Monday, April 27, 2009
The Time of My Life - David Cook
Suasana di belakang pentas hiruk pikuk. Ada beberapa penari yang masih sedang cuba mengingat langkah tarian, ada beberapa gitaris sedang tune gitar mereka, ada pekerja pentas yang sedang cuba buat mereka-mereka yang di belakang pentas itu senyap. Shhhhhh!
Konsert bakal bermula.
Dan aku? Aku cuma mampu duduk diam di atas kerusi yang disediakan untuk aku. OK, tidaklah duduk diam. Lututku sudah seperti sudah mahu tercabut akibat terlalu asyik bergoncang. Aku nervous! Membayangkan berada di tengah-tengah pentas seorang diri? Memang menakutkan. Siapa yang tak ada stage-fright kan? Mungkin Ismal seorang saja tak ada, dia kan gila glamour. Tapi ini aku, aku tak ada semangat diva.
Kevin, Ketua Teknikal dan Media, sahabat karibku sendiri, berjalan merapati aku.
"Kau nerves?" Tanya Kevin. Mungkin pucat pada wajah aku boleh nampak jelas di matanya. "Jangan risau, aku tahu ini kali pertama. Tapi experience ni yang kau perlukan," Kevin menepuk bahuku. Cuba buat aku bertenang. Aku hanya mampu membalas sokongan Kevin dengan senyuman yang dipaksa.
Fuhhh.. aku menggosok-gosokkan telapak tanganku yang seolah-olah sejuk beku sebelum meraup wajahku. Aku dapat mendengar pengurus pentas menjerit, "Kita akan bermula dalam satu minit dari sekarang! Semua orang bersedia. Artis! Sila ambil tempat masing-masing ikut queue!" Debaran di dadaku semakin laju. Detik yang aku takuti, bakal bermula bila-bila masa saja dari sekarang. Aku dapat mendengar pengacara majlis meminta para penonton bertenang. Lampu sorot dihalakan tepat ke tengah pentas. Penyanyi pertama, seorang gadis genit yang pernah aku lihat tapi tidak aku kenali berjalan perlahan ke tengah pentas. Minus one dimainkan dan dia bernyanyi tenang. Sangat tenang. Satu perasaan yang perlu aku cari.
"OK, lagu dia hampir tamat. Kau dah bersedia?" Kevin senyum padaku. Aku balas soalannya dengan anggukan separuh yakin. Tepukan gemuruh kedengaran. Gadis genit itu melambai-lambai sebelum beredar ke belakang pentas. Pengacara majlis mengambil alih semula majlis. Kepala aku mula berdenyut-denyut.
"Sekarang, peserta seterusnya. Danial!!!!"
Kevin menolak aku keluar dari belakang pentas. Langkahku terhincut seketika sebelum aku mendapatkan kembali komposisi tenang aku yang dibuat-buat. Aku berjalan perlahan menuju ke tengah pentas. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak memberikan eye-contact dengan penonton. Sampai ke tengah pentas, aku terus memegang mic stand. Sejuk! Aku longgarkan sedikit kunci pada tengah mic stand itu dan meninggikan mic stand itu sedikit. Kemudian, aku ketatkannya kembali.
'Terima kasih," Satu suara kedengaran dari belakangku.
"No problem, memang kerja saya," Aku membalas ucapan terima kasih Danial dan terus melangkah laju ke belakang pentas sebelum terdengar jeritan Danial bertanyakan khabar penonton.
Di belakang pentas, Kevin segera mendapatkan aku. "Amacam, not bad kan jadi staf Teknikal dan Media? Glamour jugak kan?!"
Aku membalas kata-kata Kevin dengan senyuman puas.
p/s: Senyum puas :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
zzzzzzzz....
ak igt ko yg nyanyi...
buang mase je ak baca!!!
arghhh!!!
bodohhhhhh..
senyum puas :P
hahaha
u got me.
aku ingat danial tu nama komersial ko.
lalala`
Post a Comment