The world is a scary place - aku
Selalu bermain dalam fikiran aku perkara-perkara yang menakutkan tentang dunia, perkara-perkara yang menyebabkan aku mahu duduk diam sahaja tanpa berbuat apa-apa. Kadang-kadang, bernafas sahaja sudah tidak selamat lagi. Udara yang kotor, pencemaran. Entah-entah, duduk diam pun boleh ditimpa kemalangan. Sebab tragedi boleh sahaja terjadi tanpa kawalan kita sendiri sebagaimana yang terjadi kepada sahabat Ridhwan. Takziah aku ucapkan.
Pokok pangkalnya, aku takut dengan dunia yang aku diami sekarang. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi (nyanyi lagu tadika). Entah berapa banyak bahan kimia yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Semuanya sudah tidak semulajadi. Ada yang kata, flourine bagus untuk gigi, ada yang kata sebaliknya. Apa bahan yang digunakan dalam makanan kita, itupun kita tak tahu dengan terperinci. Semuanya kita serahkan bulat-bulat pada nasib dan takdir. Menakutkan.
Bila berada di luar rumah dan sedang berjalan, bila-bila sahaja aku boleh dirompak, dipukul atau diculik. Kepercayaan kepada manusia kini bukan lagi satu anugerah percuma kerana terlalu sukar untuk kita untuk menilai seseorang itu. Dalam masa yang sama, perlakuan kita turut dihakimi oleh orang lain. Memang manusia tidak sempurna, tapi sempurna itu terletak pada perspektif masing-masing. Berada di tengah-tengah orang ramai selalu meragut serba sedikit keyakinan diri, resah jika ada yang sedang mengkritik dan mengeji.
Yang paling menakutkan bila berada di atas jalan raya. Mungkin kita pemandu terbaik, patuh pada setiap peraturan jalan raya, tapi bukan semua khalayak manusia begitu. Boleh saja waktu lampu isyarat kita hijau, ada yang dari arah bertentangan melanggar lampu merah dan merempuh kita. Mungkin bila-bila sahaja kita sendiri yang terleka dan mengakhiri nyawa sendiri di atas jalan raya. Hujan lebat, jalan yang licin atau berlubang, tanah runtuh, apa-apa sahaja elemen boleh sahaja bila-bila masa mendatangkan kecelekaan pada kita.
Saban masa aku berdoa tiada yang buruk akan terjadi pada diri aku sendiri. Pada keluargaku. Pada sahabat-sahabat aku. Kerana hanya pada keyakinan diri, dan kasih sayang keluarga dan sahabatlah yang membuat aku merasa dunia ini lebih selamat. Tanpa mereka, mungkin aku akan sekadar berada di bilikku - meresahi setiap inci pergerakan, dan setiap terbitnya perhubungan. Merekalah sumber kekuatan.
Bila sahaja aku berada di dalam kenderaan dan tanganku pada stereng kereta, aku akan bersatu dengan elemen-elemen di sekeliling aku. Mendapatkan keyakinan untuk meneruskan perjalanan. Semoga tiba dengan selamat ke destinasi yang dituju. Amin.
Sunday, November 30, 2008
Friday, November 28, 2008
Greatest Love of All - Whitney Houston
Cuti memang seronok kalau tahu nak buat apa sepanjang cuti itu - aku
Sudah sampai ke Shah Alam, bumi untuk aku berfoya-foya (hoho!). Sudah lama tak bertemu kawan-kawan baik di sini dan bila berjumpa pasti banyak yang perlu dibualkan dan diketawakan. Baru sehari jumpa, suara aku pun dah macam nak hilang. Tapi yang penting, pesta spaghetti semalam oleh tuan rumah memang menyeronokkan. Sambutan kedatangan yang meriah!
Sebenarnya, kalau tidak kerana ada perkara yang perlu dilakukan, aku taklah mahu turun ke Shah Alam ini terlalu awal. Aku sebaik-baiknya mahu meluangkan lebih lagi masa di rumah, bersama keluarga. Iyalah, sepanjang semester, pulang ke rumah jarang-jarang kerana tuntutan akademik (walaupun rumah jauhnya sekangkang semut!). Oleh itu, kesempatan berada di rumah perlu digunakan sebaik-baiknya. Aku pun tak mahu seolah-olah menunjukkan pada abah aku yang seperti aku tidak suka berada di rumah. Tak apalah, sudah selesai urusan aku sebaik-baiknya, akan aku beritahu pada abah aku tujuan aku di sini.
Isu penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik terus hangat. Terus terang aku katakan yang entry sebelum ini adalah satu kebetulan. Aku menulis kerana karangan si Kentut itu. Namun bila aku membaca akhbar, rupa-rupanya isu itu terbangkit semula di persidangan akademik yang disertai Tun Dr. Mahathir membincangkan akan perkara itu. Tun Dr. Mahathir masih mempertahankan pendekatan itu. Namun, satu surat dihantar oleh seorang akademia di ruangan forum Utusan Malaysia yang menyelar Tun Dr. Mahathir yang masih mempertahankan langkah itu. Katanya, Tun memang seorang yang berpendirian teguh dan pastinya dia akan mempertahankan pendekatan itu kerana dialah yang telah mencadangkannya. Akademia itu (aku tak ingat namanya) turut menyelar pendekatan itu yang telah dilaksanakan tanpa kajian yang mendalam dan tentang bagaimana kita telah menggadaikan bahasa Melayu demi alasan akademik semata-mata walaupun itu adalah satu perkara yang tidak perlu. Sedikit sebanyak, aku bersetuju dengan akademia itu kerana aku juga dulu dididik dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, namun masih tidak ada masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Mungkin, lain padang lain belalangnya...
Apa-apapun, tidak kiralah bagaimana caranya sekalipun kita melaksanakan sistem pendidikan kita, yang paling penting kita perlu fikirkan kemahuan dan kebaikan kepada para pelajar sendiri. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Para pelajar adalah mangsa ataupun orang yang akan mendapat faedahnya. Jangan bersikap terlalu veto kepada mereka kerana mereka berhak untuk menentukan cara pembelajaran yang paling selesa. Susah-susah, berikan pilihan kepada mereka. Kan senang?
p/s: Mahu sekolah yang sistem pendidikannya berasaskan bakat. Habislah aku belajar menyanyi sahaja! :P
Dah lama tak sebut ini. Sudah-sudah, pergi muntah semua!!!~
Tuesday, November 25, 2008
Unwritten - Natasha Bedingfield
seronok cuti di rumah hanya untuk dua hari - aku
Yesss, aku berada di rumah sekarang. Makan, tidur, bangun, menghadap laptop yang tidak bernyawa. Ya, tidak bernyawa kerana tiada sambungan internet pada laptop-ku itu. Jadi jasa laptop itu hanya mempamerkan aku filem-filem dan memperdengarkan mp3 yang selalu aku muat turun secara haram. Ya, tanpa internet, siapalah blogger seperti aku. Hoho!
Namun demikian, khamis ini aku akan memanjangkan langkahan kaki-ku (yang tidak sepanjang kaki Gisele Bundchen) ke Kuala Lumpur dan pastinya ke Shah Alam. Tempat tumpah hamburan teh ais setiap kali ketawa melepak bersama rakan-rakan baikku di sana. Ada perancangan ke sana. Rahsia. Nanti kalau jadi aku cerita. Kalau tak jadi, aku buat bodoh saja. Simpan dalam hati jadi pekasam. Dah lama tak makan pekasam.
Sebenarnya, aku macam tak ada cerita hendak dilipurlarakan. Cuma semalam aku berkesempatan untuk menyelongkar laci-laci almari pakaian aku yang sudah lama aku lupakan isi kandungannya. Buka-buka sahaja, aku jumpa helaian-helaian test-pad yang tertulis karangan aku dan dua orang rakan baik aku sewaktu di sekolah asrama dulu. Ya, karangan waktu peperiksaan penulisan bahasa Melayu tingkatan empat. Seingat aku, aku simpan karangan-karangan itu sebab ada kualiti pada penulisan mereka. Buat aku cemburu. Tak ingat pula aku curi atau mintak karangan itu dari mereka.
Apa-apapun, karangan pertama yang aku baca itu dari Bochik. Soalan peribahasa. 'Genggam Bara Api Biar Jadi Arang'. Yang mengkagumkan aku adalah untuk seorang pelajar tingkatan empat, pengetahuan am kawan aku ni sangat luas. Asyik sahaja aku baca cereka-nya tentang seorang askar Melayu bernama Seman (sangat kampung! :P) yang dalam misinya menumpaskan askar-askar Amerika. Istilah-istilah perang macam M16, Apache, Tomahawk digunakan sebaik-baiknya oleh kawan aku untuk mewarnakan karangannya. Pada anggapan aku, mungkin dia banyak menonton filem-filem perang.
Tapi, limelight pada malam itu jatuh pada karangan milik kawan aku yang satu lagi. Si Kentut. Kentut ini pembahas sekolah. Jadi pengetahuan am dan bahasanya wajar melangkau tahap kami sewaktu itu. Kentut pilih tajuk sama dengan aku. 'Ciri-ciri karya sastera yang baik'. Kentut mulakan hujahnya dengan isi pertamanya - karya sastera yang baik perlu diterima khalayak ramai. Di saat orang ramai memandang enteng karya penulis remaja seperti Ahadiat Akashah, Kentut mempertahankan mereka. Menyatakan bahawa karya-karya sebegini jua adalah sastera, dengan kelompok pembaca yang berbeza namun cukup besar iaitu remaja. Kentut cakap remaja tak perlu dipaksa untuk baca karya yang berat-berat, memadai dengan corak pemikiran mereka.
Hujah seterusnya - karya yang baik perlu ada identiti bangsa dan negara. Kentut keutarakan frasa etnosentrisme. Aku rasa itu ada kaitan dengan bangsa. Malas aku nak cari dalam kamus. Tapi untuk seorang tingkatan empat tahu akan perkataan itu sangat membanggakan (atau mungkin aku yang dangkal). Benar juga kata Kentut. Aku suka karya yang buat kita rasa at home. Yang familiar. Sesuatu yang kita boleh relate to. Mungkin sebab itu aku tak suka science fiction. Atau karya yang membina satu tamadun lain di luar pemikiran aku. Katalah aku tak imaginatif, tapi aku bukan tak relevan.
Namun, yang paling mengkagumkan dan menyedarkan aku adalah penutup karangannya itu. Kentut menegur isu bahasa. Mengkritik soal penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Ayatnya - 'penggunaan bahasa Inggeris di sekolah pasti turut membawa identiti bangsa dan negaranya' - benar-benar memberi satu peringatan pada aku. Dan juga pada kamu-kamu yang lain juga harapnya. Moga-moga kita tak jadi bangsa yang me'row-suck'kan peradaban kita sendiri. Mempergadai maruah negara bangsa kita sekali lagi. Rasa-rasanya, kita perlu review kembali matlamat dan implementasi sistem pendidikan kita. Ada pemikiran yang dalam-dalam perlu dibuat.
Tak begitu oreng-oreng kubeng kedondeng sekalian???
Saturday, November 22, 2008
Love Me or Leave Me - The Seahorses
Peraturan:
1-Peraturan ditulis di awal Tag.
2-Setiap pemain menjawap jawapan peribadi mereka.
3-Akhir sekali,tag 5 orang dan pos nama mereka,pergi ke laman blog mereka dan tinggalkan komen yang memberitahu mereka sudah di'tag' dan ajak mereka bermain dan baca blog anda.
Apa yang kamu lakukan sekitar jam 10.17 semalam?
- tidur dan diganggu oleh Jinggo yang mengajak keluar ke maapley. Raksasa-raksasa perut besar seperti kami perlu diberi makanan mengikut jadual yang sepatutnya.
Selain itu,apa yang kamu lakukan sekarang?
- sedang buat tag ini.
Adakah kamu akan bangun 7.00 pagi esok?
- it's already 8.02 a.m. Sebenarnya aku belum tidur lagi.
Who's the funniest person you know?
- Mamy Zua dan Epul
Are you afraid to grow up?
- No, tak sabar mahu melawan ketuaan. Hoho!
What was your worst subject in school?
-Sejarah. Tapi itu kan sudah tinggal sejarah.
Kalau anda minum 14 mug bir,apa yang akan terjadi?
- Menangis dan meratapi kehidupan yang kurang sempurna sambil ditenangkan rakan-rakan yang masih steady selepas berpuluh-puluh mugs.
Tidur dengan pintu terbuka atau tertutup?
- tertutup. kunci. tak sanggup hilang lappy!
Bila kali terakhir kamu buat perkara yang kamu rasa salah?
- Jun 2005. Memilih untuk masuk ke UTP.
Apa yang sedang kamu pakai sekarang?
- 3 quarters ihsan Udin dan baju tshirt hitam ihsan abang aku.
What are you listening to right now?
- Kicauan burung di luar jendela.
Whats your favorite number?
- 5. Tengah-tengah. Neutral.
How is the weather right now?
- pagi. whaddaya ethcpect?
Who was the last person you talked to on the phone?
- Mon. Telefon mahu membuat pengisian rohani (mengumpat)
Merokok?
- ya. Winston merah atau Dunhill.
Eye Color?
- Dark Mocha Chocolatte ya Paan? Pergi mampus. Hitam sudeyh.
Bulan kesukaan?
- bulan cinta oleh Amelina.
Apakah movie terbaru yang kamu tonton?
- The House Bunny. Anna Faris sangat comel dan seksi (dan bimbo).
Hari kesukaan?
- Hari Raya. boleh makan banyak dan bertemu saudara mara. bertemu saja. tegurnya tidak.
Jika kamu boleh cakap sesuatu pada seseorang,apa yang kamu akan cakap?
-"make me laugh and you'll be lucky" erghhh~ ;P
Pelukan atau ciuman?
- both baby!
Berkawan lagi dengan rakan-rakan di sekolah lama?
- kalau berjumpa masih boleh bertegur sapa. Tak adalah buat-buat tak kenal terus.
Left-handed atau right-handed?
- bergantung kepada aktiviti yang sedang dilakukan. ;)
Mahu tidur dengan berapa bantal?
- dua sudah mencukupi. Satu di bawah kepala. Satu dikepit di celah kangkang.
Tidur dengan seseorang atau bersendirian?
- "berdua denganmu, pasti lebih baik" nyanyi Acha sambil kelarian pitching.
Apa yang kejutkan kau pagi tadi?
- aku bangun sebelum pukul 12 malam tadi. Bangun atas motivasi mahu ke mapley dengan Jinggo.
Boleh teruskan hidup dengan tidak merokok?
-boleh saja bah! (bah = abah)
Pernah kawan baik kamu buat onar di belakang kamu?
- Pernah. Tapi aku tak kesah. Aku percaya pada karma-sutra.
Memilih untuk memberi nombor telefon?
- Ya. Pada borang-borang penting seperti pendaftaran bilik asrama.
Mana lebih suka: McDonalds atau Burger King?
- Aku belum cuba dengan serius Burger King. Jadi tak mampu memberi jawapan yang tepat. So far, Mc D memang menyelerakan.
Mahu pergi ke Greece atau Hawaii?
- Greece. Pantai yang cantik, rumah berteres di gunung, laut dan langit yang cerah. What more can you ask for?
Hari jadi yang menarik tahun ini?
- Sambutan dengan kawan-kawan baik memang sentiasa menarik.
Saya tag:
FK
Cidan
Ted
RidhRidh
Stephanie Moris
Aimi

Friday, November 21, 2008
Hands on Me - Vanessa Carlton
Ya, aku memang paling gigih update blog bila waktu exam. Sudah habis exam, aku kehabisan idea untuk update blog. (hoho!) - aku
Semester kali ini sudah mahu tamat. Tahun depan semua kawan-kawan baik aku pergi intern. Tinggal aku di UTP meneruskan hidup dengan Kuchai pula yang pulang dari intern. Harapan aku supaya result exam semester kali ini bagus dan aku akan mendapat momentum untuk kekalkan prestasi next semester pula.
Ceewahhhhhh!
Bulan ini kegawatan ekonomi dunia melanda aku. Punyalah sengkek sampai berpinjam-pinjam duit dari rommate aku. Duit syiling dalam laci pun dah habis ditukar di koperasi. Life support for now. Haha! Walhal boleh saja nak balik rumah yang tak berapa jauh tu. Cuma aku menunggu seketika lagi untuk spend masa dengan kawan-kawan aku. Next semester dah tak berkesempatan untuk hang out selalu.
Selalunya, kita tak akan hargai sesuatu itu kecuali bila perkara itu dah tak ada. Sekarang ni mungkin tak terasa kesannya lagi, tapi mungkin next sem baru aku akan terasa sunyi sepi-nya bila kawan-kawan aku semua dah tak ada. Yalah, selama ni kehulu-hilir berkepit dengan mereka semua. Senang susah minta tolong mereka. Lepas ini kena minta tolong orang lain pula. (Ceyh, ingatkan nak berdikari tadi! :P)
Tapi kesempatan ini jugalah aku boleh bergaul dengan orang-orang lain pula. Mencari kawan-kawan baru. Menjelajah area yang tak pernah aku jelajahi (hurm...). Pendek kata, masih ada ruang untuk kita menjadi optimis dan berfikiran positif. Tak ada hal lah. Dugaan saja semuanya itu. Semua orang perlu bersedia untuk perubahan. Kawan-kawan aku itu nanti pun akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang intern. Satu perubahan yang perlu mereka alami juga. Aku doakan yang baik-baik untuk mereka. Harap-harap mereka kena buli teruk-teruk!
Cuma aku berdoa, persahabatan yang telah terjalin tak akan berubah. Mana tahu, dah intern, tiba-tiba berlagak pula. Ingat ya, selagi kamu-kamu semua tak dapat degree, sama saja level kita lagi. (tiba-tiba emo!) Anyway, all the best. Jangan lupakan aku di sini. :)
Tuesday, November 18, 2008
Thank You for The Music - ABBA
Ini entry ke-100 blog aku. Jadi aku mahu entry ini mengisahkan sebuah cerita indah.
Malam tadi tepat pukul 11.30, aku, Minnie, Jinggo, Mon, Hills, Nick dan FK bertolak ke Ipoh dengan niat mahu bersantai di Nasmir. Jinggo mengidam mahu makan nasi kandar. Dalam perjalanan singgah sebentar di Shell. Harga minyak turun lagi 15 sen. Jadi aku gembira. Turunlah lagi, doa aku dalam hati.
Sampai di Nasmir terus makan-makan. Sejujurnya, aku pun merindui nasi kandar Nasmir. Makan-makan hingga kenyang terus berfikir aktiviti apa selepas itu. Karok! Kata Mon. Semua bersorak. Hills dan Minnie culas sedikit tapi tidak membantah. Terus saja ke Shogun di Medan Gopeng.
Sampai-sampai terus aku buka majlis dengan Nick menyanyi lagu Senja Nan Merah. Aku tak malu jadi Ziana Zain. Tarik key tinggi bukan-bukan dengan suara kepit. Kemudian Mon, FK dan Jinggo tunjuk bakat. Akhir-akhirnya, Hills dan Minnie yang culas turut menyanyi. Sandarkan Pada Kenangan-lah, Hanya Memuji, The Call. Hilang-hilang suara semua. Bukan saja bakat nyanyian ditunjukkan, bakat bergelek turut menyerlah. Aku, Hills dan FK jadi penari latar Mon nyanyi lagu Cek Mek Molek oleh M. Daud Kilau. Kurang baju labuci berkilau saja tadi. Habis menyanyi, semua hilang suara. Feeling-feeling diva Rock Ella sekejap.
Masuk dalam kereta tekak rasa kering macam Sahara. Aku hantar pesanan ringkas pada Mon 'Nanti lepak Ameeth. Dahaga'. Sampai-sampai Ameeth semua pesan air. Aku pun keluarkan idea mahu bermain charade (permainan buat body language dan orang lain perlu meneka frasa-frasa yang digayakan). Aku jadi pengacara majlis. Mereka yang lain bahagi jadi dua kumpulan. Seronok, tambah-tambah bila aku suruh FK gayakan 'Bagai kera mendapat bunga', dan Jinggo menjawab, 'Bagai kera membaiki labu' dengan konfiden dan tidak bersalah. Mapley-mapley di Ameeth pun sudah gelak-gelak sambil duduk tengok kami buat muka tak malu terkinja-kinja buat gaya dan ketawa terbahak-bahak.
Lepas puas main charade dan pasukan Minnie, Hills dan Nick menang besar, masing-masing tak puas berfoya-foya lagi. Kami order ais kosong. 4 gelas. Main permainan sambung perkataan pula. Contohnya, aku cakap 'ikan', orang sebelah aku perlu sambung perkataan yang berkaitan macam 'kekek' dan seterusnya. Yang stucked wajib minum ais kosong segelas sampai habis dan permainan bersambung. Dari 4 gelas, jadi sebelas gelas. Tujuh-tujuh kami kena minum dengan Minnie, Jinggo, FK dan Mon jadi mangsa terbesar minum 2 gelas. Waktu inilah nak dengar perkataan-perkataan baru macam 'kuning jinggo' dan 'batu belah apa?'. Habis-habis main semua perut sebu, penuh air.
Tapi nak tahu tak the best part-nya? Kami berfoya-foya sakan ni macam orang merdeka, padahal exam tak habis pun lagi. Hikhik
Thanx kawan-kawan. You guys are the best. (Sedikit cliche tapi inilah kebenaran-nya :))
Monday, November 17, 2008
Just a Little - Liberty X
Sejak kecil lagi aku sudah perasan yang aku ada satu perasaan puas dan seronok bila melihat watak jahat dipukul dalam filem atau series. Tapi bukan watak-watak jahat biasa macam Green Goblin atau Joker, tapi aku suka kalau watak jahat perempuan yang dipukul. Ya, to be truth, aku benci perempuan-perempuan jahat. Jahat pada pandangan aku ini ialah perempuan-perempuan yang kaki dengki, suka mengumpat orang, suk amenjatuhkan orang lain dan macam-macam lagi perangai yang menjengkelkan.
Mungkin sebab sepanjang membesar aku ada ramai kakak-kakak. Jadi pastilah aku selalu mendengar cerita mereka tentang kawan-kawan perempuan mereka yang berperangai sedemikian rupa. Jadi serba sedikit perasaan tidak suka itu sudah muncul. Tak adalah aku mahu katakan yang kakak-kakak aku itu wanita sempurna, berperangai bagaikan malaikat. Tapi setakat ini aku dapat rasakan, mereka memang baik dengan orang ramai. Macam aku juga :P
Oleh sebab itulah, bila ada saja filem atau series yang menunjukkan adanya watak jahat perempuan yang dibelasah, aku akan bersorak kegembiraan. Tambah-tambah watak yang tak pernah-pernah berubah walaupun diberi peluang. Macam Regina George dalam Mean Girls, bila dia dilanggar oleh bas, hati aku pun jadi puas. Tak pun macam Col. Dr. Irina Spalko dalam Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull yang tak habis-habis mencari gaduh dengan Indiana Jones dan berbagai-bagai lagi watak byotches dalam perlbagai filem Hollywood.
Kalau dalam filem Melayu pun aku suka saja tengok perempuan-perempuan jahat ini ditampar, atau dipulang buah paku keras sebab mereka ini kalau tidak diajar memang tak akan sedar. Aku tak tahulah kalau aku jumpa mereka-mereka ini dalam dunia nyata. Entah-entah aku pula yang mengambil tindakan sendiri. Sebenarnya, memanglah keganasan ini bukan satu penyelesaian terbaik dalam sesuatu konflik, tapi secara realistiknya, sesetengah perkara itu hanya boleh diselesaikan hanya dengan tindakan fizikal (ideologi mana aku ambil entah). Tapi yang penting di sini, aku memang tak suka kejahatan yang menyakitkan hati. Dalam apa jua cara sekalipun.
Sebab itulah aku puas bila tengok nenek tua dalam cerita Madagascar 2 itu dilanggar oleh penguin-penguin comel itu dengan kereta safari yang di-hijack mereka. :P
*******************************************
Nota tentang entry aku sebelum ini. Sebenarnya, aku agak merasa bersalah bila aku ceritakan tentang budak-budak rumah nombor satu itu sebab mungkin aku over-react. Dan mungkin pintu itu terhempas secara tidak sengaja.
TAPI, rupa-rupanya, bukan aku seorang sahaja yang mengalami nasib sedemikian. Kawan-kawan aku yang lain juga turut terkena perkara yang sama. Housemates aku Mon dan Zula sedang berjalan dan bersembang di depan bilik mereka dan BAM! pintu bilik nombor satu dihempas. Kawan aku si FK sedang berjalan masuk ke dalam rumah aku sambil menyanyi dengan lantang dan BAM! pintu bilik nombor satu dihempas juga. Aku rasa mahu satu malam mencabut pintu bilik mereka supaya mereka tak dapat menghempas lagi.
Mereka memang celaka. Sumpah celaka!!!
Sunday, November 16, 2008
Faith - George Micheal
Aku suka nyanyi dan tidak bertegur sapa dengan budak-budak bilik nombor satu dalam rumah aku. - aku
Bila semester Julai 2008 bermula, dua orang muka baru melabuhkan punggung masing-masing ke bilik kosong dalam rumah aku, bilik nombor satu. Baru balik internship. Bagus-bagus, sudah matang.
Jadi aku selaku yang paling ramah, aku pun bertegur sapa dengan salah seorang dari mereka. Kebetulan budak yang gebu-gebu gergasi itu bekas student sekolah rumet aku, jadi aku lagi lah merasakan ada keperluan menegur-negur mesra. Tapi itulah, tegur-tegur itu hanya untuk hari pertama. Selepas itu, haram tiada. Senyum pun tak ada. Aku tak tahu adakah status sebagai final year student atau mempunyai Final Year Project menyebabkan kehidupan mereka dirundung kesibukan sehingga senyum dan menegur housemates lain pun bagaikan satu beban yang maha dahsyat. Tak apa-lah, mereka tak bayar pun duit makan aku. Jadi aku tak kisah sangat.
Bila semester Julai 2008 bermula, tabiat gemar menyanyi aku tidak pernah kurang. Tabiat gemar menyanyi dengan lantang di dalam rumah, di bilik air dan di dapur juga tak pernah hilang. Aku menyanyi macam nak umumkan ada seorang penyanyi tidak berkontrak dalam rumah ini. Oh, ambillah aku jadi artismu. Nyanyi aku dalam nada lagu Kris Dayanti. Tak kira keluar dari bilik air, melalui bilik nombor 6, bilik aku (saja promote nombor bilik aku), bilik 4, bilik 3, bilik 2, bilik 1 dan keluar dari pintu, aku masih menyanyi lagu George Micheal. Masuk balik ke pintu, lalu depan bilik-bilik tadi tapi dalam susunan yang terbalik pula, dan keluar ikut pintu satu lagi, aku nyanyi lagu Jason Mraz dengan nada konfiden yang boleh menyebabkan Paul Moss hilang arah.
Pada suatu hari, aku keluar dari bilik menuju ke bilik kawan aku di rumah yang lain. Aku pun memulakan tabiat biasa aku dan berjalan ke arah bilik nombor satu. Dari jauh aku nampak pintu bilik mereka terbuka luas. Tak adalah aku mahu mengambil kisah sangat. Bukannya aku kaki intai. Sambil meloncat-loncat keriangan aku pun bernyanyi lagu Faith lagi.
But I gotta think twice. Lalu di depan bilik nombor 3.
before I give my heart away. Lalu di depan bilik no 2.
And I know all the gam... Lalu di depan bilik nombor 1. Dan BAMMMM!! Pintu bilik dihempas kuat.
Gam-panggggg!!!!
Mahu muntah dalam bilik mereka itu.

Friday, November 14, 2008
Time of Your Life - Green Day
"Siot, hari ni diorang mangga pulak. Solex lagik tu. Camne nak masuk ni, weyh?" Tim pandang muka kitorang yang lain satu persatu macam kami ini ada jawapan kepada persoalan dia.
"Kau kepala. Mana aku tahu! Kau baik cepat. Aku takut nanti Gaban lalu. Dia dah la warden malam ni," aku mengingatkan Tim yang masih membelek-belek mangga Solex itu seolah-olah sentuhan tangannya ada kuasa Midas yang mampu membuka kunci itu.
"Tingkap sudeyh. Tunggu-tunggu macam ni perut aku dah berkeroncong ni," Pa yang berbadan besar sudah hilang sabar. Aku pandang semua kawan-kawan aku yang lain yang sedang duduk bercangkung di depan pintu belakang dewan makan kami ini. Tim, Pa, Sol, Jiban dan aku. Semuanya bercangkung di dalam gelap. Mengelak dari terkena suluhan cahaya tiang lampu di tepi dewan makan ini. Rasa berdebar untuk memecah masuk dewan makan ini memang ada, tapi rasa thrill itu lebih banyak. Dah empat kali dalam 2 bulan ini kami buat macam ini, tapi Alhamdulillah (ironik!) tak pernah kantoi lagi.
"Ok-ok, Sol, ko ambil batang besi tu. Jiban, kau pergi check tingkap tu kunci rapat ke tak?" Tim, ketua segala kejahatan kami sudah mula membuat task delegation. Bakat kepimpinan Tim ni memang aku kagumi. Selang seminit selepas itu, kedua-dua Sol dan Jiban selesai melakukan tugas mereka. Sol hulur pada Tim satu silinder besi yang mempunyai ukur lilit segenggam. Entah dari mana asal usul besi dan kegunaannya, aku pun tak tahu.
"Tim, tingkap semua kunci. So, macam mana?" Jiban menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Kita umpil," tenang saja Tim memberi jawapan sambil menghentak-hentakkan hujung silinder besi itu. Aku kira Tim mahu memenyekkan hujung besi itu untuk memudahkan dia mengumpil nanti. Serba sedikit, perbuatannya itu mewujudkan bunyi hentakan yang pada pendapat aku agak boleh didengari dari jarak beberapa puluh meter dari kedudukan kami (estimation dalam ketakutan).
"Kau ni! Isk,meh sini besi tu!" Pa sudah hilang sabar. Dia merampas silinder besi itu dari tangan Tim, bangun, dan memijak hujung besi itu. Sekelip mata saja penyek hujung besi itu. Bulat mata kami semua melihat keupayaan si Pa. Tim tersengih-sengih, mengambil besi itu dari tangan Pa dan perlahan-lahan kami semua jalan menunduk ke arah tingkap yang bakal diumpil nanti.
"Cayalah korang. Heaven betul kalau hari-hari macam ni," Pa menepuk-nepuk bahu aku sambil menyuap masuk ais krim ke dalam mulutnya. Jiban dan Sol sibuk memasukkan mangkuk-mangkuk ais krim ke dalam plastik sampah yang kami jumpa dalam kabinet pinggan mangkuk dewan makan ini.
"Oit, buah-buah betik tadi tu jangan lupa masukkan sekali," Tim mengingatkan mereka berdua sambil menjenguk-jengukkan kepalanya ke luar tingkap menjaga line. Risau kalau Gaban muncul secara tiba-tiba. Aku dan Pa segera mengangkat buah-buah betik itu dan memasukkannya ke dalam plastik sampah yang lain. Setelah selesai, Tim mengarahkan kami memanjat keluar dari tingkap itu satu persatu, dan perlahan-lahan. Sebaik sahaja kami berempat sudah keluar, tiba giliran Pa untuk memanjat tingkap itu. Tiba-tiba, dari arah asrama perempuan, aku dapat melihat lampu disuluh ke dalam dewan makan.
"Hoi, korang buat apa tu?!" kedengaran suara Gaban dari sebelah dewan makan satu lagi.
"Cepat Pa. Cepat!" aku menarik-narik tangan Pa yang mula gelabah memanjat. Sol, Jiban dan Tim sudah lari awal-awal lagi bersama dengan hasil pecah masuk kami. Memang itu adalah antara perancangan kami jika situasi begini berlaku. Ada antara kami yang akan lari dahulu untuk menyorokkan makanan-makanan itu semua. Pa kini sedang berusaha turun dari tingkap. Kaki kirinya macam tersangkut dari dalam. Susah benar dia nak keluar sebab badannya yang sangat besar itu.
"Hoi, tunggu!" suara Gaban kedengaran dari belakang dewan. Ini tak boleh jadi. Aku tarik tangan Pa kuat-kuat. BUK! Pa jatuh dan menimpa aku. Waktu itu dah tak fikir sakit tak sakit. Terus saja kami berdua lari ke arah asrama kami. Suara Gaban menjerit-jerit masih kedengaran dari belakang dewan makan. Lembab jugak mamat tu kejar kami. Terus saja kami menuju ke bilik asrama kami. Sampai-sampai saja dalam bilik, kami berdua terus merangkak masuk ke arah katil Tim. Kalau berdiri takut-takut Gaban nampak figura kami dari tingkap bilik. Pa bernafas dengan laju. Mengah. Aku pun sama. Tapi aku wakil merentas desa sekolah. Jadi tak ada masalah sangat.
"Kau rasa gaban perasan tak kita siapa tadi?" Aku tanya pada Tim. Tim menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mengangguk.
"Aku pun rasa dia tak perasan sebab tak ada pulak dia jerit panggil nama kitorang ke apa tadi," Kami lima orang ni memang sangat terkenal di sekolah sebagai pelajar-pelajar yang selalu buat masalah. Jadi Gaban selaku guru disiplin memang kenal benar dengan kami. Namun sejak SPM dah main dekat, kami pun dah berlagak main baik. Jadi Gaban pun kurang cari masalah dengan kami. Selalunya kalau ada isu disiplin, pelajar tingkatan empat yang selalu warden cari.
"Weyh korang...," Tiba-tiba Pa bersuara.
"Apesal?" Tim sedikit berbisik. Bimbang kalau Gaban sedang lalu di koridor asrama kami.
"Aku tadi tertinggal selipar kiri aku waktu Mal tarik aku tadi," Muka Pa sedikit berkerut. Sol dan Jiban menampar dahi sendiri. Mata aku da membulat. Tim menepuk kepala Pa.
"Pa, kaki kau tu saiz gajah. Konfem-konfem-lah Gaban tahu itu kau punya! Haih~" Tim membenamkan kepalanya ke bantal sendiri. Tiba-tiba, pintu bilik asrama kami terkuak. Lampu dibuka dan Gaban sedang berdiri di muka pintu sambil menghayun-hayunkan selipar si Pa. KANTOI!
Aku terjaga dari tidur. Mimpi pecah masuk dewan makan? Tim? Pa? Sol dan Jiban? Sejak bila lah pulak aku penah geng dengan mereka semua tu waktu kat sekolah asrama dulu. Confirm-comfirm-lah aku yang baik dan tidur awal tu. Tak ada masa nak buat benda-benda bodoh macam tu konon-kononnya.
Tapi, kadang-kadang aku pernah terfikir, kan seronok kalau aku betul-betul aku salah seorang dari mereka. Walaupun orang pandang students macam tu bermasalah, aku nampak benda tu macam fun. Walaupun buat jahat, tapi buat sama-sama dengan kawan-kawan. At least, by the time you are old, you have that kind of stories to share with your descendants. Ada experience yang lain dari yang lain. Sebab aku selalu fikir budak-budak macam ni cool. Tak adalah aku ni tak cool. Cool juga (hoho!), tapi selalu terfikir apa akan jadi pada aku sekarang kalau aku dulu macam tu.
Dalam kehidupan ni, kita selalu fikir nak buat sesuatu tapi ada saja yang menghalang kita dari melakukan sesuatu itu. Macam-macam alasan yang kita beri seolah-olah kita sendiri yang membina penghalang untuk diri sendiri. 'Dah terlambat' atau 'dah tua' dan macam-macam alasan lain. Pada aku, sepatutnya tak ada alasan-alasan macam tu dalam kehidupan kita sebab arah tuju hidup ini kita yang tentukan sendiri. Post ini aku buat bukan untuk aku lampiaskan nafsu aku untuk jadi lebih jahat atau lebih cool. Cuma aku percaya, kalau ada sesuatu yang pada satu masa dulu kita tak pernah capai, tak bermakna kita tak boleh capai langsung perkara itu. It all depends on the effort and the determination.
Jadi kalau dulu kita mahu jadi atlit sekolah tapi tak berkesempatan, sila turun ke padang dan mula berlari. Walaupun sekarang dah gendut, tak bermakna kemampuan berlari itu tak pernah ada. Si I kawan aku mampu saja buat begitu, siap menang pertandingan merentas desa di UTP lagi walaupun di sekolah dulu dia pernah gemuk. Kalau dahulu mahu cuba-cuba merokok tapi selalu takut kantoi dengan warden, pergi ke bilik kawan kamu yang merokok dan minta sebatang (perokok-perokok memang pemurah walaupun harga rokok mahal, percayalah!). Selepas beberapa puffs, kamu akan tahu sama ada suka atau tidak. Kalau tak percaya, tanya FK. Jika kamu mahu jadi lebih outspoken dan kurang pemalu, keluar dari bilik dan mula bersosial. Jumpa lebih ramai orang dan mungkin join pelbagai events supaya kamu lebih selesa berhadapan dengan orang ramai. Peluang itu ada, cuma bergantung kepada kita untuk mengambil kesempatan itu. Yang penting, jangan diri kira sendiri jadi batu penghalang kepada apa yang inginkan.
p/s: Mahu jadi doktor lepas tonton Grey's Anatomy. Sempat lagi tak?
Sudah-sudah. Jom makan ais krim sampai muntah!

*********************************************

********************************************

Thursday, November 13, 2008
Viva Forever - Spice Girls
Viva forever? Pergi mampus!
Tiba-tiba aku berangan mahu dapat 4 flat final exam semester ini. Tak tahu kenapa. Bukannya rajin datang kelas atau rajin buat assignments pun. Tapi aku tetap mahu berangan. Sebab angan-angan kan percuma. Aku tak suruh kamu orang bayar angan-angan aku pun. Jadi tak menyusahkan sesiapa pun untuk aku berfantasi dapat 4 flat. Mungkin sebab aku ambil sedikit saja sabjek sem ini, itu yang aku berangan. Atau mungkin sabjek-sabjek itu tak berapa susah. Atau mungkin result semester ini akan aku gunakan untuk apply internship nanti. No pressure. Mungkin susah, tapi tak salah.
Anak saudara aku si Nazrin dapat nombor satu lagi peperiksaan akhir tahun. Pandai. (Siap ada blog lagi tu!) Dah macam waktu aku di sekolah rendah dulu. Selalu dapat nombor satu. Ingat lagi muka bangga mak aku pergi sekolah tengok aku turun naik pentas sampai lenguh kaki, lenguh mulut senyum ambil hadiah. Minggu depan ada majlis penyampaian hadiah untuk anak saudara aku tu. Di Heritage Hotel ke atau di Hillcity Hotel. Aku tak pasti. Tapi yang penting tetap grand mahu buat di hotel! Mesti muka kakak aku senyum bangga macam muka mak aku dulu.
Kakak aku selalu cakap Nazrin lincah macam aku waktu kecil. Pandai pun sama macam aku waktu kecil. Aku harap dia besar nanti tak jadi macam aku sangat. Biar dia pilih apa yang dia mahu jadi. Yang paling penting, aku harap kakak aku dan suaminya takkan beri pressure maha dahsyat pada dia untuk jadi itu, jadi ini. Jadi doktor, jadi engineer. Kalau anak saudara aku itu mahu jadi cikgu bahasa Inggeris pun aku akan sokong. Ok, ok. Tak sokong sangat. Up sikit, jadi lecturer mungkin (hoho!). Tapi pokok pangkalnya, aku tak mahu apa yang dah jadi pada aku jadi pada dia pula. Terseksa. Seksa mahu puaskan impian orang lain.
Hujung bulan ini kakak aku, abang ipar aku dan Nazrin akan bercuti di Beijing, China. Tak tahulah itu hadiah untuk Nazrin atau apa, tapi mereka memang selalu bercuti jauh-jauh bila musim cuti sekolah. Mungkin mahu menebus masa yang kurang diluangkan bersama Nazrin sebab kakak dan abang ipar aku orang yang kerjanya bagus. Masa banyak dihabiskan pergi kerja, berkerja dan balik dari kerja. Jadi waktu-waktu cuti begini boleh eratkan hubungan kekeluargaan. Baguslah. Kalau aku ada duit pun aku akan buat sedemikian. Sebelum pergi ke sana, Ahad ini ada makan-makan dan doa selamat di rumah mereka. Aku wajiblah dijemput hadir. Fikir-fikir, aku baru mahu minta duit dari kakak aku sebab bajet bulan ini dah lari. Tapi mesti banyak belanja mereka untuk pergi bercuti, jadi tak jadi minta.
Bila bercakap tentang luar negara ni, aku teringat tentang satu pasangan teruna-gadis dari Amazing Race Season 13. tak ingat nama mereka. tapi mereka ini kuat bergaduh. Aku suka satu episod yang menunjukkan kebebalan mereka. Waktu itu mereka dapat instruction untuk terbang ke Taiwan. Jadi si gadis ini bila baca saja kad instruction warna kuning-hitam itu terus teruja sambil berkata, 'Oh, I like Thai foods!'
WTF?
Dah lama tak makan steamboat di Johnny's kan Minnie? Sudah-sudah. Pergi muntah semuanya.
Wednesday, November 12, 2008
Tears Dry on Their Own - Amy Winehouse
kalau nampak keronyok tisu-tisu dalam bucket sampah atas mejaku, itu aku guna untuk mengelap air mata, air hingusan dan air koko panas yang tumpah. kau dapat bezakan warna kan? - aku
Susah jadi aku. Susah punya jiwa yang sensitif. Susah datang dari keluarga yang tidak menahan emosi kami. Keluarga aku bukan keluarga yang emosi itu diempang-empang jangan pecah, jangan kasi orang melihatnya. Kami jika sedih, nampak. kalau gembira nampak, siap buat keraian makan-makan. Kalau benci jerit-jerit, maki sana sini. Tapi aku suka begitu. kami tak simpan dalam hati, tak bernanah. Biar opah, abah, makcik, kakak-kakak, abang, aku tahu.
kalau tak mampu cakap depan-depan, cari orang tengah. abah kalau tak berkenan fesyen rambut ceracak bangunanku, dia cakap pada Atie. suruh Atie bagitahu aku. Yang paling seronok, Atie yang kena marah, bukan aku. 'Galakkan sangat adik tu kan? Apa dia nak buat tak pernah dihalang'. Atie datang cakap pada aku, lepas tu kami gelak-gelak terus pergi makan McD. Kami rakan jenayah. Atie suka tipu abah kalau balik lambat, aku tak tipu. Aku marah Atie kalau tipu abah pasal benda-benda ringkas macam tu. Bila scholar aku kena tahan, baru aku suruh Atie tipu. Lepas abah tahu, dua-dua kena tengking macam halau beruk. Padan muka. :P
Tadi keluar makan dengan Minnie dan Jinggo. Jinggo cakap dia mimpi lucu. Main muppets sambil anjing-anjingkan si Mon, dengan aku dan Zirf ada dalam mimpi dan gelak-gelak sekali. Jinggo suka Zirf. Jadi dia suka mimpi tu. Bangun-bangun dari tidur dia tergelak. Tak tahu gelkkan Mon atau gelak gembira ada si Zirf. Aku pula selalu mimpi menangis. Bangun-bangun bantal basah. Bangun-bangun mata merah. Jadi aku buat teori depan Minnie dan Jinggo, aku ini kehidupannya gembira. Jadi bila mimpi selalu resah-resah, hiba-hiba. Dunia lain untuk kehidupan aku yang kedua. Kalau Jinggo pula, hidupnya keluh kesah. Dah terantuk baru terngadah. Jadi mimpinya Tuhan kasi gembira. Supaya dia rasa hidup sedikit adil. Tapi hidup nyata aku tak adalah happy sangat-sangat. Biasa-biasa saja.
Aku kalau menonton filem, aku sudah jadi macam karekter utama dalam filem itu. Kalau dia sedih, aku sedih. Kalau dia menangis, aku menangis sekali. Sebab itu aku suka tonton filem atau series sorang-sorang. Baru ada ruang untuk pelampiasan emosi diri. Nanti kalau tengok dengan orang lain kena gelak. Sof gelak-gelakkan aku bila tahu perihal aku ini. Katanya paling jauh dia sedih menonton pun sekadar bergenang. Tak adalah sampai bertisu-tisu macam aku. Aku tak kesah-lah apa orang nak cakap. Lain orang lain empangan air mata kan?
Aku senang dengan diri aku sendiri. Lagi sensitif aku, lagi senang aku memahami orang lain. Sebab itu aku ada banyak kawan yang baik-baik. Kawan yang tak baik pun ada, tapi aku kawan juga walaupun hati aku sakit. Sebab di UTP ini aku belajar erti menyimpan emosi. Lain tempat lain cara. Aku tak kesah semua itu. Janji masih ada kawan untuk gelak-gelak, usik-usik, maki-maki, sedih-sedih. Tapi aku dah janji pada diri aku sendiri, bila aku keluar dari UTP nanti, aku tak nak kawan dengan kawan-kawan yang tak mahu ambil tahu tentang aku lagi. Sebab aku dah tak tak ada kena-mengena dengan mereka. Tak penting dah mahu bermuka-muka dengan mereka lagi.
Wah, tapi nak tunggu saat itu adalah bertahun-tahun lagi. Tak tahu larat atau tidak mahu menunggu.. haih~~
Sudah-sudah. Minnie mengidam roti canai panas. Aku mengidam roti canai garing cicah susu pekat. Pergi-pergi muntah semua~~
Lonely Soldier Boy - Hujan
aku gemar lawak yang ekstrim. pada aku lawak-lawak macam tu seolah-olah satu perkara yang sukar terjadi dalam dunia nyata. jadi apabila lawak-lawak sedemikian dipaparkan di kaca TV, ataupun di layar perak, aku memang jadi teruja untuk menontonnya. Aku suka twist-twist yang tidak terjangkau di otak yang terjadi dalam sesebuah lawak ekstrim itu, aku suka gaya bahasa yang sarkastik dan aku suka melihat mimik muka pelakon-pelakonnya yang memang seolah-olah memang dilahirkan untuk melakonkan watak-watak ekstrim itu. Di bawah ini aku senaraikan antara rancangan-rancangan dan adegan-adegan iklan, series dan filem komedi ekstrim yang aku ingati sampai sekarang.
1. Dalam series MadTV ada tunjukkan parody trailer Memoirs of Geisha. Aku ingat lagi waktu aku dengan kawan aku si Sadin yang telah pun selamat menyambung pelajarannya di Ireland menonton video trailer itu di youtube. Memang pecah perut. Sampai sekarang kalau aku tengok lagi, mesti gelak lagi. Aku tak tahan tengok lakonan Bobby Lee yang selambayaya memakai kimono dan menganjing-anjingkan setiap adegan dalam trailer tersebut terutamanya bila dia sedang memikat laki yang sedang mengayuh basikal itu. Aku malas nak paste video youtube itu di sini. jadi cari sendiri.
2. Aku suka rancangan Little Britain USA. Aku tak pernah tengok lagi Little Britain yang original punya dari UK, tapi aku tahu mesti lucu macam USA version. Watak-watak dalam Little Britain sangat satirikal dan sarkastik. Kutuk-kutuk Amerika macam dah tak ada hari esok. Kutuk-kutuk negara sendiri macam nak kena tembak dengan askar. Sangat mengingatkan aku pada Ah-Ha, cuma lagi ekstrim. Iyalah, siapa yang berani tunjuk lelaki pakai sut perempuan gemok bogel sambil ada tapak sulaiman melekat di celahan bontot kan?
3. Aku suka babak dalam series Grey's Anatomy 506 bila Christina Yang tarik tangan Grey dan berlari untuk mengelak dari bertembung dengan watak doktor lelaki baru yang pernah cium dia dulu. Adegan yang berlangsung selama hampir 11 saat itu, diiringi dengan bunyi-bunyian perccussion (tabla mungkin. hoho!) dan muka pelakon Sandra Oh yang nampak lebih buruk dari kebiasaan memang sangat intense dan melucukan. Memang itu antara adegan paling lawak pernah aku tengok dari drama Grey's Anatomy. Kalau episod itu dicalonkan untuk Emmy Award, silap-silap Sandra Oh boleh menang anugerah komedi.
4. Oh, dalam kedua-dua filem tulisan Tina Fey, Mean Girls dan Baby Mama, aku memang suka adegan Cady (Lindsay Lohan) melompat ke arah Regina George (Rachel McAdams) dalam kafeteria seolah-olah membayangkan pergaduhan antara dua ekor binatang di Afrika. Girlfights memang mengghairahkan. Tapi girlfight seperti binatang? Double pleasure dan jarang-jarang. Kalau dalam filem Baby Mama pula, aku teringat adegan Kate (Tina Fey) menyembur Angie (Amy Poehler) dengan air pancur kerana mahu bersihkan bahan kimia yang digunakan untuk mewarnakan akar rambut Amy Poehler. waktu itu memang sakit perut aku bila Amy Poehler jerit-jerit 'I'm clean! I'm clean!' seakan-akan drama penagih dadah pula aku tengok.
5. Ada satu iklan minuman ringan Miller Light Catfight Uncensored benar-benar menguji urat ketawa aku. Minta maaf kepada para gadis kerana iklan ini masih tentang dua gadis yang bergaduh dan bergelutan hanya kerana tidak sepakat dalam adjektif rasa minuman ringan tersebut. Pergelutan bermula dari alfresco, sehingga masuk ke dalam kolam air pancur, dan akhir sekali ke dalam simen cair. Memang bodoh tetapi menghiburkan.
6. Ah, kesemua filem Scary Movies benar-benar kegemaran aku tapi aku paling menyukai Scary Movie 1 yang menganjing-anjingkan filem 'Scream' dan 'I Know What You Did Last Summer'. Adegan terbaik? Sewaktu Buffy (Shannon Elizabeth) sedang menunjukkan bakat lakonnya dalam pertandingan ratu cantik sekolah. baru hendak memulakan lakonannya (yang berkemungkinan bimbo seperti wataknya juga) tiba-tiba dia melihat bagaimana kekasih hatinya dibunuh di depan mata. Jeritan meminta tolong dan tangisan Buffy dianggap real dan terus dia memenangi gelaran itu. yang seronoknya, beliau terima gelaran itu dengan rasa gembira seolah-olah pembunuhan tadi tak wujud. Siap tolak seorang gadis yang sedang memujuk dia yangs sedang menangis di backstage sambil berkata 'I won, bitch!' Sangat sadis!
7. aku suka waktu Kahuna tanyakan 'Emel? Emel? Emel?' dalam post terbarunya. Aku ketawa sorang-sorang. Sangat intense dan sarkastik.
banyak lagi komedi-komedi ekstrim yang pada aku sangat bijak dan mempunyai mesej tersendiri pada aku. aku akan terus menonton adegan-adegan sebegini dan terus terhibur sebab bukan mudah nak buat lawak sedemikian. perlu ada minda-minda yang segar bugar dan benar-benar kreatif. kalau dengan Minnie dan Jinggo sendiri, kami sering saja ada idea-idea lawak ekstrim kami sendiri. Mungkin suatu hari kami juga akan keluar dengan filem atau video parody kami. Mana tahu kan?~
p/s: teringat waktu first year first semester, aku, jinggo dan manckk sedang berjalan pulang dari lecture dan membayangkan kami sedang berada dalam video klip Jewel - Intutition. Hoho!
sudah2~, pergi muntahkan biskut marie cicah milo mocha yang aku makan tadi.
Tuesday, November 11, 2008
Save Me From Myself - Christina Aguilera
"aku ni setiap kali exam aku sengal, kau pulak setiap kali exam kau nak kahwin" - petikan perbualan gtalk aku dengan kawan baik aku Minnie.
manusia sekarang ini tak tahu mencegah, cuma tahu cari ubat sahaja. apa-apa pun terjadi, bila sakit baru cari doktor, cari ubat. macam aku lah, aku suka kalau tidur lewat (ambil 6 pagi) tu, kunci jam awal (ambil 9 pagi) konon-kononnya mahu bangun belajar. Jadi aku harapkanlah alarm handphone aku yang maha bingit (ambil ringtone alarm kereta) itu akan membangunkan aku. seumpamanya itu ubat aku bangun tidur awal lah. susah pula analogi aku ni kan? tapi, apa yang aku nak tunjukkan di sini ialah, tak guna aku berbuat demikian kalau aku sendiri tak mengambil langkah pencegahan iaitu dengan
manusia tak nampak langkah-langkah awal itu. kalau nampak pun, selepas dah jatuh ditimpa tangga. sama macam UTP ni, bila ada yang dah masuk ICU sebab demam denggi, barulah terhegeh-hegeh mosquitoes busters datang fogging. sebab nak mengubati masalah pembiakan nyamuk denggi di sini. kenapa sebelum ni tak ada galakkan student lebih menjaga kebersihan atau suruh pekerja kebersihan kat sini lebih rajin bekerja selain daripada duduk dalam bilik janitor sambil umpat-mengumpat. kita memang suka macam ni. suka tunggu sesuatu perkara tu dah berkudis bernanah, baru nak sapu ubat kulit.. walaupun malas mandi.
satu yang aku tak suka exam week adalah bila dengar orang keluh-kesah pasal exam papers. sama ada sebelum atau selepas exam papers itu. kalau sebelum, aku akan dengar 'Ya Allah, banyaknya nak kena study ni. Aku rasa tak sempat ni. Peningnya. Coursework rendah pulak tu' dan macam-macam lagi luahan rasa sebelum masuk dewan peperiksaan. Bila dah keluar 'Susahnya paper tadi. macam teruk saja nanti result aku' tak pun 'kalau aku belajar betul-betul, confirm-lah boleh jawab tadi'. aku bukan tak suka dengar cerita orang, cuma aku tak suka dengar cerita yang berulang-ulang tambah-tambah lagi pasal exam. setiap semester kita ambil. We know the drills. Kalau tak mahu susah di hujung semester, belajar rajin-rajinlah sepanjang semester tu. Kalau kelas pun tak pergi, jangan-lah nak mengadu pasal kamu terlepas beberapa chapters atau coursework mark yang rendah. aku tahu, aku ini adalah orang terakhir yang paling layak hendak berbicara tentang isu rajin belajar atau rajin ke kelas, tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah mengeluh berkenaan isu ini sebab aku tahu, orang tak mahu ambil tahu tentang ini semua tentang aku terutamanya kawan-kawan serumah aku sendiri.
Manusia suka mengabaikan perkara-perkara yang mereka anggap tidak penting dalam kehidupan. We take things for granted. Itu sebabnya kita sukar melaksanakan pencegahan daripada rawatan. Mungkin ini ada kena mengena dengan pemikiran kita yang tak suka fikir ke hadapan sangat sebab pencegahan ini adalah seperti satu fasa perancangan, satu plan. Kita makan lebih sayur-sayuran atau buah-buahan supaya dalam jangka masa panjang, bila kita tua nanti, badan kita akan lebih baik. tapi mungkin ada yang tak nampak semua itu. jadi mereka lebih suka makan McD, makan KFC, macam aku lah (huhu~). Sama juga macam perancangan kewangan. Wujudnya untuk mencegah kita daripada jatuh miskin. tapi jika kita sendiri tak tahu berjimat, terhegeh-hegehlah nak meminjam sana sini. Sampai ada yang ditetak along.
jadi aku pun terfikir.... macam mana nak mencegah diri aku daripada lebih gemuk? Kurangkan makan? Banyakkan bersenam? Telan pil peningkatan metabolisme seperti saranan si Kucing? Ah.. orang sibuk-sibuk mahu exam, aku sibuk mahu kuruskan badan pula.
Sudah-sudah. Jangan muntah. Aku mahu semua orang gemuk!
Monday, November 10, 2008
You Don't See Me - Josie & The Pussycats
Perkara Pertama:
Jazlin yang gebu telah tagged aku. Benar kata Alin, tag-nya mudah saja. Letakkan gambar terkini. Jadi kepada peminat-peminat aku di luar sana, ESKLUSIF gambar aku baru bangun dari tiduran.
fakta 1: selalu kalau aku upload gambar, gambar tu tetapannya large. tapi sebab kali ini perlu upload gambar sendiri, jadi dekat-dekatkan hidung pada skrin komputer untuk tengok gambarku yg kutetapkan kecil ini.
fakta 2: minta maaf pada yang sudah kurang selera makan selepas melihat gambar ini. tapi di Facebook aku ada talent agency minta aku pergi interview untuk jadi model mereka. seperti kamu, aku pun terkejut juga!
fakta 3: mula-mula aku mahu buat tak endah pada tag alin sebab akhir-akhir ini aku rasa kurang yakin dengan diri sendiri. tapi selepas berusaha menyayangi diri sendiri selama setengah jam sebelum menangkap gambar, aku buat keputusan untuk letak saja gambar aku. lagipun ini blog aku, kisah apa aku orang nak fikir apa pun~~ :P
Perkara Kedua:
Aku ada tulis cerita lawak. tapi aku tak tahu lawaknya pada aku saja atau pada kamu semua juga. jadi aku nak letak juga cerita ni dalam blog aku. korang mahu gelak atau tidak terpulang. kalau gelak bagus, maknanya korang baik hati kasihankan aku. kalau tak gelak bagus juga, maksudnya kamu jujur. Ceritanya begini;
A woman stumbled upon a man that she had been trying to contact for almost a week. Her face started to reddened. She couldn't keep her calm anymore. In the crowded cafe, she spilled off everything that has been hiding in her chest. She lost it all.
Woman: I tried your cell for a week. I looked for you at your apartment but you weren't there. What a mature act you put there, huh?
I am a grown woman. I am a pretty and confident woman. I have a secure job, with high salary. I can survive by my own. I don't need a man.
But I met you. I know I like you from the day I met you. I chose you. Even if you are not that good in bed, I choose you. Even when you don't have the largest weenie, I still choose you. Even when you act and look stupid, I choose you. I choose you to be stupid to.
I'm tired of chasing you anymore. I don't have that much energy anymore. Tell me, what am I missing here?
Man: Energy bars?
Perkara Ketiga:
sebenarnya tak ada perkara ketiga. tapi aku mahu tulis juga. aku mahu tulis tentang bagaimana seorang kawan perempuan aku yang cerita tentang bagaimana dia rasa secure (aku ambil bulat-bulat penggunaan perkataan dia) bila kawan perempuannya yang menumpang bilik dia memeluk dia sewaktu tidur. Kepada teruna-teruna di luar sana, ini bukan post tentang kisah cinta lesbian. Jadi minta maaf kerana menghancurkan imaginasi nakal kamu.
aku rasa, bila kita resah, memang 'berpeluk' (seperti istilah gabby, kekasih hati kawan aku) membawa resah itu jauh-jauh. seolah-olah pelukan terjadi, kuasa jahat tak mampu mendekati orang-orang yang sedang berpeluk itu. Teringat iklan produk bayi, 5 saat sentuhan lebih bermakna dari 5 minit kata-kata. Sebab itu kalau kita lihat dalam filem Inggeris, bila seorang gadis menangis kerana takutkan guruh misalannya, seorang hero yang saksama akan memeluk gadis itu untuk menenangkannya. Yang terjadi selepas itu adalah di luar cerita aku ini.
Kawan aku si I ada menulis di status gtalk-nya tentang bagaimana ada seorang professor menyatakan, apabila seseorang itu sedang resah, tensi atau marah, ada cas-cas negatif yang wujud dalam badan beliau itu. Maka apabila beliau berpeluk dengan seorang yang lain, cas-cas negatif itu akan dapat dineutralkan. aku kira, orang yang dipeluk itu mestilah perlu punya cas-cas positif dalam badannya, jika tidak, masakan cas-cas negatif itu dapat dineutralkan, kan? (Wah, aku masih punya pengetahuan elektrik!) Oleh itu, andai benarlah penyataan aku ini, jangan pula waktu kamu-kamu sedang resah, kamu pergi peluk orang yang sedang resah juga. takut-takut ada yang makan penampar nanti.
maka disebabkan teori professor ini, sibuklah si I tadi pergi memeluk semua budak-budak rumah dia sebab tensi-lah lagaknya. Tapi menurut andaian jahat aku, entah-entah teori itu saja diciptakan oleh I sendiri kemudian diletakkan di status gtalk-nya supaya orang tahu si I mahu dipeluk kerana sedang gelisah. Nanti, jika peluk-peluk tidak di-announce, takut-takut ada yang menuduh si I mahu ber-gay pula kan? Wah si I, pandai kau ambil kesempatan!
Baru lepas makan nasi putih, daging merah dan ikan masin. Tak sanggup hendak muntahkan~

*************************************

***************************************

Saturday, November 8, 2008
Say It Right - Nelly Furtado
bila kawan2 aku sedang gembira mahu pergi berpraktikal dalam masa tidak sampai sebulan lagi, dan ada juga yg sedang kecewa kerana belum mendapat apa2 offer, aku pula sedang duduk diam dan risau.risau bila tiba waktu untuk aku kecewa seperti mereka. sebab sudah pasti aku tak punya pointer yang bermula dengan angka 3. dan aku tak ada senarai kokurikular aktiviti yang melampaui 5 mukasurat dengan gambar-gambar gah seperti sedang bersalaman dengan Che Det. haihh~~
katakan yang aku tidak melakukan kesalahan dengan diam dan berbaring-baringan tatkala masing-masing membilang hari, waktu dan kerisauan - aku
aku tak mahu praktikal di tempat yang menuntut aku melakukan sebarang bentuk programming, ataupun designing. sebab microsoft word pun aku belum khatam, inikan pula mahu mentelaah adobe. aku tak handal mcm gadis berkerjaya PnP, Hilary (bukan nama sebenar). aku mahu lakukan sesuatu yang cuma memerlukan aku berkata-kata. sebab aku tau, forte aku adalah kemampuan aku berkomunikasi dengan baik. niche aku pula menyanyi. tapi itulah, aku tidak bersuara bagai emas dalam bentuk gelombang seperti K A H U N A, jadi aku letak itu sebagai niche. huhu~ soalnya, aku tak sesuai berada dalam jurusan Business Information System ini. Dalam pasukan sabjek Software Engineering aku, aku pun hanya ahli tempelan yang tidak menyumbangkan apa2 sewaktu documentation ataupun development of the software itself. sebab aku tak ada kepakaran itu. khidmat aku hanya digunakan saat-saat akhir waktu presentation. sebab itu kekuatan aku - bercakap. kata lecturer Corporate Ethics aku selepas group presentation kami dulu, 'Ismal is born to be a speaker' mungkinkah aku lahir2 dahulu trus boleh bercakap?
kawan-kawan aku tanya, 'nanti kamu mahu intern di mana?'. aku jawab 'tv3 mungkin - PR'. mencelah kawan aku si Kucing yang sering-sering saja mengutuk boss department tempat dia intern seorang lelaki lembut 'hurm, aku takut SV UTP nanti kata bidang tugas tak kena dengan program yang kau ambil sekarang' DING DING DING DING! Kucing, kau tak menyelesaikan misteri Holy Grail dengan mengungkapkan kata-kata yang sudah lama bermain dalam otak aku. Aku dah lama tau kalau aku intern management atau PR, memang tak kena dengan nature Information System itu sendiri. Habis tu, apa guna mereka letakkan sabjek-sabjek seperti Management and Organizational Behavior dalam program kami ini kalau kemudiannya tak dapat di-aplikasikan? jadi, aku pening~ aku tak mahu buat database.. tak mahu buat system. kalau aku kena buat, aku akan menipu. aku akan hantar ke kedai dan suruh programmer yang benar-benar programmer buatkan.
aku terlalu sayang bahasa (ibundaku mahupun Bahasa Melayu), dan aku sayangkan kemampuan aku berinteraksi dengan manusia, haiwan dan dinding tepi katilku sehinggakan aku rasa adalah satu kerugian jika aku tak teruskan passion aku ini. Kenapa wajar aku abide pada undang-undang yang dibuat manusia jika pengakhirannya hanya akan buat aku lagi miserable kan? malahan aku sudah berkira-kira mahu membuka kelas tusyen cuti semester ini, mahu mengajar English. tapi bukan English sekolah yang memaksa anak-anak murid menghafal dan menjawab peperiksaan, aku mahu mengajar Communication English. Ya, aku mahu mengajar anak-anak Sungai Siput lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. berdiri depan orang ramai tanpa ada rasa kaget mahu menuturkan 'I believe globalisation is becoming a threat more than a blessing' daripada sekadar mengetahui 'Yes', 'No', 'Sorry' dan 'I Love U' sahaja. Aku mahu mereka jadi macam aku. Selalu saja disalah-anggap sebagai KL-lites konon-kononnya. Aku baru tahu rupanya, jika kita berpakaian kemas-kemas, dan punya kemampuan berbahasa Inggeris yang luar biasa, maka kita secara otomatisnya seperti orang KL. sedangkan ramai saja orang-orang dari KL yang aku kenal, mahu menyusun satu ayat Inggeris dengan nahu dan tatabahasa yang sempurna pun bagai mahu tercirit lagaknya. aku tak tahu nak bangga atau kecewa dengan anggapan yang sering saja jatuh ke atas aku itu.
aku mahu hebat dalam satu-satu perkara yang aku lakukan. aku takkan hebat dalam BIS. aku tahu itu. selama-lama aku di UTP ini aku seorang mediocre, dan aku seolah-olah dapat merasakan aku akan kekal begitu. aku bukan seperti I (pangkal nama sebenar) yang gigih belajar engineering bukan kerana minat, cuma kerana mahu dapat degree, kerja bagus dan gaji besar. nanti bila kaya boleh shopping macam-macam, puaskan nafsu modernisasi. aku orang sekian-sekian yang rela miskin daripada menipu diri sendiri, daripada kehilangan separuh kehidupan mengejar satu kepalsuan. aku mahu jadi seorang yang mampu meluahkan perasaan aku melalui cara aku sendiri. dengan menyanyi, dengan menulis dengan bersajak dan dengan berkata-kata. aku mahu didengari. mahu dimengerti.
jadi salahkah jika aku merasakan apa yang aku pelajari sekarang ini bukan satu bantuan kepada perkembangan jiwa rasa aku. persetankan kepada yang menganggap tanpa pelajaran kita takkan berjaya. korang semua lebih bahalol dari ungka sebab pembelajaran bukan sekadar formal semata-mata. kita belajar dari pengalaman, dari kejatuhan dan kejayaan (jika ada). jangan anggap penjual burger tepi jalan atau makcik yang menyapu rumah korang yang kotor dengan sampah-sampah bijak pandai korang itu tidak berilmu dan tidak boleh dihormati. aku percaya, nanti suatu hari waktu aku sedang duduk-duduk hisap rokok di anjung rumah di tepi pantai sambil mensyukuri apa yang aku ada, kamu semua akan terus merasakan yang harta, pangkat dan material yang kamu ada itu masih tidak mencukupi walau sekuat mana tenaga telah dikerah. aku tahu saat itu aku gembira dan tidak stress dengan perkara-perkara sedemikian sebab aku berada dalam dunia sempurna yang aku ciptakan sendiri. bukan kerana tekanan dari orang lain ataupun kerana perlu stick to the status quo.
kepada yang menganggap aku seorang yang malas, sila terus menganggap sedemikian sebab aku memang malas. di sini. di UTP. kerana korang rajin belajar dan pandai tak menyebabkan aku perlu memberi rasa hormat pada kamu - tambah-tambah pada yang suka memberi pandangan dan kata-kata sinis kepada aku. aku tak makan guna duit kamu, dan aku tak pecahkan dara adik-adik kamu yang mungkin sudah tiada dara. kepada yang tahu sebab-sebab train-wreck ini terjadi, terima kasih kerana memahami aku, dan aku berdoa moga-moga kamu sekian-sekian akan terus kekal menghiasi perjalanan hidup aku.
sudah-sudah, masa untuk jadi bulemik. pergi muntah semua~
Friday, November 7, 2008
Let Go (B-Side) - Avril Lavigne
emosi adalah satu perkara yang sukar dimengerti. kalau dalam bahasa ibundaku, aku akan gambarkan emosi sebagai sesuatu yang delicate. emosi ini sukar dimengerti kerana ia lahir dari hati. dan hati itu adalah satu wilayah yang complicated yang Einsten pun belum mampu temui rumusnya. sebab itulah, emosi ini perlu dijaga. perlu diingatkan, emosi bukan sekadar muzik emo yang lambangnya rambut helicopter, mata yg bercelak panda (baik teruna mahupun dara) dan baju serba hitam, spike sana sini. Emosi ini pelbagai - sedih, kecewa, gembira, contented ataupun disayangi (sila perhatikan tetapan status di MySpace untuk lebih bnyk pilihan emosi). Emosi juga sangat sukar disembunyikan oleh riak wajah dan bahasa tubuh kita.
kerana permainan emosi sangat bahaya, aku selalu mengingatkan sahabat2ku untuk tidak menguji permainan ini. kerap kali ada sahaja yang mahu bercinta secara suka-suka. 'tak ada yang serius, just flings, just flirtations' namun adakah rasa itu juga sama di pihak satu lagi? jika tidak, bukankah akan ada satu hati yang terluka dan memori cinta luka itu akan kekal dalam ingatannya? haaa.. itulah bahayanya emosi sbb sekali emosi tersentuh, ia akan berkesan di minda kita. sebab itulah bila aku terima forward dari rakanku tentang memori2 kita sewaktu kecil dulu seperti menonton Power Rangers, suka bermain lawan pemadam dan penutup botol, aku bereaksi 'Oh b*bi! Itu sangat benar' sebab perkara-perkara itu pernah menyentuh emosi kanak-kanak riang kita dulu.
Telah aku berkali-kali nyatakan, aku punya hati yang mudah tersentuh. Itu aku tak tahu kenapa, sila tanya Tuhan. jadi, jika melihat penderitaan orang, senang saja air mata nak mengalir. Tak ada empangan Temenggor yang menghalang. kalau aku berduka, orang akan nampak di wajah aku. Aku jugak akan lebih bnyk diam. walaupun aku tahu orang suka aku diam, tapi orang akan tahu aku diam kerana aku sedih. jadi orang akan kata 'alaa Ismal, ko sedih apesal ni?' sambil gelak2 sebab ketawa tu umpama bahasa untuk bercakap dgn insan nama Ismal. Ismal tak boleh sedih ke? :) apa-apa pun, sekarang ni aku dapat rasakan aku makin berubah. aku sudah jadik tak kisah. apa orang nak buat, aku biarkan. kalau aku sakit hati, aku biarkan ia pergi. sebab kalau simpan dalam hati, jadik bernanah, aku sendiri yang sakit. orang yang sakitkan hati aku still boleh suka2, still boleh ketawa riang. aku pulak yang merana. jadi aku malas nak ambil kisah sekarang. korang buatlah apa korang suka.
tapi sebenarnya, kita tak boleh menipu dengan emosi. walaupun aku kata aku tak kisah, andai aku disakitkan sekali lagi, memori2 lama akan berulang dan mungkin akan akan kisah sebab dah terlebih memberi peluang pada orang lain. Emosi ini umpama lapisan bawang paling dalam bawang. kita kene kupas satu2 kulit luarnya baru kita jumpa apa yang ada kat dalam tu. dan waktu mengupas tu lah kita akan menangis. sebab itulah ia akan mengambil masa yang lama dan seorang kawan yang setia untuk benar-benar memahami apa emosi kawannya yang lain.
terimas kasih pada K A H U N A, aku teringat pada rancangan kuiz Roda Impian. signifikannya di sini, Astro mungkin boleh menghentikan perkhidmatan Halim Othman selaku pengacara kegemaran Roda Impian aku, Tuhan mungkin boleh membawa pergi Hani Mohsin, dan Astro mungkin terpaksa menghentikan rancangan itu, namun satu yang tak boleh dibawa pergi adalah memori aku, abah dan abang aku duduk di depan TV sama-sama, bersaing meneka apa jawapan yang tersembunyi dalam kotak-kotak yang dibuka manja oleh tangan lembut Eja. Itu antara sedikit perkara yang aku lakukan bersama-sama dengan abah dan abang aku. Yalah, jika tak dapat male bonding dengan membaiki kereta (maafkan Wan ya Abah sebab tak tahu menahu sgt ttg hal ini) at least cukuplah dengan sama-sama menjerit dan ketawa menonton Roda Impian. Emosi connected ini memang tak akan dapat dibawa pergi oleh siapa2 sahaja sebab aku pun tak mahu emosi dan memori ini pergi.
Kita sentiasa disuruh forgive and forget. Sejauh mana peng-aplikasiannya, aku pun tak tahu. pada aku, forgive mungkin, forget? susah. sebab itu orang turut berkata, shame on you if you fool me once, shame on me if you fool me twice. Jadi walau bagaimana caranya pun kita let go, masih ada ruang untuk kita jadi lebih pandai dengan bersikap berhati-hati. Lihat, amaran 'berhati-hati' itupun menggunakan perkataan hati!
masa yang diperlukan untuk melepaskan sesuatu perkara itu bergantung kepada seseorang itu sendiri dan juga keadaan. Mungkin ada yang boleh meredakan emosinya sekejap sahaja, macam tak ada apa-apa yang terjadi. Ada yang lebih mahu dirundung emosi ini dahulu sebelum perlahan-lahan mengambil masa untuk melupakannya. cara kita mengendalikan emosi ini menentukan kematangan kita. kita tak boleh terlalu dipengaruhi emosi sehingga seluruh kehidupan kita ini dilihat sebagai musuh jika ia tak berpihak pada perasaan sendiri, dan kita juga tak boleh terlalu menidakkan emosi sehingga kita jadi kaku, hati jadi bisu dan sukar untuk orang mengerti diri kita. dalam hidup wajar ada keseimbangan. Keseimbangan yang membawa kebahagiaan.
di sini, jika aku ada salah dan silap kepada sesiapa, aku tak mengharapkan manusia sekian-sekian itu akan mengambil langkah sebagaimana aku dengan membuat tidak endah saja pada perasaan marah yang membuak-buak itu. Cuma aku percaya, emosi perlu diluahkan. Kalau tidak berpuas hati, katakan saja. akan aku celikkan mata dan pinjamkan telinga juga minda. sebab sesuatu masalah itu takkan dapat diselesaikan dengan melarikan diri - daripada aku. jadi jangan jadi pengecut, mengelak dari berbicara bukan satu perbuatan seorang yang dewasa dan matang. tapi, kalau emosi itu adalah rasa cinta.. hoho! simpan saja dulu kerana buat masa sekarang aku sudah berpunya. :)
sudah sudah, pergi muntah saja semua!~
Cross the Line - John Legend
cross the line punya pelbagai erti berbeza. tambah2 jika di-interpretasikan dari bahasa ibunda tercinta, English (ahh, habislaah ramai yg akan mar-rayh dengan penyataan aku ini). mari kita mulakan definisinya satu persatu. cross pada pengertian aku adalah salib yg di-ayun2 oleh paderi Kristian di dalam filem2 cult horror. cross juga merupakan perbuatan melintas sesuatu - jalan, jambatan, etc. cross juga melambangkan simbol pangkah yg sering menghiasi paper2 test aku sewaktu menjadi loser di program kejuruteraan dulu. tapi bagi konteks ini, kita ambil definisi melintas itu. maksudnya pembawaan diri kita dari satu kawasan lain, ke satu kawasan yg lain yg dipisahkan oleh the line. (perlukah aku mendefinisikan 'the'?)
the line boleh jadi apa sahaja territory yg ingin ditetapkan oleh tuan punya badan. kerana badan itu juga boleh manjadi satu line. itu sebabnya jika dalam filem-filem Inggeris, apabila seorang lelaki melakukan perbuatan kurang sopan (bayangkan menampar punggung yg gebu) selepas mabuk2 bersama gadis cantik berkulit mulus, gadis itu akan berlagak naif dan menjerit 'You've crossed the line!' sambil menghayunkan beg Prada-nya ke wajah lelaki itu. walaupun aku tidak mengerti di mana line di situ, tapi aku jelas yg perempuan itu mengatakan bahawa territory yg boleh dipegang cuma dari garis pinggang dan ke atas (mungkin!). jadi itulah the line walaupun jika menampar punggung itu seolah-olah lebih kepada crossing the curves (hoho!).
cross the line dari aspek seksual bukan sahaja telah diaplikasikan oleh gadis2 mabuk Barat ini, malahan telah diamalkan oleh ikon ilmu hitam di negara kita iaitu orang minyak. Gadis-gadis yg sedang nyenyak tidur akan dipukau (lagak ecstasy nampaknya) dan dinodai. Mahu tahu indikator yg gadis itu sudah tidak boleh memanggil dirinya anak dara lagi? Ya, ada pangkah minyak hitam terlukis di tubuh gadis itu. Jadi, soalnya di sini, mungkinkah orang minyak mempunyai pemahaman Inggeris yang lebih mendalam dari kita semua sehingga modus operandi-nya diamalkan selari dengan cross the line?
Pada aku, jika aku ingin melukis satu garisan, aku akan lukiskan garisan territory yang memisahkan samada apa yang aku saksikan, alami atau fikirkan itu appropriate pada norma aku atau tidak. garisan ini akan menentukan penerimaan aku pada perkara itu dan juga menentukan reaksi yang akan aku berikan. sebagai contoh kepada yang masih tidak mengerti itu, seorang itu boleh bergurau senda akan ke-bimbo-an aku dengan menyatakan 'kau sungguh bimbo! lagak kau persis Paris Hilton yang mabuk!'. aku akan mengambil gurauan itu dengan penuh hikmah dan saksama sambil membayangkan berapa banyak kekayaan yang akan aku warisi andai aku benar-benar Paris Hilton. Tapi, aku akan merasakan seorang itu sudah crossed the line jika dia mengatakan 'kau sungguh bimbo! no wonder kau gagal jurusan kejuruteraan dan terpaksa bertukar ke jurusan perniagaan' kerana seorang itu boleh bercakap tentang satu-satu perkara itu tanpa memahami the underlying reasons behind it. dan aku akan terus-terusan memandang orang itu sebagai bodoh!
tetapan garisan di sini sangat fleksibel pada orang-orang yang berbeza. Mungkin seorang kawan baik yang tidak mengucapkan selamat hari raya sebelum pulang ke kampungnya, dan juga seorang kawan baik yang tidak mahu meminjamkan masanya untuk menghantar kawannya ke satu tempat yang lain dengan keretanya akan aku anggap sebagai melanggar batas prinsipal persahabatan aku, namun, pada pengertian orang lain, aku hanya akan dianggap sebagai spoilt brat yang punya hati seorang gadis. oleh sebab itu, amat penting untuk batas ini dicanang-canangkan dengan penuh budi bahasa supaya ia akan difahami dan tidak pula disalah ertikan sebagai poyo dan berlebih-lebihan. yalah, bayangkan jika kamu tidak mahu orang menganggu kamu sedang membuat assignment di gtalk atau YM, bukankah sudah mencukupi dengan menukar status kamu kepada Busy selain dari 'siapa kacau aku, memang gay' (ahh kewek!). kalau mahu kelihatan lebih bijak dan tidak dimaki di belakang kamu, lebih elok jika tidak online YM dan gtalk itu, kan?
memang banyak garisan-garisan di dalam dunia (selain garisan Khatulistiwa!) terutamanya kita yang hidup di dalam negara yang kaya adat resam ini. Sentiasa bercakap dengan nada rendah pada orang tua, berpakaian yang sopan-sopan, jangan mewarnakan rambut sebagai pelajar (WTF?!) dan pelbagai lagi batas-batas tatasusila yang perlu diikuti kita semua. soalnya penerimaan dan keterbukaan kita kepada garisan-garisan itu. pasti ada saja teruna2 dan gadis2 celup Barat yang melenting dengan garisan-garisan yang tidak dianggap norma oleh mereka. 'Takkan sudah sayang dan kasih, masih perlu mendirikan rumah tangga?! Marriage is sooo over-rated. hati sendiri, tau2 sendiri lah kan?' ohh, tepuk dada yang bidang, tanyalah selera perut yang besar. pendirian aku? biar aku sendiri simpan dahulu. huhu
pada aku, biar di manapun kamu menetapkan garisan itu, sekurang-kurangnya biarlah hidup ini berpendirian. jangan sekadar duduk di atas garisan itu sambil berpura-pura naif. Jika mahu menjadi jahat (pada pandangan manusia) buktikan kejahatan itu. Jangan bermuka-muka. Jika mahu menjadi baik, jangan sekadar bertopengkan agama. Bak kata FK, jangan hipokrit kerana the fakers mmg tak akan dihormati. jadi, sleep over it. Fikirkan apa yang kamu mahu orang nampak dan tahu tentang kamu. dan esok bangun pagi dengan garisan-garisan di wajah kamu yang terhimpit di bantal! :)
sudah sudah, pergi muntah semua sekarang!
Thursday, November 6, 2008
Don't Believe in Love - Dido
aku percaya pada cinta. cinta pada Tuhan, pada Nabi, pada agama, pada keluarga pada rakan-rakanku. dan aku percaya pada cinta yg dipercayai oleh ramai gadis2 dan teruna2 remaja, cinta pada kekasih ku seru~ hoho! cinta seperti cliche-nya adalah satu2 perkata yg suci, yg menghubungkan rohani, hati, jiwa dan raga (pd yg mahram saja ya). kepada golongan2 hippies, cinta mampu mengubah dunia ke arah keamanan dengan kita duduk2 di sekeliling unggun api sambil bernyanyi irama folk-pop dengan iringan gitar sambil makan bunga daisies.
begitu kuatnya cinta. sumer org mahu merasakan cinta kerana cinta telah di-overrated kan. sesiapa yg tidak bercinta akan dikatakan seorang loser, hilang keyakinan diri, dan mula menjadi gay walaupun gay juga bercinta. ejen2 pencari jodoh mula tumbuh ibarat lepasan2 rancangan nyanyian realiti TV sehingga pada semua org, mencari pasangan itu adalah satu necessity, bukan lg perbuatan masa lapang yg aku gemar lakukan dahulu selepas tamat demam SPM. cinta oh cinta~
aku percaya pada cinta kerana aku dapat melihat betapa luruhnya hati abah bila kehilangan mak. bila kakak sulung aku kehilangan suaminya dalam tragedi jalan raya. sebab kehilangan ini seolah-olah membuakkan rasa cinta. ironik kan? tapi itulah, abah dan kakakku kehilangan cinta, namun mereka temui semula cinta baru. maknanya, cinta boleh kembali. tapi cinta yg sebelumya itu tidak bermakna telah di-flush dalam lubang jamban dan dilupakan sebegitu sahaja sebagaimana yg gemar anak2 muda skrg lakukan. tapi tidaklah secara literal. selalunya yg di-flush adalah sim-cards yg terisi nombor2 anak gadis yg sudah terpedaya.
cinta ibarat muzik dalam kehidupan kita. ada masa balada, rock, heavy rock, jazz (hurm. cinta yg swing.. boleh?) dan Bollywood. cinta mewujudkan fantasi-fantasi gemurahi dan suci (mungkin!) sehinggakan diangkat indah di layar-layar perak dan menjadi reference kepada hati-hati yang mahu melarikan diri drpd realiti cinta yg menyakitkan. yup, pokoknya, manusia akan lebih tertarik menanti happy ending daripada konflik2 sebelumnya. walhal, konflik itulah yg menyemarakkan happy ending itu. bayangkan kisah Cinderella tanpa epal beracun? Giselle tanpa kota New York? aku tanpa gel rambut? yerp, happy ending takkan terasa terlalu berjaya sbb tak ada adegan2 seksa yang meragut emosi penonton pada permulaan cerita. jadi, mengapa lari dari kenyataan yang menyakitkan hanya kerana mahukan cinta?
realitinya, cinta tak selalu indah. pada yg single, mencari cinta satu journey yg penuh dgn jatuh dan bangun. sbb itu kita gabungkan jatuh dan cinta. supaya org akan mengerti cinta itu menyakitkan. pada yang berpunya pula, cinta itu satu ikatan yang penuh dengan onak duri (ahh, cliche lirik lagu Melayu) dan dugaan. kerana mahu mempertahankan cinta bukan mudah. bila bahagia jek, mesti ada saja yg mengganggu. tak kesahlah samada org ketiga, orang keempat atau kelima. mesti ada pergaduhan atau kecurangan yg tidak disengajakan (ooops!). dan kepada yang kehilangan cinta, pasti terasa bagai separuh jiwa dan penghidupan telah dibawa pergi bersama hilanganya jasad dikambus tanah. macam sewaktu mak pergi. aku terasa mcm hilang arah seketika (sekarang pun masih hilang arah). tapi itulah dugaan bercinta, kehilangan tak mungkin boleh dijangka. sebab itulah bila bercinta mesti realistik. kalau terlalu cinta pada Tuhan sekalipun, perlu ke kita menjangka kita hanya akan dikurnia kehidupan yang bahagia saja. Nabi Ayub pun diuji dugaan penyakit kulit yang maha dahsyat, inikan pula kita insan biasa yang lemah dan hina.
kerana cinta itu lahir dari hati, maka kedua-dua hati perlu saling mengerti. baru cinta boleh bahagia - kata kawanku yang sedang hangat bercinta dengan teman sebiliknya sendiri di Ukraine smbil menghafal anatomi-anatomi badan masing2.
aku pernah, sedang dan akan terus bercinta. pada saat-saat aku lemah, aku mahu insan yang aku cintai memberikan kekuatan. pada saat aku gembira, aku mahu teman untuk sama2 ketawa. pada saat menempa kejayaan, biarlah aku berjaya kerana cinta aku sentiasa ada di sisi. tak naklah bila dah berjaya baru ada cinta. takut cinta tu bukan kerana aku, tp sbb kejayaan itu. tapi who knows about the future kan? entah2, xde kejayaan pun kot nnt. :P okies, til here. sila pergi muntah semua~
Subscribe to:
Posts (Atom)