Tuesday, November 18, 2008

Thank You for The Music - ABBA


Ini entry ke-100 blog aku. Jadi aku mahu entry ini mengisahkan sebuah cerita indah.

Malam tadi tepat pukul 11.30, aku, Minnie, Jinggo, Mon, Hills, Nick dan FK bertolak ke Ipoh dengan niat mahu bersantai di Nasmir. Jinggo mengidam mahu makan nasi kandar. Dalam perjalanan singgah sebentar di Shell. Harga minyak turun lagi 15 sen. Jadi aku gembira. Turunlah lagi, doa aku dalam hati.

Sampai di Nasmir terus makan-makan. Sejujurnya, aku pun merindui nasi kandar Nasmir. Makan-makan hingga kenyang terus berfikir aktiviti apa selepas itu. Karok! Kata Mon. Semua bersorak. Hills dan Minnie culas sedikit tapi tidak membantah. Terus saja ke Shogun di Medan Gopeng.

Sampai-sampai terus aku buka majlis dengan Nick menyanyi lagu Senja Nan Merah. Aku tak malu jadi Ziana Zain. Tarik key tinggi bukan-bukan dengan suara kepit. Kemudian Mon, FK dan Jinggo tunjuk bakat. Akhir-akhirnya, Hills dan Minnie yang culas turut menyanyi. Sandarkan Pada Kenangan-lah, Hanya Memuji, The Call. Hilang-hilang suara semua. Bukan saja bakat nyanyian ditunjukkan, bakat bergelek turut menyerlah. Aku, Hills dan FK jadi penari latar Mon nyanyi lagu Cek Mek Molek oleh M. Daud Kilau. Kurang baju labuci berkilau saja tadi. Habis menyanyi, semua hilang suara. Feeling-feeling diva Rock Ella sekejap.

Masuk dalam kereta tekak rasa kering macam Sahara. Aku hantar pesanan ringkas pada Mon 'Nanti lepak Ameeth. Dahaga'. Sampai-sampai Ameeth semua pesan air. Aku pun keluarkan idea mahu bermain charade (permainan buat body language dan orang lain perlu meneka frasa-frasa yang digayakan). Aku jadi pengacara majlis. Mereka yang lain bahagi jadi dua kumpulan. Seronok, tambah-tambah bila aku suruh FK gayakan 'Bagai kera mendapat bunga', dan Jinggo menjawab, 'Bagai kera membaiki labu' dengan konfiden dan tidak bersalah. Mapley-mapley di Ameeth pun sudah gelak-gelak sambil duduk tengok kami buat muka tak malu terkinja-kinja buat gaya dan ketawa terbahak-bahak.

Lepas puas main charade dan pasukan Minnie, Hills dan Nick menang besar, masing-masing tak puas berfoya-foya lagi. Kami order ais kosong. 4 gelas. Main permainan sambung perkataan pula. Contohnya, aku cakap 'ikan', orang sebelah aku perlu sambung perkataan yang berkaitan macam 'kekek' dan seterusnya. Yang stucked wajib minum ais kosong segelas sampai habis dan permainan bersambung. Dari 4 gelas, jadi sebelas gelas. Tujuh-tujuh kami kena minum dengan Minnie, Jinggo, FK dan Mon jadi mangsa terbesar minum 2 gelas. Waktu inilah nak dengar perkataan-perkataan baru macam 'kuning jinggo' dan 'batu belah apa?'. Habis-habis main semua perut sebu, penuh air.

Tapi nak tahu tak the best part-nya? Kami berfoya-foya sakan ni macam orang merdeka, padahal exam tak habis pun lagi. Hikhik

Thanx kawan-kawan. You guys are the best. (Sedikit cliche tapi inilah kebenaran-nya :))

9 comments:

Mh said...

feewiit feewiit dah seratus!

yasminkhamis said...

hell o.mok, this is like my 300th trial to comment ur post,i mean this one particular post.i hope this gets thru.ahahaha.anyway, bout tonite, if theres only one word to describe it, i wud say MAGICAL.haha.bukan nak hiperbola tapi seriously i tot it was magical.in many ways.the company dat i jarang2 hang out with,the place that i tak penah pergi. it wasnt bad at all u know.the nasmir moments were great.the karoke was awesome.the games we played in ameeth were LEGENDARY.!!

Isumaru said...

#mok min
haha. speechless jap
teary eyes. :)

may all of u hv an awesome internship experience! i pray 4 u guys always.

Ridhwan A. said...

study la!! LOL!

Ridhwan A. said...

congrats! 100th entry!

kucheye said...

gituuuuuuuu...berfoya2 x ajak aku kan.... =(

Stephanie Morris said...

Happy Hundredth Entry!!!!

Congrats and thanks for making us all laugh out lout, Ismal!

xoxo
S.M

Isumaru said...

#rihrih
tgh stadi laa ni. :P

#kuchai
mutip? kalau kau ada kat sini boleh laa. next sem kita foya2 gila babeng. hahaha

#finz
thx for always inspiring me to write as entertaining as you. ;)

the raihan said...

ismal!!!
:D
wohooo. congrates!