mungkin pucat pada wajah aku boleh nampak jelas di matanya. "Jangan risau, aku tahu ini kali pertama. Tapi experience ni yang kau perlukan," Kevin menepuk bahuku. Cuba buat aku bertenang. Aku hanya mampu membalas sokongan Kevin dengan senyuman yang dipaksa.

Fuhhh.. aku menggosok-gosokkan telapak tanganku yang seolah-olah sejuk beku sebelum meraup wajahku. Aku dapat mendengar pengurus pentas menjerit, "Kita akan bermula dalam satu minit dari sekarang! Semua orang bersedia. Artis! Sila ambil tempat masing-masing ikut queue!" Debaran di dadaku semakin laju. Detik yang aku takuti, bakal bermula bila-bila masa saja dari sekarang. Aku dapat mendengar pengacara majlis meminta para penonton bertenang. Lampu sorot dihalakan tepat ke tengah pentas. Penyanyi pertama, seorang gadis genit yang pernah aku lihat tapi tidak aku kenali berjalan perlahan ke tengah pentas. Minus one dimainkan dan dia bernyanyi tenang. Sangat tenang. Satu perasaan yang perlu aku cari.

"OK, lagu dia hampir tamat. Kau dah bersedia?" Kevin senyum padaku. Aku balas soalannya dengan anggukan separuh yakin. Tepukan gemuruh kedengaran. Gadis genit itu melambai-lambai sebelum beredar ke belakang pentas. Pengacara majlis mengambil alih semula majlis. Kepala aku mula berdenyut-denyut.

"Sekarang, peserta seterusnya. Danial!!!!"

Kevin menolak aku keluar dari belakang pentas. Langkahku terhincut seketika sebelum aku mendapatkan kembali komposisi tenang aku yang dibuat-buat. Aku berjalan perlahan menuju ke tengah pentas. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak memberikan eye-contact dengan penonton. Sampai ke tengah pentas, aku terus memegang mic stand. Sejuk! Aku longgarkan sedikit kunci pada tengah mic stand itu dan meninggikan mic stand itu sedikit. Kemudian, aku ketatkannya kembali.

'Terima kasih," Satu suara kedengaran dari belakangku.

"No problem, memang kerja saya," Aku membalas ucapan terima kasih Danial dan terus melangkah laju ke belakang pentas sebelum terdengar jeritan Danial bertanyakan khabar penonton.

Di belakang pentas, Kevin segera mendapatkan aku. "Amacam, not bad kan jadi staf Teknikal dan Media? Glamour jugak kan?!"

Aku membalas kata-kata Kevin dengan senyuman puas.



p/s: Senyum puas :)

Sunday, April 26, 2009

1 2 3 4 - Feist


Suatu pagi di Tadika Diva Kecil, che'gu Ismal melangkah konfiden masuk ke dalam kelas untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang lebih berguna.

Murid-murid:
Se-la-mat pa-gi, Che'gu Ismal


Che'gu Ismal:
Selamat pagi murid-murid. Hari ini kita sambung belajar 'Jenis-jenis Manusia'. Jadi buka buku ke bahagian huruf 'S'.

Boy:
S? Siamang ka che'gu? (student Boy ini berasal dari Kedah)


Che'gu Ismal:
Siamang? (berjalan ke meja Boy). Hang ni awat loklak bukak buku binatang?~ Bukak buku manusia laa. Telinga tu tak kliak ka? Nak kena piat ka?

Boy:
Oh, awat tak habaq awai-awai.


Che'gu Ismal:
Abes tu bukan che'gu dah habaq belaja pasai manusia kan tadi? Hang yang siamang aihh bukak buku binatang. Walaubagaimanapun murid-murid semua, jenis manusia yang cikgu nak ajar hari ni memang macam siamang sikit perangainya, iaitu.. sebut sama-sama...

Murid-murid:
SOMBONG!


Che'gu Ismal:
Iye betoll!! 5 bintang. Manusia sombong dan bongkak ni memang jenis manusia tak sedar diri dan seolah-olah tak berpijak di bumi yang nyata. Mereka ni selalu fikir pasal diri mereka saja, dan tak kisahkan pasal orang lain. Orang-orang sombong ni tak semestinya yang kaya sahaja, yang ada kelebihan lain pun nak sombong jugak. Macam ada muka chantek ke, ada badan yang tough atau sexy ke, tak pun dia ada Louis Vuitton original. Macam che'gu punya tu~ (tunjuk beg atas meja)

Murid-murid:
Ahhhhhh.. (wajah kagum)


Che'gu Ismal:
Orang-orang sombong ni memang sukar nak mengaku kesalahan dia. Kalau dateline assignment pukul 4 petang, dan mereka lambat sepuluh minit, mereka tak anggap itu kesalahan mereka, sebaliknya mereka memburukkan lecturer sendiri. Sebagai contoh, 'Alah, si Az*** tu poyo jek nak suruh hantar pukul 4. Macam-lah dia punctual sangat'. Mereka juga kalau dikritik akan cepat melatah dan terus mencarut, 'Saya rasa, kami punya ni dah cukup bagus. Mungkin orang lain kot yang tak reti menilai mana intan dan mana permata'. Iya, intan permata macam key-chain kat beg LV cikgu tu~ (tunjuk pada beg atas meja lagi)

Murid-murid:
Ahhhhhh.. (wajah lebih kagum)


Che'gu Ismal:
Kalau orang tamak selalu rugi, orang sombong pula selalu kena carut di belakang diorang. Mereka ni dianggap tak sedar diri dan juga tak sedar diuntung. Kalau dah dapat bantuan tu, mereka tetap boleh perlekehkan. Contohnya, 'Ala, scholar PET ni tak tolong mana pun. 30% jek daripada duit belanja ayah aku kasik bulan-bulan'. Tak pun, 'I tak paham, kasi pinjam kereta, kita tak isi minyak nak marah-marah pulak. Bukan lawa pun kereta dia tu. Seat pun leather tak ori'. Iya, tak original macam beg cikgu tu. (tunjuk lagi ke arah beg)

Murid-murid:
Ahhhhhhhhhh.. (wajah kagum yang lebih mega)

Che'gu Ismal:
Wah.. lama pulak cikgu explain ni. Oleh itu murid-murid, apa pengajaran yang kamu semua dapat hari ni?

Murid-murid:
JANGAN BELI LV TAK ORI. NANTI KENA CARUT!


Che'gu Ismal:
Hurm... gasaklah korang~

Che'gu Ismal pun melangkah keluar dari kelas sambil melibas-libas beg LV-nya. Sekian.



p/s: Jangan lah pandang-pandang I. I sombong, occay!

Saturday, April 25, 2009

Dare You to Move - Switchfoot

Sekumpulan sahabat karib lelaki berkumpul dan decide untuk menjadi girlish pada malam itu dengan bermain 'truth or dare'. Permainan bermula perlahan sebelum lama-lama bertukar rancak dengan lebih banyak dare yang mencabar dan lebih banyak truth yang kontroversi. Abu pun memusingkan botol air soya (cerita orang Melayu ni, kalau omputih tadi aku dah tulis pusing botol Carlsberg :P) yang sudah kosong itu dan setelah botol berhenti berputar, muncungnya tepat ke arah Ali.

Abu: Truth or dare?

Ali: Dare, bebeh!

Abu: Aku dare ko telefon awek ko dan cakap ko nak mintak clash. Tapi jangan bagitau lagi yang kita tengah main truth or dare.

Ali: OK jek, takde hal -lah.

Ali pun menelefon awek-nya dan meminta clash. Wajahnya sedikit kelat tapi anak jantan kan? Takkan nak tolak pulak cabaran! Permainan bersambung semula walaupun dare Abu kelihatan melampau. Botol dipusingkan lagi. Kali ini oleh Ali pula. Muncung botol kali ini menghala pada Abu.

Ali: Truth or dare?

Abu: Truth.

Ali: Pondan sangat. OK, soalannya berbunyi begini. Kenapa kau dare aku mintak clash dengan awek aku tadi?

Abu: Hurm... sebab, awek kau kata dia cuma akan clash dengan kau kalau kau yang mintak. So, since sekarang kau dah mintak, ada can lah aku dengan awek kau. (sambil senyum-senyum kambing)

Oh!



p/s: teringin main truth and dare dengan Angelina Jolie.

Friday, April 24, 2009

This Ain't A Scene, It's An Arms Race - Fall Out Boy

Warning (18sx): Kesah dua lelaki seolah-olah lupa assignments, tests dan group projects

Ismal
:
tanx jek?
kene blanje mkn neyh
:P

frank: rokok smlm
hahahaha
ungkit2

Ismal: datsewaiii
suka mengungkit ni
ni yg nk mintak clash ni
keskes

frank: kte break!
u ade lok
kn
tu y u nk
g la
xheran
i ade ajat
yummy
hahaha
geli dow

Ismal: mcm ni lah u
nmpk sgt xsyg i
gado sket.. mintak break.. terima jek
xde nk pujuk2
menyampah!!!
(hebat lagik kegelian aku)

frank: so?
da i mmg cmni
i ske break
hobi

Ismal: i ske kit kat
tp u xpenah belikan untuk i pun?

frank: da 2
i ske din dang
penah u beli?

Ismal: penah
bukan kita maen 'klcc beroda' tu sama2 ke?

frank: xpaham????

Ismal: din dang kan dtg dengan permainan skalik

frank: ohh
xnah taw

Ismal: i xpecaya ade bf lembab cam u

frank: kt UK xd din dang
sorry

Ismal: i maen din dang b4 migrate kat US
kat US maen play-doh jek~

frank: ohh
i kt uk mak i xbg maen2
dy beli kn i makeup
2 y jd cm u!

Ismal: ohh
mak u kool
xjadik nk break laa
i nk mak mentua kool mcm tu~
lalalalala



p/s: ye ye, sepak jek kitorang.

Thursday, April 23, 2009

Don't Get It Twisted - Gwen Stefani


Kenapa mesti ragu-ragu?

Especially pada saat yang genting. Aku tak suka orang yang ragu-ragu. Menyampah. Buang masa. Aku suka orang yang berpendirian teguh dan boleh membuat keputusan selari dengan pendirian dia.

Ok, aku bukanlah contoh terbaik akan seorang yang mempunyai pendirian teguh setiap masa. I might no walk my talk. Tapi, aku still rasa yang life sepatutnya punya jawapan yang definite. Bosanlah straight line! Memang bosan, tapi sekurang-kurangnya kau takkan tersasar.

Contoh orang yang tak berpendirian teguh di mata aku? Orang yang main kayu tiga. Dengan alasan, sukar untuk memilih. What the heck? Senang-senang kau nak kata yang sana ada kelebihan, situ pun ada kelebihan. Keliru. Ini sangat dangkal. Especially kalau dua-dua kau nak dalam masa yang sama. Kalau korang jumpa orang macam ni, ketuk saja kepala mereka dengan lesung batu.

Lagi contoh yang patut diketuk dengan lesung batu? Jenis yang suka berpura-pura dengan agama. Sembahyang 5 waktu, pergi masjid selalu, kawan baik dengan rakan-rakan masjid, usrah semua, TAPI, keluar dengan perempuan/lelaki bukan muhrim pegang-pegang, cubit-cubit, peluk-peluk. Apa kau ingat pahala kau banyak sangat sampai kau boleh buat macam tu? Ikhlas ke tak ikhlas kau nak berbuat amal kalau in the end you smut it off dengan dosa jugak?

Life is too short to be complicated, and confusing. Macam aku cakap pasal identiti diri hari tu. Macam ni lah jugak pendirian diri. Kau patut buat pilihan. Selagai tak ada pilihan yang dibuat, kau akan still dipandang macam budak kecil. Takkan benda senang pun nak kena orang tunjukkan, baby?~



p/s: kalau entry mencarut tak semestinya dituju untuk orang yang spesifik. tapi mungkin juga. :)

Wednesday, April 22, 2009

Midnight Train to Georgia - Gladys Knight and The Pips


Aku selalu mimpikan stesen kereta api. Ini siriyes. Dalam banyak-banyak mimpi kering aku, aku selalu mimpikan aku sedang menunggu tren di stesen kereta api. Bukan yang jenis baru macam di Batu Gajah. Tapi oldskool. Macam stesen kereta api Kuala Lumpur.

Aku ingat, pertama kali aku mimpi pasal kereta api tu, aku hendak pergi ke mana entah. Jauh rasanya. India kot. Nak tengok Taj Mahal (bukan nak balik negara asal, ok!). Tiket tren nak ke sana tu, murah gila. Tapi, yang syahdunya, aku punya passport boleh pulak tertinggal kat umah aku kat Sungai Siput. Padahal tren terakhir tu nak bertolak dah lagi 5 minit. In the end, aku tak dapat naik tren tu. I missed the train. Haihh~

Semalam, aku mimpi stesen kereta api tu lagi. Tapi, aku semalam tak ada destinasi. Cuma melawat rasanya. Tengok-tengok semua orang yang nak berlepas ke sana ke mari. Aku pulak macam VIP kat situ. Mak guard, pak guard kasi aku tour seluruh stesen. Kool~

Jadi, apa yang aku belajar dari mimpi-mimpi ini? Mungkin aku nak malarikan diri dari keadaan sekarang ini. Tapi, walaupun nak lari, mesti murah. Sebab tu aku mimpi tren. Kalau flight nanti mahal sangat. Simpanan aku tak cukup.

Dan mungkinkah juga aku patut membeli Keretapi Tanah Melayu bila aku dah kaya nanti? Sebab dalam mimpi tu aku boss. Jadi boss memang best, tapi jadi boss KTM? hurm...

aku kena tunggu mimpi stesen kereta api yang seterusnya ni untuk confirm-kan. huhu



p/s: Ada orang nak calonkan post di bawah ni untuk 'entry carutan of the year'. Bangga, tapi dah agak dah. (kekwat tak?) :P

Tuesday, April 21, 2009

F*ck You - Lily Allen


Semalam seorang kawan baik aku tegur aku. Kata beliau, dia perasan entries blog aku lately macam merepek. Aku cakap kat dia.. aku bukan merepek. Aku cuma membuat reflection tentang dunia blog kita ini. Dan dalam masa yang sama, membuat pencarian identiti. Haha, dah tua-tua pun masih terkontang-kanting mencari identiti diri.

Identiti diri? Siapa tahu sebenar-benarnya siapa diri kamu? Ada sesetengah orang yang tahu siapa diri dia, tapi buat-buat tak tahu. Ada yang tak tahu dan ingin tahu. Ada yang tahu dan berpuas hati. Wah, banyaknya jenis. Boleh jadik kuiz kat facebook ni! :P

Aku tak suka orang yang mempunyai kecelaruan perwatakan. Maksud aku, dari aspek cas negatif-positifnya. Especially yang kalau digabungkan kedua-dua sikap itu dalam satu perbuatan. Sebagai contoh jelas;

Seorang gadis berlagak cantik mahu belanja komiti department-nya yang baru dikenali makan. Beliau pun membuat pengumuman sewaktu tamat meeting mereka malam itu. ''Korang semua, malam ni jom pergi Manhattan Fish Market! I belanja korang. Mahal ok tempat tu, tapi parents i tak kisah sangat diorang kasi I guna kat kredit yang diorang kasi," Sambil senyum dan memegang bahu komiti di depan dia yang hampir termuntah dengar statement dia.

Haa.. camner tu? Ada tak pernah terjadi pada anda semua sebegitu? Makhluk-makhluk bahalol sebegini sememangnya wujud dalam kehidupan realiti kita semua. Jenis yang suka memuji diri sendiri namun dalam masa yang sama cuba menunjukkan kebaikan mereka pada dunia. Mereka ini juga suka kadang-kadang sengaja menggunakan kelebihan mereka, dan mengatakan itu sebenarnya satu kelemahan demi untuk meraih simpati orang ramai. Sebagai contoh;

''I prefer not to speak in Malay coz I look stupid if I speak in Malay'' tak ke bahalol kau tu? Kau ingat kau cakap macam tu orang lagi kesian? Tak, orang lagi carut kau. Tak pun satu lagi, ''Temp-o-yuck? ape tewww?~ is it the yellowish paste made of duriennnn?~'' walaupun sah-sah kau dah tahu itu apa kan?

Apa yang aku perasan akan golongan sebegini di UTP, walaupun mereka rasa mereka ni 'up', tapi sebenarnya mereka ni tak ada orang yang suka melainkan golongan-golongan itu sendiri juga. Tak ada kumpulan lain nak terima mereka sebab orang tak dapat nak get over ke-poyor-an mereka. Namun, mereka masih juga terhegeh-hegeh nak join kumpulan lain yang lebih 'cool'. Mereka juga akan membuat attempt berlagak cool yang konon-kononnya mampu menyebabkan mereka nampak macam cool dan seterusnya menyebabkan orang menjulang mereka di atas singgahsana. Ceewahhh~ (padahal orang lagi menyampah). Sebagai contoh;

1. Letak gambar mereka pergi gym di blog sambil memuji-muji muscle yang kalau hanya boleh dibandingkan dengan muscles badak air.

2. Hisap rokok di khalayak ramai sambil pandang-pandang sekeliling. Bukan sebab takut guard sangat pun, sebab nak tengok orang pandang diorang ke tak.


3. Diorang suka speaking english di mana-mana pun, especially sesama sendiri dan diorang suka rasa yang orang lain tak speaking hebat macam diorang. Orang lain tu bukan tak hebat speaking, malas nak tunjuk power jek. Lagipun, kita orang melayu. Speaking bila perlu saja. :)


4. Diorang akan berbuat pelbagai kebaikan. Macam kasi pinjam kereta, or printer ke, macam-macamlah tapi suka mengungkit in the end.


Banyak lagi lah sifat-sifat mereka yang di luar batasan pemikiran manusia normal, tapi, ya, itulah mereka. Mungkin tak dapat salahkan mereka sebab sikap dan perwatakan ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran kita membesar. Mungkin mak ayah mereka juga begitu. Tapi bak pepatah melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kita dah besar, tahu fikir perasaan orang lain. Dan kalau mereka ni power sangat, cuba gunakan ke-power-an itu untuk adapt-kan diri dengan environment di sekeliling mereka. Boleh??


p/s: kat sini Tronoh, ya. :)

Monday, April 20, 2009

Weight of the World - Lemar


Macam seronok pulak menulis post pendek ni.. baru aku tahu kenapa orang suka menulis macam tu. Tak consume banyak sangat masa aku untuk menulis. Mungkin aku patut beralih kepada gaya penulisan macam tu. Sebab selalunya, aku akan dihimpit masalah untuk membuat penerangan tentang sesuatu keadaan dalam post aku. Tapi setelah menulis entry pendek pertama aku (refer pada 'First Time' kat bawah ni), aku rasa lebih mudah untuk menulis sedemikian.

Kalau korang baca post bawah tu, korang dapat tengok, betapa kurangnya explanation yang aku perlu lakukan. Tak perlu details. Kedai makan mana yang aku dan rumetku pergi, tak payah bagitau. Tak perlu cakap kitorg pergi kedai tu naik apa dan tak perlu cakap siapa yang kami jumpa. Sebab apa yang aku nak sampaikan cuma-lah perasaan lapar yang teramat sangat sambil menunggu pesanan kami tiba. Itu sahaja. Mudah bukan? Hanya sampaikan mesej sahaja, tak perlu hiasannya.

Hidup tak perlu jadi complicated. Kata aku kepada diriku sendiri. Tapi, to know more than the surface is quite interesting. Kata sisi diri aku satu lagi.

Entahlah.. mungkin aku perlu mengikut mood sendiri. Rasa nak bercerita bagak nak rak, aku akan bercerita. kalau rasa mahu ringkas bersahaja, aku patut berpuitis pendek. :P



p/s: manusia penuh dengan angan-angan. Yang penting, perlu sedar kemampuan diri sendiri.

First Time - Lifehouse

aku dan rumetku
bagai singa diuji sabarnya
kami memandang sajian idaman

ikan kembung 3 rasa
telur dadar
sup ayam
dan sudah tentu sambal belacan

kami memandang..
dan hanya mampu memandang
kerana sajian itu di meja sebelah


sialan!
kenapa pesanan kami lambat sampai?



p/s: ok tak cubaan aku jadi penulis blog puitis?

Sunday, April 19, 2009

Life is Short - Butterfly Boucher

aku teringin nak jadi penulis blog yang suka tulis pendek-pendek tapi kononnya bermakna tu.

'tak perlu tunggu malam..
terik sebegini aku mahu pejamkan mata
supaya aku dapat bermimpi kamu
sekarang juga~'

lepas tu.. tinggalkan pembaca tertanya-tanya.. eyh.. dia nak mimpikan siapa ni? Aku ke?

Tapi aku paham.. pada ketika ini, pandangan penulis pada blog mereka berbeza-beza. Ada yang sekadar mahu menjadikannya diari peribadi (yang dibaca seluruh umat manusia). Dan ada yang sekadar mahu bersastera tanpa perlu di-adili (oleh seluruh umat manusia yang kemungkinan terbaca blog itu). :P



p/s: aku perlu berfikiran lebih sempit!

Friday, April 17, 2009

Takes One to Know One - Katy Perry


Mari kita berbicara soal market ataupun pasaran dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, market atau pasaran yang aku nak bicarakan ini tiada kena mengena dengan ekonomi dunia mahupun pasar malam, sebaliknya, lebih kepada pasaran diri. Hiks~

Selalu kalau kita tengah sibuk berjalan-jalan dengan kawan-kawan kita di khalayak ramai, kemudian tersadung batu dan terjatuh, ketika kawan-kawan kita sedang gelak itu, kita akan terus mengeluarkan statement '&%#&*@# (tetap mencarut dulu ni), jatuh saham aku!' yesss, penggunaan perkataan saham sesungguhnya menunjukkan isu market ini memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita. Sesorang itu pastinya ketika dia merasakan yang dia sedang menelusuri market-nya, akan cuba memastikan sahamnya tidak jatuh dalam pasaran itu.

Pada pandangan aku, market, sepertimana yang ada di dunia nyata, merujuk kepada taste dan pilihan hati seseorang itu. Jika seseorang itu tidak kesior (dalam bahasa Perak bermaksud 'teringin') akan golongan pelajar, maka market-nya pasti bukan di UTP apetah lagi di Tadika AL-Ummah. Jadi, golongan sebegini tidak akan kesah untuk mengorek hidung di kafe-kafe kerana kisah apa dia dengan pandangan para pelajar. Pandangan lecturer yang penting! (*matilah fantasi student-lecturer~)

Itu belum lagi market-market segmentations lain yang wujud dalam jiwa raga makhluk yang bernama manusia. Market untuk orang-orang yang berisi, untuk golongan-golongan korporat, untuk abang-abang rempit, untuk bohsia, untuk yang beruniform, untuk yang tinggi, rendah, hensem, bermisai, berkopiah, minoriti, dan macam-macam lagi market yang ada. Menarik bukan?

Konsep sebegini sememangnya meng-amazekan aku sebagai seorang pelajar business sebab tak payah belajar principles of marketing pun, rupa-rupanya, ilmu market ini sudah lama dipraktikkan dalam kehidupan seharian oleh orang-orang kita. Sedar tak sedar saja persoalannya. Jadik, ada siapa-siapa mahu berkongsi perihal market mereka? :P

Wednesday, April 15, 2009

To Know Him is to Love Him - Amy Winehouse


Kadang-kadang, manusia terlalu memuja bulan dari kejauhan, cantik-lah, bersinarlah, dipagari bintang-lah, sedangkan kita tak sedar kalau kita tatap bulan tu dekat-dekat, bulan tu banyak celanya. banyak kawah-kawah akibat hentaman asteroid. (Mari belajar astronomi dengan abang Ismal!)

Konsepnya, macam itulah juga manusia. Kita bila nampak saja sesuatu yang cantik, kita dah mula suka. Dah mula memuji sesorang itu. Sedangkan kita tak tatap betul-betul kawah di muka dia (yang mungkin dia tutup dengan bedak foundation yang tebal ataupun concealer). Konsepnya, jangan mudah terjun pada kesimpulan. Sebab membesar, aku ada rasa sedih pedih di-judge sebelum dikenali. Ceewahhh~~

Sedikit sebanyak, aku sangat bersetuju dengan kenyataan 'tak kenal maka tak cinta'. tapi keseluruhannya, manusia hanya mahu mencintai apa yang mereka mahu cintai, bukan yang mereka mahu kenal. Manusia masing-masing sudah letakkan ketetapan yang sebegini-sebegini, sedemikian-sedimikian, hanya itu yang aku akan cintai. Sebab itu, seseorang itu, sesempurna mana pun cintanya pada seseorang lain, namun jika dia bukan yang didamba, maka cintanya tetap tidak akan berbalas.

Kalau ikut pada frasa berkenalan, memang ramai kenalan kita. Namun, bila dikira yang rapat, memang sedikit. Sebab itulah, perkenalan tak boleh sengat dikaitkan dengan cinta. Tapi, kenal itu boleh membuahkan cinta. Sebab, fanatik dan terlalu weirdo-lah kamu jika mencintai orang yang kamu tidak kenal! (ingat ya Cana, you tak kenal Sam Bunkface tu sangat! :P)

Tapi, aku rasa.. setakat pengalaman aku (baru juga pengalaman ini), yang paling pedih, adalah apabila orang yang kamu cintai/sayangi, rupa-rupanya bukan seperti mana yang kamu kenal pada mulanya. Sebab, of course, kita cintai seseorang itu seperti mana yang kita kenali dia, dan apabila ombak merubah pantai, dan masa mengubah manusia, ataupun Lumpur kota memalit hati, seseorang itu daripada sangat familiar, sudah menjadi seperti orang asing. Segala pendirian yang dicanang dan kita hormati, dipijak-pijak sendiri. Dan segala syakwasangka dan amarah yang terpendam, dilampias apabila diri dihimpit desperation untuk menunjukkan betapa betulnya setiap tindakan.

Jadi mari kita cernakan di sini seketika. Benarkah tak kenal maka tak cinta? Atau cinta mengaburi pengenalan diri?


p/s: aku ada tema dalam post ini, cuma aku tak tahu penyampaiannya betul atau salah. :)

Monday, April 13, 2009

What Can I Say - Brandy Carlile

Growing up, aku rasa, aku dah involved myself dengan macam-macam hobi dan minat. Aku suka menyanyi, menari, berlakon, menulis pelbagai jenis cereka dan juga oskof, menjadi pengacara. Oh, jangan dilupa, aku juga gemar berbahas, debate (notice penggunaan bahasa yang berbeza), berpantun, apetah lagi bersyair dan macam-macam lagi. Belajar? Oh, itu kita cakap dalam post yang lain, ya?~ :P

Anyway.. sekarang ini, seperti yang telah aku gegak gempitakan, umur aku pun telah mencapai 21 tahun. Sudah matang aku kira aku ini - sepatutnya. Di UTP ini sahaja, aku masih melakukan banyak perkara-perkara yang aku sebutkan di atas tu. Kadang-kadang, dalam jangka masa yang sama.

Tapi aku sedar, walaupun aku menyanyi, menari, mengacara, ber-debate, atau menulis, aku tak pernah menjadi yang terbaik dalam mana-mana bidang itu semua. Ya, aku tak pernah menjulang trofi pembahas terbaik, mahupun memimpin pasukan bahas aku ke mercu kejayaan. Aku tak pernah mewakili Malaysia ke pertandingan nyanyian di Kazakhstan ( apa entah relevan nya aku cakap ini), cuma dalam bidang penulisan tu, pernah lah menang hadiah tempat kedua dalam sayembara cerpen peringkat kebangsaan. Tapi still, aku tak ada novel sendiri macam kakak aku. Jeles ni~

Konsepnya, sekarang ini, dengan menginjaknya aku ke umur 21, aku rasa aku perlu lebih fokus. Apa yang aku benar-benar mahu, minat dan bidang yang mana satu aku rasa aku akan menjadi paling cemerlang. Aku tak mahu hanya sekadar berada di tengah-tengah. Aku mahu ada definisi tentang diri aku yang tersendiri. Kalau di UTP, orang sebut bahas, zassss~ terbayang imej Junny dan perutnya, kalau orang sebut Robocon, orang akan teringat Najib dan komitmennya sehingga pergi intern final semester, kalau orang sebut penyanyi, teringat Oliver, kalau makan, teringat Kucai.. oops~

Tapi, you guys get my point kan~

Aku cuba nak tahu, siapa diri aku sebenarnya. Dan semalam, aku rasa macam dah dapat jawapannya.

Aku ini.. seorang.. EXPRESSIONIST!

Yes, aku rasa, diri aku ni penuh dengan expressions, pelbagai emosi dan pelbagai reaksi. Aku rasa, sebab itu aku kena keluarkan semua yang ada dalam jiwa aku ini dan channel-kannya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang aku lakukan. I just want my feelings, thoughts and idea to be heard -- and seen. Mungkin sedikit LA (love attention) tapi, I'm kinda good in what I'm doing. Sekurang-kurangnya aku bukan macam MC2 Eupho hari tu. :P

Aku mungkin tak berupaya buat semua benda dalam satu masa yang sama. Dan mungkin tak boleh jadi yang terbaik dalam apa yang aku buat. Tapi aku bersyukur, dengan kebolehan-kebolehan yang aku ada inilah menemukan aku dengan banyak insan-insan hebat dalam bidang mereka masing-masing, dan memberi aku ruang untuk belajar lebih banyak lagi tentang kehidupan.

So, to you guys in your room, being timid and scared of life and it's complication, just discover its beauty from within you first. And the rest, I hope, will be history. :)


p/s: Aku jumpa orang yang hebat disaman pak gad. RM1420. Wa respek sama lu!

Sunday, April 12, 2009

Never Too Late - Hedley


Marilah kita mulakan post ini dengan segala puji bagi Allah, Pencipta seluruh semesta yang telah memberikan kita peluang untuk hidup di dunia. Mari kita bersyukur terhadap semua pancaindera lengkap yang telah dikurniakan kepada kita kerana tanpa penglihatan, tak boleh lah anda semua nak membaca blog aku.

Tak sangka, masuk tanggal 12 April ini, sudah sebulan aku tak update blog ini. Satu pencapaian yang amat besar nampaknya dalam kemalasan aku. Sesungguhnya, pada hari yang bersejarah ini, kita perlu membuat sambutan secara besar-besaran. Mari berpesta!!! (wajar direjam ni, tadi baru sahaja memanjatkan kesyukuran, sekarang mahu berpesta pula!)

Tak, berpesta dengan menulis post yang mantap, ya. Tapi konsep dan kaedahnya, selama ini aku tak tahu kenapa aku malas nak update. Tak ada sokongan peminat kah? Masih ada permintaan setakat ini aku rasa. Siapa? Aku saja yang tahu.. (ciss, tanya soalan perangkap pulak). Tapi, dalam jangka masa sebulan ini, memang banyak yang terjadi. Konflik, kisah gembira, kisah cinta, kisah persahabatan, semuanya terselit dalam sebulan ketiadaan aku. Nantikan saja kisah aku dibukukan, diskripkan, dan dijadikan drama bersiri. ISMAL. Yess, sekarang ni dah ada drama bersiri nama lelaki pulak. Selalu Olivia lah, Rosalinda dah. Sekarang dah ade Yusuff. Hiks~

Ok, amatlah dangkal jika aku menyambut sebulan ketiadaan update ini dengan menceritakan tentang drama bersiri. Sebaliknya, amatlah bangga untuk aku katakan keluarga aku kini sudah mempunyai perniagaan sendiri. Cuma sebuah kedai kecil di Sungai Siput (U), menjual pelbagai barangan kecantikan dan kesihatan daripada jenama-jenama bermutu dan halal. HPA, DCL, macam tu lah. Kakak aku yang kedua yang initiate kedai ni, dan sekarang ini kedai itu diuruskan oleh kakak aku yang ketiga dan abah aku. Doa-doakanlah kejayaan perniagaan keluargaku ini.

Dalam masa yang sama, sebulan ini juga menyaksikan aku mendapat panggilan paling banyak untuk menjadi MC di UTP ini. Mungkin profile aku naik sedikit selepas FESCO 09, menyebabkan agak ramai yang mengenali aku dan ingin mendapatkan khidmat aku. AKu memang tak kisah mahu menjadi MC, tapi diingatkan kepada deparment CnP semua, kalau boleh, sila professional. Aku kecewa dengan satu event yang betul-betul caca marba pada aku. Siap komiti tak bagi flow event kepada aku waktu rehersal (yang semua komiti datang lambat tu). Aku bukan mahu menjadi diva, atak berlagak betul, cuma, sebagai orang luar yang dipanggil sekadar menjadi MC, perkara-perkara itu memberi contoh buruk kepada penganjuran event itu sendiri. Namun bagaimanapun, pagi tadi aku jadi MC Chef Gala 09 anjuran V5 Student Representatives, and I like it!! Suasana kasual, dipenuhi gelak tawa, dan semangat pertandingan yang tinggi antara semua tukang2 masak UTP (students semua ni) memang seronok dan aku sendiri senang buat kerja. Tak ada pressure! Komiti semua pun sempoi-sempoi dan kelakar belaka.

Anyway, 29 Mac hari tu, sambutan ulang tahun ke-21 aku. Terima kasih kepada semua yang wish aku (samada secara rela mahupun paksa :P). Aku dah 21 tahun. Orang selalu kaitkan dengan kelayakan mengundi, tapi aku dah boleh pergi clubbing dengan tenang!!! Tak adalah, aku bukan kaki klabbing, aku kaki bangku. Wtf?

Oklah, aku rasa, sampai di sini sahaja sambutan sebulan aku tak update blog. Terima kasih pada Hilal yang mencadangkan aku tentang sambutan ini. Hilal memang peminat setia blog aku, aku tahu itu. Akhir kata, hiduplah blog-blog intelek! (macamlah blog aku intelek kan?~)

p/s: Tak tahu nak p/s kan ape.