Tuesday, November 25, 2008

Unwritten - Natasha Bedingfield


seronok cuti di rumah hanya untuk dua hari - aku

Yesss, aku berada di rumah sekarang. Makan, tidur, bangun, menghadap laptop yang tidak bernyawa. Ya, tidak bernyawa kerana tiada sambungan internet pada laptop-ku itu. Jadi jasa laptop itu hanya mempamerkan aku filem-filem dan memperdengarkan mp3 yang selalu aku muat turun secara haram. Ya, tanpa internet, siapalah blogger seperti aku. Hoho!

Namun demikian, khamis ini aku akan memanjangkan langkahan kaki-ku (yang tidak sepanjang kaki Gisele Bundchen) ke Kuala Lumpur dan pastinya ke Shah Alam. Tempat tumpah hamburan teh ais setiap kali ketawa melepak bersama rakan-rakan baikku di sana. Ada perancangan ke sana. Rahsia. Nanti kalau jadi aku cerita. Kalau tak jadi, aku buat bodoh saja. Simpan dalam hati jadi pekasam. Dah lama tak makan pekasam.

Sebenarnya, aku macam tak ada cerita hendak dilipurlarakan. Cuma semalam aku berkesempatan untuk menyelongkar laci-laci almari pakaian aku yang sudah lama aku lupakan isi kandungannya. Buka-buka sahaja, aku jumpa helaian-helaian test-pad yang tertulis karangan aku dan dua orang rakan baik aku sewaktu di sekolah asrama dulu. Ya, karangan waktu peperiksaan penulisan bahasa Melayu tingkatan empat. Seingat aku, aku simpan karangan-karangan itu sebab ada kualiti pada penulisan mereka. Buat aku cemburu. Tak ingat pula aku curi atau mintak karangan itu dari mereka.

Apa-apapun, karangan pertama yang aku baca itu dari Bochik. Soalan peribahasa. 'Genggam Bara Api Biar Jadi Arang'. Yang mengkagumkan aku adalah untuk seorang pelajar tingkatan empat, pengetahuan am kawan aku ni sangat luas. Asyik sahaja aku baca cereka-nya tentang seorang askar Melayu bernama Seman (sangat kampung! :P) yang dalam misinya menumpaskan askar-askar Amerika. Istilah-istilah perang macam M16, Apache, Tomahawk digunakan sebaik-baiknya oleh kawan aku untuk mewarnakan karangannya. Pada anggapan aku, mungkin dia banyak menonton filem-filem perang.

Tapi, limelight pada malam itu jatuh pada karangan milik kawan aku yang satu lagi. Si Kentut. Kentut ini pembahas sekolah. Jadi pengetahuan am dan bahasanya wajar melangkau tahap kami sewaktu itu. Kentut pilih tajuk sama dengan aku. 'Ciri-ciri karya sastera yang baik'. Kentut mulakan hujahnya dengan isi pertamanya - karya sastera yang baik perlu diterima khalayak ramai. Di saat orang ramai memandang enteng karya penulis remaja seperti Ahadiat Akashah, Kentut mempertahankan mereka. Menyatakan bahawa karya-karya sebegini jua adalah sastera, dengan kelompok pembaca yang berbeza namun cukup besar iaitu remaja. Kentut cakap remaja tak perlu dipaksa untuk baca karya yang berat-berat, memadai dengan corak pemikiran mereka.

Hujah seterusnya - karya yang baik perlu ada identiti bangsa dan negara. Kentut keutarakan frasa etnosentrisme. Aku rasa itu ada kaitan dengan bangsa. Malas aku nak cari dalam kamus. Tapi untuk seorang tingkatan empat tahu akan perkataan itu sangat membanggakan (atau mungkin aku yang dangkal). Benar juga kata Kentut. Aku suka karya yang buat kita rasa at home. Yang familiar. Sesuatu yang kita boleh relate to. Mungkin sebab itu aku tak suka science fiction. Atau karya yang membina satu tamadun lain di luar pemikiran aku. Katalah aku tak imaginatif, tapi aku bukan tak relevan.

Namun, yang paling mengkagumkan dan menyedarkan aku adalah penutup karangannya itu. Kentut menegur isu bahasa. Mengkritik soal penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Ayatnya - 'penggunaan bahasa Inggeris di sekolah pasti turut membawa identiti bangsa dan negaranya' - benar-benar memberi satu peringatan pada aku. Dan juga pada kamu-kamu yang lain juga harapnya. Moga-moga kita tak jadi bangsa yang me'row-suck'kan peradaban kita sendiri. Mempergadai maruah negara bangsa kita sekali lagi. Rasa-rasanya, kita perlu review kembali matlamat dan implementasi sistem pendidikan kita. Ada pemikiran yang dalam-dalam perlu dibuat.

Tak begitu oreng-oreng kubeng kedondeng sekalian???

2 comments:

Ridhwan A. said...

"oreng-oreng kubeng kedondeng"

LOL!

funny gilosh!!!

Stephanie Morris said...

Babe, i'm sorry dah lama tak check-in. I had debate in Shah Alam, VC Cup! hehe got to quarter finals then kalah. sad, but wht the heck!

i dah buat the tag. better late than never! rindu kau gile!