Tuesday, November 11, 2008

Save Me From Myself - Christina Aguilera


"aku ni setiap kali exam aku sengal, kau pulak setiap kali exam kau nak kahwin" - petikan perbualan gtalk aku dengan kawan baik aku Minnie.

manusia sekarang ini tak tahu mencegah, cuma tahu cari ubat sahaja. apa-apa pun terjadi, bila sakit baru cari doktor, cari ubat. macam aku lah, aku suka kalau tidur lewat (ambil 6 pagi) tu, kunci jam awal (ambil 9 pagi) konon-kononnya mahu bangun belajar. Jadi aku harapkanlah alarm handphone aku yang maha bingit (ambil ringtone alarm kereta) itu akan membangunkan aku. seumpamanya itu ubat aku bangun tidur awal lah. susah pula analogi aku ni kan? tapi, apa yang aku nak tunjukkan di sini ialah, tak guna aku berbuat demikian kalau aku sendiri tak mengambil langkah pencegahan iaitu dengan kondom tidur lebih awal.

manusia tak nampak langkah-langkah awal itu. kalau nampak pun, selepas dah jatuh ditimpa tangga. sama macam UTP ni, bila ada yang dah masuk ICU sebab demam denggi, barulah terhegeh-hegeh mosquitoes busters datang fogging. sebab nak mengubati masalah pembiakan nyamuk denggi di sini. kenapa sebelum ni tak ada galakkan student lebih menjaga kebersihan atau suruh pekerja kebersihan kat sini lebih rajin bekerja selain daripada duduk dalam bilik janitor sambil umpat-mengumpat. kita memang suka macam ni. suka tunggu sesuatu perkara tu dah berkudis bernanah, baru nak sapu ubat kulit.. walaupun malas mandi.

satu yang aku tak suka exam week adalah bila dengar orang keluh-kesah pasal exam papers. sama ada sebelum atau selepas exam papers itu. kalau sebelum, aku akan dengar 'Ya Allah, banyaknya nak kena study ni. Aku rasa tak sempat ni. Peningnya. Coursework rendah pulak tu' dan macam-macam lagi luahan rasa sebelum masuk dewan peperiksaan. Bila dah keluar 'Susahnya paper tadi. macam teruk saja nanti result aku' tak pun 'kalau aku belajar betul-betul, confirm-lah boleh jawab tadi'. aku bukan tak suka dengar cerita orang, cuma aku tak suka dengar cerita yang berulang-ulang tambah-tambah lagi pasal exam. setiap semester kita ambil. We know the drills. Kalau tak mahu susah di hujung semester, belajar rajin-rajinlah sepanjang semester tu. Kalau kelas pun tak pergi, jangan-lah nak mengadu pasal kamu terlepas beberapa chapters atau coursework mark yang rendah. aku tahu, aku ini adalah orang terakhir yang paling layak hendak berbicara tentang isu rajin belajar atau rajin ke kelas, tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah mengeluh berkenaan isu ini sebab aku tahu, orang tak mahu ambil tahu tentang ini semua tentang aku terutamanya kawan-kawan serumah aku sendiri.

Manusia suka mengabaikan perkara-perkara yang mereka anggap tidak penting dalam kehidupan. We take things for granted. Itu sebabnya kita sukar melaksanakan pencegahan daripada rawatan. Mungkin ini ada kena mengena dengan pemikiran kita yang tak suka fikir ke hadapan sangat sebab pencegahan ini adalah seperti satu fasa perancangan, satu plan. Kita makan lebih sayur-sayuran atau buah-buahan supaya dalam jangka masa panjang, bila kita tua nanti, badan kita akan lebih baik. tapi mungkin ada yang tak nampak semua itu. jadi mereka lebih suka makan McD, makan KFC, macam aku lah (huhu~). Sama juga macam perancangan kewangan. Wujudnya untuk mencegah kita daripada jatuh miskin. tapi jika kita sendiri tak tahu berjimat, terhegeh-hegehlah nak meminjam sana sini. Sampai ada yang ditetak along.

jadi aku pun terfikir.... macam mana nak mencegah diri aku daripada lebih gemuk? Kurangkan makan? Banyakkan bersenam? Telan pil peningkatan metabolisme seperti saranan si Kucing? Ah.. orang sibuk-sibuk mahu exam, aku sibuk mahu kuruskan badan pula.

Sudah-sudah. Jangan muntah. Aku mahu semua orang gemuk!

5 comments:

Ridhwan A. said...

All of us r whiny ppl.... cant help it!

LOL!

my word verification this time 'beancy'

COOL!!!

Isumaru said...

agak laa

I whine too.. kadang2 all the time.

ironic kan.. "kadang2 all the time"

Ridhwan A. said...

OMFG! u r beyond brilliant!

'kadang2 all the time' sgt ironic!

Isumaru said...

it's sumhow like oxymoron kan?

koolness sgt :P

Ridhwan A. said...

yup... yup...

contradicted sgt!

ooooo... my WV is 'dintapti'

hahah...